Saturday, July 26, 2014

Sampul Duit Raya 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Macam ayie cakap sebelum ni ayie tak pernah ambil gambar sampul duit raya yang ayie pernah buat. Jadi, da ada blog ni ayie nak buat koleksi la simpan dalam blog,hehe





Ni la koleksi sampul duit raya yang ayie buat untuk tahun ni. Dapat dalam 60 keping kalau tak silap ayie. Boleh la tu..cukup kot. Mak yang nak guna..ayie tak mampu lagi nak bagi duit raya. Setakat bagi kat adik2 sendiri je..hehe Di kesempatan ni, ayie nak mohon maaf zahir dan batin seandainya sepanjang perkenalan dalam dunia blog lebih kurang hampir 6 bulan ni ada menyinggung siapa-siapa. Maafkan ayie ye..Selamat Hari Raya Aidilfitri!Maaf Zahir & Batin =)

p/s: Da mula sibuk..Nanti lepas raya kita jumpa lagi ye =)

Tuesday, July 22, 2014

Sampul Duit Raya-Homemade

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang setiap tahun mak akan minatk ayie buat sampul duit raya. Dari zaman sekolah menengah lagi, ni la kerja ayie setiap kali nak raya terutamanya. Ayie tak tau kenapa mak suka yang buat sendiri ni. Agaknya lebih jimat kot..ke sama je eh. Tapi yang bestnye corak sampul kita cantik2 la. Macam-macam design corak ada. Tapi tu la, ayie tak pernah pulak ambik gambar sampul-sampul yang ayie pernah buat tu, huhu


Bahan-bahan dia simple je. Pembalut hadiah, gam, gunting, pen dan sampul contoh yang kita nak tekap nanti. Terpulang la nak yang besar ke kecik ke, lebar ke pendek ke..Mak ayie suka yang pendek tapi lebar. Memang ayie selalu dok buat saiz tu je. Pembalut hadiah tu pulak ayie beli dekat kedai RM2. 4 keping RM2. Murah kan..jimat da kat situ,hehe


Ni la rupa sampul contoh yang kita nak tekap nanti tu. Lagi bagus kalau sampul contoh ni kita buat dari kertas yang keras macam kad kahwin yang da tak guna tu ke..Tahan cket, boleh pakai berulang-ulang.


Lepas tu kita mula lukis ikut contoh sampul tu. Tekap-tekap je..(betul eh orang panggil tekap?ayie main sebut je) Lepas tu gunting..Sekeping kertas pembalut hadiah ni boleh dapat dalam 15-16 keping sampul duit raya. Depands dengan size sampul kita la.


Lepas tu kita mula la gam2 ye..Lipat hujung tu ke dalam. Yang bawah tu biar ke luar. Yang atas tu pulak jangan gatal2 letak gam sekali ye. Kang nak letak duit raya celah mana,haha =)


Oke, da pun ciap..Senang je kan. Janji kena rajin la. Ayie paling malas nak gunting, leceh..huhu

p/s: Walaupun sibuk dengan persiapan raya, jangan lupa untuk terus beribadat di 10 Ramadhan terakhir ni..



Friday, July 18, 2014

Jahit Lace

بسم الله الرحمن الرحيم

Oke, ayie tengah rajin jahit lace kat baju raya sendiri,hehe Sebenarnya baju raya ni untuk tahun lepas, tapi tak sempat..Jadinya bawak la ke tahun ni kan. Nampak tak, da jimat cket kat situ,huhu  Baju hantar tempah dekat jiran. Tapi ntah macam mana, jadi singkat cket baju tu..Untuk tak nak nampak singkat sangat ayie letak la lace. Tapi tu la, nak cari lace yang murah2 je sebab kang lari bajet, takde pulak.. Yang ayie beli ni semeter RM24 uncle kedai tu bagi RM22. Beli je la, nak buat macam mana kan. Tapi jahit lace tu sendiri la. Ayie main jahit je asalkan nampak kemas..



Haa..ni la baju raya ayie. Biasa-biasa je, Adik ayie cakap baju hang terus nampak mahal. Haha..memang la dik ooii, kain je da berapa, upah lagi, lace lagi. Jadi mahal la cket..Tapi ayie puas hati la. Lama da nak ada baju lace jahit sendiri ni,huhu Akhirnya, berjaya jugak jahit..=)

p/s: Macam semangat nak raya pulak kan, ish2.. Teruskan berdoa untuk penumpang MH370, MH17, dan rakyat Gaza

MH17 Pula...

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah..bermacam ujian Allah berikan untuk kita. Tahun ni saja negara di gemparkan dengan musibah yang besar. Kehilangan MH370 masih menjadi misteri, diikuti masalah di Sabah, dan sekarang MH17 pula yang khabarnya ditembak. Allah..besar ujian Allah beri ni. Dalam masa yang sama Gaza terus-terus di serang. Dunia semakin diberi ujian besar oleh Allah S.W.T. Mungkin sebagai peringatan, mungkin juga sebagai balasan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Semoga keluarga mangsa terus bersabar dan menerima ujian ini dengan redha. Allah sentiasa ada bersama mereka. Teruskan berdoa untuk penumpang-penumpang MH370, MH17, Sabah dan jangan lupa untuk rakyat Gaza. Alfatihah..


Salam Jumaat 

Saturday, July 12, 2014

Opah Ayie Kembali ke Rahmatullah


بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie tak tau nak mula cerita yang mana. Ayie combine dalam satu entry ni je la ye..Tapi topik utamanya opah ayie telah meninggal dunia..Innalillahiwainnailaihirojiun. Kisahnya, ayie sepatutnya balik Taiping Isnin depan tapi di sebabkan kerja penerbitan buku tu habis awal ayie decide nak balik Jumaat, semalam..Tapi ada beberapa urusan tak dapat nak di elakkan jadinya ayie ambik keputusan nak balik harini, Sabtu.. Mak bagitau opah masuk wad dari hari Rabu lagi. Then makin tenat..Ayie fikir mungkin sempat lagi nak jumpa opah harini, tapi Allah lebih sayangkan dia. Semalam 11 Julai 2014, bersamaan 13 Ramadhan opah ayie telah dijemput Ilahi..

Memang terkejut. Sebab dok ingat minggu depan da boleh start gilir-gilir jaga opah dekat hospital. Ayah pun da rancang-rancang jadual nak gilir-gilir jaga opah. Tapi tak sempat jugak nak berbakti sampai akhir hayat dia. Macam mana pun, Alhamdulillah ayie sempat jugak tengok dan cium arwah buat kali terakhir. Ayie sampai pukul 1 pagi tadi. Naik keretapi..

Kisah keretapi lain pulak. Ayie ni 1st time naik keretapi sorang-sorang. Last naik keretapi dengan family dulu-dulu masa sekolah rendah lagi. Dah la ni 1st time, survive sendiri pulak tu. Takut tu Allah je la yang tahu. Bukan apa, malam kan..sorang pulak tu. Mak call bagitau opah meninggal dalam 4 petang semalam. Terus ambik keputusan balik malam semalam jugak. Terus pergi cari tiket keretapi. Alhamdulillah ada tiket. Pukul 9.20 malam dari Sungai Petani. Member ayie yang decide suruh ambik tempat 2nd class sebab ayie 1st time naik. Takut tak selesa nanti. Tapi ayie tengok class ekonomi pun oke je..Tiket dia RM16. Kalau kelas ekonomi RM9 rasanya..Oke la tu kan. Memang teruja. Ayah pulak pesan hang jangan tidoq, satgi lepas pi KL, huhu memang ayie tak tidur pun. 

Then, sampai Taiping pukul 1 pagi tadi family datang ambik terus bawak pergi rumah opah. Saudara-mara lain semua balik da. Tunggu sampai pukul 4 pagi, lepastu baru balik sahur,rehat-rehat bagai. Dalam pukul 7 lebih baru ayie pergi umah opah balik sampai la urusan pengkebumian selesai dalam pukul 12 tengahari tadi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sangat penat. Ayie nak sambung rehat balik..Alfatihah untuk opah. Semoga di tempatkan di kalangan golongan hamba-hamba Allah yang beriman, Amiin..


p/s: Giliran kita entah bila pula..Teruskan untuk perbaiki amalan, Insyaallah

Wednesday, July 9, 2014

Nak Terbit Buku!

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur Alhamdulillah..akhirnya apa yang ayie hajati Insyaallah akan tercapai. Dengan segala penat lelah, dan pengorbanan yang telah di buat, akhirnya terasa seakan terbalas segala pengorbanan tersebut. Allah..sangat terharu. Syukur Ya Allah, semoga semuanya menjadi kenyataan. Insyaallah..Projek penerbitan ayie bersama group ayie Insyaallah akan di terbitkan. Sebuah buku yang memberi maklumat tentang bahan-bahan lama perpustakaan. 

Satu semester ni bergelumang dengan projek penerbitan buku ni. Dari kumpul bahan, sediakan contents sampai la bab design. Allah..peritnya tu hanya Allah yang tahu. Tapi, Alhamdulillah syukur sebab apa yang ayie hajati Insyaallah akan tercapai. Ayie dari awal memang nak buku ni diterbitkan. Bukan sekadar assigment semata-mata. Ayie nak nampak hasil dari apa yang telah di korbankan satu semester ni. Korban duit, korban masa, korban cuti.. Terasa terbayar semuanya. Sebelum ni ayie pernah beberapa kali 'merintih ' kat blog ni sebab tak dapat balik bercuti, balik lambat, kena pergi KL dengan tergesa-gesanya..Kalau nak tau boleh baca sinisini, dan sini.

Nak menangis rasa bila lecturer sendiri pun cakap dia nak buku ni di terbitkan. Huwwaa..terima kasih miss! Seolah-oalah memahami isi hati ni. Seolah-olah faham segala pengorbanan kami. Sekarang tengah bertungkus-lumus lagi nak hantar 'dummy' (ayie tak tau eja sebenar macam mana,hehe). Kelmarin dah hantar 1st proof. Alhamdulillah da hampir 80% kata lecturer. Insyallah urusan penerbitan akan dibuat awal semester depan. Nak dapat kan evaluation dari lecturer lain dulu, nak dapat kan ISBN lagi. Jauh lagi perjalanan, tapi sekurangnya terasa hilang da cket lelah tu..

Ni la muka depan buku yang kami buat. Tajuknya, Marginalisasi: Menyingkap Bahan Perpustakaan. Jenuh kami dok perah otak fikir tajuk ni tau..huhu



Ni antara rupa isi kandungan buku

Rupa belakang buku. Maaf lah, gambar tak cantik mana..hp biasa je,huu

Doakan semoga semuanya berjalan lancar, Insyaallah..=)
Salam Ramadhan


Sunday, July 6, 2014

Balasan Sedia Menanti

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah..terbaca satu post kt FB ni. Kecut perut baca..Setiap perbuatan kita da tersedia da balasannya..Allah..=/


1) Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu
2) Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka Wail sedang menganga
3) Meringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-jabbar
4) Mengumpat peribadi orang - Gunting neraka sedang diasah
5) Menyebarkan gosip atau fitnah - Duri menanti anda di taman neraka
6) Tidak menjaga ikhtilat/pergaulan - Libasan api neraka dijanjikan
7) Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersamamu
8) Menyakiti hati sesiapa dengan lisan - Masuklah mana-mana pintu neraka
9) Tidak menjaga amanah yang dipikul - Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10) Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang
11) Wanita yang memperlihat rambut kepada bukan mahramnya - Akan digantung rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan.
12) Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi - Akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
13) Betis dan paha yang terselak-selak - Sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.

Allah..kalau rasa sanggup dengan segala balasan tu teruskan la..Semoga kita sama-sama istiqamah betulkan diri mana yang patut. Semoga apa yang ayie kongsikan ayie juga mengamalkannya. Tiada manusia yang sempurna, namun sama-sama lah kita berusaha untuk nampak cantik di mata Allah, Insyaallah.. Selamat Berpuasa! =)

Saturday, July 5, 2014

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, ayie di kurniakan sahabat-sahabat blogger yang tak kedekut ilmu. Ade jugak yang sudi bagi perhatian dekat entry ayie sebelum ni. Terima kasih ye, ayie sangat-sangat hargai. Ayie free nanti ayie godek2 ye. Ayie ada jumpa satu note ni berkenaan kenapa rezeki susah nak masuk..Untuk peringatan diri ayie sendiri dan untuk semua jugak la..Antara sebabnya: 

1) Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2) Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3) Berkira untuk bersedekah walaupun RM1
4) Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
5) Riak bila bersedekah
6) Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7) Tidak/kurang beristighfar
8) Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Tu la antara beberapa sebab susah rezeki nak masuk..Jadi sempena bulam Ramadhan yang mulia ni sama-sama kita ubah mana-mana perangai yang ada tersenarai kat atas ni ye. Rezeki tu milik Allah. Dia yang berhak memberi rezeki tu. Jadi pohon dan pinta lah denganNya, Allah S.W.T.. Insyaallah. Selamat berpuasa! =)

Sumber:Google

Nak Buat Top Commentar, tapi...

بسم الله الرحمن الرحيم

Okey..sebelum ni ayie pernah mintak tolong jugak kat blog ni. Dan sekarang sekali lagi ayie nak mintak tolong lagi. Maaf la, ayie masih baru dalam dunia blog ni...Masih belajar. Baru 5 bulan dalam dunia blog ni..Jadi kali ni ayie nak minta tolong ajar ayie buat Top Commentar. Ala..yang selalu ada kat tepi-tepi tu. Ayie nak ambik contoh pun kang kena marah pulak, yela privacy blog orang kan..Tapi kalau-kalau siapa sudi cerita kat ayie, ajarkan la ye..Tumpang ayie free ni, ada masa lagi nak godek-godek blog. Segala jasa baik korang ayie dahului dengan ucapan ribuan terima kasih ye..=)


Sumber: Google

Friday, July 4, 2014

Puasa Di Perantauan

بسم الله الرحمن الرحيم

Perantauan la sangat kan,dok Kedah je pun..kampung pulak kat Taiping,sekangkang kera je,hehe Sebelum tu, da lama kan ayie tak jenguk blog ni..dekat seminggu da, bukan malas ye.. Ayie baru habis paper semalam. Alhamdulillah,selesai exam..tunggu result pulak bulan depan..Tapi tu la, sekali lagi terpaksa korban cuti. Sepatutnya boleh balik da harini..tapi atas urusan penerbitan buku yang masih belum selesai terpaksa la korbankan cuti lagi. Semester ni saja banyak da korban cuti sebab kerja..sob sob sob (boleh tak nak tuju lagu "Dari Jauh Ku Pohon Maaf"?) over kan..haha 

Insyaallah minggu depan baru balik. Tiket bus? tak beli pun..redha je pergi stesen bus nanti. Ada tiket balik la, takde tiket naik je bus loncat-loncat. Survive sendiri la..huhu Okey, bercakap soal puasa di perantauan ni ayie bukan tak pernah pun puasa jauh dari family. Dulu zaman form 6 pun puasa dekat asrama. Oke je, cuma kat Kedah ni rasa lain la. Sebab kena prepare semua sendiri kot.. Dulu dok asrama makanan semua da tersedia. Sekarang kena siap semua sendiri. Berbuka nak makan apa, sahur kang pulak macam mana..Hujung-hujung semester lagi la, duit pun da kempis kan..Pandai-pandai la bajet sendiri. Tapi tu la pengalaman kan, Insyaallah..masih mampu bertahan puasa kat tempat orang.

Apa-apa pun, kerja ayie tetap harus di teruskan..Puasa-puasa ni kena la bersabar kan, kena tabah..huhu Ayie kuat! Selamat berpuasa ye semua. Semoga bertambah amalan kita di bulan yang mulia ni, Insyaallah.. =)

Sumber: Google