Friday, February 28, 2014

Selamat Tinggal Anak Didikku

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedih je bunyi nya kan..hurm yeah, harini hari last ayie mengajar di sekolah ni. Tamat da tugasan sebagai guru ganti. Sebulan lebih da bertugas di sini. Banyak pengalaman baru yang dapat dikutip kat sekolah ni. Macam-macam ragam ada. Semua tu adalah pengalaman. Ohya..ni adalah kali kedua ayie jadi guru ganti di sekolah ni. Hope nanti-nanti ada kosong lagi panggil la lagi ye untuk ganti, hehe Dan sekolah ni jugak la tempat ayie timba ilmu fardhu ain masa darjah 1 sampai la darjah 6, tahun 1998-2003. Mula-mula dulu excited gile nak mengajar dekat sekolah yang pernah kita belajar dulu, huhu banyak da perubahan. Then, harini pulak hari last da. Esok da nak balik Merbok..


Ada la cket hadiah untuk guru-guru kat situ. Ni dari ayie dengan adik ayie. Hope sudi-sudi la terima hadiah yang tak seberapa ni,huhu


Yang ni special cket untuk sorang akak ni yang tengah pregnant. Berapa bulan ntah, 3 bulan kot..hehe Bagi siap-siap la kan. Tak tau pulak bila lagi boleh jumpa lepas ni. 


Haa..yang ni ofcoz la untuk anak-anak didik kelas ayie. Korang memang suka kan benda-benda macam ni, hehe Nah..harini saya kasi untuk awak semua. Jangan berebut-rebut ye, semua dapat..Kalau tak cukup nanti saya kasi lain,hehe (acah je) =)

Semoga awak semua jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Jangan nakal-nakal. Yang mana saya marah-marah tu semua untuk kebaikan awak. Mana ada saya saja-saja nak marah kan. Saya marah bila awak nakal je kan..Tu maknanya saya sayangkan awak semua tau, kalau tak sayang saya lantak kan je..Janji ye jangan nakal-nakal lagi lepas ni. Jadi budak baik tau, dengar cakap ustazah-ustazah lain. Semoga awak berjaya dunia dan akhirat.
-Pesanan ikhlas dari saya, Ustazah Atiqah-



Kisah Golongan Syaitan

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam sementara tunggu masa nak balik dari sekolah, belek-belek jap majalah ASUH ni. Tahun punya bila ntah la,hehe Terjumpa la satu info yang menarik ni. Ayie just nak share je untuk peringatan diri sendiri dan semua.. =)

"Ada dua golongan syaitan yang suka mengganggu solat kita iaitu Wilhan dan Hanzab. Wilhan suka timbulkan rasa was-was ketika kita berwhudu'. Hanzab pula suka mengganggu solat kita agar tidak khusyu'. Teringat macam-macam benda dalam solat"

Sumber:Google

Salam Jumaat =)

Thursday, February 27, 2014

"Melbourne" @ Merbok

بسم الله الرحمن الرحيم

"Melbourne" ??haha nama samaran je tu bagi Merbok =)
Ayie dengan member-member kat sini selalu menggelarkan bumi Merbok ni sebagai Melbourne. Melbourne la sangat kan..haha Merbok adalah sebuah kawasan kampung. Terletak di daerah Sungai Petani/Kuala Muda. Di sini lah tempat ayie menimba ilmu hampir 3 tahun ni. Rasa macam baru semalam je mak ayah datang hantar daftar masuk universiti. Rupanya da masuk tahun ketiga. Lama da di bumi Merbok ni..


Ni la tempat ayie belajar. Sebelum ni dok mention "institut pengajian tinggi di utara tanah air" je..ni la tempatnya. Universiti Teknologi Mara, Kedah. Ayie sambung di peringkat Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Perpustakaan. Mesti orang akan cakap ulat buku kan sebab kos library. Dan yang sakit hati cket tu orang cakap, "eh!nak jadi pustakawan pun kena ada degree eeh.." Kos ni tak semestinya akan jadi pustakawan. Banyak lagi bidang lain yang boleh diceburi. Macam ayie, ayie pun belum tentu lagi akan jadi pustakawan. Mungkin akan sambung sebagai pendidik pula. Insyaallah..tu hanyalah perancangan. Yang penting habiskan pengajian ni dulu yang berbaki lagi setahun. Insyaallah..
Ayie sekarang berada di semester 5. Ahad ni da mula kelas untuk semester ni. Semoga dipermudahkan segalanya, amiin..=)



So..ni lah "Melbourne" yang ayie maksudkan,hehe Tak pernah sampai pun mana-mana tempat di luar Malaysia ni, tak mampu lagi..Mampu berangan je la kan,hehe Ayie happy dok di Kedah ni. Sebab susana dan orang-orangnya lebih kurang macam kat Taiping jugak. Pengunaan loghat bahasa pun sama jugak, still loghat utara. Jadi, tak de masalah sangat nak faham apa orang cakap, huhu Siapa-siapa yang nak datang jalan-jalan sini bagitau la. Boleh jalan-jalan sama..hehe Orang cakap kat Kedah ni makan murah-murah. Bagi ayie, ok la..Ada yang memang murah, ada yang memang standard harga tu. Orang-orang sini pun semua baik-baik. Insyaallah.. =)

Wednesday, February 26, 2014

Wordless Wednesday #2

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini 26 Februari 2014 adalah hari perasmian sekolah. Perasmian bangunan baru sebenarnya. Ada la wakil rakyat yang datang rasmikan..Tersangat la penat, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Barisan Pendidik SAR Al-Hasyimiah


Nasyid Sekolah


Ole-ole Tetamu

Baru Tahu Nak Hargai Masa

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk macam nak marah kat diri sendiri je kan,hehe yeah!minggu ni adalah minggu tersibuk untuk ayie. Tengah-tengah malam cam ni baru berkesempatan nak on lapy nak buat itu ini kan. Baru berkesempatan nak update blog, nak blogwalking..dan yang penting baru tau nak hargai masa !

Sehari dua ni sekolah tersangat la sibuk buat persiapan sebab esok, eh harini la kan..da masuk Rabu pun,hehe ada perasmian. So, memang sibuk la. Petang dekat maghrib baru balik. Then, Sabtu ni da nak balik "melbourne"..nak kemas barang lagi, settle beberapa urusan berkaitan kampus, sampai tiket nak balik pun tak beli lagi. Tu la yang di namakan baru tau nak hargai masa.

 Salah satu yang ada dalam Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara adalah Lapang sebelum Sempit. Dalam masa lapang yang ada la yang patut kita hargai masa-masa yang ada. Bila dah sempit baru kalut nak buat itu ini kan..Dan seperkara lagi sebagai hamba Allah, dalam waktu lapang ni la yang patut perbanyakkan amal. Yang penting bukan kuantiti tapi kualiti. Just remind for myself. Renung-renungkan.. =)

Sumber: Google

Tuesday, February 25, 2014

Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih



Assalamualaikum,

Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih

Ini adalah segmen percubaan pertama dari blogger Mawar Putih. Sila luangkan masa anda untuk berkongsi segmen menarik ini.hehe..Kenapa menarik? Sebab ini segmen 2 in 1.

Selain daripada tambah follower atau bahasa manis...kenalan, Mawar Putih juga akan sediakan satu ruangan khusus untuk BLOGLIST SEPANJANG TAHUN 2014. Cepat...jangan lepaskan peluang keemasan untuk Mawar Putih blogwalking ke blog anda setiap masa.

Haruslah ada syarat-syarat kan..Segmen ini terbuka kepada semua yang bergelar blogger, bukan anonymous atau pinjam blog kawan.Kena ada blog sendiri. Sama ada blog anda dah mencecah ranking tertinggi sehingga la baru bertatih,baru 1 follower juga boleh join segmen ni. Bermula hari ahad, 23/02/2014 sehingga 26/02/2014. Segmen tutup secara rasmi pada jam 10 malam.


SYARAT MUDAH DAN SIMPLE. TIDAK MENGAMBIL MASA LAMA..
1. Follow blog Mawar Putih.
2. Like Official Page FB Mawar Putih sebelah kanan tu..
3. Buat Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih
4.Copy coding yang disediakan ke dalam ruangan HTML dan siap untuk publish..
5. Tinggalkan URL entri ke dalam ruangan komen entri ini
 
 

CIRI-CIRI BLOGLIST DICARI & ADAT BERSEGMEN:
1. Jujur follow blog ini. Follower akan diupdate untuk memudahkan semua peserta saling berkenalan. Jangan risau, i oll follow balik semua follower. Kalau dah follow tu, tetap follow juga sampai bila-bila.hehe
2. Siapa like official page akan diberi lebih penilaian untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist. Kacang je tu kan..
3. Seorang blogger yang rajin update blog. Bukan bermaksud sehari 5 entri tapi at least ada update dalam masa seminggu. Tak seronok la kan follow blog yang 2 bulan sekali baru nak update.
4. Sanggup jadi sahabat blogger Mawar Putih dan rajin blogwalking ke sini. Jika rasa-rasa tidak sanggup, secara automatik penyertaan anda sebagai bloglist akan terbatal dan digantikan dengan blogger lain. Setahun tu...lama kan.

Keputusan bloglist akan dibuat dalam masa seminggu selepas tarikh tutup segmen. Kesudian anda melawat ke Mawar Putih amat dihargai..=)

Monday, February 24, 2014

Hadiah 2014

بسم الله الرحمن الرحيم


Sempena befday ayie arini (24 Februari 2014) ni la satu-satunya hadiah yang ayie dapat. Sadis tak ayat tu..huhu hadiah istimewa ni tidak lain tidak bukan adalah dari...mak ayie =)
Tiap-tiap tahun mak akan bagi hadiah. Mak bagi duit then kau pilih la nak hadiah apa kan..hehe so, untuk tahun ni sama jugak macam  tahun lepas ayie pilh kasut. Sebab apa? Sebab yang ayie perlukan buat masa ni adalah kasut, hehe 

Hadiah masa ayie umur 19 tahun mak kasi bear besar,hehe comel je,umur 19 pun dapat bear lagi tau..sampai sekarang tiap-tiap malam tidur dengan dia,hehe Umur 20 tahun pulak mak kasi rantai silver, sampai sekarang pun still lagi pakai. 

Sekarang da 23 tahun pun. Makin bertambah usia makin bertambah jugak la tanggungjawab dalam kehidupan ni, sebagai anak dan yang utama sebagai hamba Allah. Banyak yang harus diperbaiki lagi. Semoga dengan bertambah nya usia ayie, bertambah jugak segala amal dan dapat meningkatkan lagi keimanan, amiin.. Bertambah nya usia bermakna semakin dekat jugak hari untuk kita menghadapi-Nya. Semoga kita sentiasa upgrade iman dan delete dosa..=)

Sunday, February 23, 2014

Complete da Lagu "Cinta Pantai Merdeka"

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya, complete da lagu Cinta Pantai Merdeka ayie..hehe sebab apa ayie cakap da complete? Sebab semua tempat dalam lagu tu ayie da pergi. Tanjung Dawai, Gunung Jerai, Pantai Merdeka.. Almaklumlah kan, da belajar pun kat area situ, rugi la kalau tak pergi, huhu Ayie suka sangat lagu Cinta Pantai Merdeka ni, nyanyian Jinbara..nama kumpulan lama Tropika. 

Dulu zaman sekolah, ayie tertanya-tanya betul ke ada nama tempat Pantai Merdeka. Rupa-rupanya sungguh memang ada. Cantik tempat dia. Tenang je tengok laut. Kalau dari tempat ayie belajar nak ke Tanjung Dawai dalam 15-20 minit je. Pastu boleh ambik bot ke Pantai Merdeka. RM4 je pergi balik. Kerap jugak la ayie pergi Tanjung Dawai ni. Agak-agak serabut cket, pergi la lepak-lepak sana jap. Memang kenangan sungguh Tanjung Dawai dengan Pantai Merdeka ni..(ada makna tu,huhu) 

Pantai Merdeka

Tanjung Dawai

Last sekali tempat yang ayie pergi adalah Gunung Jerai. Pun tak jauh dari tempat ayie belajar. Dalam setengah jam camtu. Pergi pun kebetulan kelab yang ayie join buat kem kat Gunung Jerai. Fuhh..penat betul mendaki gunung. Dalam 5 jam baru sampai puncak. Cantik betul pemandangan dari puncak Gunung Jerai. Rasa hilang lelah mendaki lepas tengok keindahan alam tu. So, dengan jejak nya kaki di Gunung Jerai maka complete da lagu Cinta Pantai Merdeka. Dari dulu nak sangat pergi tempat-tempat tu. Alhamdulillah, merasa da pergi. Semuanya kenangan indah buat ayie. 

Muka penat daki gunung,hehe
Cantik sungguh pemandangan, Subhanallah!

Gunung Jerai


Jeti Tanjung Dawai

"Ku ukir nama mu di awan Gunung Jerai
Di saksikan laut, daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai disitu Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai
Oh indahnya persitiwa cinta kita di Pantai Merdeka"



Saturday, February 22, 2014

Budak Zaman Sekarang

بسم الله الرحمن الرحيم

Zaman ayie sekolah dulu, kalau nak tanya-tanya cikgu hal yang tak berkaitan pelajaran punya la takut-takut. Contoh cam nak tanya cikgu kahwin ke belum, pergi sekolah naik apa, suami cikgu nama apa..Tapi sekarang, bukan main berani lagi anak-anak murid ayie dok tanya. Sampai kelu lidah nak jawab..huhu diorang dok tanya "ustazah ni kahwin belum, ke da bercerai"..haha nak tergelak soalan last tu, pandai-pandai la awak kata saya da bercerai bagai ye. Kelakar la budak-budak ni! =)

Berani diorang kan. Banyak mulut. Kebetulan adik ayie pun mengajar sama dengan ayie. Dia pulak baru balik kem. So, agak gelap la muka dia kan. Seorang anak cerdik ni tanya, "ustazah kenapa adik ustazah tu gelap cket" haha adoii..anak-anak cerdik nih. Tak tau nak jawab apa kat diorang. Senyum je la kan. Aduhai..lain dengan zaman ayie sekolah dulu.

"Ustazah ada berapa orang anak?"
"Ramai anak-anak saya"
"Betul-betul la ustazah.."
"Betul la, anak-anak saya 29 orang semuanya.
Muhd Riyaz, Raja Haris, Aina Najwa, Nur Syamimi bla bla bla.." 
(nama anak-anak murid ayie)
"Ala ustazah nih.."

haha..padan muka korang kan, saya da kena kan awak semua! =) 

Friday, February 21, 2014

Segmen Review Blog - 3 Hari Sahaja !

بسم الله الرحمن الريم

Klik banner untuk join

Gudluck! =)
Tamat 24 Februari 2014

Blogwalking

بسم الله الرحمن الرحيم

Rajin pulak tengah-tengah malam ni update blog + join segmen bagai kan. Tak pe la, mood tengah rajin..layan kan je la, hehe actually ayie just nak share je. Hari-hari ayie memang akan bukak blog kalau free terutamanya malam la. Siang sibuk so tak dapat la godek-godek blog di siang-siang hari kan.. Ayie akan blogwalking ke beberapa blog. Kadang blog yang sama ayie bukak hari-hari, kadang blog lain-lain. Ikut pada kesempatan. 

Cuma nya ayie jarang nak tinggal jejak..ayie bukan apa, segan la..ayie kan blogger baru. Tak sampai sebulan lagi b'blog nih. Kang pandai-pandai nak komen bagai apa pulak kata orang kan,huhu tapi kalau da kenal ayie ni macam mana, tak de maknanya segan-segan tu bagai. Cket-cket tu ada la, tapi bila da makin kenal ni lain. So, jangan ingat ayie tak terjah blog-blog korang yang comel-comel tu tau. Ayie terjah cuma tak tinggal jejak, hehe..Siapa-siapa yang nak ayie follow jangan segan-segan tinggal link korang ye. Insyaallah akan di follow. Sahabat-sahabat blog nih semua baik-baik! =)


1st Giveaway by Dscarnia

\(^o^) Assalamualaikum. Hai (^o^)/


- klik banner untuk join-

Thursday, February 20, 2014

First Segmen Simple by hana : Mencari Bloglist dan Rakan

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik banner untuk join

Segmen tamat pada : 4 Mac 2014
Gudluck! =)


Lepaskanmu Kerana Terpaksa

Assalamualaikum

Ehem-ehem! Tajuk entry tak ada kena mengena dengan ayie ye..tu tajuk lagu tau,hehe
Ayie adalah peminat tegar lagu-lagu 90an ni. Jiwang kan..haha da sebati da..Nak wat cam mana kan..
Ayie pun agak jiwang la,cket..hehe harini sehari tak tau la kenapa dok teringat lagu ni + dok dengar lagu ni. Syahdu..

Tak dapatku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke penghujungnya

Tergamak engkau meninggalkan diriku
Disaat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang telah kau lukai

Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan

Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan,oh pilunya

Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan agarku berlalu pergi
Untuk sidia pilihan hatimu

Dengan relaku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar
Engkau bahagia 

-Lepaskanmu Kerana Terpaksa-
Ukays

Wednesday, February 19, 2014

Kemalangan Itu..Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan cerita Kemalangan Itu..
Malam kejadian, ayah bersama kedua-dua jiran ayie (suami isteri) yang telah meninggal dunia tu dalam perjalanan pulang dari rumah saudara allahyarham. Kejadian tu berlaku dalam pukul 12 tengah malam cam tu. Ayah bawak moto di depan dan jiran ayie tu pun naik moto. Mereka jauh cket di belakang ayah jarak lebih kurang 3 kereta cam tu. Ntah macam mana mereka terus dirempuh dari belakang. Sebelum tu, kereta mabuk tu da langgar orang sampai mati masa kat atas flyover dan pemboncengya cedera parah, turun flyover dia hentam pulak belakang jiran ayie dengan moto yang pertama tu masih terlekat lagi kat kereta dia. Dan terus rempuh lak ayah ayie..bayangkan macam mana keadaan allahyarham masa tu, Allah..tak mampu berkata-kata. Walaupun ayie takde di tempat kemalangan tu tapi dari cerita keluarga dan jiran lain ayie dapat gambarkan memang dasyat keadaan malam tu. Dan paling sakit hati orang cakap pemandu mabuk tu boleh pulak keluar kereta dengan keadaan gelak-gelak. Haaiii..kalau takde undang-undang la kan da lama da ni orang awam lain bantai dia. Tapi tu la kan..

Masa mak dengan adik-adik ayie sampai tempat kejadian, orang awam cakap ayah dah di bawa ke hospital.Bergegas la dorg pergi..(sedih ayie takde masa keluarga perlukan ayie). Ayie balik petang Rabu lepas settle semua hal di kampus. Rasa nak rebah tengok keadaan ayah masa tu. Dorg tipu ayie cakap ayah exciden biasa je. Padahal..hampir-hampir hilang kaki kanan. Terkulai teruk sangat da. Mujur masih mampu di selamatkan. Peha patah  (peha yang patah pasang besi kekal), bahu retak, kulit kelopak mata terkopek (ayie sendiri tengok doktor jahit, tapi takut-takut la), luka-luka besar sana sini ada. Allah..perit sangat tengok. Hanya mampu berdoa je. 3 4 malam tu memang hospital la rumah kami. Kat luar wad 14 Hospital Taiping tu la jadi saksi kami berkampung kat situ. Sampai adik bongsu ayie pernah jatuh tidur kat bangku yang ada kat situ. Selang 2 3 jam kami gilir-gilir tidur dengan ayah kat dalam wad. Sampai la subuh baru gilir-gilir balik rumah lak. Tak leh lupa moment tu. Sedih.. kami 4 beranak ni la yang tinggal kt luar wad tu tengah-tengah malam. Ada la pakgad yang jaga wad tu teman kan. 

3-4 hari lepas kejadian

Macam-macam masalah kaki ayah tu. Nampak tak besi pacak tu? hampir 2 bulan keadaan macam tu. Ayah beraya dengan kaki besi tu. Kami raya tahun lepas memang tak pergi mana la kan. Layan sedih dan menangis je la kenang nasib ni dan arwah-arwah yang telah pergi. Lepas besi tu da buang kena pakai simen pulak. Hampir 2 bulan jugak. Cian ayah..rimas pakai simen. Last-last tulang kaki ayah tetap tak bercantum jugak doktor ambik keputusan letak besi kekal terus. Umur ayah bukan muda lagi. Nak bagi tulang cantum memang ambik masa. Tu yang terpaksa letak besi kekal. Sekali lagi ayie ponteng kelas bergeas balik taiping sebab ayah akan di operate semula. Nak kene marah pun kena la. Janji family ayie ada masa perlukan ayie. Alhamdulillah lecturer faham. Dan Alhamdulillah operation tu pun berjaya. 

Sebelum operate

Masa pakai simen


Kalau nak baca artikel tentang kemalangan ni leh KLIK SINI or SINI. Kalau nak tengok muka si pesalah pun leh BACA SINI. Tak kuasa ayie nak tempek kat blog ayie. Geram + marah + tak tau da nak gambarkan cam mana perasaan kami sekeluarga. Kami hanya mampu berdoa keadilan berpihak pada kami. Amiin..28 Februari ni bicara kes dia. Semoga semuanya telus dan adil. Doakan ye..Alhamdulillah perkembangan ayah makin baik. Insyaallah semua nya akan baik-baik saja. Alfatihah untuk yang telah pergi..Terima kasih sekali lagi sudi selami apa yang ayie rasa. 


Monday, February 17, 2014

Kemalangan Itu...

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan cerita dari Wordless Wednesday #1.
Tanggal 18 Jun 2013 adalah bermulanya saat-saat kritikal buat ayie sekelurga. Mana taknya, malam tu adalah saat ayah bertarung nyawa, saat ayah berjuang semampu mungkin, saat ayah kumpul semangat untuk terus hidup. Sehingga ke saat ini kami masih lagi mengharungi detik getir itu cuma nya tidak la sehebat dulu. Ayah dah beransur pulih. Alhamdulillah..

Ayie nak tanya, apa perasaan anda semua sebagai anak, ayah anda terlibat kemalangan maut dan kritikal tapi anda langsung tak diberitahu? Dengan alasan sedang menghadapi final semester + final exam. Yaa..tu la yang ayie pernah hadapi. Mau pengsan masa tu. Menangis jangan cakap la. Malam semalam ayah exciden tapi malam ni baru dapat tau. Tu pun dari orang lain yang tak sengaja bagi tau. Allah..tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan ayie masa tu. Kalau boleh terbang malam tu jugak ayie balik terbang ke Taiping. Semalaman ayie tak tidur pikirkan ayah dan keluarga + sedang siapkan final assigment. 

Sumber:Blog siapa ntah ayie tengok dulu
Keadaan motor ayah

Lebih menyedihkan, jiran paling rapat dengan keluarga ayie turut terkorban dalam kemalangan tu. Dan paling pilu, cara jiran tu pergi..yang ayie boleh cakap kemalangan tu ngeri, paham-paham la sendiri, ayie tak sanggup nak gambarkan dalam cerita ni. Allah..memang tak sanggup. Bertambah-tambah sedih hampir sebulan lepas kemalangan suami mangsa turut terkorban setelah bertarung nyawa akibat dari kemalangan tersebut jugak. Suami mangsa kritikal. Ayie hampir setiap hari g melawat bisik kan di telinga nya supaya kuat untuk terus berjuang. Tapi Allah lebih menyayangi nya. Syahdu sangat..tambah-tambah meninggal di bulan mulia bulan Ramadhan. Siapa-siapa yang dari area Taiping mesti akan ingat kemalangan ni. Sebut saja "ala,exciden yang singh MABUK tu" conform orang akan tau. 

Yup, tu lah punca kemalangan tu. Bawak kenderaan dalam keadaan MABUK. Dan untuk pengetahuan semua kes sedang berjalan dan si pesalah masih bebas dan beberapa kali ayie pernah terserempak. Sakit nya hati hanya Allah yang tahu.. Semoga keadilan berpihak pada kebenaran. Bukan wang ringgit yang kami mahu kan cuma kami tak mahu pisang berbuah 2 kali. Tak mustahil kemalangan macam ni boleh berulang lagi. Doakan semoga semuanya lancar..Amiin

Keratan akhbar Metro 20 Jun 2013

Esok 18 Februari 2014 genap 8 bulan kemalangan tu. Syukur Alhamdulillah, ayah semakin pulih. Dah hampir 2 minggu kembali bekerja. Semoga dipermudahkan segalanya. Cuma masih ada luka-luka kecil yang belum sembuh sepenuhnya. Doakan semoga cepat baik luka tu agar ayah dapat beribadah dengan lebih sempurna. Ayah sangat kuat. Dan ayie tau kami anak-anak dia dan mak la sumber kekuatan ayah. Insyaallah, kami akan selalu ada untuk ayah. Teruskan usaha! Cerita ni belum habis lagi. Cukup setakat ni dulu, ayie akan sambung kemudian ye.. Terima kasih sudi singgah dan selami apa yang ayie rasa. AlFatihah untuk yang telah kembali ke sisiNya..

Sunday, February 16, 2014

Buku Kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam g jalan-jalan singgah Tesco Taiping. Cari buku untuk Maisarah. Haa..siapa Maisarah tu?hehe nanti ayie bagi tau ye. Punya la lama dok cari buku untuk dia tu. Dekat setengah jam la jugak. Dok belek-belek habis. Ayie bukan apa, 2 3 hari lepas ayie ada terbaca tentang buku kanak-kanak ni, ada perkataan dan gambar yang tak elok. Sejauh mana kebenaran tu tak tau la. Wallahu a'alam..
Just be careful je la. Kang tak pasal budak tu terdedah dengan benda yang tak sepatutnya lagi. Sebab tu la punya lame dok belek. Last-last dapat la dua buah buku kat dia. Kemain suka lagi dia.. =)


Cuba teka siapa lagi yang kaler buku tu selain Maisarah? Ayie dengan adik-adik la,haha
Teringin punya pasal kan =)

Ni bukan hasil kerja Maisarah, hehe

KAD BIRTHDAY GIVEAWAY 2014 | Haslizalizz.com

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa-siapa yang lahir bulan Februari ni jom la join giveaway ni. Cantik-cantik tau kad dia kasi! =)
Mudah-mudahan ada rezeki ayie,amiin.. Kalau yang tak lahir bulan Februari tapi nk join pn leh jugak. Kira wakil la untuk someone or family korang yang lahir bulan Februari. Ni contoh kad-kad nye.

12461140184 599df9ba0a o Kad birthday giveaway | Februari

11802206724 0e862ff00b o Kad birthday giveaway | Februari

11802047943 4b5a183850 o Kad birthday giveaway | Februari

11802095623 575ed5e198 o Kad birthday giveaway | Februari

Alahai..cantik-cantiknye! Nak satu..huhu =)

Saya menyertai Kad Birthday Giveaway Februari blog haslizalizz

Nama : Nur Atiqah Bt Johari
Umur : 23 Tahun
Tarikh Lahir : 24 Februari 1991

Jom join Kad Birthday Giveaway ni. Gudluck semua! =)







Friday, February 14, 2014

Segmen + Giveaway

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak dua menjak ni ayie dok join segmen dengan giveaway je, tapi tak take note pulak bila akan tamatnya. Jadi ayie buat entry ni untuk ingat kan balik diri sendiri alert dengan tarikh-tarikh tu + promote ajak bloger-bloger lain memeriahkan jugak, hehe =)

  1. IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 (16 Februari 2014)
  2. Segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2014 (3 Mac 2014)
  3. Segmen Followers by Wawa Ashihara (7 Mac 2014)
  4. FIRST GIVEAWAY by IZNI SOFIA (28 Februari 2014)
  5. MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG (28 Februari 2014)
  6. SEGMEN&GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF (1 Mac 2014)
  7. Mini Giveaway by Nrl Shfyqh (23 Februari 2014)
  8. KAD BIRTHDAY GIVEAWAY 2014 | Haslizalizz.com
  9. First Segmen Simple by hana : Mencari Bloglist dan Rakan (4 Mac 2014)
  10. 1st Giveaway by Dscarnia (10 Mac 2014)
  11. Segmen Review Blog - 3 Hari Sahaja ! (27 Februari 2014)
Sumber Google

Mini Giveaway by Nrl Shfyqh

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik banner untuk join

Mini giveaway ni ada penambahan tau, tarikh pun da tukar. Nak join or update yang latest boleh klik banner ye. Gudluck semua! =)

Giveaway ni bermula pada 14 Februari dan berakhir pada 23 Februari 2014 



Jangan Bersedih

بسم الله الرحمن الرحيم

Tarikh harini 14 Februari 2014 merupakan debaran buat semua warga degree Uitm. Mana taknya, harini result exam semester lepas keluar kan..huhu bedebar-debar. Dug dap dug dap dari malam tadi lagi, tidur pun tak berapa lelap. Asyik terjaga je.. Dok buka email banyak kali, sekali kol 9 pagi tadi baru boleh cek dekat student portal. Punya la bedebar. Rasa nak nangis.. =(

Alhamdulillah..walaupun tak cemerlang mana tapi ayie tetap bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih mak ayah yang tak henti-henti doa untuk anakmu ini. Terima kasih pensyarah-pensyarah yang tak jemu bagi tunjuk ajar. Dan terima kasih banyak-banyak buat sahabat-sahabat ayie yang banyak tolong ayie dalam pelajaran. Sayang semua!


Buat sahabat-sahabat ayie yang berjaya Tahniah ayie ucapkan. Teruskan usaha korang. Buat sahabat-sahabat ayie yang kurang bernasib baik, jangan bersedih. Percayalah, Allah dah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya. Selagi mana ayie boleh bantu korang Insyaallah ayie akan bantu semampu mungkin. Walaupun bukan dalam bentuk material atau ilmu, tapi ayie tetap akan doakan korang. Korang semua boleh berjaya. Insyaallah..Buat adik ayie, tahniah jugak. Baru sem 1 dah dekan kau ye.. Bagus2! =)

Ingat 1 perkara, kita semua adalah sama disisi Allah. Yang membezakan adalah KETAQWAAN. Jadi, jangan bersedih ye..La Tahzan.
-Salam Jumaat-

SEGMEN&GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik banner untuk join




Tarikh akhir 1 Mac 2014 =)




Thursday, February 13, 2014

Bicara Hati Kecilku

بسم الله الرحمن الرحيم



Rasa sakit itu mengajar erti kesabaran, mengajar erti ketabahan, dan mengajar erti kehidupan. Allah hanya menguji, sebagai hamba seharusnya terima dengan redha. 
Mana mungkin orang yang elok pekertinya mahukan insan yang hina lagi tidak elok pekertinya. Bersabarlah wahai hati.."Ya Allah, semoga kuat hati ini untuk terima segala ketentuanMu. Biarlah aku berbicara hanya denganMu kerana hanya Kau sajalah yang lebih mengetahui segalanya, amiin.."



Wednesday, February 12, 2014

Wordless Wednesday #1

بسم الله الرحمن الرحيم

Keratan akhbar Metro 19 Jun 2013

Salah seorang mangsa yang cedera parah adalah ayah ayie. Nanti ayie ceritakan ye. Semoga ayah cepat sembuh. Al-Fatihah untuk mangsa yang telah meninggal dunia =(

Tuesday, February 11, 2014

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG

بسم الله الرحمن الرحيم

http://tengkubutang.blogspot.com/2014/02/mini-giveaway-happy-birthday.html
Klik banner untuk join

Happy Birthday TengkuButang!
Semoga dengan pertmbahan usia ini akan lebih memaknakan kehidupan yang di lalui
Semoga terus cekal dengan segala dugaan mendatang
Salam Ukhwah =)

FIRST GIVEAWAY by IZNI SOFIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan:
  •  Mempunyai blog *wajib
  • Follow this blog dan *new   INI *wajib
  • Follow twitter INI dan INI *wajib untuk sesiapa yang ada twitter
  • Like page INI dan *new INI *wajib
  • Kalau nak add facebook pun boleh DISINI *sunat tk add pun tkpe
  • Buat satu entry tentang giveaway ini.
Senarai hadiah

Samsung S4 *boleh pilih warna -1pemenang
Jam Touch Screen *hitam -1pemenang
Topup RM10- 1pemenang


Jom join ramai-ramai. Tarikh tutp 28 Februari 2014 =)



Monday, February 10, 2014

Ragam Si Ibu

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini ada something berlaku kat sekolah tadi + nak sambung cerita tentang klu haritu,hehe
Dalam dok tunggu masa untuk masuk kelas petang td ada la seorang ibu pelajar datang. Asal-asal datang untuk bayar yuran. Then, ntah macam mana terus jadi agak berat isu perbualannya. Si ibu tanya perihal anaknya. Kebetulan ayie adalah guru ganti untuk kelas anaknya. Tapi memandangkan ayie hanya guru sementara dia tak tanya la lebih-lebih dengan ayie. Si ibu bertanya dengan guru lain.

Tapi,yang menyedihkan cara si ibu bertanya. Perihal tanggungjawab kami guru-guru ni. Adakah anaknya akan terabai, sekolah mampu kah kekal kan prestasi anaknya memandangkan anaknya adalah pelajar cemerlang katanya (anaknya baru pindah sekolah sini), sekolah mampukah berikan pertolongan dari segi ubatan atau sebagainya seandainya terjadi perkara tak diingini kepada anaknya, dan mengatakan bahawa guru sepatutnya kawal pelajar sepenuhnya bukan biarkan anak terpengaruh dengan rakan.

Ayie faham apa yang si ibu maksudkan, apa yang si ibu mahukan. Tapi percayalah, setiap guru tetap mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya. Tak ada guru yang nak pelajarnya tak pandai. Tapi harus di mengerti kan juga, bukan hanya seorang dua pelajar di sekolah. Walaupun ayie hanya lah guru sementara rasa tanggungjawab tu tetap ada. Jauh di sudut hati ayie pun tetap mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar ayie. Ayie sayangkan pelajar-pelajar ayie dan mendokan semoga mereka jadi insan yang berguna kelak. Bukan hanya pandai ilmu duniawi tapi ilmu akhirat juga. Ayie ingatkan kisah tu tamat di situ je, rupanya petang tadi si ibu datang lagi untuk minta no hp ayie. Katanya senang nk hubungi kalau apa-apa hal. Huhu redha je la ayie kasi kan..

Apa yang dapat ayie simpulkan untuk pengajaran harini, semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Begitu juga dengan guru. Ayie hanya mampu muhasabah diri dan berdoa agar menjadi ibu yang terbaik kelak (memandangkan belum berkahwin kan,hehe) Semoga kisah ni akan mengingatkan ayie kelak cara bagaimana seharusnya ayie lakukan. Maaf andai coretan ayie ni buat orang terasa. Hanya pendapat dan luahan dari insan biasa ni. Gudluck semua pelajar-pelajar ayie walau dimana korang berada! =)

Segmen Followers by Wawa Ashihara

بسم الله الرحمن الرحيم

Jom join ramai-ramai. Bersegmen lagi ayie ni kan..hehe

Klik banner untuk join


Cara Join :

1. Buat Entry bertajuk " Segmen Followers by Wawa Ashihara ".
2. Copy and paste semula gambar banner di atas dan linkkan banner ke entry ini.
3. Like & share ini sekali --> Like this!
4. Tinggalkan link entry anda ke ruangan komen dibawah ini.

Tarikh tamat 7 Mac 2014