Wednesday, May 3, 2017

Berakhirlah Sudah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Opss! Bukan lagu 'Berakhirlah Sudah...' ye. Tapi berakhirlah sudah karier perguruan ayie..tamat sudah karier ayie 28/4/2017 lepas. Hmm sedih memang sedih..tapi keputusan telah pun di buat. Awal april lepas ayie hantar notis berhenti kerja sebulan. Semua nya mengejut dengan keputusan ni.. Difficult to describe in a words. Actually, keputusan nak berhenti dah di ilham dari November tahun lepas, tapi tak terluah secara zahir sebab kesian kan anak-anak di awal persekolahan nanti. Kesian pengurusan nak cari pengganti, dan kesian untuk cikgu baru nanti handle anak-anak yang baru masuk sekolah.

Jadi keputusan itu dipendam dulu sampai la bulan Mac buat keputusan dan April berhenti. Tiada masalah besar dengan pengurusan, rakan sekerja, ibu bapa atau anak-anak didik. Setakat ketidakpuasan hati biasa-biasa tu ada la. Cuma..bermacam perkara bermain di fikiran ni. 

Surat pinjaman Mara dah sampai February lepas, dah mula kena bayar la maksudnya. Standard la fresh graduate macam ayie struggle bayar balik pinjaman. Dengan gaji di tadika ayie belum mampu untuk bayar pinjaman. Tu antara sebab utama ayie resigned. Kedua, ayie rasa semua orang pun mahukan perubahan dalam hidup, termasuklah ayie. Maksud ayie nak ada peningkatan dalam hidup. Bukan lah untuk di tayang atau di banggakan pada umum. Cukup sekadar kepuasaan sendiri, keperluan sendiri, kebanggaan mak ayah. Peningkatan hidup yang ayie maksudkan luas. Boleh jadi keinginan nak sambung belajar lebih tinggi, nak punyai kederaan yang mudah untuk gerak ke mana-mana, perkahwinan tanpa menyusahkan banyak pihak, dan bermacam lagi sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Jadi, ayie juga punya keinginan nak tingkat hidup. Dengan gaji sedia ada tak banyak yang ayie boleh simpan. Tapi syukur Alhamdulillah, tak banyak pun masih mampu simpan sikit-sikit untuk emergency case. Selepas hampir dua tahun tamat belajar ni tiada apa perubahan dalam hidup ayie. Maksud ayie, ayie beum mampu balas jasa mak ayah, ayie belum bekahwin sebab simpanan sendiri belum cukup, ayie belum punyai kenderaan selesa. Umur makin meningkat. Struggle merata hantar kerja untuk dapatkan kerja stabil. Yes, kerja 'main-main' memang ada. Tapi macam pernah ayie share dulu, masalah tuck-in baju, solat, aurat.. Nanti ayie share pengalaman kerja sehari je sebab isu solat.

Dua tahun ayie struggle cari kerja dan ke saat ini masih struggle mencari. Dari kerja kerajaan sampai la kerja biasa-biasa semua ayie cuba. Tapi hampa, masih belum rezeki. Ya, ayie tau ayie sedang diuji. Apalah sangat ujian ayie ni nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin ujian mereka lebih besar. Lain orang lain ujian masing-masing. Tu tanda Allah sayang kita kan? Sebab tu dia bagi ujian. 

Doakan ayie terus kuat, tabah dan sabar. Doakan rezeki dapat kerja stabil berpihak pada ayie ye, amiin..  Antara cara ayie cuba positif, ayie anggap ujian ni sementara je untuk ayie, in sha Allah rezeki akan memihak untuk ayie tak lama lagi dengan usaha, doa, dan tawakal. Ayie anggap mungkin Allah uji sekarang, sebab Allah nak bagi urusan kemudian dipermudahkan, amiin..amiin..amiin..

#Plan asal nak share gambar hari-hari terkahir di tadika. Selepas tamat menaip, hilang pulak mood nak share gambar, aiiseeh.. Kita share kat entri lain la nanti, in sha Allah..