Monday, February 1, 2016

Guru Ganti Media

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Happy February! February bulan befday ayie, hihi Excited cket dengan bulan February ni =)

Lama tak update sebab busy cket ayie da start kerja. Alhamdulillah temuduga bulan Disember haritu ayie dapat kerja sekarang ni, guru ganti media di MRSM. 

Jadinya agak sibuk cket la. Waktu kerja 7:30 - 5. Redha je la.. Guru media ni lain cket waktu kerja dia dengan guru lain. Dok pun asing tak dok sekali dalam bilik guru. Office ayie di Pusat Sumber sebab banyak tugasan melibatkan library. Alhamdulillah ni la kerja pertama ayie lepas habis belajar yang relate sangat dengan kos yang di ambil masa belajar dulu. Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat dan Pengurusan Perpustakaan. 

Guru media ni salah satu cabangnya selain dari pustakawan. Jadi tugas guru media ni uruskan pusat sumber dan kena mengajar sivik. Bagi ayie yang newbie ni banyak benda la kena belajar kan. Kalau setakat mengajar tu takde masalah sangat. Yang masalahnya kena mengajar sekolah menengah. Ayie tak pernah lagi. Tapi Alhamdulillah la hasrat ayie nak merasa mengajar semua peringkat da tercapai. Tadika dah, sekolah rendah dah, dan sekarang sekolah menengah. 

In Sha Allah ayie cuba buat yang terbaik. Semoga Allah permudahkan segalanya..Amiin =)