Tuesday, February 24, 2015

24 FEBRUARI ..

بسم الله الرحمن الرحيم


Happy Birthday to me! =)

Monday, February 23, 2015

Suprise & Advance Birthday

بسم الله الرحمن الرحيم

Fuhh ! Fuuhh! Berhabuk blog ni noo.. Hoho lama tak update blog. Bukan tak ada cerita, tapi tak ada masa, hihi Apa khabar korang? Sihat tak ni? Ke sakit tekak makan limau banyak? muahaha Alhamdulillah minggu lepas berpeluang balik Taiping setelah 2 minggu lebih di bumi Perlis ni. Macam² pengalaman balik kali ni. Yelah, 1st time kan.. Oke, tak nak cerita yang tu. Yang ayie nak share kat sini family buat surprise celebrate birthday ayie. Yeeehaa ! 



Alhamdulillah esok (24 Februari 2015) genap umur ayie 24 tahun. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat kurniaanMu. Jumaat lepas kami adik beradik keluar sekali. Tapi adik² balik lewat cket dari ayie. Rupanya dorg pergi ambil kek yang da ditempah kat kawan dorg. Hoho sangat terharu oke ! Dan kek tu saaaaangat sedap ! Murah pulak tu. Dorg terkantoi harga kek tu, muahaha Malam tu dorg nyanyi kan la birthday song untuk ayie. Allah selamatkan kamu... Heheh terharu tau. Da umur camgini pun ada yang sudi nk celebrate. Terima kasih banyak² adik² ku sayang. Terima kasih mak ayah.. Semoga bertambah amal & iman ayie.. =')

Saturday, February 7, 2015

Jumpa Makhluk Tu..

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya, makhluk yang ayie takutkan tu muncul depan mata malam tadi. Huuwwaaa Takooooottt !Baik punya dia melintas jalan. Panjang pulak tu. Hampir2 nak terlanggar. Ayie brek mengejut la. Siap jerit kecil lagi.  Dia lintas masuk semak. Sempat lagitu tengok ayie. Cuak tau. Menggeletar ayie. Siap menangis lagi sorang2. Takut... Kalau di lenyek takut tak mati dibelit pulak moto ayie. So tunggu je la dia lintas. Da la gelap. 

Makhluk tu jenis apa ayie tak tau. Yang pasti bukan sawa rasanya. Panjang. Tak kurus sangat, tapi tak la besar. Wallahu'alam jenis apa. Ayie fobia. Takut kalau2 ada dalam rumah. Jumpa tu kat jalan kampung ni la. Dekat dengan rumah ayie. Dok rumah kampung ni lagi la ayie takut. Tak kan nak pindah. Nak dok 6 bulan je pun. Semoga takde apa2 la bukan2 tu. In Sha Allah..

Sumber: Google

Thursday, February 5, 2015

'Outstation' Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Outstation la sangat..hahah Sebagai budak praktikal haruslah ayie excited sebab pertama kali kena buat kerja luar. Waaa rasa macam permanent staff je kena keluar buat lawatan bagai. Semalam dapat tau kena follow staff lain buat lawatan ke Muzium Negeri Kedah rasa macam eeyyyyeeessss!!! Excited giler. Walaupun tak tahu apa exactly tujuan nak ke sana tu, muahaha Dah pegawai suruh follow, follow je la kan..

So pagi tadi gerak. Melawat bagai.. Dari tingkat ke tingkat naik tengok barang2 yang di pamer. Tangkap gambar apa yang patut. Buat biasa2 je, sebab kata follow je kan. Tak la tanya beria itu ini. Lagipun kan practical student je pun..huhu Sampai la ke tingkat 3 or 4 macam tu ada sorang staff ni cakap. "Catit tak apa2? Biasa nya student praktikal yang balik kena buat pembentangan pasal lawatan ini" Ayie pun dengar dengan khusyu'. Dalam hati, WHAAATTT??? Kenapa tak cakap awai2...huuuwwwaaaaa T_T 

Ayie ingat follow je semata2. Tak tahu pulak kena bentang bagai. Alaaaahaaiii... Apa cek nak bentang ni. Haaisshhh... In Sha Allah esok try bincang dengan staff yang ikot tadi. Kutip mana2 maklumat yang ada, tips dari diaorang ke.. Petang tadi pun staff tu da peringat kan da. Ready je dengan slide bagai. Minggu depan bila2 masa akan di panggil untuk pembentangan. In Sha Allah.. Semoga dipermudahkan.. Kami pun ada singgah Galeri Sultan Abdul Halim. Best tau. Macam2 barang peribadi Sultan ada. Nak tengok boleh la pergi sana, huhu




Dapat goodies ada macam2 cenderahati =)

"Belajar Dari Pengalaman. Always Be Positive"

Tuesday, February 3, 2015

Blog Dah Setahun !

بسم الله الرحمن الرحيم

Waaaahhh cepatnya masa. Setahun da ayie berblog ni. Rasa cam baru buat je. Tup² setahun dah. Ayie masih lagi terkial² belajar pasal blog ni. Tak habis khatam lagi pun. Dah setahun rupanya. Macam² jugak la yang da disimpan dalam blog ni. Kata diary ayie kan. Harus la cerita benda² yang di anggap sebagai memory yang tak kan berulang da..huhu

Kadang dok saja² ada jugak belek² entry lama. Baca² balik. Kadang tu ada tarikh penting ke yang dulu² punya tapi dah lupa ayie bukak blog balik, heheh Sebelum ni banyak hal study la kan. Sekarang da nak masuk alam kerja cerita sal kerja pulak. Pasni kahwin, tunang, anak².. Hahah beso beno harapan dan angan² tu ye.. 


See da 1 year & 2 days. Actually ayie nak tukar wajah blog ni. Siapa² ada tutorial ke template hat molek² ke meh la share dengan ayie. Ayie ingat² lupa da la..huhu Btw, ayie dahulukan dengan ucapan terima kasih ye. Kot ada APA pendapat pasal blog ayie ke share la.. Ayie sudi nak dengar & tahu.. =)



Monday, February 2, 2015

Praktikal di Arau - Rumah Baru, Tempat Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. sesi praktikal baru je bermula harini. Ayie di tempatkan di UiTM Arau. Actually memang first choice UiTM Arau. Second choice Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar. Kedua2 nya di Perlis. Kenapa ayie pilih Perlis untuk berpraktikal? Kenapa tak kat Perak je, ayie kan orang Taiping.. Kenapa? Sebab utama nya entah la kenapa. Sebab takde dalam senarai pun Perlis ni. Ingat nak dekat USM Nibong Tebal. Masa masok semester 6 lepas baru rancang nak ke Perlis. Satu, adik ayie ada sini di UiTM Arau. Kedua, ayie sengaja nak merantau sendiri. Nak try rasa macam mana dunia pekerjaan sebenar tanpa family di sisi. Jauh dengan family. 

Dan ayie jugak sengaja taknak dengan member2 sebab nak rasa sendiri kerja tanpa ada kawan yang kita kenal rapat. Sebab nanti bila betul2 kerja pun belum tentu kita dapat satu tempat dengan member2 kita. Jadinya ayie nak mula blajar dari praktikal. In Sha Allah..semoga dipermudahkan.. Tu je niat ayie. Nak cuba build up diri sendiri kat tempat baru. Dengan member baru, dengan staff library semua. Memang ayie pernah kerja da sebelum ni, tapi tak same la dengan yang ni. Yang ni di nilai kaw2 punya. Cuak.....huhu


Hal rumah sewa pulak, Alhamdulillah 2 minggu sebelum habis belajar lagi ayie da dapat rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja ni. Kurang dari 10 minit da sampai, heheh Ada 3 lagi member ayie dok sekali. Diaorang praktikal dekat Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, So far, oke la rumah ni. Ayie cuba sedaya mungkin untuk selesa kan diri di tempat baru. Semuanya harus berdikari.Pandai2 la bawak diri. Dah besa kan.. Kata nak kahwin 2016, haha ye2 je ayie ni..  #SaveTheDate (Doa2 kan la ye semoga dipermudahkan)


Yang penting, kat mana pun tinggal jauh di perantauan mesti letak gambar orang2 yang tersayang..huhu Jauh di mata dekat di hati =)

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" -alInsyirah:6