بسم الله الرحمن الرحيم
Harini ayie ade praktikal sebagai guru tadika. Pengalaman berharga ni. Ayie dari dulu teringin nak mengajar tadika jugak. Dapat jugak merasa walaupun praktikal je. Dapat ke tak tu tau la lagi kan.. Praktikal ni selama 3 hari. Harini dan hari Isnin 8-12, Selasa 8-5. Tadika ni ada student transit. Agaknye sebab tu diaorang nak bagi ayie rasa kerja sampai pukul 5 tu kot, huhu
Harini datang² langkah kanan rupanya. Sebab tadika buat jamuan raya! Rezeki ayie la, hihi Datang pagi tadi ayie di hadapkan dengan anak kecil yang merap. Mak aii.. hari 1st dah menduga. Ayie cuba pujuk last² melekat terus dengan ayie. Tak bagi da ayie pergi mana pun, mesti menangis dan nak ikut. Hahah nasib ayie la kan.. Lama² tu dia oke. Lama tak lama hampir 2 jam jugak la baru dia oke, ffuhh..
Lepastu ayie kena latih anak² ni solat. Macam² ragam diaorang. Yela, baru umur 4, 5, 6 tahun. Diaorang sangat manja ye.. Walaupun baru kenal ayie harini. Dah hujung² waktu pulak sorang anak ni datang merap kat ayie. Ahh sudah.. nasib dia datang merap je tak menangis. Merap nak tidur. Dia leka baring atas riba ayie sampai lelap, hahah dah boleh jadi ibu da ayie ni haa.. muahaha
Sedap dia lena. Ayie alihkan da, hihi Apa² pun ni memang pengalaman yang sangat berharga. I love this job! Cuma dapat ke tak tu wallahua'lam la.. Ada rezeki ada la. Kalau takde pun ayie happy da di beri peluang rasa sebagai guru tadika. Anak² ni sangat comel dan manja. Nak marah sangat pun tak reti dengan anak seusia ni. Diaorang kecil lagi, tak berapa faham pun lagi. Walaupun ayie belum bergelar ibu, Alhamdulillah ayie di beri rasa kasih dan sayang terhadap kanak². I love kids and babies! =)