Thursday, October 20, 2016

Cara Tackle Hati Kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sedar tak sedar 6 bulan dah ayie berkhidmat dengan tadika ni. Macam-macam pengalaman ada. Bukan senang ayie nak tackle hati anak-anak tadika ni masa awal-awal dulu. Sampai sekarang pun masih ada beberapa hal yang bagi ayie masih gagal ayie buat. Anak-anak dah terbiasa 4 bulan dengan cikgu sebelum ni, tetiba nak dapat pulak cikgu baru. Mesti diaorang pun ambik masa nak sesuai kan diri kan.. Antara beberapa cara yang ayie buat dan bagi ayie cara ni berjaya buat ayie tackle hati anak-anak 4 tahun di bawah jagaan ayie.

1) Pujian
    Jangan kata kanak-kanak, kita yang dewasa ni pun suka pujian kan? Masa ayie awal-awal pegang kelas ni dulu, sorang anak soleh ni memang tak mau buat kerja apa langsung. Tapi ayie dapat detect dia suka mewarna dan dia mewarna cantik. Cantik bagi tahap umur 4 tahun la. Warna tak keluar garisan. Pandai warna ikut objek. Contoh nya daun hijau, awan biru. Jadi nya ayie try puji dia. Selalu puji. Cakap dia pandai buat kerja, dia mewarna cantik. Sampai satu tahap dia dah suka buat kerja. 

Alhamdulillah. Bagi ayie ni satu kejayaan. Bukan dia sorang je ayie puji ye, setiap anak-anak yang elok perangai, rajin buat kerja semua ayie puji. Kira macam nak rangsang diaorang supaya lebih rajin dan mahu buat kerja. Lagi satu nak bagi diaorang keyakinan yang dioarang pandai buat kerja, kerja diaorang cantik. Tapi yang masalah sekarang ni, anak soleh ni pandai da menjawab. Bila ayie puji "Pandainya Muhammad buat kerja.." Tau dia balas apa? "Saya memang pandai pun!" T__T <takpe lah nak..asalkan awak mahu buat kerja, awak memang pandai sayang>

2) 10 Markah
     Anak-anak ni memang suka dapat markah banyak. Padahal tak wujud pun 10 markah tu. Maksud ayie takde tertera pun 10 markah tu dekat whiteboard ke mana ke. Sekadar ayie sebut di bibir je. Contohnya, salah sorang anak soleh atau solehah ni boleh hafaz dengan baik surah terpilih. Ayie just sebut, "10 markah untuk Nur!" Ataupun diaorang boleh jawab soalan dengan betul, ayie bagi 10 markah. Sekadar sebut saja, tu pun da boleh buat anak-anak ni jeling rakan sebelah sebagai tanda "aku dapat 10 markah weh" hahah Kelakar tengok gelagat diaorang ni

3) Carta Bintang


    Ni contoh carta bintang anak-anak 4 tahun ayie. Awal-awal dulu ayie jenuh perah otak. Apa la nak buat nak ambik hati anak-anak ni bagi seronok belajar dengan ayie. Masa Ramadhan lepas datang idea ni. Jadi nya kita pi la kedai cari bahan apa yang sesuai nak buat carta ni. Ayie beli kertas hitam tu jenis yang keras. Tak tau la nama apa kertas jenis tu. Soft-board kot. Lepas tu beli kertas warna sikit nak hias-hias. Asalnya nak letak gambar diaorang dekat setiap column tu tapi anak-anak pemalu pulak nak bergambar sorang-sorang. Jadinya letak gambar mana yang sporting tu je la..hehe 

Bintang ni diaorang dapat bila diaorang behave, dengar cakap cikgu, rajin buat kerja, baca surah dengan tertib, lebih kurang gitu laa.. Diaorang sendiri yang akan tampal bintang tu. Sebab tu diaorang sangat excited bila tiba masa nak dapat bintang. Carta ni special sikit. Bukan hari-hari anak-anak akan dapat bintang. Mungkin seminggu atau 2 minggu sekali. Sebab ayie tak nak anak-anak cepat bosan kalau selalu sangat dapat bintang. Nanti anak-anak rasa macam senang-senang nya boleh dapat bintang. Alhamdulillah cara ni pun berjaya tackle hati anak-anak ni. 

4) Markah Berkumpulan


    Sesekali ayie kena mengajar 6 tahun. 6 tahun ni lagi banyak ragam. Maklum la diaorang da 'senior', hihi Jadi cara nak bagi diaorang duduk diam atau dengar cakap ayie bahagi diaorang 2 kumpulan. Pilih sendiri nama kumpulan. Masa diaorang pilih nama ni, ayie dalam hati cakap, takde nama lain ke nak oii.. Tapi takpe lah, cikgu ikutkan saja. Kumpulan yang behave, boleh jawab soalan, cikgu tambah markah. Yang mana tak behave, tak dengar cakap potong 1 markah. Banyak jugak manfaat dari cara ni tau. 

Antaranya, selit matematik. Bila tambah atau kena tolak markah kita suruh anak-anak ni kira. Secara tak langsung dapat jugak belajar math kan. Kemudian, sifat kerjasama. Anak-anak ni akan tegur ahli kumpulan dia supaya duduk diam, atau dengar cakap cikgu supaya markah diaorang tak hilang. Anak-anak akan lebih bersemangat nak buat yang terbaik sebab boleh dapat markah banyak.

5) Video
     Zaman teknologi ni macam-macam ada kan. Antara yang ayie buat bawak laptop bukak cerita atau video pelajaran. Alhamdulillah cara ni berjaya ayie tackle hati anak-anak 4 tahun. Diaorang memang sangat excited bila ayie bawak beg laptop. Padahal belum tentu dalam beg tu ada laptop, hahah Anak-anak cakap apa, "cikgu, belajar tak seronok, tengok video seronok!" Padahal diaorang tak tau, video tu pun cikgu selit jgak pelajaran, hihih Video ni pun bukan setiap hari ayie tunjuk. Seminggu sekali atau dua kali je sebab tak nak anak-anak cepat bosan.

6) Penghargaan
    Penghargaan ni tak semestinya dalam bentuk material. Kita melayan anak-anak bercerita pun diaorang dah suka. Layan kan saja cerita diaorang pergi zoo, ayah beli kan mainan baru, opah rotan tak dengar cakap. Diaorang akan sangat appreciate bila cikgu dengar segala cerita dan 'masalah' diaorang tu. Tergambar keceriaan kat wajah diaorang tu bila dapat bercerita. Sesekali ayie reward jugak diaorang dengan material tapi tak selalu. Ayie tak nak biasakan sangat. Lagi satu, anak-anak tadika ni ramai. Rasa tak adil pulak kalau 4 tahun je dapat sesuatu.

Ni saja lah sedikit sebanyak yang ayie kongsikan. Kerja dengan tadika ni kena extra kreatif sikit. Hari-hari kalau boleh nak dedah benda baru dengan anak-anak. Sebab tu kalau sesuatu benda ayie tak buat hari-hari. Tak nak diaorang jemu. In sha Allah mana yang baik tu boleh ambik sebagai rujukan. Kalau ada cara lain share la dengan ayie tau. In sha Allah sama-sama kita berikan yang terbaik untk anak-anak =)



Thursday, October 6, 2016

Chocolate Bouquet Surprise

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Semalam kan (5/10/2016) kite suprise kan orang! hihi Kite yang teruja tau. Tapi ni bukan lah kali pertama buat surprise. Sebelum-sebelum ni pun pernah buat birthday surprise. Bezanya ni first time buat surprise delivery bagai ni.

Entah macam mana idea tu datang last minit. Petang sebelum tu terdetik nak buat surprise bagai. Takde sempena apa-apa pun. Saja-saja bagi je nak happy kan orang, hihi So cari la kat FB service bouquet yang boleh delivery sekitar Teluk Intan. Sebab orang yang nak di surprise kan tu kerja di sana. PM la orang tu tanya boleh ke nak order harini untuk hantar esok. Sebab setengah tempat kena booking awal bagai. Dia cakap boleh dan ayie pun proceed la pilih bouquet mana yang berkenan di hati.

Ayie prefer coklat sebab boleh makan. Kalau bunga nanti lama-lama layu. So ayie request nak coklat saja tak mau belon. Sebab ada yang pakej belon or kek macam tu. Free kad dan harga sekali delivery. Lebih kurang gitu la. Sebab takde caj tersembunyi bagai. Memang apa yang dia state tu la harganya. Bagi ayie okey jugak la harganya. Dia buat pun cantik, kemas. Warna yang di request mestilah purple! hihi


Taaaddaa! The chocolate bouquet surprise! Comey nya warna purple! Janji dengan orang delivery tu pukul 11:30 pagi hantar ke office orang yang nak di surprise kan tu. Ayie yang dekat sekolah pulak la yang bedebar rasa. Teruja nak tau apa reaksi dia ni sebab tak pernah surprise kan dia macam ni lagi. 

Dapat je bouquet tu kat dia, dia cakap punya la terkejut dan terkedu ada orang mai office bawak bouquet ni untuk dia. Satu office tengok, hihih Dia cakap excited + teruja first time dapat. Satu ayat yang dia cakap buat ayie terharu, "u make me happy ..." hihi Memang nak happy kan dia pun. Saja sesekali buat orang bahagia luar biasa tak salah kan? huhu Next time kite surprise kan awak dengan benda lain pulak ye =

Wednesday, October 5, 2016

Koleksi Puisi Jiwang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Siapa sangka makhluk yang bernama ayie ni seorang yang jiwang suatu masa dulu, hahah Kemas-kemas barang jumpa satu buku nota hitam. Selak-selak, laaaa koleksi puisi jiwang ayie rupanya. Tahu tak usia puisi-puisi tu ada yang da menjangkau lebih 10 tahun! Mak aaii lama nya..tua dah la ayie sebenarnya kan, hahah Ni semua kerja zaman sekolah menengah dulu ni. Zaman cinta monyet orang panggil. Bila fikir balik, banyak pulak masa dulu nak create puisi bagai, tak belajar ke apa ni, hahah


Siap list tajuk bagai. Buku pun da lusuh tu. Semua sekali ada 18 puisi. Tapi ayie rasa ada lebih dari tu. Cuma x catit dalam buku tu. Mencurah-curah betul idea masa zaman tu. Kalau sekarang ni jangan kan nak buat satu puisi, nak cipta satu baris pun entah ambik masa berapa lama, hihi


Nak tergelak pun ada tengok-tengok balik segala puisi tu. Siap masa, tarikh, tempat, hak cipta lagi tu! Astaka SMKAK tu masa ayie sekolah di Semanggol dulu zaman form 1-3. Start ayie F3 sampai F4 memang giler la buat puisi ni. Dok sesaja ada je idea datang. Mana dan ayie tulis je. Lepas tu baru tulis cantik-cantik sikit dalam buku hitam ni. 

Lagi satu, habit ayie masa sekolah menengah ni dari F1 sampai F6 suka la sangat tulis lirik lagu-lagu jiwang dekat belakang buku tulis or mana-mana buku nota. Agak bosan je dalam kelas mula la menulis. Mesti cikgu ingat ayie rajin salin nota dulu, padahal dok tulis lirik lagu, haha Ampun cikgu! Zaman F6 kurang sikit la buat kerja-kerja tu sebab da matang sikit, hihih Masa sekolah menengah tu antara lagu yang sangat favorite Kain Cinta Putih, Cinta Pantai Merdeka & Hanya Padamu =


Puisi yang ni kalau tak silap ayie pernah masuk majalah. Majalah DARA. Ayie beli majalah tu semata-mata sebab puisi sendiri disiarkan. Mesti la excited kan. Tapi sayang, takde bukti nak tunjuk sebab majalah tu dah kena rampas masa sekolah dulu (masa tu majalah dikategorikan sebagai barang haram). Nak cari balik pun ayie tak ingat tahun bila disiarkan tu..hmm 

Bila diingat balik rasanya setiap puisi tu ada maksud dia tersendiri. Zaman cinta monyet dulu, zaman cinta terhalang kekononnya..huhu Apa-apa pun setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Datang dan pergi seseorang dalam hidup kita pasti membawa 1001 pengalaman dan pengajaran. Cuma 1, jangan pernah membenci si dia atau apa saja yang berlaku. Kerana hadirnya si dia dulu pernah membawa kebahagiaan & kegembiraan pada kita.. Adehh! Ter bermadah pulak dah! hahah

p/s: Agak-agak laku tak kalau jual puisi ni? kihkihkih