Sunday, August 31, 2014

Bloglist Kerana Kau Ada

بسم الله الرحمن الرحيم

http://mimbarkata.blogspot.com/2014/08/bloglist-kerana-kau-ada.html

Again! Segmen lagi..hehe Jom support! =)

Segmen: Meh Join BlogList CikAyue

بسم الله الرحمن الرحيم


Macam biasa ayie suka join segmen or GA yang simple2 ni, hehe Klik banner di atas untuk join tau. Jom support CikAyu! Gudluck everyone! =)

Petua Ketenangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber: Pakar Diari Hati

p/s: Jom kita amalkan! In Sha Allah =)

Salam Merdeka ke 57

Friday, August 29, 2014

Dunia Punya Undang-Undang

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepatutnya harini ada perbicaraan kes ayah (Sini dan Sini). Kami adik beradik pun semangat da nak pergi. Sebab kali ni mungkin ayah kena bagi keterangan. Sebelum2 ni cuma sebut kes je. Kelmarin polis datang rumah hantar sapina untuk ayah. Kalau sesapa tak tahu sapina tu arahan untuk seseorang datang ke mahkamah untuk jadi saksi perbicaraan. Lebih kurang camtu la..

Tapi ntah macam mana malam tadi dapat tau perbicaraan hari ni kena tangguh. Hurmm..Boleh pulak tetiba tangguh macam tu je. Ke pihak sana sesaja nak lengah2 kan ni.. (Rasa cam something pulak) Apa2 pun,ni hukum dunia. Dengan duit apa pun jalan. Yang tak berduit la jadi mangsa, walaupun tak bersalah. Tapi 1 perkara yang pasti, hukuman di dunia mungkin boleh lari..hukuman di akhirat belum pasti boleh terlepas. Serahkan segalanya pada Allah. Allah sebaik2 perancang. Allah Maha Adil..

Sumber:Google

-Salam Jumaat-

Tuesday, August 26, 2014

Ayie Dah Buat Top Commentary!

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeaaayyy! Akhirnya ayie berjaya buat top commentary. Setelah berjaya godek2 malam tadi ayie ada top commentary da..hehe suke! Sebelum ni ayie ada tanya kan nak buat macam mana top commentary. Seorang sahabat blogger share 1 link ni. Terima kasih Anis! Jom kita tengok siapa pengomen tegar kat blog ayie ni since blog ni 'ditubuhkan' hampir 7 bulan lepas..=)


Ni la dia antara pengomen tegar kat blog ayie. Ayie try senaraikan 5 je dulu. In Sha Allah ayie akan cuba tambah dari masa ke masa.. Terima kasih ye untuk semua sahabat blogger yang sudi support ayie. Walaupun ayie jarang blogwalking, hanya 'berjalan' ke beberapa blog je. Busy..Tengan cuti ni pulak mood kadang malas rasa nak online..huhu Tak tahu la kenapa. Apa2 pun terima kasih banyak2! Ukhwah Kerana Allah =)

p/s: Rasa nak tukar template pulak =)

Monday, August 25, 2014

1st Giveaway by Melangkau Garisan with love

بسم الله الرحمن الرحيم

GA datang lagi!hehe ayie sangat rajin nak join GA akhir2 ni ye..Meh la bagi link GA korang. GA ni datangnya dari MG. Tuan punya blog ajak ayie join. Ayie pun join la. Syarat2 nya pun mudah. Ayie suka syarat2 GA yang mudah ni..hehe 


Nak join sila klik banner di atas ye. Tarikh tutup 13 September 2014. Jom la ramai2 support. Gudluck everyone! =)

Sunday, August 24, 2014

Advance White Vasia


بسم الله الرحمن الرحيم

Macam ayie cakap sebelum ni ayie dok cari collagen yang sesuai. Khamis lepas ayie jumpa antara collagen yang ayie senarai tu dengan harga yang sangat berpatutan! Yang pasti ia bukanlah produk tiruan ke apa ke.. Memang dia dijual dengan harga tu. Tersangat la berpatutan. Apa lagi kan, ayie mesti la beli, hehe Alhamdulillah..dok cari2 akhirnya dapat jugak. 


Sumber:Google

Ayie pilih ADVANCE WHITE dari Vasia. Harga asal RM40. Tapi ayie dapat dengan harga RM?? hehe.. Hasilnya nanti ayie cerita2 la ye. Baru guna 3 4 hari kan. Tak kan terus dapat hasil kan..huhu Siapa2 nak leh la PM ayie. Harga kasih sayang..hehehe =)

Testimoni Advance White Vasia

Thursday, August 21, 2014

Giveaway Harry Potter Postcards from Germany!

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari2 kita join GA Harry Potter ni,hehe Hadiah nya postcard Harry Potter tau. Peminat2 Harry Potter tu jangan la lepaskan peluang ni ye..hehe Tuan blog ni JINDRISSKA sendiri ajak ayie join GA ni tau. Blog JINDRISSKA ni menarik. Bersahaja je gaya penulisan dia. Macam santai2 je baca. Bagi ayie blog JINDRISSKA ni pun mesra pengguna. Sebab apa? Sebab senang je nak godek2 blog ni, hehe 


Sempat lagi nak join ni. Tarikh tutup 27 Ogos 2014. Gudluck everyone!

Monday, August 18, 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

بسم الله الرحمن الرحيم

Da lama ayie tak join GA kan. Manfaatkan masa cuti semester ni dengan join GA,yeay!=)


Senang je syarat2nya..Nk tau sila klik banner kat atas ni tau. Jom join! Gudluck semua..!

Collagen Mana Yang Sesuai

بسم الله الرحمن الرحيم

Menginjak umur 20an ni da rasa macam perlu pulak jaga kesihatan tu lebih cket dari sebelum ni. Yela, kesihatan luar dan dalam tu kan penting..Ayie nak tanya la kan, korang ada tak makan apa2 supplement ke,produk2 yang ada sedia collagen ke..Share la dengan ayie. Ayie ni dok survey2 collagen mana yang sesuai + harga pun berpatutan. Tambah pulak ayie ni risau takut kalau2 produk tu yang tiruan punya ke..Sebab benda kita nak makan kan. Takut effect jantung ke, hati ke..Ada la ayie servey beberapa produk ni..

Sumber:Google

Yang ni Pearl White keluaran Jamu Jelita

Sumber:Google

Yang ni pulak Advance White,V Asia

Sumber:Google

Ni AuraWhite Bubbly. Khas untuk remaja

Ayie tanya kat kedai area Taiping ni diaorang tak ambil produk ni. Mungkin belah Ipoh ada. Khasiatnya ayie tengok lebih kurang je, harga dia je beza2..huhu Ada apa2 cadangan/pandangan tak?Kongsi la..=)

Friday, August 15, 2014

Jika Tiada Rezeki..

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka

"Bersyukurlah dengan apa yang diberikan Allah untuk kita. Nikmat Allah itu sangat luas dan banyak. Syukuri segala nikmatNya"



-Salam Jumaat-

Thursday, August 14, 2014

Cerita Examinations Result

بسم الله الرحمن الرحيم

Berdebar tak budak2 UiTM nak tunggu result arini?Mesti dug dap dug dap je..huhu Ayie sendiri berdebar2, takut semua ada..Nak cek pagi tadi punya la liat, tapi nak tau..dengan lafaz Bismillah fuhhh..scrol punya scrol Alhamdulillah..Terima Kasih Allah..Nak menangis rasa. Terharu semua ada. Kalau ada mak ada tadi peluk mak da. Mak baru je pergi kerja sebelum tu. Alhamdulillah..Tahniah kat diri sendiri,hehe 



Alhamdulillah atas segala yang Allah berikan untuk ayie sekeluarga. Sebab apa ayie cakap sekeluarga? Sebab kejayaan ayie harini adalah berkat doa mak dan ayah yang tak pernah putus harap nak tengok anak2 diaorang berjaya. Alhamdulillah..result adik ayie pun tak kurang hebatnya. Walaupun dia tak dekan macam semester lepas tapi masih lagi oke result dia. Tahniah dik! Jangan putus asa, teruskan usaha!

Terima kasih buat semua pensyarah2 UiTM Merbok yang sudi beri ilmu dan tunjuk ajar untuk ayie dan sahabat2 lain. Semoga Allah memudahkan segala urusan kalian, In Sha Allah..Amiin
Buat mak ayah, ampunkan segala salah silap saya. Terima kasih untuk segala pengorbanan untuk saya dan adik2. Ni hadiah saya untuk mak ayah..Walaupun bukan 4 flat tapi saya tau ni pun da buat mak ayah gembira jugak kan? Saya sayang mak ayah! (dah macam wish lepas konvo je,huhu)

Terima kasih mak ayah atas doa yang tak pernah henti mengiringi perjalanan hidup saya. Buat semua sahabat, walau apa pun result korang TAHNIAH dan jangan sedih2 ye..Semoga kalian terus berjaya dalam hidup..=)

Photo: leklu sapkoklu hahah pasnih kite kepakkepak gebumgebum okay 
#inshaaAllah

p/s: Jangan buat keputusan ketika dua keadaan, ketika sangat gembira dan ketika sangat bersedih.Takut kedua-duanya memakan diri..

Wednesday, August 13, 2014

Teringat Dulu..

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam 12 Ogos ramai yang dapat keputusan universiti kan? Lepasan STPM dengan matrikulasi yang dapat tawaran U tu TAHNIAH ye. Yang tak dapat tu jangan kecewa ye..Meh ayie nak cerita cket. Suatu ketika dulu, tahun 2011 ayie jugak senasib dengan sahabat2 ayie yang tak dapat U. Kami tak dapat sambung mana2 pun. Kecewa jangan cakap la. Rayuan pun masih tak dapt jugak. Ayie pernah cerita cket pasal ni sebelum ni

Tapi tu la, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk ayie dan sahabat2 lain. Sahabat2 ayie ada yang da bekerja walaupun tak dapat U. Mungkin berkat kesabaran diaorang kan. Alhamdulillah..Ayie pulak,In Sha Allah da berada di tahun akhir da di UiTM Merbok, Kedah dalam kursus Pengurusan Perpustakaan. Nampak kan aturan Allah..Walaupun ayie lewat 1 semester dari sahabat yang lain tapi ayie berjaya jugak sambung degree. Memang mula tu ayie tersangat la frust. Sampai tak rasa nak belajar da. Tapi atas permintaan parents ayie turutkan jugak. Lepas tu baru la datang sendiri minat nak sambung belajar lagi, Alhamdulillah..

Sekarang, terasa nak sambung belajar lebih lagi. Tapi tu la..tengok pada keadaan dan kewangan. Ada rezeki In Sha Allah..yang penting nak bahagiakan mak ayah dulu, In Sha Allah.. Buat adik2 yang tak berjaya masuk U tu, jangan putus asa tau. Dan jangan putus doa dan harap dengan Allah S.W.T. Mohonlah denganNya, Allah perancang yang Maha Hebat. Jangan putus asa ye..Kalau tak silap ayie, UiTM ada lagi intake kedua untuk kemasukan Februari tahun depan. Adik2 try la apply ye mungkin bulan 10 atau 11 nanti ada bukak untuk kemasukan kedua ni..Adik2 alert tau dengan tarikh2 penting nanti. Gudluck adik-adik! Tahniah sekali lagi untuk semua adik2 yang berjaya masuk U. Jaga diri baik2 ye..=)

Sumber: Google

Friday, August 8, 2014

Budak Kacamata

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie dari zaman sekolah rendah teringin teramat sangat nak pakai spek. Nampak macam lagi matang, cerdik dan alim2 cket. Tu pandangan ayie masa ayie sekolah rendah dulu la. Tapi mata ayie oke je lagi masa tu. Tak de rabun ke silau ke..Ditakdirkan Allah, mata ayie mula kabur@rabun masa ayie form 2. Masa ni la ayie mula buat spek. Seronok tak terkata. Iye la, da lama teringin nak pakai kan..hehe Tapi ayie cuma pakai time nak belajar je. Ayie mula pakai spek sepenuhnya masa umur 18, sebelum masuk form 6. Sebabnya rasa da tak mampu nak paksa mata tengok benda2 jauh, kabur sangat..

Start pada tu la ayie pakai spek sepenuhnya sampai la sekarang. Ayie memang setiap tahun akan tukar cermin atau tukar dengan bingkai@frame sekali. Setahun sekali tukar cermin, dua tahun sekali tukar frame. Tapi tengok pada bajet dan keadaan la. Kalau da tak sampai setahun cermin tu retak nak tak nak kena la tukar kan.. Ayie ni suka letak spek rata2. Tu la senang jatuh la, retak la..huhu 

Masalahnya, setiap kali buat spek baru tak pernahnya 'power' sama. Mesti naik. Tak 'power' yang naik, silau pulak yang bertambah. Biasanya 'power' la yang akan naik. Rabu lepas ayie buat spek baru. Nak buat dari 2 bulan lepas lagi. Tapi duit tak berapa nak ada. Ni dapat duit raya boleh la buat spek baru, huhu Ayie asyik rasa nak terjatuh je, macam nak pitam tu. 2 bulan lepas da cek dengan doktor kot2 tekanan darah rendah. Tapi oke je..Lepas tu pergi la cek mata. Memang betul jangkaan ayie, 'power' yang naik..sebelah mata je da 300 lebih. 



Ni la spek baru ayie. Ayie tak pernah buat full frame macam ni. Selalu ayie buat separuh je. Ni baru buat full. Saje nak cuba. Cermin pun ambik yang blue ray. Memang sedap pakai cermin ni. Dia lagi sharp. Selesa la bagi ayie. Tapi bila tengok kat cermin macam tak cantik pulak ayie pakai full frame. Sebab tak pernah pakai kan..dok pakai half frame je. Tak pe la, at least da cuba pakai yang full macam mana kan. Lepas ni nak cuba yang takde frame pulak. Lama da berkenan cuma kena jaga elok2 la, huhu Kali ni punya spek makin tebal cermin dia..hurm Makin power naik makin tebal spek ayie..

Nasihat ayie dekat korang yang tak pakai spek ni, jaga la mata baik2 ye. Da rabun kena pakai spek macam ayie ni jenuh jugak nak kumpul duit buat spek. Tu la ayie, nak sangat pakai spek kan..rasakan. Mata adalah anugerah Allah yang sangat bernilai. Peliharalah mata sebaik mungkin..=)

p/s: Jangan main mata ye..hehe

Tuesday, August 5, 2014

Baru Sampai Kad Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

Teruja betul ayie dapat kad raya. Maklumlah da bertahun tak dapat kad raya kan..huhu Baru sampai siang tadi. Lagi special kad raya ni datangnya dari sahabat blogger. Seronok2! =) 



Kad raya ni datangnya dari Ain. Terima kasih ain. Ayie hargai sangat! Blog ain pun da berubah rupanya. Hitam itu menawan, hehe Selamat Hari Raya Ain. Maaf zahir & batin..=)

p/s: Ayie ingat nak kasi kad raya jugak la raya tahun depan, huhu

Monday, August 4, 2014

Raya 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Seminggu da beraya kan. Seminggu jugak la ayie tak mengadap blog. Raya sakan ayie ni,hehe Nak wat macam mana kan,busy..huhu Macam mana raya korang?mesti meriah kan..Raya ayie tahun ni alhamdulillah..sederhana je. Tapi tahun ni dapat la beraya ke rumah orang, keluar jalan-jalan. Kalau raya tahun lepas kami tak pergi mana pun. Tunggu tetamu je datang. Sebab ayah baru je excident 2 bulan sebelum raya tu (boleh baca sini dan sini) Sedih raya tahun lepas..Nak keluar jalan kena tunggu orang yang bawak kan. Sebab kami takde yang boleh drive,huhu Jom layan gambar raya tahun ni =)



Pagi raya macam biasa, pergi solat dulu. Dalam pukul 11 baru balik kampung. Balik Changkat Jering dulu lepas tu balik Semanggol. Dekat je pun. Balik hari je..hehe Raya pertama ni menu utama mak ayie buat bihun sup.


Si kecik Anis Maisarah ni pagi-pagi lepas solat raya dia jadi tetamu pertama da. Dengan kasut tumit tinggi dia, berlari-lari nak datang rumah ayie. Dia tak pakai tudung pun, adik ayie yang pakai kan dia shawl. Comel je dia pakai shawl. Pandai posing pulak tu =)


Raya kedua pulak balik Changkat Jering lagi. Sebab ada kenduri tahlil. Opah ayie kan baru meninggal 2 minggu sebelum raya (sini). Buat sekali tahlil untuk arwah2 mak sedara ayie. Semua ada berkumpul sama. Alhamdulillah..

Raya ketiga pulak keluarga belah mak datang beraya. Gamat la sekejap rumah ayie kan..hehe Semua adik2 mak datang walaupun tak datang serentak. Alhamdulillah..dapat jugak berkumpul sama. Mak buat bihun singapore. Habis licin..huhu Raya seterusnya kawan adik2 pulak datang. Mak masak lagi, buat bihun goreng pulak. Esok tu mak buat lontong pulak, nyum2..Raya kali ni mak rajin pulak buat makan berat2. Kata mak sebab anak2 da besar boleh tolong kat dapur..hehe



Yang ni semalam kami pergi kenduri dekat Batu Gajah. Baju ni la yang ayie jahit lace tu, hehe Tu je la kisah seminggu ayie beraya. Harini semua da mula bekerja, sekolah..Jangan malas2 ye. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

p/s: Jom sambung puasa dengan puasa 6 pulak =)