Sunday, June 29, 2014

Selamat Berpuasa!

بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat berpuasa. Puasa elok-elok tau. Bersihkan hati, hadapilah Ramdhan ini dengan penuh kesyukuran. Insyaallah..=)

Saturday, June 28, 2014

Mee Udang Mak Jah

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa pernah makan Mee Udang Mak Jah angkat tangan..!hehe sejujurnya, walaupun ayie orang tempatan ayie tak pernah pergi lagi makan situ sehinggalah masa pergi buat program kat Taiping haritu. Pensyarah bawak. Tu la first time makan Mee Udang Mak Jah ni..Dengan alasannya, ayie orang tempatan so bila2 nak pergi pun boleh, sebab tu tak pernah2 pergi,haha boleh tak macam tu? Mee Udang Mak Jah ni dekat Kuala Sepetang. Kalau dari rumah ayie ada la dalam 20 minit macam tu. Dekat je tapi tak pernah pergi kan, hehe.. Masa kami sampai tu da nak maghrib da. Punya la ramai orang. Penuh meja. Mungkin diorang pun musafir macam kami,huhu Tengok menu-menu dia confirm la berasaskan udang kan..harga pulak memang begitulah harga bagi semangkuk mee udang yang famous macam Mak Jah punya ni,hehe



Ayie pilih mee udang biasa. Harga dia RM9. Memang standard harga tu la kan..Bagi ayie nak kata mee tu sedap sangat2 tu tak jugak la tapi udang dia...pergggghhh!memang terrrbaaiiikk!haa..nampak tak macam mana kualiti udang tu?memang sangat fresh, manis2, dan udang dia memang sedap. Dalam mangkuk ayie tu ayie dapat 11 ekor. Member ayie kurang cket dari ayie, hehe 


Ni member ayie punya. Nasi goreng udang rasanya. Pun cedap..banyak jugak udang dia. Harga rasanya dalam RM4.50 kot..


Walaupun kabur nak jugak tempek, buktikan..kang cakap ayie makan mee udang lain pulak,hehe


Abaikan tudung senget2 tu ye, dok depan kipas la katakan, hehe Jemput makan semua!huhu Raya nanti mai la makan mee udang sini kot nak bawak sedara mara makan-makan kan. Boleh la singgah beraya rumah ayie sekali =)

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna.."
.Salam Ramadhan-




Thursday, June 26, 2014

Tak Dapat Sambung Syariah

بسم الله الرحمن الرحيم

Belek-belek buku syariah form 6 dulu teringat ayie yang ayie tak dapat sambung syariah suatu ketika dulu..huhu sadis tak ayat.. Sebenarnya ayie nak sangat-sangat sambung syariah sampai tahap yang ayie mampu pergi. Mungkin sampai master, mungkin sampai phd. Tapi rezeki tak berpihak pada ayie. Ayie mampu sambung sampai form 6 je. Ayie dari form 1 lagi da tanam cita-cita dan azam untuk sambung belajar di bidang syariah. Ayie minat dan ayie rasakan bidang syariah patut ayie kuasai sepenuhnya sebab ia berkaitan dengan life kita. Tapi tu la kan..tak dapat sambung nak buat macam mana..


Masa ayie form 1 sampai form 3 tak belajar lagi syariah, belajar Arab je. Then, masuk form 4 ayie pindah sekolah. Sebolehnya ayie tak nak ambik Arab da sebab ayie macam tak berapa kuasai Bahasa Arab. Tapi syarat nak ambik syariah kena ambik Arab. Jadi minat punya pasal kan, ayie relakan jua ambik Bahasa Arab, huhu Alhamdulillah boleh la skor syariah tu sebab minat kan. Then sambung form 6. Pun sama, syarat nak ambik syariah kena ambik Arab jugak. Sekali lagi ayie rela kan juga belajar Arab. Alhamdulillah walaupun tak la cemerlang mana tapi boleh la skor. 

Masa apply nak sambung degree la yang ayie tak dapat sambung syariah. Ayie mohon dekat UKM, dekat mana lagi ntah ayie tak ingat. Yang pasti dekat UKM tu ada la. Ayie tak dapat..sedih jangan cakap la. Menangis seharian tau. Kawan-kawan yang pointer lagi rendah pun dapat. Ayie tak dapat mana-mana. Rayuan pun tak dapat. Lepas tu ayie bertekad sepenuh hati dapat kerja nak kerja sungguh-sungguh. Tak mau da fikir pasal belajar. Kecewa punya pasal kan. Tapi Allah dah rancang kan apa yang terbaik untuk ayie. Ayie letak jawatan sebagai guru KAFA, ayie sambung belajar dekat UiTM Kedah sampai la sekarang ni. Walaupun kos memang melencong 100% dari apa yang dok belajar dari form 1 sampai form 6 dulu, ayie tetap redha. Da tahun ketiga pun. Final year da. Takde apa yang nak di sesal kan. Rasa macam baru je tak dapat U dulu, rupanya da hampir 4 tahun yang lepas..huhu



Ni kalau tanya ayie balik ni confirm gagap nak jawab, hehe da lama tinggal kan. Tak praktiskan pulak tu. Insyaallah, ada rezeki nanti mungkin dapat jugak ayie teruskan hasrat nak belajar syariah tu. Mana tau sambung master ke nanti, hehe boleh eh ayie nak sambung master kos syariah ni? Apa-apa pun bukan sebab pangkat, bukan sebab nak gaji banyak ayie nak sambung master, tapi sebab ilmu. Insyaallah.. =)

p/s: Lagi beberapa hari je nak puasa kan..Semoga Ramdhan kali ni lebih baik dari sebelumnya, Insyaallah..

Wednesday, June 25, 2014

"Segmen Jom Tambah Followers: Nurfaizuddin Fuad"

بسم الله الرحمن الرحيم


Da lama ayie tak join apa-apa segmen atau giveaway kan..Jadi harini ayie join 1 segmen ni. Dari blogger baru jugak. Jom support dia! Nak join boleh klik banner ye..=)

Monday, June 23, 2014

Perubahan Perlukan Kesabaran 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum ni pun ayie ada cerita pasal perubahan perlukan kesabaran ni.. Yup, memang sangat perlukan kesabaran. Yang paling penting adalah ISTIQAMAH. Ayie bukanlah sesempurna mana, hanya berusaha sedikit demi sedikit untuk melakukan beberapa perubahan. Ayie bukan apa, yang selalu ada dalam pikiran ayie ni ayie takut kalau-kalau setiap perubahan tu akan menjadi fitnah pulak pada agama. Contohnya, ayie pernah cerita sebelum ni. Sorang muslimah ni pakai tudung labuh tapi meniru dalam periksa. Ayat pertama lecturer cakap, "oo..dia beselindung disebalik tudung labuh tu ye.." Tak ke ni akan jadi fitnah pada agama. Disebabkan perangai dia, tudung labuh tu yang disalahkan. 

Hurmm..yang penting, dalam setiap apa jua yang kita lakukan ilmu tu penting. Cari ilmu banyak-banyak. Ayie sendiri masih dalam proses kutip ilmu dan dalam masa yang sama cuba istiqamah semampu mungkin. Memang payah, tapi Insyaallah, Allah ada bersama. Yakin dengan Allah, hati akan lebih tenang..=)


Sumber: Google
Nampak macam lawak-lawak je kan, tapi mendalam tu maksudnya..=)
18 June 2014

Saturday, June 14, 2014

Yapp Application

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingat tak haritu ayie cerita pasal Mobile Application? Kena reject tau tak..huwahuwa Tapi nasib baik bukan reject terus. Cuma kena tambah lagi beberapa pilihan lain. Tambah video, gambar bagai. Disebabkan MobinCube takde pulak video jadi kami tukar pakai application lain. Kami pakai Yapp. Lagi SENANG tau! Just masuk-masuk je link & gambar. Tapi kelemahan dia kena ada internet baru leh view. Sebab connect dengan internet kan. Kalau MobinCube tu takde internet pun leh view da. 


Ni la rupa depan application kami ni. Purple gitu. Sebab ayie suka purple,hehe Nasib baik group member lain setuju. Semua gambar dengan video pakai dalam google je. Lagipun bukan betul-betul masuk dalam play store. Sekadar memenuhi requirements subject. So, korang nak cuba buat pun leh. Senang je tau. Themes pun banyak pilihan jugak. Yapp ni boleh view dalam pelbagai cara tau. Antaranya guna QrCode dan website. Kalau nak tengok yang website kami punya application klik sini tau. 

Semoga Bermanfaat =)

Friday, June 13, 2014

Program Kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم

Ni adalah entry tertangguh ye..Nampak tak kesibukan disitu. Tapi nak jugak buat entry sebagai rujukan ayie sndiri di masa depan. Ahad 1 Jun lepas, kami satu kelas buat satu program untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Program ni asalnya nak buat di Pulau Pangkor, tapi atas beberapa masalah maka program ni di buat di kampung halaman ayie di Taiping.. (syokk oo balik kampung sendiri). Tapi bukan kat kampung pun, kat Perpustakaan Awam Taiping. Ayie nak share beberapa aktiviti yang mungkin boleh dibuat contoh kalau-kalau korang pun ada nak buat aktiviti kanak-kanak nanti.

Ayie adalah ketua aktiviti jadi memang agak kecut perut la nak pastikan segala aktiviti tu berjalan lancar. Alhamdulillah semua rakan kelas bagi kerjasama yang baik, thanks ye..Kami bahagi kanak-kanak kepada dua kumpulan besar, tahap 1 dan tahap 2. Aktiviti pertama dan wajib ada mestilah pertandingan MEWARNA.


Untuk aktiviti tahap 1: 


1) Kura-kura Saya


2) Rubber Stamping (Celup-celup Warna)

Tahap 2 pulak kami buat S.I.R dan explorace. Explorace ada 8 checkpoint:
1) Cari Call Number (berkaitan library)
2) Teka Bunyi
3) Bahasa Melayu
4) Keratan Akhbar
5) Bahasa Inggeris
6) Mari Berpantun
7) Tempat Menarik
8) Matematik


Ni S.I.R ala-ala cari harta karun gitu..huhu



Kami ada jugak buat superhero. Pakaikan budak topeng.



Kakak & abang feci..hehe


Last but not least, kami sempat MENYAPUPOD..hahaha =)






Monday, June 9, 2014

Mobile Application

بسم الله الرحمن الرحيم

Fuhh..lama ayie tak update blog kan. Apa boleh buat..tuntutan sebagai pelajar mengatasi segalanya. Ayie cuma nak update seringkas mungkin je kali ni. Ayie dapat 1 assigment ni da dekat sebulan tapi tak buat-buat jugak sebab tak reti nak buat macam mana. Assigment ni bergroup. Last-last, malam tadi habis kelas pensyarah cakap malam ni kalau boleh nak kena present da sebab nanti dia outstation. Tuddiiiaaa...kelam kabut baru nak buat. Ayie tak tidur malam tadi cuma terlelap jap sebelum subuh tadi. Sekarang memang mata panda la kan..huhu

Assigment nya ialah kena buat mobile application. Bunyi macam susah. Bila da buat rasa cam nak tampar je pipi sendiri sebab buat-buat susah sebelum ni. Padahal boleh je buat kurang dari 10 jam. Mula buat pukul 12:30 malam tadi. Pagi tadi dalam pukul 9 ciap da. Alhamdulillah.. Ok, siapa-siapa yang nak buat mobile application free boleh guna website ni, http://www.mobincube.com/. Sebenarnya banyak lagi application lain yang free boleh guna. Tapi kitorang pilih yang ni sebab agak mudah cket. 


Ni la rupa website tu. Kena login bagai baru boleh guna. Then kena la explore. Kalau tanya ayie, ayie jawab mana yang ayie tau je la kan..hehe Ayie pun baru explore malam tadi. Sebelum ni tak pernah bukak + tak pernah tahu pun..huhu


Ni pulak rupa mobile application group ayie. Kami buat tentang doa-doa harian. Ala-ala untuk kanak-kanak la. Tapi orang dewasa nak guna pun sangat di alukan. Ohya,lupa nak cakap..kami tak masuk dalam play store pun sebab kena bayar. So pakai Qr Code then download kat hp je.

Kesimpulannya, boleh je buat bukantak boleh. Sampai bila sikap tangguh kerja ni nak hilang. Aishhh..da dekat-dekat tahun akhir pun masih tak insaf ni..Parah2..=)


Wednesday, June 4, 2014

Wordless Wednesday #13 - 7 Amalan Sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم


Jom sama-sama amalkan, Insyaallah.. =)

Tajuk Public Speaking Yang Awesome! Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum ni ayie ada cerita kan tentang public speaking. Haa..ni yang second pulak. Sebenarnya ayie ada dua presentation untuk public speaking ni. Ayie da cerita kan sebelum ni macam mana cara lecturer nak setuju dengan tajuk kita senarai tu. Kali ni cara lain pulak. Memandangkan minggu lepas seminggu cuti then madam mintak email je tajuk apa kita nak. Tunggu punya tunggu hari-hari bukak cek email dapat tak respon dari madam. Tapi kecewa..sebab madam tak reply lagi. Mungkin madam busy..Dan akhirnya, malam tadi madam reply juga akhirnya. Yess! Alhamdulillah..Ni tajuk yang ayie senaraikan kat madam:

1) How  an Accident Changed Our Lives Forever
2) Responsibility of The Individual
3) Love Marriage vs Arranged Marriage
4) Marriage and Children
5) Life is Full of " If" and " But"

Nak tau madam pilih yang mana? Madam cakap antara no1 atau no5. Korang rasa mana yang senang ayie nak goreng? Tajuk 1 ke 5? Ayie rasa macam nak cerita tajuk 1. Boleh cerita pasal ayah. Korang kalau nak baca cerita ayah ayie boleh klik sini dan sini ye. Ermm..tapi ayie kena fikir-fikirkan balik la tajuk mana yang point nye banyak cket kan. Ayie akan fikirkan..=)

Ya Allah, permudahkanlah..

Tuesday, June 3, 2014

Battle of Work

بسم الله الرحمن الرحيم

Haaiish..nak mula dengan mengeluh, boleh tak..Ayie da mula masuk minggu-minggu yang teramat sibuk. Blog pun akan terabai la ye..Memang sangat sibuk da. Banyak entry tertangguh. Tapi ayie nak cerita jugak nanti walaupun da terlambat da. Antara entry tertangguh tu nak cerita pasal Unimap. Ayie ada study trip ke Unimap 2 minngu lepas. 1 lagi nak cerita pasal program ayie kat Taiping baru-baru ni. Insyaallah ada kesempatan ayie cerita nanti. Mana tau boleh jadi rujukan orang ke kan..

Sekarang da habis masa untuk bercuti. Memang nak bergelumang habis dengan kerja ni. Nak je ayie list kat sini buat tatapan ayie kot-kot lupakan,haha Tapi tak pela, list kt kalendar je la. Satu je ayie sangat-sangat wish sekarang ni, cepat-cepat la habis belajar. Ayie rasa makin lemah da ni. Tak tau mana da nak cari kekuatan ni selain beserah pada Allah semata-mata. Allah..tak sanggup da ni. Penat face ragam manusia hari-hari. Minta Allah terus bagi kesabaran je ni. Lagi 5 bulan je lagi. Please stay strong ayie. Allah sentiasa ada bersama..

"Ayie Atiqah bukanlah seorang yang mudah untuk tidak suka pada orang sesuka hati, tapi seandainya Ayie Atiqah sudah sampai tidak suka pada orang, bukan senang untuk suka kembali"

Ya Allah, peliharalah hati kecilku ini dari sifat mazmumah..

Sumber:Google