Monday, April 24, 2017

Shell Out Selera Tambun, Penang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sempena cuti panjang 3 hari ni, ayie sekeluarga sempat la ber shell out semalam (23 April 2017) di Penang. Jauh nauu shell out nye sampai luar Perak, hihih Takde la jauh mana pun. Actually petang semalam keluar beli baju raya dekat Pasar Kemboja, Parit Buntar. Terus la ke Bukit Tambun makan-makan.

Kedai ni ayah dan kawan-kawan sekolah pernah reunion makan-makan sini. Tu yang ayah bawak kami pulak. Tak susah nak cari kedai ni. Dia dalam kawasan pekan cina. Pekan cina tu pun cantik. Dekat dinding kawasan pekan cina tu ada lukis-lukis kat diniding. Memandangkan kami sampai pun da dekat maghrib takde nya la nak turun bergambar kan.

Waktu operasinya ayie tak pasti la pulak. Meh kita cerita menu dia sikit. Shell out dia 1 set RM15 dapat 1 nasi. Ada macam-macam rasa ada. Semalam kami order 2 set shell out untuk 5 orang makan. Ambik rasa black paper dengan 3 rasa. Kemudian, ada pilihan sama ada nak kepah or lala. Kitaorang mintak nak dua-dua la, boleh rasa macam mana kan. 


Tuddiaaaa! Meh tengok apa ada dalam shell out dia. Banyak kan? Puas makan. Kekenyangan kami. Ada sotong, ketam, udang, lala, kepah, jagung, oren sepotong. Ngam! hahah Disebabkan ambik 2 set shell out, jadi dapat 2 nasi je la. Kami pun minta la tambah lagi 3 nasi sebab orang nya ada 5. 


Oooppsss! Kami order jugak sotong dan udang celup tepung. Sepinggan RM5. Ngam x? hahah yang ni pun mengancam! =)

Air harga lain tau. Disebabkan ramai orang, lama la tunggu. Jadi air pun cepat la habis. Ayie order lg sejug fresh orange. RM10 je. Best kan? Overall memang puas hati makan sini. Nak repeat makan lagi nanti. Kalau rasa nak bawak mai sekampung tu ayie rasa better call mintak reserve ke order siap-siap ke, sebab ramai orang. Korang yang nak ber shell out tu mai la cuba tang ni naa (terkeluaq loghat utara cek =))