بسم الله الرحمن الرحيم
Photoshoot la sangat kan..hehe seumur hidup ayie pernah sekali je ayie terlibat dengan photoshoot bagai ni. Masa tu habis form6. Tengah tunggu result, tengah menganggur..hehe Asalnya bukan kerelaan sepenuhnya dari ayie. Sebab ayie malu..lagipun tak pandai la nak beraksi depan kamera ni. Tapi setelah dipujuk oleh mak dan yang penting PERCUMA, ayie pergi la jugak kan. Teruja!hehe..Yela,1st time kan..
Photoshoot ni dari satu syarikat produk kecantikan. Ayie tak berapa faham macam mana boleh jadi free tu sebab ni kawan mak yang deal dengan mak. Ayie ikut je la kan. Dia tangkap 15 keping gambar dengan 2 persalinan yang berbeza. Actually bukan persalinan la, cuma pakai macam coat camtu..Dan dia cuci sekeping gambar potret yang besar tu. Free! Cuma kalau nak semua gambar tu kena bayar la. Overall puas hati la sebab makeup semua diorang yang buat kan. Tinggal nak 'renyeh' depan kamera je,hehehe
Ni la hasilnya..auta je tu. Hakikatnya ayie 'berspek' mata ye, hehe Rabun la jap masa tu sebab ayie tak pernah pakai + tak pernah ada contact lens. Takut nak pakai..huhu Apa-apa pun ia hanyalah sekadar suka-suka. Bukan untuk seberang tujuan comersial. Dalam photoshoot yang penting aurat tu mesti la terjaga. Dan satu lagi batas antara kita dengan orang yang terlibat dengan photoshoot kena la jaga jugak ye. Peringatan untuk diri sendiri..Keep smiling! =)
p/s: Ada siapa-siapa nak ajak ayie photoshoot tak? =)