Thursday, May 29, 2014

Jom Join Program di Taping!


بسم الله الرحمن الرحيم


Hanya entry ringkas. Ayie terlalu sibuk dengan program yang akan di jalankan hari Ahad ni. Ayie bertugas di bahagian aktiviti. Cuma nak promote, pakcik makcik, kakak abang, mana-mana yang berkesempatan bawak la anak-anak,anak saudara, adik-adik, anak jiran..siapa-siapa je la kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun, mai join program di Perpustakaan AwamTaiping ni ye. Insyaallah program yang disediakan best & enjoy! Hadiah pun disediakan tau. Jom2! Library is Fun! =)

p/s: Tak sabar nak balik kampung halaman sendiri

Monday, May 26, 2014

Comel La Awak!

بسم الله الرحمن الرحيم

Aisshh!Jatuh hati da ayie dengan someone ni. Comel sangat dia. Geram! Nak tau siapa? Anak jiran ayie ni haa...Yang abang nama Aniq Firas. Adik pulak Alif Firdaus. Comel betul. Yang si adik tu memang mesra alam. Suka senyum. Suka panggil ayie "kakak" tapi dengan bahasa dia la. Ayie je faham dia panggil ayie,haha Terketek-ketek jalan. Baru nak masuk 2 tahun rasanya. Si abang pulak kurang mesra cket. Garang tau. Kalau usik nak ambik adik dia, dia marah tau. Kalau ayie panggil pun dia buat muka sombong comel dia tu,hehe Rasa nak penyet-penyet je dia. Muka sombong pun comel. Ajak sembang pun dia tak nak. Umur dia 4 ke 5 tahun camtu la..

Tadi kan, ayie balik kedai..dia pulak baru balik sekolah. Ummi dia ambik. Terkejut ayie tau dia yang datang sembang dengan ayie. Dengan muka comel dia tu..geramnya!
"Aniq pergi sekolah. Baru balik"
"Iye? Cikgu ajar apa harini?Nyanyi-nyanyi tak?"
"Tak. Harini belajar baca. Lepastu warna-warna"
"Seronok tak?"
Laju je dia angguk. Lepas tu dia masuk rumah. Alahai..sejak-sejak da pergi sekolah ni pandai da awak bercakap ye. Mesra pun..macam tu la. Belajar rajin-rajin tau. Tak mau nangis-nangis selalu. Semoga jadi anak yang soleh untuk Ummi & Ayah awak ye sayang..=)

Sumber:Google

p/s: Takde la gambar Aniq dengan Alif..

Sunday, May 25, 2014

Perubahan Perlukan Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie da lama nak buat entry tentang perubahan ni sebenarnya. Tapi dok fikir-fikir patut tak patut. Cuma yang ayie nak cakap, apa yang ayie tulis adalah rasa dan pendapat ayie semata-mata. Bukan di tujukan untuk siapa-siapa pun ye. Ayie percaya semua orang mesti nak berubah ke arah kebaikan. Tak banyak cket pun mesti ada kan? Ayie secara peribadinya mula latih diri untuk ubah mana yang patut. Cover mana yang belum sempurna untuk dicover. Tapi semuanya memang take time la. Yang penting sabar dan yakin Allah sentiasa ada dengan kita. 

Ayie cukup bangga dengan sorang sahabat ayie masa di sekolah rendah ni. Dari sorang gadis biasa yang lebih kurang macam ayie terus berubah secara drastik. Sekarang dia da berpurdah tau. Dari sorang gadis yang pakai tudung biasa-biasa je terus berpurdah. Allah..ternyata hidayah Allah tu tak terduga. Siapa juga boleh Allah berikan. Ayie belum berkesempatan lagi nak tanya dia apa yang mengarahkan dia ke arah itu. Dia berubah ni lebih kurang sebulan lepas dia kahwin. Alhamdulillah..

Ayie percaya dengan satu kata-kata ni: perubahan perlukan ilmu, takut nanti kalau perubahan tu jadi fitnah pada agama. Ayie bagi 1 contoh, sorang muslimat ni sopan bertudung labuh. Tapi dia meniru dalam exam. Ayat pertama yang keluar dari mulut pensyarah apa tau? Oooh..dia berselindung disebalik tudung labuh tu ye. Allah..ayie yang bukan bertudung labuh ni pun terasa panas dengar kata-kata tu. Sebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Ayie sampai terfikir, adakah nanti ayie bertudung labuh pun orang akan fikir ayie camtu..

Tak semua buat perangai camtu. Banyak lagi yang baik-baik yang boleh kita jadikan tauladan kan. Sebab tu, perlu ada ilmu dalam segala hal. Tak salah nak berubah. Ayie pernah wt satu entry sebelum ni, berubah bukan hanya untuk menutup aurat dengan sempurna, berubah juga untuk akhlak dan peribadi yang mulia, Insyaallah.. Sama-sama kita betulkan diri dan peribadi =)

Sumber: Google

Wednesday, May 21, 2014

Tiba-tiba Kedah Cuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi ayie mesej pensyarah cakap nak jumpa dia. Dia reply 'Harini Kedah cuti'. Ayie dengan slumbernye tanya, betul ke tak. Siap pergi ambik kalendar lagi tengok hari ni cuti apa sebenarnya. Confius jap. Lepas tu, member pulak mesej bagi tau Kedah cuti. Kelas semua di batalkan. Eh? Da dua orang da ni bagi tahu..Ni tak tipu namanya. Rupanya pengerusi jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat.. Patut la cuti tiba-tiba je. Terkejut ayie tetiba cuti satu Kedah kan. Sebagai tanda penghormatan dan berkabung. Sebab tu dapat cuti peristiwa.

Tu la alkisahnya kenapa tiba-tiba Kedah dapat cuti. So kelas harini semua di batalkan. Yang mana kelas pagi yang tengah berjalan kelas baru dapat tau tentang cuti tetap diteruskan la sebab da separuh belajar baru dapat tau kan. Da tertau lambat nak buat macam mana kan,huhu Korang yang nak baca tentang ni boleh klik sini ye untuk baca dengan lebih lanjut. Al-Fatihah..


-To Allah we belong, and to Allah we will return-

Wordless Wednesday #12 - Susahkan Orang


بسم الله الرحمن الرحيم



Ayie selalu pesan dengan diri camtu. Takut sangat kalau susahkan kerja orang..Nanti Allah balas double lg..Nauzubillahiminzalik

Tuesday, May 20, 2014

Liebster Award I

بسم الله الرحمن الرحيم


Ayie sejujurnya tak berapa faham pun apa sebenarnya Liebster Award ni,huhu Entry ni pun ayie buat dengan merujuk blog member-member lain. Tibai je la kan. Janji kita tak menghampakan orang yang da tag kita kan. Ayie di tag oleh empunya blog si cantik manis ni, ain / mawar putih. Sebagai tanda penghargaan, ayie akan jawab sebaik mungkin soalan awak ye..=)

Ceritakan latar belakang anda
Nama ayie yang sebenar ialah Nur Atiqah dan berasal dari Taiping, Perak. Ayie anak sulung daripada 3 beradik. Ayie adalah bekas pelajar form 6 di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Masih belajar lagi dan sekarang berada di semester 5. Ayie melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Uitm Merbuk dalam jurusan pengurusan maklumat. Pernah bekerja sebagai guru KAFA dan bercita-cita untuk menjadi seoarang pendidik

Sebagai pengguna, anda setuju tak dengan GST? Nyatakan sebab
Secara peribadi, ayie tak rasa kan yang GST patut di laksanakan sekarang. Memang terdapat kebaikannya untuk negara tapi sebelum nak laksanakan tu kena ambil kira pelbagai aspek dulu. Kena selidik dulu sejauh mana kemampuan rakyat kalau GST dilaksanakan. Tu hanya pendapat ayie la kan..

Tahukah anda plastik diperbuat daripada apa? Ketika beli barang, anda selesa menggunakan beg plastik atau beg kitar semula? Kenapa?
Dari apa yang ayie baca dan tahu la kan plastik ni diperbuat daripada bahan penambahan polimer. Ada juga beg plastik yang di buat daripada kanji. Kalau ayie lagi bagus guna beg kitar semula. Kan dapat menjaga bumi kita ni. Lagi bagus, ayie kadang tu pergi beli barang hari sabtu tak bawak beg apa pun. Sumbat je dalam moto,hehe

Adakah anda mengamalkan supplement atau jamu? Nyatakan jenis supplement atau jamu beserta khasiat
Yup, ayie ada amalkan makan supplement. Supplement yang ayie makan adalah EPO. Khasiatnya yang dapat rasakan, buat kan ayie kurang rasa cepat letih. Bertenaga je. EPO ni jaga dalaman jugak tau. Contoh macam dari segi period. Kira lancar la.

Pandangan anda tentang kos perbelanjaan kahwin sekarang
Ermm..bagi pemerhatian ayie la kan, kos kahwin sekarang tinggi la. Kalau tak habis 10 ribu tu kira bagus la. Tapi payah la kan kenduri kahwin sekarang bawah 10 ribu. Ayie secara peribadi, rasa kesian jugak dekat kaum Adam ni jenuh nak pikir duit untuk kahwin..emm

Jika diberi cuti 6 bulan, apa yang ingin anda lakukan?
Haa..apa lagi, ayie nak kerja la. Nak kumpul duit nak kahwin! haha boleh camtu. Lagi satu, ayie nak habiskan masa dengan family sebaik mungkin. Nak selalu ada dengan family ayie.

Pendapat mengenai dunia blogging dan apa kepentingan seseorang itu berblog?
Dunia blog bagi ayie sangat menyeronokan. Ayie enjoy dengan dunia blog. Dapat ramai kawan, semua baik-baik. Kepentingan berblog tu depands dengan individu tu sendiri. Ada yang berblog untuk tambah duit, promote produk ke. Dan bagi ayie pulak, untuk dapat ilmu yang bermanfaat dari rakan blog semua. 

Anda seorang yang mementingkan jenama?
Sejujurnya tak. Ayie tak kisah pun. Janji selesa dipakai dan kualiti pun elok ayie oke je..

Perkara terbaik dalam hidup pernah anda lakukan
Yang paling ayie ingat ayie dengan adik ayie ada tolong sorang makcik ni baru lepas kena ragut. Kesian dia..Lagi sadis kejadian tu berlaku petang raya. Esok tu nak sambut raya Aidilfitri. Kesiannya dengan makcik tu..Walaupun kecik je pertolongan kami, kami teman je makcik tu sementara tunggu polis datang, call polis tapi besar la impak dia kat kami. Insaf jap dengan ujian yang Allah tunjuk..

Berapa umur anda tahun ini?
Jeng..jeng..jeng..23 tahun.

Jika diberi peluang, apakah perkara yang paling anda teringin lakukan?
Ayie nak bahagiakan mak ayah ayie, family ayie. Ayie nak diorang gembira dengan ayie. Ayie akan buat apa saja untuk kebahagiaan diorang. Ayie tak nak kecewakan diorang. Tu la perkara yang paling ayie teringin lakukan.

Fuuhh..da macam buat assigment kan,hehe Ayie tak tag siapa-siapa ye. Korang boleh la singgah blog si cantik manis ain ni tau =)

p/s: Best jugak jawab-jawab soalan ni

Monday, May 19, 2014

Disiplin Untuk Kurus!

بسم الله الرحمن الرحيم

Opps! Ayie bukanlah salah seorang pengamal diet. Ayie makan apa saja yang ayie rasa nak makan, haha Tapi sejak dua menjak ni ayie rasakan ayie harus lakukan sesuatu agar berat ayie maintain. Sebab, sebelum ni ye ayie boleh makan apa saja, makan banyak mana pun berat memang susah nak naik. Tapi sekarang tak macam dulu da. Orang cakap badan susah naik sebab metabolisme dalam badan tinggi. Jadi sekarang adakah bermaksud metabolisme ayie da rendah? Entah la, ayie bukan pakar pun bab-bab ni. 

Apa yang ayie perasan berat dan tinggi ayie seoalah terbantut lepas ayie kena operate 6 tahun lepas. Masa tu ayie Form 5. Kena buang appendiks. Lepas dari operate tu memang ayie susah da nak naik berat badan. Paling2 tinggi pun 44kg je. Biasanya 40-42kg camtu je..Tapi makan memang banyak la. Dulu dok asrama member selalu bagi pisang diorang kat ayie. Ayie suka makan pisang,hehe Tapi sekarang ni berat naik dengan jayanya. Cuma masih dalam kawalan la. Kalau tak kawal ni..aiish, tak tau nak kata la,haha 

Sumber:Google

Bila mak selalu cakap 'hang gemok la kak'. Dah tu pulak balik kampung sedara-mara dok cakap 'hang nampak berisi la tiqah'. Di tambah pulak member tegur, 'tiqah, dagu kau da berlapis eh'. Aiisshhh!tak boleh jadi ni. Ayie kena buat sesuatu. Kalau tak nanti payah da nak turun berat badan. Belum kahwin lagi wehh..haha So, ayie..you must do something! Then, ayie ada la jumpe sorang akak blogger ni share kan petua-petuanya. Patut la anak nak masuk 3 pun badan tetap cantik je. Ayie pun nak buat la petua-petua yang akak kita ni share. Yang penting, ayie kena disiplin! Pastikan hari-hari buat ye ayie..no more ice! 

Sedar diri ye ayie, awak tu belum kahwin lagi..Jaga segalanya elok-elok. Apa-apa pun, biar lah kita cantik luar dan dalam kan. Tak guna cantik luaran je tapi dalaman penuh dengan hasat dengki kan..Nak cantik tu tak salah, tapi biar lah kena pada gayanya. Jangan sampai sakiti diri ye. Ikut kemampuan masing-masing. Nak sihat tubuh badan untuk apa? Untuk dapat lakukan ibadah dengan lebih sempurna, Insyaallah..=)

Sunday, May 18, 2014

Dah Lama Cari, Baru Sekarang Jumpa

بسم الله الرحمن الرحيم

Macam yang ayie pernah cerita sebelum-sebelum ni ayie kan suka lagu jiwang. Dan ayie sebenarnya da lama cari satu lagu ni. Punyalah payah nak dapat tajuk lagu ni. Tanya google pun tak keluar. Tak tau la ayie kenapa susah sangat lagu ni nak ada kat google. Tapi kalau kat radio Suria.fm tu memang selalu jugak la lagu ni dimainkan. Cari punya cari malam semalam jumpa juga akhirnya. Tu pun jumpa kat satu forum ni, ramai sebenarnya dok cari jugak lagu ni. Kat youtube pun ada 1 je video lagu ni. Tak famous ke pun..rasanya famous. Agak kerap jugak radio yang mainkan lagu jiwang dok pasang lagu ni. Tapi tak tau la kenapa takde kat google. 

Lagu yang ayie maksudkan adalah lagu DiHukum Janji, nyanyian Rahmat Mega & Melati. Pernah dengar tak? Kalau tak pernah cuba dengar kat youtube. Siapa-siapa rajin kongsi la lirik lagu ni dengan ayie, hehe Best lagu ni. Suara Rahmat Mega tu maintain sedap. Selagi tak bosan lagi dok dengar je la kan lagu ni,hehe Akhirnya, dapat jugak tahu tajuk nya apa..=)


Saturday, May 17, 2014

Taboos / Pantang Larang

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie nak tanya la kan, sesetengah pantang larang ni memang betul-betul ke ataupun sekadar nak memperingat kan je.. Kadang tu memang jadi secara kebetulan kan. Ayie selalu dengar golongan mak-mak pesan macam-macam, kau jangan buat itu, kau buat ini kang jadi tak elok nanti.. Ayie akui kadang tu memang betul jugak apa yang mak larang tu. Contohnya, mak pesan..orang cakap jangan mandi lewat malam nanti jadi apa-apa. Ayie kadang tu memang selalu mandi malam. Ada betulnya tak elok mandi malam ni. Kang dapat macam-macam penyakit pulak kan.. Dan yang terbaru ni, ayie dengar someone ni cakap sesuatu. Dalam hati betul ke apa yang dia sebut ni..Ke nak menyakat je, haha

"Abang tak nak makan tukar-tukar pinggan, nanti abang kahwin ramai"
Ayie yang terdengar ni cuma mampu berkata-kata, "errk?"
(setahu ayie kalau makan ubah-ubah tempat yang orang cakap nanti kahwin ramai,haha)

Betul eh statement kat atas tu? Tertanya-tanya pulak ayie... 


Thursday, May 15, 2014

Segmen Blogger Aktif

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 insyallah


klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Nak Panggil Apa Ni?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie bukanlah seorang peminat kucing. Penakut ada la..Tambah-tambah kalau anak kucing yang memang kecik lagi tu. Memang geli betul kalau dia datang main-main kat ayie. Rasa geli-geli dia dok main-main kat kaki ke. Boleh nangis ayie kalau takde siapa datang alihkan anak kucing tu,huhu Teruk kan.. Tapi tak bermakna ayie tak suka ye, cuma ayie geli dan tak berapa tahan dengan bulu binatang. Nanti senang dapat selsema..

Kat rumah sewa ni banyak kucing dok datang nak makanan. Member-member rumah ayie pun ada yang beli kan makanan untuk kucing ni. Cuma yang sekor anak kucing ni dia memang selalu datang. Manja pulak tu. Kadang tu mengada-ngada je dia..hehe Ayie dok buat kerja kat luar nak datang tidur atas riba la. Cuma yang ni ayie kurang cket geli. Tak lau kenapa. Sebab dia da besar cket kot. Kami dok berebut nak bagi nama untuk dia. Tesco, Bintat dengan Belang. Haha..sorang panggil nama ni, sorang lagi panggil nama lain. Last-last nanti pening kucing tu, hehe Ayie panggil dia Tesco, haha Sebab dia punya makanan cap Tesco..hik8 boleh tak macam tu? =)




Comel kan. Tapi mengada nak mapus, haha 
Nak panggil apa ni?

Wednesday, May 14, 2014

Zaman Form 6

بسم الله الرحمن الرحيم

Sungguh ayie tersangat la rindukan zaman form 6. Rupanya da 4 tahun ayie tinggalkan uniform sekolah, huhu Siyes memang rindu! Ayie form 6 di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Hampir setahun setengah ayie di sekolah tu tahun 2009-2010. Dari sekolah tu la ayie mula belajar dan latih mematangkan diri. Sebenarnya kematangan tu datang sendiri. Cuma nya, di zaman form 6 ni didikan tu lebih membuat kan ayie bertambah matang dan menyiapkan diri dengan segala liku-liku hidup. Masa ayie form 5 ustaz yang daftar nama kami sekelas untuk ke sekolah agama tu. Kalau tak silap ayie, nama ayie naik jugak untuk form 6 di sekolah masa form 5 tu. Tapi ayie pilih untuk pergi ke SMKA Sultan Azlan Shah. 

Siapa cakap form 6 tak best? Iye la, kawan-kawan lain dapat diploma, asasi bagai kita ni dok pakai uniform sekolah lagi kan.. Meh kak ayie nak bagi advice cket untuk adik-adik lepasan SPM yang tak dapat mana-mana tawaran universiti tu..hehe Sebenarnya dik, form 6 pun oke tau.. Kalau awak tak dapat sambung diploma or asasi tak bermakna masa depan awak gelap da. Banyak lagi cabang lain yang awak boleh pergi. Macam ayie ni lagi, bukan je tak dapat diploma, nak sambung degree dulu pun kena reject tau. Rayuan pun tak dapat. Mana lagi sedih, tak dapat sambung diploma ke tak dapat sambung degree..Masa tu Allah je tau macam mana perasaan ni tengok member form 6 lain dapat sambung degree. Ayie ni sampai rasa tak nak da belajar dan kebetulan memang dapat kerja tetap da. Tapi nak di jadikan rezeki Alhamdulillah dapat jugak sambung degree walaupun lambat 1 semester dari member lain. Rezeki ada kat mana-mana je dik. Jangan putus asa ye.. =)

Bagi ayie sendiri memang ayie seronok dengan zaman form 6. Member semua saling support. Tak kisah la kau buruk mana pun, Insyaallah akan ada member yang datang hulur tangan untuk ada sama-sama. Ayie sayang korang! Dan paling ayie rindu adalah rindu untuk selalu dapat 'makanan rohani'. Dekat sana hari-hari akan ada tazkirah tak pun bacaan yaasin secara jemaah. Baca al-Ma'thurat memang wajib setiap petang. Pagi-pagi sebelum masuk kelas berkumpul dulu dekat dataran perhimpunan untuk baca yaasin sama-sama. Allah..sungguh ayie rindu. Terasa sekolah amat pentingkan keberkatan dalam menimba ilmu. Rasa menyesal dulu malas-malas nak turun dengar kuliah subuh, solat Dhuha pun bila semua di wajibkan baru terhegeh-hegeh nak buat. Sekarang memang betul-betul lapar la 'makanan rohani'. Bukan selalu dapat macam zaman sekolah dulu. Dulu tak nak hargai sekarang baru nak nyesal. Da tak guna kan..huhu Untuk adik-adik yang mana sekolah buat tazkirah tu jangan malas-malas tau. Hargai apa yang sedang dilalui sekarang supaya nanti tak menyesal. 

Member kelas ayie. Segak bergaya korang ye =)

Parlimen Malaysia

Semua form 6. Ada dua kelas je.

Ni pun budak kelas ayie. Dengan guru kelas kat tengah-tengah tu. 

-Hargailah setiap saat yang diberikan-

Tuesday, May 13, 2014

Macam Cerita Sedih je..

بسم الله الرحمن الرحيم


Bila ayie buka search keyword untuk blog ayie yang banyak adalah pencarian tentang sedih. Da macam blog sedih je kan..huhu Ni mesti sebab gambar google yang ayie letak kat 1 entry ni. Sebab tu kot banyak hits sedih je. Macam suram je kan blog ayie ni..Da la ayie memang jarang da update entry hari-hari. Sebab teramat la busy..Da nak hampir hujung semester kan. Kerja memang menimbun la kan..

Sedar tak sedar da 3 tahun rupanya sambung belajar ni. Sekejap je..hujung tahun ni Insyaallah habis belajar. Dok menghitung hari tolak cuti semester bagai tinggal la dalam 5 bulan lagi. Cepat ke lambat..ermm Ayie kena sabar cket je lagi. Kena kuat cket je lagi. Lepas ni nak masuk alam lain da, alam kerja..Kena bersabar dengan dunia belajar ni cket je lagi. Ayie selalu pesan dekat diri sendiri bila rasa macam down cket, kalau ayie boleh bersabar dalam dunia belajar untuk 2 tahun lepas start tahun 2012..kenapa hanya untuk beberapa bulan lagi ayie tak boleh nak pikul. So, come on ayie..!You can do it..Dalam fikiran set kan semua ni semata Lillahita'ala dan untuk mak ayah. Insyaallah semuanya akan mudah. Hati pun akan tenang..

-Keep Smiling Ayie-

Saturday, May 10, 2014

Gara-gara Publish e-mel..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie memang ada emel khas untuk urusan berkaitan blog je. Untuk GA ke untuk urusan hadiah ke memang guna 1 emel khas untuk blog. Jadi ofcoz la emel tu dipublish di blog ayie kan. Sejak dari ayie publish emel tu macam-macam la emel yang bukan-bukan ayie dapat. Ajak business oversea la, offer itu offer ini la..Dan yang terbaru dapat 1 emel yang eeerrrgghh! geli+nyampah+++takut! Dalam erti kata lain, emel untuk ngorat la,jual-jual ayat manis bagai..


See..geli tak? Ayie baca je emel tu rasa nak menangis. Sungguh-sungguh ayie geli + takut sangat. Ntah dari mana-mana datang. Memang tak la nak reply kan. Mengucap panjang ayie..Apa la niat dia kan. Ayie mampu berdoa je la agar dijauhi dari fitnah dunia. Takut ayie.. So, gadis-gadis di luar sana jangan la terpedaya dengan segala ayat-ayat manis tu. Merana nanti..Fikir panjang, fikir jauh..Serahkan pada Allah segalanya..

Ketika Kita Mengeluh..

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah..saat hati dilanda pelbagai macam kegusaran, segala macam hal duniawi yang menyerabutkan, Allah pertemukan ayie dengan sebuah nasihat yang penuh makna. Terus hati jadi tenang mengingatkan bahawa ayie tidak keseorangan didunia ini, Allah sentiasa ada bersama..Hati terus meletakkan 100% kepercayaan tanpa sebarang keraguan. Allah ada bersama saat senang dan susah mu..

Ketika kita mengeluh:
"eeeii,aku penat sangat.."
Allah menjawab, maksudnya:
"Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat" (An Naba':9)

Ketika kita mengeluh:
"Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.."
Allah menjawab, maksudnya:
"Aku tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan" (Al-Baqarah:286)

Ketika kita mengeluh:
"Serabutnya.."
Allah menjawab, maksudnya:
"Hanya dengan  mengingatiku hati akan menjadi tenang" (Ar-Ra'd:28)

Ketika kita mengeluh:
"Apa yang aku buat ni semua sia-sia.."
Allah menjawab, maksudnya:
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya" (Al-Zalzalah:7)

Ketika kita mengeluh:
"Tak dak sorang pun yang nak tolong aku.."
Allah menjawab, maksudnya:
"Berdoalah(mintalah) kepadaKu, nescaya Aku akan kabulkan" (Al-Ghafir:60)

Ketika kita mengeluh:
"Aku sedih sangat.."
Allah menjawab, maksudnya:
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita" (At-Taubah:40)

-Redha atas segala ketentuanNya-

Friday, May 9, 2014

Petua Senang Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Walau apa jua keadaan melanda, hadapilah dengan hati yang tenang,Insyaallah..

Photo: PETUA SENAG HATI =)

LIKE page  ----->> MANJAKU CERIA COLLECTION

-Salam Jumaat-

Wednesday, May 7, 2014

Solat Sunat Rawatib

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua..lama ayie tak berblog kan,ayie tersangat la sibuk..Ni pun ayie curi-curi masa yang ada jap. Tu pun datang blog tinggal nota je. Tak pe la kan..dari biar terabai blog ayie. Nanti berhabuk pulak..hehe Sungguh, ayie rindu blogwalking rindu nak karang entry jela-jela. Tak dapat blogwalking kurang la cket dapat pelbagai info dari blogger lain kan..erm aktif kat FB je. Maaf ye semua, ayie tinggal nota je..Semoga bermanfaat =)

Photo: Untuk ingatan kita bersama

p/s: Disamping menjaga amalan wajib, perbanyakkan juga amalan sunat 

Saturday, May 3, 2014

Dugaan Si Hitam Si Putih

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah..rasa berat sungguh dugaan yang sedang dilalui ni. Kalau mai bab duit-duit ni memang la berat bagi ayie yang masih bergelar pelajar ni..Untuk kali ke 2 laptop ayie rosak balik. Hujung tahun lepas ayie da tukar apa ntah yang rosak tu. RM400++ da melayang. Dah tu takde laptop 2 bulan. Nak buat kerja pakai apa. Assigment tengah menimbun. Nasib baik kedai tu memahami dia bagi pinjam laptop kedai. Dapat la siapkan kerja. Warranty dia kasi 4 bulan. Sekali ngam-ngam 4 bulan 30 April 2014 laptop ayie rosak balik..tuddiiaaa dugaan lagi. Assigment tengah banyak kot sekarang. Buntu tak tau nak buat macam mana. Dok pikir-pikir kalau tukar lagi benda yang rosak akan melayang lagi RM400 sedangkan lepas habis warranty 4 bulan rosak balik. Dok kira-kira duit yang ada pulak cukup kalau nak laptop baru yang bawah RM1,300 tapi  nanti nak makan pakai apa pulak. 

Hurmm..berbelah bahagi. Sebolehnya tak nak susahkan mak ayah. Tapi nak buat kerja pakai apa pulak..Terpaksa la call cerita hal sebenar. Diorang boleh support dengan syarat lepas ni kalau rosak lagi diorang tak ganti da yang baru. Ermm..ye, ayie terima syarat tu. Ayie yang degil dulu diorang suruh ambik laptop lain ayie nak jugak laptop yang ayie berkenan. Sekali rosak terus. Panas sangat sampai bau hangit. Insyaallah, laptop yang kali ni ayie akan jaga elok-elok. 



Ni la laptop ayie sebelum ni. Banyak berjasa dengan ayie. Sayang betul dengan dia. I misz my Dell..Ayie track-in dengan laptop baru ni dapat la tampung cket-cket. Daripada simpan tak dapat apa baik ayie track-in. Bukan boleh guna da. Kalau nak guna kena repair lagi dan bersedia la untuk rosak lagi. 



Yang ni yang ayie baru beli. Alhamdulillah..Hye Asus,welcome to my world. Please be nice to me my dear.. I'll always take care of you, Insyaallah.. Terima kasih mak ayah. Ayie rasa dalam kami adik-beradik ni ayie la paling banyak perabih duit mak ayah,hurm =/

Apa-apa pun, ayie yakin setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui.


p/s: Maaf makin kurang aktiviti berblog..=/