Wednesday, January 13, 2016

Update Jumpa Pakar ENT (Part 3)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Harini 13/01/2016 kali ketiga ayie ada appointment dengan doktor pakar ENT. Seperti yang doc cakap 3 bulan lepas, harini nak buat ujian dan nak pastikan pendengaran dan hidung ayie oke sepenuhnya. Seperti biasa tunggu turn tapi kali tak lama macam haritu sebab kurang warga emas dan patient dari wad. Kalau ramai warga emas dan patient dari wad kena dahulukan diaorang dulu. 

Sampai turn, doc cek telinga kiri dan kanan. Alhamdulillah, dua2 oke takde masalah serius da. Tapi..... telinga kanan pulak ada benda asing. Doc spray ubat lepastu doc cakap dia akan cucikan. Ayie tunggu je la baring2 tunggu doc datang. Lepastu doc cuci dan sedut benda asing tu. Tau tak apa dia? Kekotoran yang terkumpul dalam lubang telinga kanan. Doc keluarkan seketul lebih kurang besar kuku jari kelingking. Hitam. Ayie cakap la dengan doc, saya korek telinga, selalu cuci je.. Doc cakap sebab korek telinga kekotoran tu jadi terkumpul macam tu. Doc cakap saya tak galakkan selalu korek telinga. Biar je, sebab telinga ada satu fungsi yang boleh bersihkan sendiri. Lebih kurang macam tu la..

Tapi ayie tertanya2 jugak la, nak cuci macam mana? Biar je? Takpe ke? Nak pakai yang besi tu pun doc tak galakkan. Ayie oke kan je la.. Ayie tanya lagi, tu kalau doc tak keluarkan jadi apa kat telinga saya? Doc cakap dia akan keluar sendiri.. OOoooooo macam tu, heheh Mula tu terkejut jugak, aik? sakit telinga kiri kenapa kali ni telinga kanan pulak? Doc cakap telinga kiri tu infection, telinga kanan ada benda asing, takde kene mengena. Sekali lagi, oooooo....hihih

Then, sekali lagi masuk kamera dalam hidung. Ayie tak berapa selesa sebab tau sakit cket. Tapi cool je la kan. Masuk tunggu doc datang. Tapi macam pelik kenapa MA tak spray ubat macam bius dalam hidung. Di sebab kan ayie da berpengalaman dua kali kan, cewwaaah.. doc datang ayie bagi tau je la doc yang hidung ayie belum di spray. Lepastu MA pun spray la.. Ayie rasa kalau tak spray mungkin lagi sakit kot, agak je la.. Macam biasa masuk kamera doc cuci kan sekali. Terima kasih doc, clear rasa hidung saya ni =)

Lepastu, masuk bilik doc doc terangkan. Setelah 3x datang pemeriksaan, doc dapat notis da masalah ayie. Hidung ayie bengkak belah kiri. Tapi tengok dari luar normal je la sebab bengkak tu belah dalam. Doc tunjuk kat gambar tadi. Jadi solution nya, ayie tak boleh biar hidung selsema berpanjangan. Selsema je kene terus makan ubat yang doc da bekalkan. So ayie kena alert la. Kalau tak, hidung ayie akan sumbat dan boleh menyebabkan sakit tu datang semula sebab hidung ayie da sedia bengkak da..

Ayie da takde apa2 appointment da dengan pakar ENT. Tapi dalam tempoh 6 bulan ni kalau sakit lagi boleh terus rujuk pakar ENT lagi. Kalau tak sakit da, lepas 6 bulan ni kena pergi klinik kesihatan buat checkup dan kena hantar surat pengesahan dekat pakar ENT. Begitu la kisahnya.. Terima kasih doc layan saya dengan baik sangat. Comel pun comel. Memang yang handle ayie doc yang sama je. Terima kasih jugak untuk nurse dan MA di bahagian ENT Hospital Taiping. Good Job! =)

Tuesday, January 5, 2016

Dhani Guest House, Perlis

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Minggu lepas (30-31 Disember 2015) kami sekeluarga sekali lagi bercuti di Arau, Perlis. Hahah macam da takde tempat lain je kan.. Sebelum ni pun bercuti sana jugak. Bukan apa, adik ayie belajar sana. Jadinya sekali sekala melawat la dia sebab dia tak balik tengah final exam.

Kali ni kami tidur di homestay. Seriously, ayie memang suggest kan sangat2 kat korang kalau datang Perlis stay la kat Dhani Guest House. Sangat2 selesa! Ayie memang sangat la berpuas hati. Owner dia pun baik tau. Dia kerja di tempat ayie praktikal dulu. Memang rata2 customer dia puas hati tau dengan service homestay ni. Tak percaya tengok kat FB Dhani Guest House, heheh Dari homestay ni nak ke Kangar ke Kuala Perlis ke tak jauh pun. Ohya, homestay ni di Arau tau, dekat je dengan gate A UiTM Perlis.


Amacam? Nampak selesa tak? Serious memang selesa tau. Korang boleh tengok sendiri kat page tu apa benda yang diaorang da sediakan kat homestay tu. Nak cerita panjang pulak kang, hahah ada extra bed, bantal, toto, semua2 la. Suasana kampung yang best dan nyaman je. Cuba la tau, ayie promote ni! =)

Sunday, January 3, 2016

Temuduga Part 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Tak terlambat lagi kan nak wish Happy New Year 2016! Semoga tahun ni memberi seribu kebahagiaan untuk kita diiringi rahmat dan keberkatan Allah, amiin =)

Temuduga lagi. Hoho kerja attend interview je ayie. Bukan mudah sebenarnya nak dapat kerja walaupun ada kelayakan ijazah. Bukan ayie nak patah kan semangat sesiapa, tapi bagi ayie sendiri tu la hakikatnya di zaman ni.. Jangan kan nak dapat kerja tetap, nak dapat kerja 'main-main' pun belum tentu. Tapi yakin satu benda je, Allah da tetapkan rezeki, jodoh, ajal & maut kita. Maka nya, kita harus berusaha selebihnya tawakal pada Allah.. 

Semoga ayie kuat untuk face segala ni. Jujurnya kan, kadang datang jugak stress tu bila orang dok tanya kerja apa, tak mintak kerja mana2 ke, dok rumah je ke.. Dah rasa sesak macam orang yang dok soal hal kahwin lak, haha Bukan saya tak mintak pak cik makcik, bukan saya tak usaha, cuma rezeki belum memihak pada saya..  Doakan la murah rezeki saya nak dapat kerja. Tu baru bab kerja tu. Kang esok2 da dapat kerja orang dok tanya pulak bila nak kahwin, takde calon ke? Huuwwaaaa saboo je la ayie, kuatkan hati T__T

Kisah interview kali ni, untuk disember 2015 ayie ada attend dua interview. Satu 17 Disember 2015. Interview di LHDN untuk jawatan kerani bahgian BR1M. Kedua nya, 29 Disember 2015 interview guru sambilan MRSM. Dua2 beri pengalaman tersendiri untuk ayie. Ada calon-calon lain yang cakap untung la ayie banyak attend interview mesti banyak pengalaman. Alhamdulillah, memang ayie dapat pengalaman dari setiap interview yang ayie attend. Sedikit sebanyak ayie guna pengalaman tu untuk interview seterusnya. Tapi apa2 pun rezeki kita Allah tentukan. Yang penting kita usaha, betul tak? Ayie tawakal je.. in Sha Allah.. 

Dan minggu lepas, ada sebuah tadika ni call ayie offer untuk jadi guru tadika mengajar agama. Tapi.... ayie tolak atas alasan ayie da kerja sekarang ni, bohong sunat T__T adakah ayie menolak rezeki? Tapi, di sebabkan pengalaman lepas ayie jadi serik untuk bekerja dan bekerjasama dengan tadika. Walaupun ayie memang suka budak-budak. Cukup lah sekali pengalaman pahit tu.. In Sha Allah, ayie yakin ada rezeki lain.  Nanti ada masa ayie share la sedikit sebanyak pengalaman interview. Nak share banyak pun ilmu belum penuh di dada lagi, hehe Doakan ayie ye dimurahkan rezeki, amiin =)