Tuesday, June 21, 2016

Cikgu Tak Pandai Melukis

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Jujurnya ayie adalah sejenis yang tak pandai melukis, haha Siapa geng ayie, sep sikit! =)

Tak pandai melukis, jadi cikgu tadika pulak tu, hihi Tapi jangan risau, mana ada cikgu yang tak nak yang terbaik untuk anak-anak didik dia. Jadi ayie berusaha la belajar melukis sikit-sikit. Bukan la ayie tak pandai melukis langsung. Setakat lukis biasa-biasa tu boleh la. Sekadar sedap mata sendiri memandang, hihih

Untuk kerja sekolah anak-anak didik ayie kena la melukis untuk diaorang faham huruf dan contoh gambar. Ayie tak pandai nak lukis direct kat buku anak-anak takut tak cantik, tak kemas, or silap. Kalau gambar yang simple sikit tu ayie berani la. Jadinya ayie lukis dulu kat kertas lain then tekap kat buku anak-anak. Macam kat bawah ni..



Haaaa.. amacam? Leceh sikit la dan agak lambat. Tapi takpe, janji ayie puas hati. Kalau korang spesis ayie jugak boleh la try buat macam ni kan. Ke korang ada cara lain? Share laa

Yang latest ni ayie jumpa kat FB diaorang lukis benda based on huruf je. Kreatif betul Sebelum ni ada jumpa yang lukis based on nombor. Yang tu ayie tak pernah cuba lagi. Yang huruf ni ayie cuba. Haaa tengok bawah ni, macam mana? Ada bakat tak ayie melukis? hihihi =




16 Ramadhan

Monday, June 13, 2016

Temuduga Guru MARA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Bulan lepas buat pertama kali nya ayie dipanggil untuk official temuduga, dalam erti kata lain temuduga kerja kontrak/tetap kerajaan. Tarikh ayie temuduga 30/5/2016 (Isnin) di ILKM Jawi, Pulau Pinang. Jawatan yang dipohon guru media. Dapat tawaran 2-3 minggu sebelum tu lagi. Dalam surat tawaran cakap seawal jam 7 pagi perlu hadir untuk sesi pendaftaran. Fikir punya fikir akhirnya ayie dan parents decide nak ambik homestay stay sana awal sehari. Jarak dari Taiping ke Jawi tak la jauh mana pun. Lebih kurang sejam je rasanya. Boleh je nak keluar awal pagi tapi fikir balik, kita tak tahu apa-apa jadi kat perjalanan nanti. So pergi awal sehari. Korang kalau nak stay homestay boleh cari kat mudah.com Mesra Homestay. Harga berpatutan. Tak jauh pun nak ke ILKM tu, dalam 5 minit je.

Oke, berbalik pada sesi interview. Ayie datang 10 minit sebelum pukul 7. No. giliran ayie 48. Ada 4 stage yang perlu calon buat. Tapi pada hari kejadian hanya 3 stage yang kami buat. Untuk Ujian Psychometric dalam sesi taklimat di beritahu kena buat ujian tu dalam bulan Jun ni. Tapi setakat ni belum ada apa-apa perkhabaran. Nanti apa-apa ayie update lain ye.

Stage 1 - Fitness Test

Yang ni kena berlari atau di panggil beep test. Cari kat youtube macam mana beep test tu. Lari ikut level dan masa yang ditetapkan. Gigih la 2-3 minggu sebelum tu dok jogging bagai. Masa hari kejadian tetap tak berapa oke jugak. Mengah + penat. Hmm redha je la part ni kan.. Tips ayie, korang kalau nak berlatih better berlatih by masa. Baru tau kemampuan diri bila ikot masa tu. Macam ayie main exercise je..

Stage 2 -  Interview

Settel fitness test terus siap-siap untuk sesi interview. Tunggu punya tunggu sampai la giliran ayie. Interview by group 5 orang. Jawab la apa yang patut bila diaorang tanya. Diaorang nak tengok keyakinan dan keupayaan kita berfikir. Think out of the box.

Stage 3 - MicroTeaching

Sesi ni sekejap je. 10 minit mengajar. Lebih tu ada la soal jawab cket dengan penilai@'pelajar'. Ayie mengajar je anggap diaorang macam students ayie. Buat la apa yang patut untuk 10 minit tu. Prepare ikut subjek yang kita akan ajar nanti. Macam guru media ni masa ayie kerja dulu kena mengajar sivik. 

Setakat ni, itu je la yang ayie boleh share. Ayie nak share berjela bagai pun ayie tak tau apa yang ayie buat sepanjang interview tu berjaya atau tak. Doakan ayie ye.. Harap sedikit sebanyak tu dapat la memberi gambaran ye. Apa-apa nanti ayie update lain tau. Gambar? hmm takde masa nak fikir bergambar masa hari kejadian. Sebab nervous tu hanya Allah yang tau..

UPDATE 

Stage 4 - Indikator Perwatakan Unggul (IPU)

Harini, (25/6/2016) da boleh start jawab ujian. Nama ujian ni Indikator Perwatakan Unggul (IPU) Member bagitau cek email semalam. Pagi semalam cek email takde apa-apa lagi. Petang nak dekat bukak puasa tu cek, Alhamdulillah dapat email minta jawab Indikator Perwatakan Unggul (IPU). Jadi, sahabat-sahabat seperjuangan ayie boleh la semak email masing-masing ye. Ujian ni mula 25/6/2016 sehingga 29/6/2016. Susah tu tak susah. Cuma "ya" atau "tidak" je. Tapi tu lah.. Berpeluh jugak la nak menjawabnya, huhu Ujian ni nak tengok kecenderungan kita. Takde betul takde salah dengan jawapan tu. In Sha Allah.. Good Luck ye semua.

UPDATE (31 OKT 2016)

Apa ayie share ni setakat info yang ayie dapat dari kawan-kawan group whatsapp. Sebenarnya, keputusan temuduga lepas mungkin/sudah pun keluar minggu lepas. Sebab apa ada 'mungkin'? Sebab ada macam-macam persoalan dan adaian. Jadi, sesiapa yang dapat emel atau mesej dari MARA tu di kira berjaya. Yang tak dapat apa-apa khabar berita ni mungkin calon simpanan ataupun sudah di anggap gagal. Khabarnya, tak ramai dari batch kita yang interview lepas dapat jawatan ni. Wallahua'alam.. 

Ada juga info mengatakan tempoh sah laku interview setahun. Jadi dalam masa setahun ni (sehingga Mac-Mei 2017) sekiranya ada MARA emel atau mesej kita, tu rezeki. Tapi jangan terlalu letak harapan yang tinggi. Just pray. Ada rezeki in sha Allah..kalau takde rezeki mungkin rezeki kita di tempat lain kan? Sekadar perkongsian. Untuk lebih tepat dan jelas, boleh la call HQ MARA terus untuk dapatkan kepastian. Ayie kongsi apa yang ayie tahu je..

Untuk korang yang dapat, tahniah! Selamat melapor diri 2 Nov 2016 ni dan selamat menjalankan tugas. Ambil peluang ni sebaik mungkin. Beribu yang mohon, tak ramai yang dapat peluang ni. Kalian bertuah! Buat kita yang tak dapat ni, jangan berputus asa. Teruskan berdoa dan berusaha. In sha Allah ada rezeki kita nanti. Rezeki tak salah alamat kan? =')

****************************************************************************

Kisah disebalik interview

Masa interview by group, salah sorang dari kami lelaki berasal dari Sabah. Nama dia Andrew. He's look nice. Tapi yang pasti laki orang la, hahah Nak dijadikan cerita, kami habis semua sesi hampir sama. Tapi dia untuk subjek lain. Kebetulan masa ayie tunggu parents ambik ayie dia ada hampir dengan ayie. And sorry Andrew, I terdengar perbualan you dalam hp dengan kawan you mungkin. And I put myself in your shoes. 

Nampak dia macam dalam kesusahan je. Nak faham nama tempat kat utara ni, nak tau kat mana patut ambik teksi, nak naik bus kat mana, or nak ambik train kat mana. Ayie fikir kalau ayie kat Sabah sorang-sorang pun mesti terkapai-kapai. Jangan kata Sabah, kalau keluar dari utara ni pun ayie tak berapa tahu jalannya macam mana. Rasa terpanggil nak tolong dia. Kami tumpang kan dia sampai stesen bus Parit Buntar. Tapi tiket bus semua pukul 8 malam ke atas. Masa tu baru pukul 5 lebih camtu. Jadi kami bawak dia balik Taiping, haha Naik bus dekat Kamunting. Nasib ada tiket pukul 6:30 petang. Kami sampai dalm pukul 6 macam tu. Settle tolong orang Sabah..=)

Thursday, June 9, 2016

Official Gambar Konvokesyen UiTM ke 84

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Yeaaayyyy! Alhamdulillah genap sebulan konvo harini pic atas stage da sampai. Posmen datang tadi, rasa macam takde order online apa-apa pun. Nak kata surat panggil kerja pun tak pulak sebab sekarang almost online. Rupanya pic konvo.. =P




Taaarrraa! First tengok, tuuddiiaaaa! Renyeh sungguh! hahaha Oke la tu kan, nampak excited cket. Dapat 3 size. 2 gambar berbeza. Cakap dekat mak dengan ayah, esok-esok anak tengok gambar ibu depa ni renyeh sungguh! Excited sangat, haha Oke la puas hati, cun jugak kan..hihi =)

4 Ramadhan 

Wednesday, June 8, 2016

D.I.Y Veil Tunang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Oppss! Bukan ayie yang bertunang ye, habaq awai-awai ni..hahah Mak sedara ayie yang bertunang. Jadi ayie dan adik offer nak buatkan veil untuk dia. Kira macam hadiah la kan.. Baju tunang warna pink belacan. Punya la payah nak cari kain warna seakan macam tu.. Kami beli dekat Nagoya je. Bagi ayie buat sendiri lagi puas hati + lebih murah dan berbaloi-baloi. Tapi tak la secantik yang dekat butik-butik tu. Tapi bagi ayie yang macam ni pun da oke. Jom cek apa bahan-bahannya.

1) Kain chiffon yang tak berapa tebal & tak nipis sangat
  (harga siyes tak ingat, sebab beli pun kain lebihan yang Nagoya da offer)

2) Lace (RM 15)
  (Ayie beli tak state berapa meter bagai. Kira kuntum bunga je)

3) Benang & jarum

Total semua sekali below RM25. Oke tak?

Oke, first sekali potong kain tu semi circle. Or nak buat bentuk 'D' pun boleh. Adik ayie buat bentuk 'D' (sorry takde pic potong bentuk 'D' tu) T_T Settle potong hantar jahit tepi pulak. Kos jahit tepi around RM2 kalau tak silap. 


Ni pic lace yang kami beli. Nak bagi seri kami pilih warna merah. Tapi bukan la merah darah ni. Kami beli 9 kuntum bunga. Nampak kan bunga tu? Yang atas kepala tu kami buat 7 kuntum. Lagi 2 kuntum kami letak di hujung kiri & kanan veil. Tengok pic bawah ni ye..


Haaa.. gini la rupa veil tu ye. Nampak tak bunga di hujung kanan tu? Haa yang tu la yang ayie maksudkan tadi. Hope korang faham la ye. Ayie nak cerita pun tak pandai sangat. Harap dapat membantu.. Tukang cerita D.I.Y veil bagai ni ntah bila pulak majlisnya ye.. Selamat berpuasa! =)

p/s: Ada cerita sedih di sebalik veil ni =(

3 Ramadhan 

D.I.Y Sampul Duit Raya 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Seperti raya tahun-tahun sebelum ni memang ayie buat sendiri sampul duit raya. Bukan ayie yang bagi duit raya pun. Mak ayah yang bagi, hihi Ayie tak mampu lagi.. In Sha Allah one day later. Tahun 2014 punya sampul ayie ada update kat blog ni dulu. Kalau nak tengok or belajar buat boleh klik sini dan sini ye. Tahun 2015 ayie tak buat dan tak update pun sebab ayie di perantauan masa tu. 

Untuk tahun 2016 ni, theme Hello Kitty! hahaha Tak pasai nak ber'theme' bagai pulak ye. Kebetulan je sebab jumpa kertas pembalut hadiah yang tu cantik & comel dekat kedai RM2.12. Beli dua pek terus, means beli sepasang. Dapat 8 keping. Sekeping dapat around 14-16 camtu. Depends pada size. Anak-anak buah mak ayah ramai. Tu pasal beli sepasang pembalut hadiah, nak bagi sama. Kang bergaduh pulak diaorang asal aku dengan kau punya tak sama, hahah 



Tarrraaaa! Nasib la anak-anak buah lelaki dapat Hello Kitty + pink gittuu, hahah Nampak tak ada warna pink, soft pink, biru & kuning. Ayie beli 2 pek corak sama macam tu. Ayie baru siap separuh. Gigih ayie buat awal kan. Baru beberapa hari puasa. Sebabnya sekarang kan tengah cuti sekolah. Ayie free2 ni baik buat siap-siap. Kang sekolah da mula takut kalau busy pulak. Hujung Ramadhan nanti mesti busy kemas rumah pulak. Tu pasal buat awal..

Lupa nak wish.. Selamat Berpuasa! Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati Allah S.W.T. Bagi yang bujang dan single seperti ayie semoga ini Ramadhan terakhir kita bergelar bujang. Tahun depan ada rezeki sambut Ramadhan dengan husband/wife + baby. Amiin.. =)

Thursday, June 2, 2016

Koleksi Buku DIAGNOSIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Ayie dari zaman belajar dulu minat sangat nak tau pasal dunia perubatan. Berminat nak tau term2 dalam dunia perubatan. Apa itu HO la, MO la bagai.. Nak tau perjalanan seorang yang bergelar doktor. Jadinya ayie memang tercari2 buku2 santai tentang dunia perubatan yang mudah untuk ayie faham. Kalau buku2 ilmiah fakta ni takut ayie tak berapa faham pulak kan. Buku pertama yang buat ayie jatuh cinta dengan dunia perubatan Denyut Kasih Medik

Lepastu dapat tau tentang buku Diagnosis. Memang cari habis la buku tu. Berusaha nak dapatkan jugak. Alhamdulillah setakat ni ayie ada 5 buah buku Diagnosis. Semua best2!


Ni buku Diagnosis pertama ayie. Beli masa zaman praktikal kalau tak silap


Yang ni Diagnosis kedua. Beli masa zaman praktikal dekat book fair.


Haaa..yang ni beli tahun ni, 2016. Masa tau ada Diagnosis baru 'Apokalips' dengan pantas nya la cari merata alam dekat Taiping ni. Pergi Popular la, Dynamic la tapi takde.. Susah benaau nak cari. Kebetulan ada 1 hari tu pergi Mydin Ipoh. Teringat ada MPH kt situ. Bergegas la cari. Aaaand yeeaayyy! Jumpa! Alhamdulillah =)


Ni koleksi keempat ayie. Beli bulan April haritu. Beli online. Rasanya offer yang ni harga discount. Mortuari ni semua kisah doktor berdepan dengan kematian. Ayie tertarik dengan satu kata2 ni. Apa peraasaan awak saat malaikat maut ada bersama dengan awak mengambil nyawa pesakit? T__T


Koleksi kelima ayie, baru dapat Selasa lepas. Pun beli online jugak. Belum sempat baca satu topik pun lagi. 

Apa yang menarik, 4 daripada koleksi ayie semua sahabat yang beli dan hadiahkan, hahaha Sebab dia tau ayie memang nak sangat dan suka sangat baca buku pasal medic ni. Dia yang gigih cari kat Lazada la, kt website Dubook la. Alhamdulillah, selamat duit den..hihih Terima kasih tau =)

Dan terbaru ni tengah usaha kumpul duit nak dapat dua lagi buku tentang medic. Tapi bukan la koleksi Diagnosis. Satu tajuk Resus, satu lagi tajuk Dyspnea Kehidupan. In sha Allah. Tapi kalau sahabat tu nak sponsor lagi pun boleh, hahah

Kalau korang tau buku2 santai tentang medic yang lain bagi tau la ayie ye.. =)