Thursday, March 13, 2014

Jiwang Tetap Jiwang

-Assalamualaikum-

Malam-malam macam ni kalau dok layan jiwang teramatlah syahdu kan. Mendayu-dayu je..Silap-silap boleh meleleh airmata tanpa sedar (punyalah hayati lirik dan lagu kan). Macam ayie cakap sebelum ni, ayie memang peminat tegar lagu-lagu 90an ni @ lagu jiwang,huhu Jiwa sentimental. Tapi macam mana pun tak dapat tandingi la kehebatan lagu-lagu berunsur Islamic kan. Bagi ayie, setiap lagu-lagu 90an ni dia ada maksud tersirat nya. Kalau orang lain mungkin hanya sekdar dengar, tapi ayie akan faham isi lagu tu. 

Contohnya lagu Cinta Pantai Merdeka. Kisahnya, sepasang kekasih mula menyulam cinta di Pantai Merdeka. Pantai Merdeka jadi saksi cinta mereka. Tapi jodoh tak bepanjangan, cinta mereka terlerai. Lebih kurang macam tu la. Bagi pandangan ayie, lagu-lagu jiwang ni lagi ada value berbanding lagu sekarang. Tu hanya pendapat peribadi ayie. Masing-masing ada pandangan sendiri. Kalau hayati lirik lagu jiwang, lebih mendalam maksud yang di sampaikan. Ada satu nota ayie nak share. Nota ke apa ntah la. Ayie mention nota je la kan. Menarik la bagi ayie kan, sebab ayie peminat lagu jiwang,hehe =)

"Benar kata SPRING, Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta
Namun, seperti kata STINGS, Adakah Kau Setia?
Walhal, diriku tak ubah seperti RAHMAT, Hanya Segenggam Setia.
Sekiranya kita seperti SCREEN, Kita Ditakdirkan Berpisah.
Ku hanya seperti ILLUSI, Segalanya Ku Terima.
Walau hati ini seperti ARROW, Niat Hati Tak Nak Berpisah.
Akan ku turuti KAPILLA, Merindu Tanpa Kata.
Ketika itu diriku sperti SCOIN, Ku Menangis kehilanganmu.
Akan ku ajukan permintaan EYE, Izinkan Selamanya Namamu Dihati.
Dan diriku hanyalah seperti OKAY, Kurelakan Dikau Pergi.
Itu lebih baik seperti UKAYS, Lepaskanmu Kerana Terpaksa.."

Syahdunya la ayat ni..Menusuk kalbu,huhu Mendalam maksud. Ada siapa-siapa tak yang faham sama macam ayie? =)

"Teruskan berdoa untuk MH370"

5 comments:

  1. Wah, mesti Ayie dah buat kajian yang mendalam nie... Memang jiwang habis :)

    ReplyDelete
  2. 90'an ni mmg bestla, ingat smpi bila2.......;-)

    ReplyDelete
  3. tau xpe, jiwang habis ni!ingat sampai bila2 =)

    ReplyDelete