Thursday, February 27, 2014

"Melbourne" @ Merbok

بسم الله الرحمن الرحيم

"Melbourne" ??haha nama samaran je tu bagi Merbok =)
Ayie dengan member-member kat sini selalu menggelarkan bumi Merbok ni sebagai Melbourne. Melbourne la sangat kan..haha Merbok adalah sebuah kawasan kampung. Terletak di daerah Sungai Petani/Kuala Muda. Di sini lah tempat ayie menimba ilmu hampir 3 tahun ni. Rasa macam baru semalam je mak ayah datang hantar daftar masuk universiti. Rupanya da masuk tahun ketiga. Lama da di bumi Merbok ni..


Ni la tempat ayie belajar. Sebelum ni dok mention "institut pengajian tinggi di utara tanah air" je..ni la tempatnya. Universiti Teknologi Mara, Kedah. Ayie sambung di peringkat Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Perpustakaan. Mesti orang akan cakap ulat buku kan sebab kos library. Dan yang sakit hati cket tu orang cakap, "eh!nak jadi pustakawan pun kena ada degree eeh.." Kos ni tak semestinya akan jadi pustakawan. Banyak lagi bidang lain yang boleh diceburi. Macam ayie, ayie pun belum tentu lagi akan jadi pustakawan. Mungkin akan sambung sebagai pendidik pula. Insyaallah..tu hanyalah perancangan. Yang penting habiskan pengajian ni dulu yang berbaki lagi setahun. Insyaallah..
Ayie sekarang berada di semester 5. Ahad ni da mula kelas untuk semester ni. Semoga dipermudahkan segalanya, amiin..=)



So..ni lah "Melbourne" yang ayie maksudkan,hehe Tak pernah sampai pun mana-mana tempat di luar Malaysia ni, tak mampu lagi..Mampu berangan je la kan,hehe Ayie happy dok di Kedah ni. Sebab susana dan orang-orangnya lebih kurang macam kat Taiping jugak. Pengunaan loghat bahasa pun sama jugak, still loghat utara. Jadi, tak de masalah sangat nak faham apa orang cakap, huhu Siapa-siapa yang nak datang jalan-jalan sini bagitau la. Boleh jalan-jalan sama..hehe Orang cakap kat Kedah ni makan murah-murah. Bagi ayie, ok la..Ada yang memang murah, ada yang memang standard harga tu. Orang-orang sini pun semua baik-baik. Insyaallah.. =)

3 comments: