Wednesday, April 30, 2014

Open Book Test

بسم الله الرحمن الرحيم

Teruja betul! Pagi semalam ada test dan ia adalah OPEN BOOK TEST! Waa..first time tau sepanjang 5 semester ayie belajar ni ada open book test. Mana tak teruja kan..baru nak rasa macam mana open book test tu. Nampak macam best kan? best tu memang best tapi terkejar-kejar la. Masa yang diberi adalah 40 minit untuk 4 soalan short essay. Takde masa da nak tengok kiri kanan. Dok kalut selak buku dengan slide note je. Bila tak jumpa mula la nak bebai,haha padahal malam sebelum tu study da tapi dah kalut-kalut cari mula la tak jumpa bagai kan..Alhamdulillah boleh la jawab berkat dari kebaikan lecturer yang mengizinkan kami buat open book test, walaupun pada awalnya adalah test macam biasa tu. Thanks misz! Sayang betul la dengan misz!hehe =)

Sumber: Google

Ni la yang ayie rasa masa dok study malam sebelum tu. Punya la hoping kot-kot esok tu lecturer baik hati nak buat open book test kan. Last-last merasa jugak, Alhamdulillah.. Alangkah indahnya kalau semua test adalah open book test,haha (berangan je la kan)

Sumber: Google

Ayie rasa betul la tujuan open book test ni di adakan. Dari situ dapat nilai kemampuan students dapatkan jawapan yang relevant dalam masa yang ditetapkan. Walaupun nampak macam meniru je kan, macam tak exam pun kan tapi tersangat la mancabar minda. 

Actually ni nak kata first time pun tak jugak rasanya. Sebelum ni 2 semester final exam yang kena bukak buku untuk dapatkan jawapan. Tapi buku tu lebih kepada terms dengan rules la. Siapa-siapa pernah terlibat dengan library atau memang ambik kos library macam ayie mesti pernah dengar tentang AACR dengan Subject Heading. Dua subject ni memang wajib bukak buku untuk dapatkan terms dengan rules untuk jawapan. Memang tak cukup masa walaupun 3 jam yang diberikan. Sangat mencabar! Tapi tetap ada kebaikannya la kan. At least rasa yakin cket dengan jawapan yang diberikan tu..Apa-apa pun, ni adalah pengalaman baru untuk ayie. Semakin banyak kita belajar, rasa macam banyak lagi yang kita tak tahu sebenarnya..Teruslah menagih ilmu yang bermanfaat =)

p/s: Life is a test, but it is open book

Tuesday, April 29, 2014

Tudung SelectYours

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti haritu adik-adik ayie sibuk dok beli barang online. Antara barangnya adalah tudung. Memang diorang ada tanye ayie nak ke tak. Tapi masa tu busy dengan nak g KL bagai tak sempat nak pesan nak warna apa. Last-last tudung tu sampai ayie tersangat la berkenan. Mintak nak beli dengan diorang tapi diorang taknak, hampeh..Last-last pakat dengan member rumah. Diorang pun berkenan nak jugak. Kami oder 5 helai!hehe 

Sebab apa ayie berkenan sangat? Sebab tudung ni senang di bentuk dan yang penting cantik! Sebab dia macam tudung halfmoon tu tapi yang ni bawal. Bila pakai terletak elok je. Boleh pelbagaikan gaya. Ayie pilih gaya tudung ala-ala mawar gitu, hehe Dia ada pilihan size, tapi lain-lain harga la. Ayie pilih size M. Oke je dengan ayie. Ayie puas hati. Beli 2 helai, 1 simpan raya 1 lagi dah gayakan tadi, hehe Tudung yang ayie beli ni adalah dari SelectYours.


Oke tak? Boleh la kan,ayie bukan pandai bergaya mana pun. Janji tutup aurat walaupun belum cukup sempurna lagi,huhu Kalau korang berkenan boleh la cuba jugak. Ada macam-macam warna lagi. Ohya, tadi ayie pergi post barang GA. Tak sangka pulak kali ni pemenang GA ayie datangnya dari Sarawak. Ingatkan orang semenanjung,huhu Rezeki dia kan..Bertambah sahabat ayie, 1 Malaysia ada. Tapi sahabat blog la kan..hehe First time ayie post barang luar semenanjung. Ayie bukan apa, takut kalau tak sampai je. Buat pemenang GA ayie, barang awak da sampai nanti emel ayie bagitau ye. Tuan punya badan tak pernah pergi Sarawak lagi, kirim barang je la ye..hehe

Action je tu..hehe

"YaAllah,Kau telah menciptakan rupa paras dan tubuh badanku sedemikian indah, maka perindahkanlah pula moral dan akhlakku"

Monday, April 28, 2014

Motivasi Pagi

بسم الله الرحمن الرحيم




p/s: No Monday Blues, Keep Smile =)

Sunday, April 27, 2014

Produk Dari Kain Felt

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari ayie pening-pening buat assigment baik ayie karang entry kan,haha jangan tiru perangai ni ye. Ingat tak ayie cerita pasal kain felt yang cantik-cantik warnanya sebelum ni? Haa..meh nak cerita apa sebenarnya ayie nak buat dengan kain felt sebanyak tu. Yang pasti bukan buat jual ye. Tapi kalau nak tempah pun boleh,hehehe Sebenarnya, itu adalah sebahagian daripada assigment ayie untuk semester ni. Buat satu produk untuk kanak-kanak. Tak kisah produk apa pun. Bajet semestinya la duit sendiri..(semester ni paling banyak pakai duit) =/

Untuk produk ni kena buat berdua je. Tema yang kami pilih adalah huruf jawi. Memandangkan kurang produk kanak-kanak dalam bentuk jawi, jadi kami ambil inisiatif untuk memartabatkan jawi,huhu Pada awalnya ayie dan partner ayie cadang nak buat popup book. Alaa buku yang bila kita bukak tu gambar tersembul keluar. Tengok contoh kat sini. Tapi ramai pulak yang buat buku macam tu. So, kami decide nak buat pakai kain felt. Agak renyah jugak, tapi seronok! Tengok la hasil yang kami buat ni. Baru 2 huruf,huhu







Oke tak? Boleh la kan..budak baru belajar. Main gunting-gunting dengan tempek-tempek je, hehe Baru siap 2 huruf, ada lagi 34 huruf..Sempat ke ni nak hantar awal Jun depan. Insyaallah, sempat2..kena rajin-rajin selalu ni. To partner ayie, keep it up! Banyak lagi kita nak kena buat ni tau..so tak boleh nak dok sesaje la tanpa kerja, huhu Gudluck untuk ayie dan semua member-member seperjuangan =)

p/s: Buatlah sesuatu perkara dengan seikhlas mungkin, Insyaallah ada ganjarannya


Cabut Undi Lagi - Pemenang MiniGiveaway #2 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Memandangkan sehingga pukul 12 tengah malam ni masih juga tak serah diri pemenang bertuah, maka terpaksalah ayie umumkan pemenang baru. Aissh..tak nak hadiah ke..huhu So,pemenag baru ni hope alert tau, cepat-cepat kasi details kat ayie. Siapa pulak yang bertuah kali ni..???

-
-
-
-
-

Pemilik No.4

TAHNIAH! Cepat-cepat bagi details ye. Kalau tak terpaksa la lagi umum pemenang lain. Sila bagi details awak kat ayie ye selewatnya 9 malam (27 April 2014). Kalau tak serah diri nanti ayie umum pemenang lain tau. Tahniah! =)

1- Nama penuh 
2- Alamat Lengkap
3- No. Telefon
hantar ke email: ayieatiqah@yahoo.com

p/s: Meniti hari-hari yang makin sibuk

Friday, April 25, 2014

Pemenang MiniGiveaway #2 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Bedebar tak nak tunggu siapa pemenag GA kali ni?hehe Alhamdulillah GA kali ni pun berjalan lancar jugak. Di penghulu segala harini ayie akan umumkan siapa pemenang tersebut. Adik ayie dah pun cabut undi pagi tadi..=)

-
-
-
-
-

No bertuah yang menang kali ni adalah No.9
http://impossibletothinknow.blogspot.com/2014/04/minigiveaway-2-by-ayie-atiqah.html

TAHNIAH! buat pemenang..Bagi yang tak menang jangan sedih-sedih ye. Nanti ada rezeki lebih ayie buat GA lagi tau. Terima kasih banyak-banyak sebab korang sudi support ayie. Ayie sangat hargai. Ayie mintak maaf kalau ada apa-apa kekurangan sepanjang GA ni berlangsung. Bagi pemenang, sila bagi details awak kat ayie ye selewatnya esok. Kalau tak serah diri nanti ayie umum pemenang lain tau. Tahniah! =)

1- Nama penuh 
2- Alamat Lengkap
3- No. Telefon
hantar ke email: ayieatiqah@yahoo.com

p/s:Terima Kasih semua!Salam Jumaat



Thursday, April 24, 2014

Senarai Peserta MiniGiveaway #2 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, GA ayie yang kedua dah tamat semalam. Berjalan lancar walaupun tak semeriah macam GA pertama dulu. Tapi oke la kan..GA pun 3 hari je. Ayie pun tak promote dari blog ke blog macam GA pertama dulu. Korang boleh semak nama korang ada ke tak ye. Takut kalau ayie terlepas pandang. Kalau takde cepat-cepat bagitau ye. Nak blogwalking tambah kenalan pun boleh..=)






Cara yang sama ayie gunakan untuk cabut undi. Sama macam sebelum ni. Tunggu esok ye, 25 April 2014 ayie akan umumkan pemenangnya. Insyaallah..Gudluck semua! Terima kasih sudi support ayie =)

Wednesday, April 23, 2014

MiniGiveaway #2 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

-Entry Melekat-
Yeeaaah! Korang tertunggu-tunggu tak GA ayie yang tak seberapa ni?hehe Seperti yang dijanjikan, ayie akan lancarkan satu lagi GA bermula harini. Ayie cari seorang je pemenang tau. Jangan kecil hati ye. Ada rezeki lebih nanti ayie buat besar-besaran pulak. Ayie pun baru je menapak dalam dunia blog ni kan..



Seperti sebelum ni, syaratnya mudah saja:
1) Blogger warganegara Malaysia
2) Boleh follow blog ayie. Takde sebarang paksaan
3) Buat satu entry bertajuk "MiniGiveaway #2 by Ayie Atiqah"
4) Tempek banner di atas dan backlink kan kat sini
5) Publish dan tinggalkan url korang dekat komen di bawah

MiniGiveaway ni bermula harini 21 April 2014 sehingga 23 April 2014Pemenang akan di umumkan pada 25 April 2014. Insyaallah..Jom ramai-ramai memeriahkan MiniGiveaway #2 by Ayie Atiqah! Promote tau kat rakan blogger lain =)

Hadiah boleh tengok sini

Perasaan Yang.....

بسم الله الرحمن الرحيم

Hurmm..ayie tak tau nak describe macam mana perasaan ayie sekarang ni. Sedih tak tentu pasal. Kejap nak menangis, kejap nak marah..Ketawa depan orang memang hanya pura-pura. Apa kena dengan perasaan ayie ni..Allah..=/

Ayie memang tak tau nak buat dengan 1 perasaan ni. Setiap kali nak balik kampung di Taiping, hati sayu sangat nak tinggal Kedah. Bila dari Taiping nak balik Kedah pulak hati sedih sangat nak tinggal Taiping. Perasaan apa ni..Setiap kali nak balik mesti ada perasaan ni. 2 3 hari ni pun macam-macam perasaan yang ayie rasa. Saat menaip ni pun bergenang air mata tunggu nak gugur. Allah..rasa apa ni. Ayie tak tau nak buat macam mana. Tak tahu nak handle macam mana..Allahuakhbar..=/

Sumber: Google

Tiada airmata yang dapat menenangkan jiwa, kecuali airmata taubat

Wordless Wednesday #11 - Aurat & Akhlak

بسم الله الرحمن الرحيم

Photo: { Bercinta Selepas Nikah }

Berubah bukan hanya untuk menutup aurat dengan sempurna, berubah juga untuk akhlak dan peribadi yang mulia, Insyaallah

Tuesday, April 22, 2014

Pengalaman Dari GA

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..masuk ni kali kedua ayie buat GA. Hanya GA biasa-biasa je. Yang penting seronok! Sebab ayie dapat ramai kawan baru. Bila dapat kawan baru bertambah lah pengetahuan tentang sesuatu. Kan ramai yang share info dan pengalaman yang bermanfaat.. Dari buat GA ni la ayie belajar macam-macam. Ayie kan blogger baru. Percaya tak ayie baru 2 bulan dalam dunia blog? Yess!baru 2 bulan. Sahabat-sahabat blog ayie setakat ni dalam 116 orang. Alhamdulillah..bagi ayie satu peningkatan yang baik. Korang memang best!=)

Dari GA ni jugak ayie dapat terjah ke blog-blog lain yang baru kenal. Siyes!Korang punya blog memang comel-comel. Rambang mata tengok,hehe comel sangat! Macam-macam design ada. Yang sweet, yang formal, yang ala-ala romantik. Sedap mata memandang. Tak macam blog ayie ni kan, simple je..Tak pe la, ayie baru lagi kan..huhu Ada member ayie tanya, ''kau buat GA ni kasi hadiah ni x rasa bazir eh?" ermm..bazir eh?Jawapan ayie mesti la tak. Tak bazir la. Ayie niat pemberian tu sebagai 1 sedekah. Bukan pemberian besar-besar dan mahal-mahal pun. Sebuah pemberian biasa je. Yang penting bermanfaat untuk di guna pakai. Orang nak terima ke tak tu terpulang. Ayie bagi semampu ayie je la..

 Di kesempatan ni, ayie nak wish terima kasih banyak-banyak untuk semua sahabat blog ayie yang support ayie secara langsung ataupun tak dari mula lagi. Thanks sangat-sangat tau..Ayie hargai semuanya ye. Doakan kejayaan ayie dunia & akhirat ye..Haa, yang belum join MiniGiveaway ayie yang kedua ni meh klik sini.

Rindu la zaman mengajar ni..=/

Sunday, April 20, 2014

Perubahan Perlukan Kesabaran

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap perubahan memerlukan sebuah pengorbanan yang besar. Tak kisah apa jua pengorbanan..tetap perlukan kesabaran. Ayie juga tengah belajar untuk melakukan sedikit demi sedikit perubahan. Kerana Allah dan untuk yang selayaknya sahaja. Insyaallah..Memang permulaannya agak payah, tapi tetapkan hati untuk sentiasa ke arah perubahan-perubahan tersebut. Yakinlah Allah bersama kita..Sekadar untuk peringatan dan noted untuk diri sendiri.. =)

Sumber:Google

19 April 2014

MiniGiveaway Lagi?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ermm..ayie terasa macam nk buat GA lagi la..Setuju tak? Siapa setuju angkat kening! hehe Tu la yang ayie rancang-rancangnya. Bila nak buat? Insyaallah dalam minggu ni. Tapi GA ni sekejap je la. Mungkin dalam 3 hari je. Ayie bukan apa..sebagai tanda penghargaan sahabat-sahabat blog ni sudi singgah kat blog ayie dan sudi support ayie. Walaupun ayie kurang aktivit BW seminggu dua ni, tapi ada jugak yang sudi jengah blog ayie ni. Thanks korang! =)

Lagipun ayie ada terjumpa 1 souvenirs ni yang cool dan sesuai dijadikan hadiah. Tu pendapat ayie la. Ayie berkenan betul dengan barang ni. Ayie beli 1 untuk ayie 1 lagi untuk jadikan hadiah GA nanti. Korang nak tau tak apa hadiah tu? Jeng..jeng..jeng..




Beg I Love Taiping! Nak tak..? Nanti join GA ayie tau. Insyaallah takde apa-apa halangan minggu ni ayie buat ye.. Join tau! =)

p/s: Hanya sebuah pemberian biasa

Saturday, April 19, 2014

Puding Karamel Tanpa Telur

بسم الله الرحمن الرحيم

Haritu member ayie buatkan puding karamel tanpa telur. Sedaap sangat! Rasa nak makan banyak-banyak. Siap mintak resepi lagi. Balik baru ni ayie cuba la buat sendiri. Tapi tu la, ayie ni kalau cuba sesuatu yang baru suka ikut mazhab sendiri. Main campak-campak dan agak sendiri je. Janji boleh ditelan dan sedap lalu dekat tekak kan..hehe 


Orang buat macam lain. Ayie pulak buat bila nak makan baru buat & curah air gula tu. Haha..sesuka hati ayie je kan. Tak pe la. Janji boleh makan. Yang bestnye, mak puji ayie menjadi buat air gula tu, huhu kembang jap (apa ntah orang panggil air gula tu)


Maisarah muka tak sabar nak makan. Dia ingat buat puding tu sebab celebrate birthday. Siap nyanyi lagi lagu happy birthday..hehe

p/s: Tak pandai masak takpe, janji rajin masak =)

Friday, April 18, 2014

Kain Felt yang Cantik-Cantik!

بسم الله الرحمن الرحيم


Tuddiiaaa...! Nampak tak? Banyakkan. Semua yang ayie ada ni 32 warna yang berbeza. Cantik-cantik. Dari pink terang, pink tak terang, kelabu asap tak asap, haha Paling dasyat hijau. Warna hijau saja ada 7 jenis. Banyak betul ye. Ayie tak tau la total warna kain felt ni ada berapa tapi yang ayie beli ni ada 32 warna. Tu pun da cukup puaskan hati ayie la. Harga dia sekeping RM1.50. Beli 10 ke atas dapat percuma 2 keping. Ayie beli 32 dapat 4 percuma lagi. Ayie tak tau macam mana dia kira, tapi semua yang dalam gambar tu RM45. Murah ke mahal? Ayie tak tau kat mana ada jual borong banyak-banyak. Yang ni pun oke da bagi ayie, huhu

Apa ayie nak buat dengan kain felt banyak-banyak ni? Buat berniaga ke? Buat kraftangan ke?Haa..tunggu update lain nanti ye ayie bagi tau apa ayie nak buat dengan kain felt banyak-banyak macam ni,hehe =)

p/s: Klu dia, nak buat benda comel yang memberi ilmu bermnfaat 

Selamat Pengantin Baru Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Di penghulu segala hari ni, sahabat ayie masa di sekolah rendah dulu akan menamatkan zaman bujang nya sebentar je lagi. Berdebar tak weh? haha Semalam dok mengusik dia nak kena salam tok kadi harini, haha Aku bangga tengok kau bahagia weh. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je sama-sama pergi sekolah dengan dia. Tup tup nak jadi laki orang da. Cepat masa berlalu. Da jadi orang da dia. Kerja pun bagus, berpangkat. Ayie tumpang gembira dengan kejayaan dia harini. 

Disebabkan ayie tak dapat hadir kenduri rumah dia minggu depan, ayie kirim hadiah dan doa je la.. Sedih jugak tak dapat datang hari bahagia member, tapi apa kan daya..Tuntutan sebagai pelajar menyebabkan ayie tak dapat balik kenduri dia. Takpe la weh..kau da jumpa kan aku semalam. Opps! bukan jumpa berdua ye. Adik ayie dengan Maisarah ada sekali tau. Jumpa pun sebab dia nak kasi kad kahwin, ayie pulak nak kasi hadiah. Lepas ni kena kurang da la bergosip dengan dia. Da jadi laki orang kan. Kang silap-silap bergaduh pulak kan. Mana boleh elak kita elakkan la ye..=)



Btw, ni la hadiah untuk member ayie tu. Hadiah biasa-biasa je. Yang penting datang dari hati, kan.. Kalau kau jumpa blog aku kau akan tahu la hadiah apa aku kasi kat kau, haha (hope so dia tak jumpa blog ayie) Tahniah sahabat! Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke syurga =)

Salam Jumaat

Thursday, April 17, 2014

I City Taiping

بسم الله الرحمن الرحيم

Erk? ada ke i-city kat Taiping nih? haha..ada tapi pokok-pokok camtu je la. Tu pun ada dalam MRSM Taiping. Mak ayah ayie kerja kat MRSM Taiping so berpeluang la kami adik beradik dok tangkap bagai, hehe Ntah mimpi apa malam ni ayah bawak kami g bergambar kat sana. Cantik! Tapi malam kan, pencahayaan kurang cket. Gambar pun biasa-biasa je la. Jom layan gambar! =)





p/s: I Love Taiping! From Taiping with Love <3

Wednesday, April 16, 2014

Trip to National Library of Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang ayie cakap sebelum ni, dengan terkejut-kejutnya ayie da pun sampai ke Kuala Lumpur semalam. Dan malam tadi Alhamdulillah dah pun balik ke Taiping semula. Harini apa lagi, cover tido la. Petang-petang macam ni baru ada mood nak mengadap laptop dan mengadap kerja yang menimbun. Meh ayie nak share cket cerita tentang trip kitorang yang terkejut-terkejut ni. Siyes cakap memang panat tapi tak sia-sia sebab dapat ilmu yang bermanfaat. Tapi awal-awal ayie cakap, tak semua gambar dalam Perpustakaan Negara Malaysia tu ayie boleh share dalam blog ni ye, sebab kebanyakannya adalah sulit dan kami dibenarkan ambil gambar atas tujuan penyelidikan semata-mata. Ayie boleh cerita je la. Kalau korang nak tengok kena la g PNM senidiri, huhu

Malam tu kitorang bertiga bertolak dari Kamunting pukul 11 malam. Tapi bas tu pusing-pusing dalam Taiping dulu, ambik orang kat Simpang bubuh minyak bagai pukul 12.15 baru bas masuk hihgway. Jadi kitorang bajet sampai mesti dalam pukul 4 lebih. Sekali sampai pukul 3.30 pagi! Tudiiaa...awal lagi sementara nak tunggu naik LRT pulak. Nak lepak surau tapi kat Pudu tu tutup sampai la pukul 5.30 pagi baru bukak. Tak tau nak lepak mana. Ramai ayie tengok dok tidur je tepi-tepi jalan tu. Last-last kitorang decide lepak mamak je la. Selamat cket dari dok merayap camtu je..


Sampai tertidur-tidur ayie. Mengantuk betul! Dok pikir macam mana la nak buat kerja pagi nanti dengan mengantuk nya..Tawakal je la. Dah tu ada orang kurang siuman pulak dok bebel kat kitorang. Lawak pun ada takut pun ada, huhu Tunggu la sampai pukul 5.30 pagi baru naik bangunan UTC tu. Dapat la tidur jap, mandi & solat. Then siap-siap pukul 7.30 tercongok la kat stesen LRT. Ayie ni da lama tak g KL. Tak ingat da macam mana nak pakai mesin beli tiket tu. Nasib la ada budak USM tu ajarkan kitorang. Terima kasih la.. Lagipun LRT tu bukan pakai kad macam dulu da, pakai token. Ambik la LRT ke Titiwangsa. RM 1.20 je! Takde la mahal mana. 


Then ambik pulak teksi ke PNM. Rm 3.80. Rasanya oke kot. Tak jauh mana pun PNM tu. Kemudian bermulalah penyelidikan kami. Fuuhh..besar rupanya PNM ni. Letih kami dari 1 bangunan ke bangunan lain. Dari 1 tingkat ke tingat lain. Tapi ilmu punya pasal kan. Macam-macam khazanah lama ada kat PNM ni. Paling rare bagi ayie ada sebuah buku besar ni. Besar betul! Tulisan tangan pulak tu. Satu lagi, manuskrip Hikayat Hang Tuah. Berpeluang jugak dapat tengok bahan paling berharga dan antara termahal di PNM ni. Unik! 


Yang ni namanya mesin untuk baca microfilem dengan microfiche. Apa benda tu? Korang google la ye, hehe 




Ni antara koleksi yang kami dapat. Selalu diaorang jual. Tapi untuk kami dapat percuma je,huhu Yang ni pun unik bagi ayie. Gambar-gambar tu dari manuskrip lama diaorang scan then buat cantik-cantik dalam bentuk poskad. Berharga ni. Ayie nasihatkan korang, kalau ada bahan-bahan lama tu, buku-buku lama plz3 jangan bakar or buang macam tu je! Berharga tau tak. Baik korang simpan then sampai satu masa bagi kt pihak PNM ni. 





Dari PNM ni kita boleh nampak view KLCC. So apa lagi, bergambar la kitorang kan. Bukan selalu dapat datang sini. huhu Jalan jangan cakap la. Sangat jem! Ayie rasa memang tak sanggup ayie dok KL ni.. Then siap-siap la nak balik. Kitorang settle buat research dalam pukul 3.45 petang. Ambik teksi ke stesen LRT balik kat Titiwangsa. Sekali tambang dia makkaaii..RM6.20! Tadi pergi RM3.80. Agaknya sebab jalan jem kot. Lepastu singgah jalan TAR jap. Alang-alang dah sampai sini kan. Jalan-jalan je. Ayie beli kerongsang je. Then sampai Pudu terus ambik bas pukul 5. Alhamdulillah dalam pukul 8.45 malam kami selamat sampai Taiping. Penat teramat!

Fuhh..berjela ayie karang kan. Thanks la korang sudi singgah sini. Ni adalah memory ayie. So ayie cerita la sini sebagai kenangan ayie,huhu Overall, ayie suka dengan trip ni!Nak pergi lagi la nanti.. =)

p/s: Precious experience!

Monday, April 14, 2014

Cabaran & Dugaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru je sampai Taiping petang semalam, malam ni akan bertolak pulak ke KL. Huwwaaa..cabaran apakah ini. Dengan terkejut-kejut macam ni confirm la mak ayah ayie tak berapa kasi nak pergi. Sungguh ayie serabut..Kalau tak pergi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dah pun sediakan jadual untuk kitorang punya tugasan. So nak tak nak memamg terpaksa pergi. Dah la korban cuti balik lambat ni nak kena pulak pergi KL. Apa preparation pun tak buat lagi ni...


Dah la nak naik train sekali tiket habis pulak..Last2 naik bas je la. Pukul 11 malam ni. Esok punya cerita tak tau nak kata la. Ayie memang tawakal 100% je la..Memang ayie tak tau selok belok jalan KL ni. Yang ayie tau esok nak pergi PNM ambik LRT ke Titiwangsa then ambik cab pergi PNM. Mudah-mudahan baik-baik semuanya. Mujur bukan pergi sorang. Kami pergi bertiga. Doakan ayie ye..Kot ada member-meber blogger yang sudi nak tolong ayie esok ke pm la ayie kt email tau..=)
ayieatiqah@yahoo.com

p/s: 14 April 2014 

Saturday, April 12, 2014

Lihat Pada Pengorbanan

بسم الله الرحمن الرحيم

Photo: via Diskaun untuk rakyat Malaysia (y)

Yeah..itu yang sedang ayie lakukan. Berkorban..korban masa, tenaga dan segalanya. Sehinggakan demam pun hampir menyinggah atas segala pengorbanan ni. Sungguh, bukan ayie merungut..hanya sekadar coretan sebentar untuk menghilangkan lelah. Yeah..ayie hampir putus asa. Seminggu yang diberikan untuk beristirehat sebentar terutamanya bersama keluarga terpaksa di korbankan. Tapi marah macam mana pun ayie pada situasi macam ni takda gunanya. Jalan pendekatan yang ayie ambil adalah dengan belajar mendidik hati menjadi ikhlas. Alhamdulillah..Semoga terbayar segala pengorbanan ini. Bukan dalam bentuk wang tapi dari segi kepuasan atas segalanya..=I

p/s: Jangan menyusahkan orang, kelak Allah menyusahkan kita pula
Maaf. tak sempat BW blog ke blog..

Friday, April 11, 2014

1st Giveaway by nuraaisy.bs.com




1st Giveaway by nuraaisy.bs.com

Senarai Hadiah
RANDOM.ORG
[ 1 cute bracelet each for 4 lucky winners! ]

Due Date :- 11-29 April 2014 [ HANYA 19 HARI SAHAJA ]




Thursday, April 10, 2014

Sepatutnya Harini...

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeah..memang sepatutnya harini..sepatutnya ayie balik ke kampung halaman tercinta harini. Sepatutnya saat ni ayie da ada di rumah kat Taiping bersama keluarga..Tapi apa kan daya, demi tugasan ayie terpaksa tunda balik kampung. Mungkin hujung minggu nanti baru boleh balik..Perasaan? Ofcoz ayie sedih..cuti yang tak seberapa lama ni sepatutnya ayie habiskan bersama keluarga tapi sebab tugas sebagai pelajar memaksa ayie untuk tidak pulang ke kampung harini. Huwwaa....=/


Nasib tiket bus belum di beli lagi. Kalau tak bazir je..Ayie sendiri pun memang jenis tak suka beli tiket nak balik kampung. Sebab nanti last minit punya hal macam ni terpaksa burn macam tu je tiket. Ayie lagi suka naik bus loncat. Lagi adventure. Ayie memang jenis tak kisah pasal nk beli tiket sebab nak balik Taiping dari Kedah ni boleh naik bas loncat-loncat je..Ayie lagi suka macam tu. Ada tiket ada..takde tiket pun tak berapa kisah. Mak ayah ayie yang selalu risau kalau ayie tak beli tiket. Semalam kol mak ayah cakap "saya tak jadi balik hari khamis..ada kerja nak kena buat..hujung minggu nanti saya balik" Ayah cakap apa kat ayie.."hang tak boleh ka balik dulu sat..sat ja pun tak boleh ka balik..Tak boleh takpa la.." (sat=sekejap) huwaaa..nak menitis airmata ayah tanya macam tu. Dok tengah taip ni pun bergenang je. Ampun mak ayah..bukan sengaja saya tak balik..saya memang akan balik jugak, maafkan saya..=(

Sekarang baru ayie rasa macam mana rasa dok di perantauan..walaupun bukan jauh mana tapi kadang tanggungjawab tu membataskan segalanya..Kalau la ayie ni ada transport, ada kereta ke lama da ayie balik..Tapi apakan daya. Ayie faham apa yang mak ayah rasa. Dah sebulan lebih ayie tak balik Taiping..sungguh, ayie rindukan keluarga ayie..Ayie nak baliiikkkkkk....=(

p/s: Ni kalau dengar lagu Sudirman Dari Jauh Ku Pohon Ampun Maaf mau menangis teresak-esak ni...

Wednesday, April 9, 2014

Wordless Wednesday #10 - Pilih Yang Betul

بسم الله الرحمن الرحيم


Sumber: Sini

Masa ayie mengajar dulu memang macam-macam style kaki student ayie buat. Silang la, yang sambil sepak kawan pun ada,adooii.. Tapi da di perbetulkan la cara kaki diorang tu. Semoga diorang kekal dengan style kaki yang betul masa sedang bersujud, Insyaallah..Dan begitu juga untuk kita yang lain. Pilih yang betul! =)

p/s: Buat anak didik ayie, kat mana pun awak semua semoga dalam keadaan baik-baik selalu. Jangan tinggal solat ye..

In 'Japan' Right Now!

بسم الله الرحمن الرحيم


Japan la sangat kan,hehe Ramai tengah cakap-cakap tentang musim bunga kat Kedah kan. Ayie sendiri pun tak nak terlepas peluang dengan saat-saat indah dan most beautiful scenary ni! Siyes memang sangat cantik. Sejak 2 3 minggu lepas memang ramai dok pakat ambik gambar ni. Ayie baru berpeluang nak ambik gambar ni semalam. Ni da kurang da bunga-bunga dia sebab da kena sapu bunga-bunga tu,huhu Kat mana ni? Haa..dalam kampus Uitm Kedah! Cantik kan..tengok dia gugur rasa macam ada kat Jepun je,hehehe Sebelum ni pun ayie da pernah cakap pasal bunga sakura ni kan..Dah 3 tahun kat sini tapi ni baru bunga ni sangat meriah macam ni. Sebelum ni tak berapa ada sangat. Kagum dengan keindahan ciptaan Allah =)

p/s: Buat photoshoot kahwin pun cantik ni =D

Tuesday, April 8, 2014

Nasi Arab Nyum2!

بسم الله الرحمن الرحيم

Tumpang lalu tumpang lalu..haa harini ayie nak tolong promote satu barang. Tolong tolong gitu je. Tolong saudara ayie. Ada rezeki dia, Insyaallah..Nak tau apa barang tu?Meh tengok dulu, mana tau kot-kot korang berkenan ke kan.. =)

Photo

Taraaa...Ni la barangnya! Rempah Nasi Arab. Jadi, mana-mana penggemar nasi arab tu yang mungkin da 'cemuih' makan yang kedai punya, nak cuba pulak masak sendiri, ni ada solution nya. Yang penting  cepat, mudah & ringkas!   Set rempah lengkap nasi arab. Terdapt 2 pilihan rempah iaitu al mandy & al khabsa. Set lengkap dgn 1/2 kg beras basmathi, rempah nasi & rempah lauk. Anggaran makan sehingga 6 / 7 org dewasa. Cara penyediaan diberikan, lengkap bersama cara penyediaan salsa. Tak perlu menumis..Jimat kos! 

Harga? Confirm korang nak tau kan..Harga dia cuma RM20! Macam mana, oke tak? Siapa yang berminat boleh pm email ayie, ayieatiqah@yahoo.com

p/s: Test promote barang..=)

Monday, April 7, 2014

Wordless #9 - So Nak Pilih Mana Ni..

بسم الله الرحمن الرحيم


Adoii..Gelak sorang-sorang ayie jumpa gambar ni.Haha..so nak pilih service mana ni..? =)

p/s: No Monday blues! sebab Kedah mula bekerja Ahad,haha

Saturday, April 5, 2014

Bertukar Status

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak dua menjak ni sorang sorang member ayie tunang la, kawin la..Harini member sekolah rendah kahwin. Minggu lepas classmate tunang. Minggu depan member baik sekolah rendah pulak akan tamatkan zaman bujang dia. Aiishh..semua pakat berubah status ni. Tapi satu kenduri pun ayie tak dapat hadiri. Adehh..sorry korang. Kekangan masa dan ayie jauh di perantauan menyebabkan ayie tak dapat datang majlis korang. Ayie kirim doa je la ye.. Semoga korang bahagia dan siap sedia dengan status dan tanggungjawab baru. 

Cakap soal tunang ni ayie  secara peribadi ada prinsip dan kehendak ayie sendiri. Tapi tu la, nak kena fahamkan parents ayie dulu dengan pendapat peribadi ayie ni. Bagi kehendak ayie, tunang tak perlu kot nak buat majlis besar-besar sampai berkhemah bagai. Sampai nak jemput semua jiran sekeliling. Bagi ayie cukup keluarga terdekat je yang tau pertunangan ayie. Lagi bagus kalau ayie dapat buat kat kampung kat rumah tok ayie. Sah-sah memang betul-betul keluarga terdekat je yang tau. Ayie bukan apa..masa tunang ni la banyak cabaran dan dugaannya. Kalau tak pelihara betul-betul macam-macam boleh jadi.Sebab tu jalan yang ayie pilih adalah untuk merahsiakan pertunangan. Setahu ayie, Rasulullah s.a.w pun menganjurkan macam tu. Rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan (maaf kalau salah)

Tapi terpulang lah dengan kehendak masing-masing. Tu hanya pendapat peribadi ayie je. Jangan marah ye..huhu Ayie sendiri pun belum pernah alami semua tu. Akan datang tak tau apa yang akan jadi. Tu hanya perancangan ayie. Tapi tu la..cakap soal status ni kan, cuba baca sini. Wallahua'lam..


p/s: Again, cerita kahwin lagi =D

Friday, April 4, 2014

Wordless #8 - Seandainya Nikah Tu Mudah..

بسم الله الرحمن الرحيم


Seandainya la nikah tu mudah, da lama ayie menikah..hahah (gatai!) =)
"Rabbi yassir wala tu 'assir, Rabbi tammim bil khoir"

p/s: eh!asyik cerita kahwin je harini kan..huhu