Sunday, February 23, 2014

Complete da Lagu "Cinta Pantai Merdeka"

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya, complete da lagu Cinta Pantai Merdeka ayie..hehe sebab apa ayie cakap da complete? Sebab semua tempat dalam lagu tu ayie da pergi. Tanjung Dawai, Gunung Jerai, Pantai Merdeka.. Almaklumlah kan, da belajar pun kat area situ, rugi la kalau tak pergi, huhu Ayie suka sangat lagu Cinta Pantai Merdeka ni, nyanyian Jinbara..nama kumpulan lama Tropika. 

Dulu zaman sekolah, ayie tertanya-tanya betul ke ada nama tempat Pantai Merdeka. Rupa-rupanya sungguh memang ada. Cantik tempat dia. Tenang je tengok laut. Kalau dari tempat ayie belajar nak ke Tanjung Dawai dalam 15-20 minit je. Pastu boleh ambik bot ke Pantai Merdeka. RM4 je pergi balik. Kerap jugak la ayie pergi Tanjung Dawai ni. Agak-agak serabut cket, pergi la lepak-lepak sana jap. Memang kenangan sungguh Tanjung Dawai dengan Pantai Merdeka ni..(ada makna tu,huhu) 

Pantai Merdeka

Tanjung Dawai

Last sekali tempat yang ayie pergi adalah Gunung Jerai. Pun tak jauh dari tempat ayie belajar. Dalam setengah jam camtu. Pergi pun kebetulan kelab yang ayie join buat kem kat Gunung Jerai. Fuhh..penat betul mendaki gunung. Dalam 5 jam baru sampai puncak. Cantik betul pemandangan dari puncak Gunung Jerai. Rasa hilang lelah mendaki lepas tengok keindahan alam tu. So, dengan jejak nya kaki di Gunung Jerai maka complete da lagu Cinta Pantai Merdeka. Dari dulu nak sangat pergi tempat-tempat tu. Alhamdulillah, merasa da pergi. Semuanya kenangan indah buat ayie. 

Muka penat daki gunung,hehe
Cantik sungguh pemandangan, Subhanallah!

Gunung Jerai


Jeti Tanjung Dawai

"Ku ukir nama mu di awan Gunung Jerai
Di saksikan laut, daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai disitu Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai
Oh indahnya persitiwa cinta kita di Pantai Merdeka"



3 comments:

  1. Wah, zumal yang duk utara nie pun belum lengkapkan tempat dalam lirik lagu Cinta Pantai Merdeka tu :)

    ReplyDelete
  2. Wahh.. dah lama zara xpegii pntai ni...

    ReplyDelete