Friday, January 30, 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

بسم الله الرحمن الرحيم

Hye korang! Mari kita bergiveaway. Yeaayyy! Haha lama da tak join GA kan. GA kali dari Nile.com.my Alaa online shopping yang banyak jual baju2 laki & perempuan, aksesori, beg bagai tu yang murah2 tu. Haa tau tak? Heheh ayie actually lama da usha online shopping website. Siap da register lagi untuk kita beli apa2. Dah nak beli sangat da ni. Tapi kekangan duit la masa tu sbb guna untuk projek, huhu Geraaamm dengan barang2 dia. Murah betul tau.

Nile.com.my lancarkan GA ni sempena Tahun Baru Cina nanti. Apa hadiah dia?

5 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM 150 barangan dengan PERCUMA

Cara nak join pulak?

1) Tajuk Entry: Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

2) Letak banner di bawah dan backlink kan

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96

3) Letak produk2 yang kita nak serta link produk tu. Harga kurang dari RM 150 ye.

Ayie nak barang2 di bawah ni. Jadi senarainya adalah:









Jumlah harga RM 28.90 + RM 29.00 + RM 59.50 + RM 31.90 = RM149.30

4) Email kan kepada give_away@nile.com.my beserta detail:

CNY Giveaway 2015 & nama penuh
Link Blog :
Nama Penuh :
No Telefon :

Check result di sini ye. Tarik tutup 15 Februari 2015. Jom join ! Mana tau ada rezeki ayie dapat hadiah. Befday ayie kan Feb ni, heheheh Gudluck! =)

Tuesday, January 27, 2015

Bawal & Halfmoon Chiffon

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam korang. Ayie ingat ayie nak open order untuk online la tudung yang ayie buat ni. Ayie pernah cerita kan Ayie Buat Business Kecil-Kecilan (HomeMade).  Borong 10 helai ke atas di alu2 kan ye. Ayie bukak order 2 hari je tau. Khamis last ayie post. Boleh pm ayie nuratiqah242@yahoo.com Harga pulak? RM10 je. Boleh? huhu




Monday, January 26, 2015

Kedai Nasi RM3 Di Matang, Perak

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini nak share salah satu tempat makanan yang best di Taiping, Perak ni. Apa yang best? Selain Mee Udang Mak Jah, di Matang jugak ada tempat makanan best. Nasi RM3 ! Untuk makan tengahari ye. Sekepala hanya RM3. Waaa... Berbaloi tak? Dah agak lama bukak. Ayie je baru pergi semalam. Mak ayah 3 kali da pergi. Huhu sadis tak? Minggu lepas nak pergi da, tapi bila call kedai cakap da habis. Padahal baru pukul 11:45 macam tu. Haa nampak tak? Betapa hebatnya penangan nasi tenghari RM3 ni.



Kalau tak silap ayie, menu wajib dia ikan goreng dan sambal belacan + timun. Kalau silap maaf la ye, maklum la baru pertama kali pergi, heheh Then nasi dan air tu wajib la jugak. 
Untuk semalam, ada 7 lauk! Waaa bayangkan la.. Meh nak list apa lauk nya:

1) Sambal belacan + timun
2) Ikan goreng
3) Masak lemak keladi
4) Gulai ikan masin + nenas
5) Ayam masak cabai
6) Masak lemak labu + pucuk salang
7) Asam pedas tempoyak ikan

Amacam? Menarik tak menu dia? Menu dia berubah-ubah ye. Bukan sama la tiap2 hari. Semua sedap2. Ayie meratah lauk je lebih. Hirup sakan asam pedas tempoyak tu. Nyum2! Terliurnya..Air pn sedap la. Air ape ntah. Tembikai susu rasanya. Tapi sedap la. Sambal belacan dia siapa yang tak tahan pedas tu jangan gatal2 makan banyak ea. Sebab pedas betul.. Ayie tak tahan yang ni. Nanti perut meragam, huhu


Ayie cadangkan sebelum pergi better korang call dulu la.Takut ramai dan makanan da habis. Macam tadi mak da call. Cakap untuk 3 orang makan. So datang tu bagitau je da call tadi 3 orang makan. Dan makanan pun akan sampai beberapa minit kemudian. Nyummyy! So korang2 yang berdekatan tu mai la Gerai Kak Midah Nasi Campur. Nak bawak rombongan cik kiah sekali pun boleh. Tapi call la dulu ye..muahaha Selamat menjamu selera =)

Lirik Lagu Langkah Demi Langkah


Hye korang! Ayie tak tahu tajuk lagu ni apa. Lagu ni adaptasi dari lagu "Selamat Tinggal Penderitaan - Saleem Iklim". Tapi penyanyi lagu ni Saleem jugak la. Dia tukar lirik cket la. Jom layan jiwang cket malam ni, huhu

Langkah demi langkah telah ku telusuri
Masa demi masa aku lalui
Begitu banyak segala hinaan
Yang ku alami

Tangga demi tangga semua telah ku daki
Jatuh dan bangun tegar kembali
Betapa pedih luka dan derita
Yang telah ku jalani

Namun kini penderitaan serta hinaan
Berganti kebahagiaan dan kemuliaan
Airmata menjadi permata
Kebenciaan menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti cinta yabg ku alamai
Bukannya mimpi
Lautan api telah menjadi

Taman syurgawi..

Thursday, January 22, 2015

Iklan Raya Petronas 2003

بسم الله الرحمن الرحيم
video

Kalau tak boleh bukak boleh klik sini ye

Siapa ingat iklan ni? Ketupat da berapa siap? Ayam berapa ekor? Daging? Hati? Limpa? Hahah lawak la iklan ni. Ayie suka betul dengan iklan ni. Petronas selalu tak fail kalau bab iklan2 yang best ni. Terrbaikkk!!! 

Ayie baru tau sebenarnya iklan ni buat dekat Kampung Beng, Lenggong, Perak. Kampung yang ayie pergi Misi Bantuan Mangsa Banjir haritu tu. Ayie nampak la rumah yang diaorang berlakon ni. Tuan punya rumah pun ada. Makcik yang dalam sampan dengan suami dia tu tuan punya rumah la. Tapi suami makcik tu da meninggal da beberapa tahun lepas.. (AlFatihah) Ayie jumpa pelakon tu aka makcik mangsa banjir tu kan. Cakap kat dia saya teringin la nak p rumah makcik. Dia cakap apa, rumah makcik bukan ada apa.. Sungguh ka nak mai? Petang ni kita p.. Tapi sayang nya petang tu ayie da gerak balik ke tempat penginapan. Takde rezeki..


Di kejauhan tu la rumah makcik tu. Tu satu2nya rumah dia dan dia duduk sorang tau ! Dia cakap tak takot, dah biasa. Pengangkutan  dia adalah sampan. Handal tau makcik ni. 

Kampung ni banyak da orang belakon kat sini. Cerita hantu pernah. Cerita orang putih pun pernah. Mula2 dulu cita orang putih ni la yang mula buat kat Kampung Beng ni. Ana and The King. Ayie pun tak pernah tengok lagi. Katanya kapal besar masuk kampung ni. Ayah kawan ayie pun ada belakon sama. Pelakon tambahan je la..hehe Kenapa orang pilih kampung ni? Sebab kampung ni pemandangan dia sangat cantik ! Tenang je..indah je.. Sebab tu la orang pilih kampung ni. Mana diaorang tahu pun entah la. Kampung ni jauh ke dalam tau. Ada rezeki boleh la datang Kampung Beng ni =)

Tuesday, January 20, 2015

Selamat Tinggal Bumi Merbok !

بسم الله الرحمن الرحيم

Laaammmee sangat tinggal blog. Bukan takde hati, bukan takde story tapi kekangan masa. Nak update kat hp tak puas la, kena kat laptop baru puas. Sekarang masanya untuk aktifkan diri ! Yeaah ! Sebelum tu, siapa2 ada buat GA ke segmen ke meh bagi link. Ayie cuba join semampu mungkin. 

The story is ... Ayie da tamat belajar di UiTM Kedah. In Sha Allah.. Tapi belum secara rasmi la. 2hb Februari ni start praktikal di UiTM Arau. Then konvo In Sha Allah November nanti. Then pikir KAHWIN ! haha (yang ni gatal namanya) Sekejap je masa. Baru je rasa macam feeling2 sedih tak dapat masuk U. Tup tup hampir tamat da belajar. Sekejapnye.. 3 tahun da ! Banyak kenangan, banyak memori2 yang dicipta, pahit manis sedih gembira susah senang semua ada. Macam tak percaya berjaya harungi semuanya dengan izin Allah. Yang pasti #DiSini #Lahirnya #SebuahCinta ... 

Sampai ke hari ini dan saat ini ayie masih takde selera sepenuhnya nak makan. Makan sekadar lapik perut. Ntah sebab apa.. Susah hati ke, 'sebab berpisah sementara ke', rindu makanan Kedah ke, haisshh.. Berat pun turun ! (patut gembira ke patut sedih?) Macam2 rasa ada. Baru tersedar.. 3 tahun kot. Bukan tempoh masa yang singkat. Agak lama jugak sebenarnya. Mungkin ambik masa nak lalui beberapa perubahan fasa hidup. Semoga dipermudahkan..


Rindunya Kedah..Keep all the memory deep in my heart.. Sedih la. Banyak kenangan. Dari sekecil-kecil kenangan sampai la sebesar-besar kenangan. Semua bermakna..



Dan malam ni pulak tetiba boleh rindu Burger Pakteh kat Fasa 5 tu.. hurmm Sedapnye ! Set benjo RM 3.50.. Ntah bile dapat rasa pulak T_T


Beberapa hari sebelum balik sempat jumpa Kak Ina dulu pemilik blog Intan Berlian. Memang lama da plan sebelum balik nak jumpa Kak Ina dengan anak2 dia dulu. Alhamdulillah berkesempatan.. Terima kasih Kak Ina sudi terima kunjungan ayie. Siap masak2 lagi. Terima Kasih !


Dan untuk 'sahabat' terima kasih untuk kehadiran selama 3 tahun ni. Terima kasih untuk segalanya (Opps ! Nanti2 kite story ye pasal ni. Belum masanya)


Untuk member2, maafkan segalanya. Halalkan jugak segalanya. Semoga kita berjumpa lagi. Terima kasih semua ! Semoga kita semua berjaya.. In Sha Allah..

"Sometimes you will never know the true value of a moment until it becomes a memory"

Wednesday, January 7, 2015

Misi Bantuan Mangsa Banjir

بسم الله الرحمن الرحيم

(Kali ni atas alasan apa pulak ayie lama tak jenguk blog?)

Alhamdulillah.. Ayie diberi kesempatan untuk berkhidmat sebagai sukarelawan untuk mangsa banjir di sekitar Kuala Kangsar dan Lenggong. Walaupun keadaanya tidaklah seteruk di pantai timur, namun tetap memberi pengalaman bernilai untuk ayie dan sahabat sukarelawan yang lain. Kami berkesempatan untuk memberi khidmat dan bantuan di 3 buah kampung, Kampung Beng di Lenggong, Kampung Ara Panjang di Manong, dan Kampung Kelantan di sekitar Kuala Kangsar (nama je ye Kampung Kelantan tapi kat Perak). Ayie terlibat secara langsung di 2 buah kampung, Kampung Beng dan Kampung Ara Panjang. Di Kampung Kelantan hanya kaum adam yang berkhidmat di sana.


Keadaan rumah di Kampung Beng




Nampak kan macam mana kawasan rumah mereka. Masih ada air. Jadinya misi kali ni kami tak dapat nak bersihkan rumah orang kampung. Air belum surut. Hanya sebuah rumah saja yang sempat di cuci di Kampung Kelantan. Kaum adam yang cuci.  Di Kampung Beng dan Kampung Ara Panjang hanya cuci masjid dan tadika. Pun kaum adam yang buat. Jadi apa yang kaum hawa buat? Kami buat aktiviti kanak-kanak dan beramah mesra dengan penduduk kampung. Ayie yang pada asalnya bertugas untuk kerja pembersihan tapi atas sebab rumah tak boleh di cuci lagi jadinya ayie beramah mesra dengan penduduk kampung.

Alhamdulillah penduduk kampung beri kerjasama yang baik. Apa yang ayie nak highlight kan kat sini, rata2 mereka memang takde yang menangis bagai, takde pun yang mention cakap sedih bagai, tapi3 jauh di sudut hati mereka tergambar yang mereka sangat2 risaukan rumah mereka dan barang2 dalam rumah. Dari raut wajah dan cara mereka bercerita ayie dapat rasakan mereka sangat susah hati dengan keadaan banjir ni. Mereka memang sangat risaukn rumah mereka. Satunya, mungkin tu saja pusaka atau tanah peninggalan yang mereka ada. Then, siapa tahu tu sajalah harta yang mereka ada. Dan, walaupun bagi kita apa lah sangat barang2 yang mereka risaukan sangat tu namun bagi mereka tu sajalah harta mereka yang mereka ada. Kita tak tahu apa sebenarnya dalam hati mereka. Memang luaran mereka nampak biasa saja. Nampak seronok ada rakan2 di tempat perlindungan tapi jauh di sudut hati mereka...???

Memang di Kuala Kangsar dan Lenggong tak seteruk di pantai timur, tapi rata2 orang kampung yang ayie temui mereka risau sekiranya air empangan sekali lagi di buka.Kemungkinannya mereka akan hadapi banjir yang lebih besar. Kata mereka, mereka hanya mampu berdoa agar tidak lagi terjadi banjir sedemikian. Allah.. sayu dengar luahan mereka. Kita takde di tempat mereka. Kita tak tahu rasa macam mana barang rumah rosak. Tambah2 pula mereka bukanlah datang dari golongan orang yang berada. Rata2 mereka adalah nelayan, penoreh getah, dan pekebun. Mesti mereka sangat2 susah hati. Ramai juga penduduk yang mengadu darah tinggi mereka naik! Tak dapat tidur malam sebab susah hati fikirkan rumah. Sayunya.. Tak tergambar macam mana pula orang kampung di pantai timur..

Apa yang ayie boleh share juga di sini, sekiranya para sukarelawan sekalian tidak di layan dengan baik oleh orang kampung jangan terasa hati, jangan marah2 mereka. Fahamilah bahawa, tidak semua orang mampu untuk share kesedihan mereka pada umum. Keduanya, mungkin mereka juga telah penat melayan ramah mesra sukarelawan. Sehari bukan 1 kumpulan saja yang datang ke kampung mereka. Mungkin mereka juga perlukan sedikit ruang untuk diri mereka sendiri. Para sukarelawan yang akan bertugas kelak, cuba dan rapat lah dengan orang kampung. Sesetengah dari mereka perlukan tempat untuk luahan. Cukup bagi mereka sekadar kita menajdi pendengar keluh kesah mereka. Dengan siapa lagi mereka hendak mengadu nasib? 


Sumbangan orang ramai dari Sungai Petani dan Perlis


Gambar di atas ni di Kampung Ara Panjang. Paras air dah tenggelamkan jeti ni tempoh hari. Menurut cerita penduduk kampung, beberapa kali mereka ternampak, tertangkap, terlanggar ular sawa! MashaAllah.. takutnya. Semoga mereka dilindungi. Seorang kakak ni cerita, sungai ni penuh dengan ikan masa banjir haritu. Sekali sauk ikan dapat dengan ular sawa sekali. Besar katanya. Takutnya... Ada jugak penduduk kampung yang terlanggar. Mujur terlanggar dengan tayar moto. Kalau terlenggar dengan kaki? Nau'zubillahiminzalik.. Ayie terpikir jugak, macam mana la mereka yang 'randuk' air banjir tu. Semoga baik2 saja.



Team kami dari Sungai Petani. Lebih kurang 30++. Alhamdulillah. Semuanya sporting dan beri kerjasama yang baik. In Sha Allah semoga di beri kesempatan untuk kami berkhidmat di pantai timur pula kelak.

Sukarelawan = Suka, Sukar, Rela, Lawan
Buat kerja rasa Suka walaupun Sukar. Rela jiwa, Lawan nafsu