Saturday, December 19, 2015

Resepi Donut Gebu!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sebenarnya kan, sejak dok rumah ni ayie raaajin try2 resepi especially resepi kek & kuih. Tp masalahnya tak jadi, hahah T__T Sebab tu tak update kat blog, hahah Tapi2, ayie tak putus asa. Ayie tetap jugak try buat. Kek tu jadi macam mana ntah. Boleh je makan. Tapi rasa melekat2. Kenapa ye? Kek coklat boleh tahan lagi, try buat kek pandan fail! Ohya, semua kek yang ayie cuba buat semua ayie kukus. Sebab nye oven dok atas almari, tak rajin nak turunkan dia, heheh

Oke2, berbalik pada resepi donut gebu ayie dah dua kali buat. Memang gebu + lembut. Haritu buat donut bergula. Kali buat bercoklat pulak. Ala2 donashi Big Apple giteww..heheh Resepi ni viral kat group masakan kt FB sebelum ni. So ayie pun try la buat jugak mengikut citarasa rasa sendiri, hihi

Bahan - bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air (ayie guna air suam)
1 sudu besar mauripan
2 sudu besar gula

Cara - cara:
1. Campurkan gula dan mauripan ke dalam air. Ayie guna air suam yang tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Biar sehingga berbuih.
2. Gaulkan tepung dan marjerin.
3. Masukkan air bancuhan mauripan dan gula.
4. Uli2 sehingga tak melekat di tangan. 
5. Perap lebih kurang 1 jam.
6. Kemudian, boleh la di bentukkan. Ohya, sebelum tu tumbuk2 sikit buang angin
7. Goreng! =)

Untuk coklat atas donut tu, ayie guna cara double boiler.
2 sudu besar milo
2 sudu besar air masak
Serbuk koko (ayie suka pahit2 sikit)
Sedikit minyak

Ni ayie main tibai je, agak2 jadi ayie on je. Ada ikut cara sorang kakak blogger ni tapi ingat2 lupa. So macam ni pun oke je..hihi Kat rumah ada lebih coklat rice ayie taburlah atas donut tu..


Maka siaplah donut gebu ayie. Ada ala2 donashi Big Apple tak? hehe Hidanglah dengan secawan teh O panas. Nyum2! =P

Tuesday, December 15, 2015

Jalan-jalan ke Kuala Lumpur

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Da masuk 2 minggu bulan Disember 2015, tapi ni baru berkesempatan nak update entri baru.. Punya la 'busy' kan, haha Actually tak busy mana pun, menganggur kan ada je masa. Keinginan nak update blog tu ada tapi malas nak bukak laptop. Nak update kat hp tak puas nak edit2 bagai..

Oke, berbalik kepada tajuk entri kali ni , minggu lepas ayie sempat pergi jalan2 KL (7 & 8 Disember 2015). Secara tak sengaja. Asalnya, mak ayah ayie ada lawatan ke sana. Diaorang tak nak tinggal ayie sorang2 kat rumah. Maka nya diaorang bawak la sekali, haha Untung badan.. =)

Kami bertolak naik bas dalam 27 orang. Gerak dalam pukul 8 macam tu. Sampai Shah Alam terus pergi Taman Botani. Dekat seksyen berapa ntah.. So jalan2 dalam tu naik train. Kena bayar tiket tau. Tapi ayie tak tahu pulak berapa. Tempat tu oke tapi kami sampai tengahari agak macam tak sesuai pulak nak berjalan2, panas. Kami naik train tu tak turun mana pun. Dalam tu ada la mini zoo, ada kawasan nak jogging, ada kawasan ala-ala sawah padi, ada kawasan 4 musim. Tapi yang 4 musim ni masa ayie pergi tengah renovate. So tak masuk la..


Lepas tu pergi solat di Masjid Shah Alam, yang warna biru tu.. First time ayie pergi, hihi Teruja la jugak kan, cantik! Bergambar ni sebab teruja nampak ada signboard 'library'. Maklumlah ayie kan budak kos library, hihi


Selesai solat sepatutnya pergi Laman Seni Seksyen 7, tapi tukar perancangan sebab kata diaorang takde apa pun, tempat bergambar je. Ayie follow je. Tak kisah sangat sebab dah pernah pergi dulu, hihi Jadi kami pergi ke KWC. Kalau tak silap ayie nama dia Kenanga World Centre (ampun kalau salah) Sini memang mall nak shopping baju la. Banyak betul kedai yang jual baju. Murah pulak tu. Jubah paling murah ayie tengok baru RM28 macam tu. Nak beli borong sesuai sangat la sebab memang banyak kedai yang jual borong. Tapi sayangnya takde pulak yang ayie berkenan, huhu

Malam kami tidur di kolej under KPTM dekat Bayu Pandan Jaya. Kalau tak silap ayie di Cheras. Maklumlah ayie ni anak jati Perak. Tak tahu sangat la tempat di KL nun..huhu Malam tu pergi uptown Damansara. Ayie tak beli apa pun, jalan2 je.. View dari bilik ayie ni nampak KLCC & Kl tower =)



Esok tu pergi IKEA Cheras. Asalnya teruja jugak, tapi bila dah masuk tengok barang2 dia takde la ayie berminat sangat. Takde niat nak beli pun, seronok tengok deco dia. Cantik2! Tapi ayie tak rasa pulak akan shopping di IKEA satu hari nanti. Mungkin sekarang tak berduit banyak lagi tu yang tak rasa nak shopping sana kot, huhu Tapi kalau orang yang memang giler barang IKEA ni memang sanggup apa je kan? Kawan mak ayie shopping sampai RM300++ Tak tahu la apa yang dia beli sebab kami tak jalan sekali. Tapi yang terkilan cket ayie tak dapat rasa meatball IKEA yang femes tu. Sebab takde siapa nak temankan ayie. Nak pergi sendiri segan@tak pandai. Mak pulak tak berminat. Maka, terkubur la niat.. Ayie nak cari Subway meatball je ganti tak dapat meatball IKEA, hoho Dok dalam tu kita bergambar je la ye, hihi 





Lepas tu, singgah Jalan TAR. Solat kat Masjid Jamek tu lepas tu jalan2 la kejap. Haa kat Jalan TAR baru ayie shopping. Barang2 murah dan kualiti pun oke. Sempat la ayie grab jubah & tudung. Lepas tu beli beg comel. Tu pun tak jalan habis lagi tu, hahah Kalau jalan habis mau habis seratus lebih tu =)


So far, oke la berjalan tempat orang kan. Jauh perjalanan luas pemandangan. Satu pengajaran yang ayie dapat sepanjang ikot trip ni : 

"Lawa tak semestinya cerdik, tua tak semestinya matang"

Renung2 kan dan selamat beramal =)

Tuesday, November 24, 2015

Temuduga Seterusnya Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Sebenarnya dalam tempoh ayie kerja sebagai guru tadika ni (Ogos - November) ayie ada hadiri beberapa sesi temuduga. Lupa nak catit kat blog. Bukan untuk menunjuk ke apa, sekadar untuk rujukan ayie bila ayie pernah temuduga, temuduga sebagai apa, that's it. So malam ni rajin cket kan, kita update la noo..hehe

1) Sekitar Ogos. 2 3 minggu lepas kerja sebagai guru tadika, ayie dapat interview Guru Sambilan MRSM. Ayie mohon atas dasar jawatan yang di offer guru media memang kena mengena dengan kos ayie. Kedua, ayie peminjam MARA. Ketiga, ayie anak MARA (mak ayah kerja MRSM). Boleh cakap kuat jugak la sebab ada orang kenal bagai.

Tapi, siapa cakap semua tu kekuatan ayie untuk dapat kan kerja tu? Sebenarnya tak.. Sebab ada orang lain yang 'kabel' nya lagi kuat. Walaupun ayie atas dasar peminjam MARA bagai, masih tak cukup kuat bila datangnya kuasa 'kabel'. Apa kan daya, bukan rezeki la namanya kan. Ayie positif je.. Tapi tu la, yang dapat tu asalnya nama pun takde dalam senarai, pakaian pun tak complete (pakai kasut tak bertutup). Da rezeki dia kan..

2) Sekitar Oktober. Ayie dapat interview kerani syarikat apa ntah. Lupa dah nama. Yang interview tu berpangkat Dato'. Dia cakap ayie tak layak jawatan tu dengan kelayakan yang ayie ada. Maksud dia, ayie ada degree apply jawatan kerani so tak layak la. Dia cakap nak offer kerja yang setaraf kelayakan ayie, tapi tak call pun lagi.. So positif, mungkin bukan rezeki jugak kan..huhu

3) Sekitar awal November. Kedai RM 2 panggil interview. Ayie mohon nak kerja bahagian pentadbiran, tapi takde kosong. Die offer jawatan jurujual/pembantu kedai macam tu la. Kena angkat barang berat bagai. Ayie memang tak boleh la sebab kang dada bengkak sakit balik macam dulu.

4) Then, harini (24 November 2015) interview Kerani Operasi dekat kilang Bundle House. Tapi ayie tau confirm tak dapat, hahah Sebab apa? sebab tadi ada ujian komputer (Microsoft Excel). Jujur ayie memang tak ingat da nak guna macam mana, segala basic pun tak ingat, haha So tau da la memang tak kan dapat punya lah. Yang lain tu lagi terror tau.. Tapi wallahua'alam la kot rezeki kan..

Itu lah sedikit sebanyak pengalaman interview ayie. Minggu ni last kerja. Sedih? Tak langsung, lagi tak sabar ada la, haha Tapi, i will miss the kids.. T__T

Monday, November 23, 2015

Restoran D'Bukit, Changkat Ibol

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Minggu lepas ayie sekeluarga sempat la singgah Restoran D'Bukit ni sebelum balik kampung. Famous sangat ke? Tak tahu nak kata la, tapi di sekitar kawasan Taiping ni memang orang tahu la kedai ni. Kedai ni di Changkat Ibol. Apa yang special nya dekat kedai ni?




Haa.. yang ni la yang specialnya. Ais kepal milo! Nyum3! RM2 je. Kalau tambah milo tabur jadi RM 2.50. Oke la kan? Sedap, tapi sebab ayie ambik milo tabur so manis la.. hihi Lain2 minuman best pun ada, ais kacang, milk shake bagai. 


Makanan pun banyak best. Ayie pilih nasi ayam. Oke la .. So korang kalau teringin nak makan singgah la mai sini naa =)

Saturday, November 14, 2015

Jalan-jalan Bukit Bendera, Pulau Pinang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Cuti Deepavali haritu (10/11/2015) ayie sekeluarga sempat pergi jalan-jalan Bukit Bendera. Ayah beria nak bawak sebab ayie sorang tak pernah pergi lagi. Masa diaorang pergi tahun 2011 dulu ayie bercuti di Langkawi dengan tok & mak sedara, haha Banyak dah perubahan kat Bukit Bendera sekarang ni. Kitaorang bertolak pagi dalam pukul 8 macam tu, lepas tu pergi belah pulau naik feri. Balik naik jambatan baru tu.


Sampai lebih kurang pukul 10 lebih macam tu, beli tiket. Tunjuk mykad so sorang RM10 nak naik ke puncak. Oke la kan.. Tunggu queue yang lama sebab cuti kan, jadinya orang agak ramai. Punya la sesak dalam train tu. Berdiri sempit2. Tak percaya? Tengok gambar ni ..



Haaa.. Ramai kan? Tu ayah dok gerabak lain, gerabak atas. Kitaorang gerabak bawah. Tu yang ayah boleh tangkap gambar tu, hihi


Sampai kat atas apa lagi, kita bergambar la kan, hoho Banyak view cantik kat atas ni. Masa ayie sampai tu agak sejuk, sebab cuaca pun mendung macam nak hujan. Masa kitaorang nk balik turun ke bawah, elok hujan pun baru nak turun.

                                        



Antara daya tarikan kat puncak tu, boleh bergambar dengan ular or burung. Ada museum burung hantu, lepastu boleh jalan-jalan sekitar puncak tu naik kereta yang diaorang sediakan. Lepastu kalau gigih boleh panjat anak tangga cket lagi naik atas bukit tengok view Pulau Pinang. Tak la tinggi mana pun anak tangga tu. Kat atas bukit tu ada masjid & kuil. 

Lepas tu ada satu kawasan ni penuh dengan kunci. Cantik jugak view kat sini. Kunci2 tu ada couple2 la yang abadikan cinta diaorang kat atas tu. Seolahnya kunci cinta diaorang kat puncak Bukit Bendera, haaa gittuwww la gamaknye kan.. Ayie agak je, takde la ayie tanya details pasal kunci2 tu. Tapi adik ayie cakap kawan dia memang ada yang naik atas tu kuncikan cinta diaorang kat situ, hihi Kalau tak silap ayie kunci tu ada jual kat area situ. tapi nak bawak yang sendiri punya pun takde masalah kot..


Haaa nampak tak ayie pegang apa tu? Belalang dari daun kelapa. Yang besar rm3. Cantik.. Tapi adik ayie dah hilang kan masa dalam rumah salji T__T

Satu lagi daya tarikan rumah salji & 5D. Haa yang ni kami masuk. RM 10 seorang. Sebelum nak masuk rumah salji tu kena pakai plastik untuk cover kasut dulu takut licin. Masuk dalam tu memang sejuk tapi sejuk aircond la, hahah Oke la nak bagi feel2 salji tu kan. Salji tu tak tau la pakai apa. Ada la  patung frozen, beruang kutub macam tu. Pastu masuk 5D pulak. Real la jugak sebab kena percikan air kan, hahah 




Haaa.. Amacam? Best tak rasa2? Kalau rasa takde tempat nak bercuti da mai la jalan Penang ni. Banyak lagi tempat best lain. Ada muzium art, taman rama-rama, taman burung, lepak Batu Feringgi ke.. hehe Kitaorang pergi Bukit Bendera, balik singgah Mydin jap.. hoho Itu lah alkisahnya. See next time! =)





Sunday, November 8, 2015

Berakhirnya Sebuah Kerjaya ..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Maka dengan rasminya, tamatlah perkhidmatan ayie sebagai guru tadika di tadika yang pernah ayie kongsi kan kisahnya sebelum ini..Jauh di sudut hati, sedih sangat nak tinggal kan anak2 yang manje dan comel2 tu. Ayie sayang diaorang.. T__T

Tapi apa kan daya, banyak kisahnya.. Memang lumrah bekerja, tapi tu lah.. hanya yang pernah mengalami yang akan memahami. Jujur cakap, rela menganggur sementara nak dapat kerja lain daripada tanggung stress hari2.. In Sha Allah, rezeki Allah tu ada di mana2 kan. Mudah-mudahan..

In Sha Allah, 30 November 2015 ni last ayie kerja. Ayie dah bagi notis berhenti kerja sebulan. Hampir 3 bulan jugak la kerja kan. Satu pengalaman yang berharga. Dan ayie sangat menghargai segala pengalaman manis dan pahit di tadika ni..Terima kasih sebab bagi ayie peluang timba pengalaman di sini.. Akhir kata, ayie sayang semua anak2 di tadika. Semoga korang jadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia & akhirat.. =')



Friday, October 23, 2015

Update Jumpa Pakar ENT (Part 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam semua.

Lama tak jengok blog, busy teramat (sangat)..hahah Oke kali ni datang tak cerita luahan perasaan dah, nak share update dari perjumpaan pakar ENT minggu lepas (15 Oktober 2015). Ayie ada share kan bulan lepas jumpa pakar ENT. Minggu lepas second follow up.

Alhamdulillah telinga ayie sepenuhnya dah dengar dengan jelas cuma kadang2 je telinga macam tersumbat then tak berapa dengar sebelah. Tapi so far masih dapat dengar dengan baik la.. Kali ni check up ayie yakin betul. Memang macam orang tak sakit la. Cool je tunggu giliran. Tiba giliran doc check bagai cakap nak masuk camera lagi sebab haritu ada nanah. So nak cek lagi da oke ke belum. 

Ayie dengan yakin tunggu je giliran nak masuk camera, yelah da ada pengalaman lepas kan, bukan sakit sangat pun. Sekali tiba giliran.. saaaakkiiittt! Kali ni sakit doc buat kasar cket. Then ada bengkak cket dalam hidung, masa masok kamera tu macam terkena cket. Pastu doc cuci hidung pakai penyedut tu pun sakit. Mengalir airmata tahan pedih dan sakit. Padan muka tadi cool sangat kan, hahah Sekali keluar bilik tu orang tengok je sebab mata berair, kah kah kah. Hidung pun berdarah cket.. hoho

Doc cakap so far oke banyak da. Dah banyak peningkatan kesembuhan. Tapi doc maih bekal kan ubat gatal makan bila perlu. Then ubat spray hidung kena pakai hari2 tapi ada je terskip sebab lupa or malas, heheh Follow up seterusnya 2 bulan lagi nak buat ujian pendengaran. Doc cakap nak buat sekarang tak boleh sebab dalam masih dalam proses penyembuhan.. Next, 13 Januari 2016.. in sha Allah.

Doakan ayie baik2 je ye.. =)

Thursday, September 17, 2015

Bila Dapat Pengurus Macam ....


بسم الله الرحمن الرحيم


Sepanjang berblog ni tak pernah lagi la rasanya ayie nak meluah ketidakpuasan hati bagai. Tapi ayie nak nyatakan di sini apa pandangan korang tentang situasi ayie ni. Sudi lah kiranya bagi pandangan dan pendapat korang, in sha Allah ayie terima dengan hati terbuka. 

Mengenai penyataan gambar di atas ayie sangat2 setuju. Kerja teruk macam mana pun tapi dapat boss bagus lebih baik daripada kerja bagus tapi boss ntah apa2. Ayie akui kerja ayie sekarang boleh di kira bagus la jugak. Guru. Umum tahu satu kerja yang mulia. Tapi kalau dapat boss yang ntah apa2 yang tak matang yang tak dewasa siapa tahan? 

Ayie tak tahu lah di tempat lain. Tapi di tempat ayie kerja kami dua orang guru lah yang mengajar, yang di minta untuk memasak sarapan pagi dan tengahari secara bergilir (masak tengahari kami tolak sebab sangat2 tak sempat), yang kena datang seawal 7 pagi untuk mengambil pelajar (tanpa bayaran OT setakat ini), yang akan mengambil pelajar di pagar tadika, yang akan menghantar semula pelajar, yang di minta untuk mengemop dan menyapu sampah bagai, kencing berak pelajar tu memang confirm lah kena buat (ayie takde masalah yang ni, tapi bila uruskan pelajar yang hendak kencing dan berak kelas akan terabai begitu sahaja) dan turut mengurus yuran sekiranya parents datang bayar yuran.

Segala yang di senaraikan di atas adakala mendatangkan stress pada kami 2 orang guru. Mangsanya? Tentulah pelajar..Masalah di sini, syarikat tadika ini mengaplikasikan teknik nabi. Di mana konsepnya, selagi perbuatan pelajar tidak berdosa maka guru tidak berhak marah apatah lagi sentuh pelajar. Ayie bukanlah nak persoalkan teknik tersebut, tapi salah kah kami guna cara kami sendiri dalam mendidik pelajar? Guru mana yang sengaja nak tegas2 dengan pelajar kalau bukan reason untuk mendidik? Ya, kami tau kami bukan graduan pendidikan awal kanak-kanak or maktab, tapi apa yang kami buat demi untuk mendidik semata-mata. 

Satu lagi masalah si pengurus suami isteri ni, apa saja ketidakpuasanhati mereka atau hanya sembang2 kosong pasal kami 2 orang mesti nak conteng di FB mereka. Beberapa kali dah ayie nampak status2 mereka segala pasal kami. Sedarkah mereka perbuatan mereka itu dilihat oleh parents yang freind dengan diaorang? Apa kata parents kelak tentang kewibawaan kami sebagai guru yang mengajar anak2 mereka? Inikah contoh teknik nabi yang diaplikasikan tu dengan membuka aib atau peribadi orang di khalayak umum? Sedarkah mereka dengan perbuatan mereka ini? Bukankah lebih baik berdiam daripada berkata2 tetapi menyinggung perasaan orang? Bayangkan lah, kami ni kan di minta masak tengahari. Di tadika takde rice cooker, kena masak atas dapur api. Kami ambil keputusan bawak sendiri rice cooker kami@ayie punya rice cooker. Sebab kami takut nasi akan hangit dalam masa yang sama nak handle pelajar, nak mengajar lagi. Si pengurus ni boleh canang dekat FB yang guru2 di tadika ni bawak rice cooker pergi sekolah, pelik sebab guru selalu bawak laptop bawak buku. Haaaiiii panas hati kami! 

Terbaru, kelmarin ada meeting. Demi Allah, ayie tak dengar langsung dia sebut perkataan 'peraturan'. Yang ayie tau dia explain bla bla bla tapi tak sebut pun yang dia explain tu adalah peraturan syarikat bagai. Senang cerita, dia panggil kami meeting tu sebab nak tegur cara kami mendidik pelajar. Tapi cakap tak terus terang nak berkias bagai. Kami hanya diam masa dia explain bagai tu. Paling diam ayie lah. Guru sorang lagi bercakap jugak. Kenapa ayie diam? Sebab ayie tau kalau ayie bersuara lain jadinya. Means mungkin ayie akan biadap dan berkata kasar dengan perbuatan mereka tu sebab tu ayie pilih untuk diam. Tau tak, sekali lagi dia canang di FB tentang perbuatan kami@ayie yang diam tu. Katanya, 1. kami diam sebab faham dan akur tentang perturan syarikat, atau 2. kami diam sebab dalam hati memberontak tapi takut nak luahkan, atau 3. kami diam sebab memberontak dan tak mau tau pun tentang peraturan syarikat.

Allahuakhbar.. come on lah, ni kah kematangan seorang pengurus yang di tunjukkan? Dengan conteng di FB unutk tatapan khalayak umum? Why not face to face dengan kami cakap terus terang? Kalau dah tak perlukan khidmat kami cakap terus terang. Kenapa perlu mengaibkan di FB? Apa parents akan fikir bila baca status mereka tu? Allah.. kami ni sehabis sabar dah ni. Tau apa ayaie akan buat andai hilang sabar ni? Maki cukup2! @#%**&^%# punya pengurus! Kenapa kami pilih untuk diam dan biar mereka seolah pergunakan kami? Sebab kami cuba untuk dewasa dan berfikiran matang. Untuk apa kami balas perbuatan mereka tu kalau itu membuatkan kami tiada beza dengan mereka? Kalau kami balas sama macam mereka buat apa beza kami dan diaorang. 

Kami tau kami ada Pembalas yang lebih berkuasa. Allah. Ya, kami serahkan segalanya pada Allah. Walau hari2 kami menyumpah seranah mereka ni, kami tetap sabar kerja dan pegang tanggungjawab mendidik anak2. Kerena apa? Demi Allah, ayie kesian dan sayang kan anak2 di tadika ni. Kalau kami berhenti sekarang, anak2 akan terabai seketika sementara dapat guru baru. Ayie kira2 hari persekolahan ada lebih kurang 40++ sahaja. Jadi kami pilih untuk bertahan lebih kurang 40++ demi anak2. Ya, demi anak2. Sumpah demi Allah, apa yang ayie buat ni hanya untuk anak2. Lain2 perangai pengurus yang ntah apa2 tu kami hanya nak pejam mata buat tak nampak. Tu urusan diaorang dengan Allah. Tentang duit, tentang amanah bekerja dan segala bagai, jawab lah dengan Allah. Kalau parents nak tau lebih lanjut tentang perihal sebenar kami bersedia untuk ceritakan segalanya dari A-Z. Terus terang cakap, kami memang tak mampu tahan dah dengan sikap mereka ni. 

Semoga Allah permudahkan niat dan urusan kami. Semoga ada balasan setimpal untuk diaorang agar diaorang sedar kekhilafan diaorang. Ohya, satu lagi. Mereka ini jenis suka perli, tapi bila kita try perli balik diaorang tak boleh terima. Sekali lagi, come on lah.. matang dan dewasa sikit. Dah kawen tak lama lagi pun nak jadi mak bapak budak jugak... Sedarlah.....

#Semoga ini menjadi iktibar buat kami..

Monday, September 14, 2015

Cucur Keria Ubi Kentang

بسم الله الرحمن الرحيم

Oke, 2 3 menjak ni ayie rajin nak cuba pelbagai resepi. Semangat tengah berkobar-kobar, hahah Ni first time ayie cuba buat cucur tradisional ni. Ayie tak pernah buat lagi. Ni resepi simple ayie jumpa kt FB. Alhamdulillah menjadi jugak walaupun pertama kali buat. Mak cakap pandai buat sira cucur tu, hihi



Boleh la kan, rupa tak penting yang penting rasa, hahah Yang atas tu belum goreng lagi ye. Resepi nya boleh tengok sini ye. Selamat mencuba! =)

Sunday, September 13, 2015

Tuisyen Membaca 6 Tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Nak mula macam mana ye..hihi Oke, malam ayie ada ajar tuisyen membaca. Bukan ayie yang bukak kelas tuisyen. Jiran yang mintak tolong ajarkan cucu dia 6 tahun membaca. Diaorang risau dia tak pandai baca lagi. So bila suruh orang luar macam ayie ni ajar dia takut sikit. Ceeiiitt! takde maknanya dia takut, haha Hari first je dia segan2, lepastu tak segan da pun. Elok je dok tegur ayie bila jumpa.. Takde la ayie garang mana pun, cuma tegas je..

Oke, kaedah macam mana ayie guna? Ayie bukan lah graduan pendidikan awal kanak-kanak. Bukan jugak graduan dari maktab, tapi ayie cuba la berusaha belajar macam mana nak ajar dan fahamkan anak2 4-6 tahun ni since ayie jadi guru tadika T__T Ayie banyak belajar dari google dan pemerhatian anak2 di tadika la. Memandangkan anak yang ayie ajar tuisyen ni (Aqeef) da kenal huruf dan boleh sebut bunyi suku kata, maka ayie tak guna lah kaedah fonetik tapi ayie guna sebahagian buku 'Bacalah Anakku'. Sebab apa? sebab dia tak di perkenalkan dari awal dengan kaedah tu, dia pun dah 6 tahun dan dah terbiasa dengan sebutan biasa ni bukan dengan kaedah fonetik. Ayie akui kaedah fonetik ni mudah bagi anak2 bunyi kan sesuatu perkataan tu, tapi masalahnya diaorang tak reti sebut bunyi huruf asal tu. Contohnya, kaedah fonetik sebut huruf M - em. Tu dari pemerhatian ayie di tadika la sebab anak2 di tadika ayie di ajar dengan kaedah fonetik. Korang boleh la google untuk tahu lebih lanjut tentang kaedah ni..

Berbalik pada tuisyen Aqeef ni, ni kaedah yang ayie buat:
1) Ajar perkataan 3 huruf. Contohnya abu, ubi, api (Alhamdulillah, Aqeef dah lepas)

2) Ajar perkataan 4 huruf / dua suku kata. Perkenalkan dulu pada dia dua suku kata. Contohnya: bu, ju, ka, ri. Ayie buat lebih kurang flash kad macam gambar di bawah. Kemudian baru gabung kan. Contohnya: buku, raja, tali.

#Tips, ajar by a e i o u. Maksud ayie, bagi anak2 sebut yang 'a' dulu. Contohnya: ba, ra, ta, ma, ka, la. Di ikuti bunyi huruf i dan seterusnya. Sebab apa yang perhati dengan Aqeef ni, bila kita campur2 huruf dia akan keliru. Ayie perkenalkan dulu guna kaedah tu. Agak2 dia da dapat tangkap baru campur sikit.

Google

Alhamdulillah, yang ni pun aqeef dah lepas. Ayie buat flash kad ayat dekat dia. Bila anak2 dah lepas step di atas boleh la perkenalkan ayat simple pada diaorang. Contohnya: ini buku, saya ada buku biru. Macam kat bawah ni..



3) Seterusnya, ajar perkataan 5 huruf / yang belakangnya 3 huruf. Contohnya: timun, makan, hujan, otak. Step ni nak perkenalkan anak2 dengan bunyi perkataan seperti man, kan, dan, lan. Bagi step ni pun da boleh buat ayat simple2 untuk anak2. Yang ni Aqeef belum belajar, in sha Allah akan di perkenalkan minggu ni. 

4) Step seterusnya, perkenalkan perkataan ng, ny, sy. Contohnya: barang, mendung, sungguh. Step ni da perkenalkan perkataan or bunyi yang agak tough sikit. Tapi in sha Allah anak2 boleh tangkap dengan baik sebab kita dah perkenalkan satu per satu bunyi. Bukan2 terus2 nak ajar yang tough ni. Yang ni pun Aqeef belum di ajar ni. 

Alahamdulillah, opah dan ibu Aqeef bagi respon yang baik. Diaorang cakap Aqeef da boleh baca yang simple2. Dok baca flash kad ayie bagi tu. Opah dia cakap beria dia menunjuk dia boleh baca T__T Macam2 la kau Aqeef, wat segan kakak je..hihi Apa yang ayie nak tekankan di sini, yang paling utama JANGAN lokek bagi pujian pada anak2. Pujian ni dapat menaikkan semangat diaorang, seoalahnya diaorang faham kita puji tu menunjukkan dia boleh buat dengan baik. Seterusnya dia sendiri akan berusaha nak buat yang terbaik sebab kita selalu sebut yang dia pandai. Tips seterusnya, JANGAN terus2 dengan sesi membaca je. Anak2 akan cepat bosan. Ayie selang seli dengan mewarna, tengok video, buat matematik. So takde la si Aqeef tu bosan dan penat membaca. In Sha Allah, apa yang baik tu boleh la di jadikan contoh, kalau yang tak betul tu boleh la betulkan ayie ye..=)


Tuesday, September 8, 2015

Pendidikan Seni : Jam Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Oke kali ni ayie nak kongsi cara nak buat Jam Saya pulak. Idea ni hasil google dari internet ye. Dan ayie cuba aplikasikan di tadika. Anak2 suka sangat dengan jam ni, tapi cikgu ni yang setengah nyawa cuba siapkan bahan2 nak buat ni T__T  Agak renyah cket sebab cikgu ni yang nak kena gunting2 bagai. Anak2 memang tak dibenarkan guna gunting kecuali dengan pengawsan guru @ dalam keadaan yang benar2 memerlukan saja. Bukan apa, risau kalau apa2 kan.. Nak buat Jam Saya ni ayie print2 je semua bentuk untuk jam tu. Nombor, jarum jam, hiasan semua ayie print je.. Idea nak buat ni pun sebab sekali lagi ayie nampak pulak pinggan polistrine dalam stor, hahah


Comel nya jam anak2 syurga ayie ni! Ohya, jarum jam tu nak bagi berpusing ayie tak gam tau sebab nanti tak berpusing la dia. Ayie cucuk dengan jarum, tapi belakang tu ayie tutup dengan plastesin. Sebab apa? Sebab jarum tu tajam, takut kalau anak2 main. Sebab tu ayie tutup dengan plastesin. Dalam masa yang sama jugak ayie ajar anak2 tentang masa guna jam masing² yang da siap buat tu. Haa 2 in 1, hihi -Selamat Mencuba-

Saturday, September 5, 2015

Jumpa Pakar ENT (Telinga, Hidung, & Tekak)

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah sedang menguji ayie. Dan ayie redha, In Sha Allah.. Allah does not burden a sol beyond that it can bear

29 Ogos 2015: Kisah bermula sabtu malam ahad. Ayie tertidur di ruang tamu sehinggalah pukul 1 pagi terjaga sebab telinga kiri sakit teramat sangat. Tak tahu kenapa. Dalam kepala fikir kot ada binatang masuk. Cuba bertahan tapi tak tahan sangat2 sampai la pukul 3 pagi kejut mak ayah cakap telinga kiri sakit sangat2. Diaorang suruh makan panadol activefast tu then cuba tidur. Try korek2 telinga pakai baby oil. Then ayie dapat lelap jap sejam macam tu. Pastu sakit balik sampai la ke subuh tak tidur da

30 Ogos 2015: Ayah ambik keputusan bawak ayie pergi kecemasan lepas subuh tu. Doc cakap ada jangkitan kuman cket dekat bahagian luar telinga tapi dalam oke takde apa2. Dapat ubat titis telinga, tahan sakit, dengan ubat batuk. Doc cakap punca nya sebab batuk teruk. Balik makan ubat letak ubat bagai, rehat.. Pagi tu pulak kena pergi Kedah sebab ada urusan dekat u. Ayie tidur je. Tapi telinga still sakit dan ayie kurang dengar. Macam tersumbat tu. Dan akhirnya ayie termuntah dalam perjalanan tu. Memang tak larat sangat2.. Dia sekejap oke sekejap sakit. Tapi still kurang dengar.

31 Ogos - 1 Sept 2015: Mula keluar darah + nanah dari telinga. Fikir mungkin sebab nak baik kot. Tapi masih sakit dan kurang dengar. Pagi ayie sihat. Start petang sampai malam mesti demam. Tak tahu la kenapa. Masih titis ubat di telinga tapi sakit sangat.. Tengah malam mesti terjaga sebab batuk + sakit telinga.

2 Sept 2015: Petang tu memang demam teruk sangat. Sekali lagi ayah bawak pergi kecemasan lepas maghrib tu. Sakit sangat2. Tak tahan da.. Dengan demam, telinga sakit, keluar darah + nanah lagi. Ayie tutup telinga dengan kapas sebab asyik keluar darah + nanah. Cuma kali ni darah da kurang. Keluar cecair kuning je. Sampai kecemasan MA cek demam ayie 39.2. Agak tinggi. Then tunggu sambil tidur dekat bahu mak sampai la doc panggil. Agak lama sebab orang ramai malam tu. 

Masuk bilik doc cek telinga dia cakap gegendang telinga awak da pecah. Allah.. Terkejut ayie.. Masa tu memang risau sangat takut kalau tak dengar dah. Doc cakap sebab infection. Then kena cucuk bontot + makan ubat demam. Doc bagi lagi ubat antibiotik dos yang agak kuat. Doc cakap jangan korek da. Letak kapas je. Ubat titis pun tak payah letak da. Biar dia kering sendiri. Ayie tanya tak dengar ke nanti? Doc cakap dia akan sembuh sendiri. Dia rujuk ayie pada pakar ENT esok tu.

3 Sept 2015: Sekali pergi jumpa pakar, takde siapa pulak. Semua pergi kursus. Jadi tunda esok lak.. Balik dengan kerisauan.. Tapi Alhamdulillah petang tu tak demam sangat da. Cuma sakit cket2. Nanah masih keluar masih letak kapas.

4 Sept 2015: Mendebarkan. Takut sangat apa kata pakar, apa dia nak buat.. Tunggu pun agak lama sebab orang ramai. Sampai giliran. Masuk dengan penuh tawakal. Datang pulak sendiri. Berdikari sungguh. Parents kerja. Lagipun ayie da kuat cket. Doc cek bagai. Doc cakap dia akan cuci telinga ayie sebab banyak sangat nanah + darah tu. Then nak MASUK KAMERA kat hidung! Huuuwwaaaaa... takotnya! Ayie dok bayang macam mana la kamera tu nak masuk dalam lubang hidung yang kecik ni. Seriau!

Mula cuci telinga. Doc sedut pakai penyedut tu. Tak sakit cuma ngilu. Jangan gerak2 je nanti luka. Pastu ikot arahan doc suruh buat apa. Doc cakap gegendang telinga awak tak pecah. Saya masih nampak. Alhamdulillah.. syukur! Cuma nak jelas dengar balik tu ambik masa cket.

Then, giliran masuk kamera kat hidung. Huuwwaaaa.. seram sejuk. Mulut dok baca je apa yang terlintas. Over sangat takot tu, huhu MA spray lubang hidung, kira macam bius la. Bia sekejap, doc datang. Allah, lembik lutut. Doc suruh tengok skrin kat depan. Haaiii..memang tak la doc. Ayie pejam mata je. Takot + seriau. Dia masuk kamera. Kecik je rupanya. Tak sakit cuma seriau. Lepastu dengar la MA dok buat conclusion ulser la, ada something la dalam hidung. Lagi tambah seriau. Then doc ambik penyedut cam sedut telinga tadi. Sambil masuk kamera masuk penyedut, satu lubang hidung ada dua batang! Bayangkan? Kecik je.. Sakit cket, tapi ngilu lebih. Ayie tak tengok pun. Tapi agak lama dia proses hidung ayie kedua-dua belah. Air mata dok meleleh.. sebab pedih bukan menangis. Siap.. hidung ayie clear betul! Rasa kosong sampai ke tekak. Rasa selesa je dia dah sedut habis.

Pelik tak? Sakit telinga tapi hidung yang di cek lebih. Ubat pun banyak berkaitan hidung. Sebab nya doc explain, semua nya berpunca dari RESDUNG dan resdung tu dari hidung. Dia effect sampai telinga. Agak teruk la resdung ayie. Sampai macam tu sekali.Doc bagi macam2 ubatm especially ubat hidung untuk 6 minggu. Lagi 6 minggu datang jumpa doc blik, 15 Okt 2015 In Sha Allah..

Harini 5 Sept 2015 Alhamdulillah telinga dah tak mengalir. Keluar cket2 je air. Tak pakai kapas da. Cuma masih kurang jelas pendengaran. Rasa dia macam ada sesuatu yang tersumbat. Doc cakap dia akan oke sendiri cuma ambil masa, In Sha Allah.. Doakan ayie ye. Ayie dah kuat harini. Tak demam da setakat ni.. Korang semua jaga diri baik2 ye, musim jerebu pun antara punca jugak.. So take care & pray for me ya.. =)


#Share la petua hilangkan batuk.. Lama dah batuk ni..

Update Jumpa Pakar ENT (Part 2)
Update Jumpa Pakar ENT (Part 3)

Friday, August 21, 2015

Pendidikan Seni : Kura-kura saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Kura-kura saya! Disebabkan ayie bertanggungjawab untuk mengajar anak2 pendidikan seni, maka otak ni dok ligat fikir seni apa la yang patut di buat untuk anak2 ni. Pening jugak fikir. Dan ayie terfikir nak buat kura-kura saya sebab ayie terpandang mangkuk polistrine dalam stor, hahah Actually kura-kura ni ayie pernah buat da dulu masa handle beberapa program zaman belajar sebelum ni. Dan ayie praktikan pulak untuk tadika ni.. Oke, jom tengok susah ke senang nak buat kura-kura ni.

Bahan-bahan:
1. Kertas warna
2. Mangkuk polistrine
3. Gam
4. Gunting

Cara-cara
1. Lukis tapak@bawah kura-kura di kertas warna dan guntingkan
2. Lekatkan mangkuk polistrine di atas kertas warna tersebut. Mangkuk ni sebagai cengkerang dia
3. Kemudian, tampal la cebisan kertas warna atas cengkerang tu. Ikut la kreativiti anak2.



Comel kan anak2 di tadika ayie buat? hihihi Senang je kan yang ni.. Ibu2 yang mana cuti sekolah takde aktiviti nak buat dengan anak2 cuba la yang ni. Kot ada lebihan mangkuk polistrine raya haritu kan, hahah -Selamat mencuba!-

Wednesday, August 19, 2015

Resepi Sup Kanak-kanak Bidan Terjun

بسم الله الرحمن الرحيم

Kuang3! Tajuk gempak tak? Sebab apa bidan terjun? Sebab ayie di minta masak untuk anak2 syurga di tadika ayie. Maka nya, haruslah memasak makanan yang campak2 je tapi sedap dan anak2 suka. Sebab dalam masa yang sama ayie nak mengajar lagi kan. Masa tu penting, anak2 harus di utamakan. Cubaan pertama ayie masak sup ayam + sayur. Simple sesangat!

Bahan-bahan:
1. Ayam (di potong dadu)
2. Lobak merah (di potong dadu)
3. Ubi kentang (di potong dadu)
4. Bawang putih
5. Sup bunjut
6. Kiub pati ayam
7. Fish ball & fish cake

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan air. Lebih pun takpe sebab anak2 suka hirup sup
3. Masukkan ayam
4. Agak-agak dah mendidih masukkan ubi kentang + lobak merah + fish cake & fish ball
5. Lepas tu boleh la masukkan sup bunjut, kiub pati ayam + garam secukup rasa. 



Dah siap... Senang kan? Simple dan campak2 je. Yang penting anak2 suka makan, hihi

Friday, August 14, 2015

Unofficially Graduate

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Tamat sudah pengajian 7 semester / 3 tahun setengah di UiTM Kedah dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sain Perpustakaan dan Pengurusan Maklumat. Maka dengan ini ayie #UnofficiallyGraduate. Sebab apa unofficial? Sebab konvo tahun depan, sabo je la. Mudah-mudahan murah rezeki nak dapat kerja tetap sebelum konvo, amiin..

Dan buat pertama kali nya dapat 4 flat, hahah Sebenarnya memang hampir semua student sem akhir yang menjalani latihan industri akan dapat 4 flat, Alhamdulillah.. Hasil dari industrial training 5 bulan lepas. Alhamdulillah.. terima kasih semua warga Perpustakaan Dato Jaafar Hassan, UiTM Perlis atas segala tunjuk ajar. 

Terima kasih juga buat semua pensyarah dan sahabat handai yang ada bersama sepanjang perjalanan di UiTM Kedah. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar. Ucapan terima kasih juga khas buat mak ayah dan adik2 tersayang atas segala sokongan dan bantuan yang telah di berikan. Sayang semua! Istimewa jugak buat dia yang selalu ada di sisi susah dan senang sepanjang 3 tahun setengah ni. You know this date right, 14th every month and today is 14th. Thanks dear 😍


Dan harini anak-anak syurga ni buat aktiviti luar, cabut rumput. Semangat bagi rumput bunga kat cikgu. Macam tau² je cikgu unofficially graduate ye, hihi comel la korang ni. Suci bersih takde dosa. Jangan lupakan cikgu ye. Ingat cikgu dalam doa korang tau. Semoga membesar sebagai anak soleh dan solehah, amiin.. sayang korang! Terima Kasih semua! 😁

Sunday, August 9, 2015

Permulaan Karier - Guru Tadika

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur ayie di terima berkhidmat sebagai guru tadika di tadika yang ayie praktikal miggu lepas. Ayie bekerja baru 3 hari. Jadual bekerja ayie Isnin hingga Jumaat 8 pagi 12 tengahari. Buat permulaan ayie bekerja sampai pukul 12 dulu. Tadika ni ada transit sampai pukul 6 petang. Sabtu setiap minggu 2, 4, 5 kerja dari pukul 9 pagi hingga 1 petang. Takde la kena buat apa pun. Kemas2 tadika, cuci apa yang patut, hias apa yang patut macam tu je. 



Haa.. ni aktiviti hari Jumaat. Anak² syurga ni akan solat kemudian tasmi' bacaan dekat guru². Ohyaa di tadika ni anak² panggil ayie cikgu. Ayie mengajar tiga subjek untuk pelajar 4 hingga 6 tahun, matematik, sains, dan seni. Waahh, 'kreatif' sangat ayie ni nak mengajar seni kan, hahah Tanggujawab ayie, in sha Allah ayie cuba buat sehabis baik. 



Yang ni pulak pelajaran sains. Masa ni mengajar pelajar 4 tahun. Tajuknya timbul dan tenggelam. Bab sains ni ayie pening cket macam mana nak fahamkan anak² ni tentang sains dalam bahasa kanak². Siapa² ada idea ke share la dengan ayie ye.. =)



Yang ni pulak buat siang tadi. Hias tadika cket buat shapes. Anak² ni sakan dok menyanyi lagu shapes Jumaat lepas. Tu yang rasa nak buat shapes biar diaorang nampak hari². Semoga bermanfaat.. in sha Allah

Overall ayie happy di beri peluang berkhidmat sebagai guru tadika di tadika ni. Ayie memang suka kanak² dan babies. Love them so much! Ayie akan cuba berikan yang terbaik untuk anak² syurga ni. Fokus ayie nak diaorang pulang dari tadika ni ada sesuatu yang bermanfaat untuk diaorang amalkan di rumah. Biarlah anak² ni pandai membaca, mengira, dan menguasai pelajaran agama Islam dengan baik, amiin.. Mudah-mudahan in Sha Allah. Cikgu doakan yang terbaik untuk anak² syurga cikgu ni. Cikgu sayang semua! =)