Tuesday, March 31, 2015

Novel Diagnosis

بسم الله الرحمن الرحيم


Oke, memang ketinggalan pun. Sebab novel Diagnosis ni dari tahun lepas lagi. Ayie pulak baru miliki tahun ni. Da lama cari, tapi payah betul nak jumpa..hmm Ayie pernah cerita sebelum ni ayie dok cari novel ni. Yang ni someone kasi hadiah. Sekali bagi dua buah terus! Alhamdulillah..dia memang tau ayie dok cari2 buku ni. Dari keluaran pertama lagi. Ayie belum berkesempatan baca habis lagi. Busy beno.. T_T

Terima kasih pada yang sudi hadiahkan ayie novel ni. Sampai 2 buah! Ayie sangat2 hargai. Terima kasih banyak2.. =)

Monday, March 30, 2015

Birthday Surprise Lagi !

بسم الله الرحمن الرحيم


Haa.. Sekali lagi kita buat surprise befday ye. Yang penting menjadi!hahah Kali ni plan A bertukar kepada plan B last minit. Plan asal nak buat sama macam tahun lepas. Nak tempah kek ikot citarasa sendiri, cuma nk tukar jenis kek, nak black forest cake. Then, satu harini ayie tanya sendiri tuan punya befday. Antara kek2 yang ayie pernah surprise dia suka kek yang mana. Kek tahun sebelum tu (2013) ayie kasi kek coklat. Tuan punya befday cakap, "Ntah la.. tak tau kenapa, selepas di perkenalkan pada kek secret recipe rasa nak kek tu je.." (demand kau,haha) So, paham da la sekarang. Dia suka kek secret recipe. Dan ayie tau dia suka kek yang mana.

Maka plan bertukar. Nasib dia tak tau ayie tanya tu bersebab, haha Ayie pergi secret recipe dan beli kek chocolate indulgence. Ya, itu kesukaan dia! Kesukaan ayie juga. Nak beli sebijik  macam over sangat. Ayie beli 4 slices. Chocolate indulgence 2, chocolate fudge 1, dan black forest 1. Ayie rasa cket je. Selebihnya bagi tuan punya befday la kan.. Teruja dia tau! Terkejut. Tempat makan pulak memang da bagitau awal, kita celebrate di Shala Pizza. Tuan punya befday request nak makan chicken chop. Layan kan je la.. hihi

Hadiah pulak? Tuan befday sangat la nak helikopter control tu. Dari befday dia 2013 da request. Tapi ayie tak tau model mana yang dia berkenan.. Tak jadi la surprise kan dia helikopter tu. Tapi ada satu lagi kehendak dia. Nak bela ikan macam ayie tapi dalam akuarium besar cket. So then, kita surprise kan la dia kan. Malam tu dia kerja malam. Ayie datang tempat kerja dia naik motor bawak akuarium tu tau. Berkocak2 air. Basah jeans ayie.. Tapi takpe, nak surprise punya pasal. Daaannn.. dia terkejut & teruja!yeeaayyy menjadi.. Alhamdulillah..semua berjalan lancar,hehe 

Semoga di permudahkan urusan dunia & akhirat! =)

Friday, March 27, 2015

Tuesday, March 24, 2015

Sakit Kifarah Dosa

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya. Sakit itu kifarah dosa. Ayie di landa sakit tekak beserta batuk dan demam. Ayie sangkakan ayie baik2 saja di Arau ni, rupanya tak.. Tau tak ayie tak bawak buku kesihatan ayie datang sini. Sebab ayie rasa ayie baik2 je kat sini. Sekali ayie sakit.. T_T Buku tu untuk anak2 staff MARA. Jadinya mana2 klinik yang ada panel MARA boleh la ayie dapatkan rawatan di situ.. Di sebabkan buku takde terpaksa la kol mak mintak no gaji ayah. 

Alhamdulillah, klinik tu bagi dapatkan rawatan di situ walaupun ayie tak bawak buku kesihatan tu. Kasi no gaji ayah je. Then, dapat lah ubat2 ye.. Tapi ayie tak pulak mintak MC. Sebab rasa macam oke je..huhu Tapi sekarang rasa macam tingtong2 cket, haha In Sha Allah.. Cket hari lagi oke la ni, amiin.. Doakan ayie ye.. =)

Thursday, March 19, 2015

Ubat Untuk Ketuat

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sekian lama baru ayie tau ada rupanya ubat untuk tanggalkan ketuat. Ayie ada la secoet ketuat di jari tengah ni. Tak besar mana tapi sakit. Itu yang mendorong ayie untuk pakai ubat ketuat ni. Punca ketuat ni seingat ayie, ayie pernah tercucuk tulang ikan masa makan. Setahun yang lepas. Bermakna da lama la ketuat ni ayie tanggung sakit nya,huhu Da tenang lama da ubat ketuat ni kat guardian. Tapi tak beli sebab takut sakit nak pakai. Ada dua jenis. Satu cecair dalam belas2 RM. Satu lagi plaster dalam RM6 lebih. Ayie beli yang plaster. 

.

Ni lah rupanya ye lepas pakai. Kena pakai 2 hari sekali tukar yang baru. Means dalam masa 2 hari tu tak leh tanggal2 la ye. Pakai sampai hari keenam. Kalau hari keenam pun takde tanda2 ketuat tu nak tanggal teruskan pakai sampai hari kesepuluh. Ada arahan dekat bekas plaster tu tau. So pic 1 tu la rupa plaster tu ye. Jenis kain. Then ayie balut lagi dengan plaster jenis plastik sebab taknak dia basah terkena air ke bagai. Pic 2 after 2 days. Pic 3 after 6 days. Ayie gatal kopek isi baru tu. Pedih oke! Jangan gatal2 macam ayie ni sesuka hati tanggalkan isi baru tu. Pedih kau... T_T and pic 4 after 1 week. Kulit ayie tu sangat la nipis ye. Terkena apa2 confirm pedih. Pegang sudu pun sakit tau. Then selama seminggu ni la ayie makan nasi tak pakai tangan. Pakai sudu. Takut sakit satu hal, takut jugak kot ada kuman ke apa ke kan..haha over kan.

So far, Alhamdulillah dah beransur baik. Ketuat pun dah tanggal rasanya. Kosong je jari tu. Cuma pedih la cket sebab kulit teramat nipis.. In Sha Allah sehari dua lagi oke la ni..=)

Wednesday, March 18, 2015

Testimoni Ephyra Skin Bar 1

بسم الله الرحمن الرحيم


Sekian lama tak berupdate blog, kali ni datang bersama testimoni gittuu! Ephyra Skin Bar. Ya, ini lah bendanya. Di saat ayie sedang mencari2 produk apakah yang sesuai di pakai untuk kulit burn macam ayie ni, ia pun hadir menonjolkan diri.. Waah gittuu cerita dia. Cerita nya, kulit ayie burn. Da la memang gelap pun kan, bertambah gelap la jadinya. So nak la try mana2 produk yang boleh bantu masalah ayie ni kan. Ada jugak usha2 satu produk ni.. Satu set RM40 camtu. Oke la kan. Tapi mak ayie pernah pakai, mak cakap tak berapa oke. Tapi ialah, kullit kita bukan sama. Ada orang pakai oke, ada yang tak. Ayie ambik keputusan tak nak lah.. Nak cuba yang lain.

Then, scroll punya scroll FB kak ina blogger Intan Berlian ada post pasal Ephyra Skin Bar. Ada promotion la gitu. Ntah macam mana ayie sangat la tertarik nak cuba. Petang Khamis lepas pm kak ina, Jumaat kak ina da post. Malam tu ayie mimpi sabun tu da sampai.. Haha punya lah tak sabar kan. Sampai termimipi! (>_<) Then barang sampai hari Isnin. Abang posmen pulak tak jumpa kampung ayie dok ni, laahhaaiii.. Dugaan ye di situ. Then, dalam sejam camtu housemate bagi tau barang da sampai. Yaaahhhhuuu! Rasa nak balik la2 tu jugak, hahah (Sekali lagi ketidaksabaran di situ ye)

Orang lain potong sabun tu 4 or 6 bahagian. Ayie p tibai potong 9 bahagian! hahah bukan apa, jimat.. 1st time pakai? Ya Allah... sangat licin kulit ayie. Hidung ayie ada bintik2 resdung tu. Hilang! Ayie pun terkejut, pegang2 hidung licin.. Bukan la selicinnya tu. Tapi tak kasar macam sebelum tu. Dan seterusnya ayie teruja nak pakai selalu. Sampai suruh sahabat baik ayie pakai sama. Ayie kasi dia seketul, hihi

Ayie tak jual tau. Ayie kasi testimoni je. Gambar nanti da seminggu dua ayie pakai ayie upload ea. Korang kalau nak beli boleh la pm kak ina ye. Mesti kak ina kasi harga berbaloi2. Taknak beli lagi pun tak pe, sembang2 dengan kak ina dulu. Nak baca pasal sabun ni boleh klik sini ye.. =)

Wordless Wednesday #23 - Kata Penguat Hati dan Semangat

بسم الله الرحمن الرحيم




Sunday, March 1, 2015

Projek Tabung

بسم الله الرحمن الرحيم



Hahah ! Nampak tak kegatalan di situ? Muaahaha Tak kisah la nak kata gatal ke apa, yang pasti ni projek baru ayie. Sebenarnya sebelum ni pun menabung jugak. Cuma nya tak pernah label apa² pun. Tapi aritu ada terbaca satu blog ni. Pasal cara berkesan menabung. Antaranya, label tabung kita tu. Kalau kata kita nak menabung tu untuk beli kereta, kita label la tabung kereta.. Haa tu contoh la. 

Keduanya, kita kene consistent menabung ikot kemampuan. Kalau kata kita mampu sehari RM5 kita masuk kn la RM5. Yang penting consistent dengan amount tu. Janji ikut kemampuan. Macam ayie, ayie ikut suka hati ayie, hahah ayie rasa nk letak ayie letak la. Dalam seminggu kena letak. Sekurang² nya RM1. Kalau mampu letak lebih cket.. Haa macam tu la cerita nya serba sedikit.

Ohya! Ada jugak ayie baca orang yang buat tabung bila dia rasa dia buat salah dia akan masuk kan duit dalam tabung tu. Kira macam tebus kesalahan la. Then duit tu akan di sedekahkan di masjid.  Ada jugak yang create tabung sedekah dalam family dia. Cukup bulan derma ke masjid. Mulia nya hati diaorang kan..

Macam ayie pulak, ayie rasa kepentingan ayie sekarang ayie nak menabung untuk kahwin. Sekurangnya, dapat tampung untuk bertunang. Niat nak kahwin da lama ada. Cuma keadaan dan kewangan belum mengizinkan. In Sha Allah, Allah lebih tau mana yang terbaik untuk hambaNya. Kita manusia hanya mampu merancang. Walau apa pun niat kita, in Sha Allah Allah akan tolong kita. Sama² usaha ye.. =)