بسم الله الرحمن الرحيم
Pernah dengar tak orang yang mengalami tapak tangan dan kaki basah?Ayie adalah salah seorang yang mengalami masalah tersebut. Dah lama da ayie alami. Sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Pada peringkat awal tu cuma basah tapak tangan je, tapi tak teruk lagi. Naik sekolah menengah makin teruk basah tapak tangan. Lepas tu makin teruk tapak kaki pun basah jugak. Bukan basah cket-cket tu tau. Kalau lap dengan tisu tu memang lenjun la. Masa tengah taip entry ni pun dalam keadaan kaki dan tangan basah tau,huhu
Teman setia ayie ofcoz la saputangan dengan tisu kan. Kalau tak ada salah satu benda ni confirm ayie gelabah. Kadang tu keluar mana-mana lupa nak bawak saputangan. Ahh..sudah, aku nak lap mana ni tangan basah. Memang ayie akan gelabah kalau takde saputangan atau tisu. Pernah jugak 3 4 kali keluar lupa bawak saputangan, last-last ayie buat apa tau? Ayie singgah beli kat mana-mana kedai yang ada jual. Punya la terdesak nak kan..huhu Lepas tu ayie ambik keputusan letak siap-siap da saputangan dengan tisu dekat setiap beg. Kalau lupa bawak pun ada da spare kan. Tapi kalau keluar tak bawak handbag then lupa pulak bawak saputangan padan muka la kan,hehe
Berbalik pada kisah tangan dan kaki basah ni, ayie tak tau la apa punca ayie jadi macam tu. Nak kata keturunan hanya ayie dengan makcik ayie je alami masalah ni. Tapi dari pembacaan ayie, salah satu sebabnya mungkin sebab hormon tak stabil. Rawatan nya pulak, ubatan atau pembedahan. Tapi yang ayie baca ada jugak pembedahan yang tak berjaya. So, ayie decide tak payah la nak operate bagai. Makan ubat apa pun tak. Takut kalau side effect pulak. Just biar macam ni je la. Ke ada apa-apa solution lain ke? Kalau nak tengok gambar contoh tangan basah tu boleh klik sini.
Tapi sejujurnya, kadang tu buat ayie rasa tak selesa. Dalam aircond pun boleh basah teruk tau. Yang buat terasa hati cket tu, bila orang salam ayie lepas tu dia akan lap tangan dia. Yela, tangan ayie kan basah. Mungkin dia geli la kot. Ayie pun kadang segan-segan nak salam orang. Bukan sombong, kang orang geli nak salam dengan ayie..Ayie kena lap tangan betul-betul dulu baru salam orang. Yang peliknya, malam bila hampir waktu nak tidur tangan dengan kaki kering je. Ayie pulak yang rimas. Ayie tak boleh tidur dalam keadaan kering sangat. Ayie perlukan losyen yang berminyak. Pelik pulak kan..bila siang rimas peluh berlebihan, malam pulak rimas bila kering sangat. Ermm..ada siapa-siapa tak yang alami sama macam ayie ni?share-share la sama..=)
kite same.. :) anis pon same sis..kena truk jugak... kdg2 nampak kering kaki tp still peluh2..haishh..part nak salam org tu yg segan..rase mcm nk pkai sarung tangan jek..huhu
ReplyDeletebtul2..ayie masa belajar kereta cikgu suruh pkai sarung tangan,huhu
ReplyDeleteade seorang kawan Zam dlu, mcm ni gak..
ReplyDeleteyeke..ramai jugak la ye alami mcm ni..
ReplyDelete