Sunday, September 28, 2014

Cabutan Kedua Pemenang MiniGiveaway #3 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Haishh..korang ni tak nak hadiah ke? hurm..hadiah ayie kasi tak best kot kan.. Sehingga ke saat ni, hanya seorang je dari 4 orang pemenang yang ayie umum kelmarin bagi respon. Jadi nya ada lagi 3 kekosangan. Ayie terpaksa la cabut undi kali kedua. Pemenangnya:

Cabutan pertama: 1 kotak Pensel O'BON

Cabutan kedua: 1 kotak Pensel O'BON

Cabutan ketiga: Topap RM 5

Sila bagi details awak kat ayie ye selewatnya esok. Bagi yang menang topap tu, awak  email nak topap apa ye. Celcom ke, Maxis ke.. Tahniah! =)

1- Nama penuh 
2- Alamat Lengkap
3- No. Telefon
4- Link Blog Anda
hantar ke email: nuratiqah242@yahoo.com

#Kalau tak serah diri jugak sampai pukul 12 tengah malam esok, ayie akan kasi je hadiah ni kat siapa2 je ye..

Saturday, September 27, 2014

Air Mata Saksi Cintaku - Lestari


Air Mata Saksi Cintaku

Tak dapat nak ku gambarkan sayang
Betapa kuatnya cintaku ini
Hanya tuhan saja yang tahu niatku yang suci
Ingin terus hidup bahagia denganmu

Dari hari ke hari kurasa
Kasih sayang kusemakin dalam
Tak pernah kubenci padamu
Walaupun hatiku pernah dilukai

Jangan kau pergi meninggalkanku
Tak sanggupku berpisahmu
Bagaimana nanti bila aku rindu
Dimana tempat nakku bermanja

Demi tuhanku sayang padamu
Airmata menjadi saksinya
Bagaimana lagi hendakku buktikan
Kesetiaannya cintaku ini



Apakah lagi yang kau mahu
Tak cukupkah pengorbananku
Semoga kau mengerti perasaanku
Betapa ikhlasnya cintaku

Bila hatiku sudah sayang
Bukan mudah nakku lupakan
Biarpun pedih dugaan
Relaku hadapi sayang

Cinta lahir dari lubuk hati
Bukan sengaja di paksa - paksa
Sekali bilaku jatuh cinta oh... selamanya
aku ingin bersamamu sayang

Friday, September 26, 2014

Pemenang MiniGiveaway #3 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya, tibalah masa ayie nak umumkan pemenang GA ayie kali ni. Berdebar tak? huhu Seperti sebelum ni, sorang sahabat ayie yang ayie percayai telah mencabut undi untk GA ayie. Dan pemenang nya ialah...

Cabutan pertama: 1 kotak Pensel O'BON

Cabutan kedua: 1 kotak Pensel O'BON

Cabutan ketiga: Topap RM 5

Cabutan keempat: Topap RM 5

TAHNIAH! buat pemenang..Bagi yang tak menang jangan sedih-sedih ye. Nanti ada rezeki lebih ayie buat GA lagi tau. Terima kasih banyak-banyak sebab korang sudi support ayie. Ayie sangat hargai. Ayie mintak maaf kalau ada apa-apa kekurangan sepanjang GA ni berlangsung. Bagi pemenang, sila bagi details awak kat ayie ye selewatnya esok. Kalau tak serah diri nanti ayie umum pemenang lain tau. Bagi yang menang topap tu, awak just email nak topap apa. Celcom ke, Maxis ke.. Tahniah! =)

1- Nama penuh 
2- Alamat Lengkap
3- No. Telefon
4- Link Blog Anda
hantar ke email: nuratiqah242@yahoo.com


Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha

بسم الله الرحمن الرحيم


video


In Sha Allah..Masih istiqamah. Sama2 kita istiqamah ye..
Salam Jumaat =)

Thursday, September 25, 2014

Liebster Award 2

بسم الله الرحمن الرحيم


Kali ni ayie di tag oleh ABM. Thanks sudi tag ayie. Ayie akan jawab sebaik mungkin ye, huhu

Perkenalkan diri anda secara ringkas. Kalau nak tambah pun boleh
Nama ayie yang sebenar ialah Nur Atiqah dan berasal dari Taiping, Perak. Ayie anak sulung daripada 3 beradik. Ayie adalah bekas pelajar form 6 di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Masih belajar lagi dan sekarang berada di semester 6. Ayie melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Uitm Merbuk dalam jurusan pengurusan maklumat. Pernah bekerja sebagai guru KAFA dan bercita-cita untuk menjadi seoarang pendidik

Apa pendapat anda terhadap blog ABM?
Pendapat ayie la kan, blog ABM simple dan senang mata ni nak terima. Sebab apa? Sebab combination warna hitam putih tu memang kena. Apa orang cakap..em nampak menyerlah gituu,hehe

Siapakah 1 blogger perempuan dan 1 blogger lelaki yang menjadi pilihan anda?
Oke..blogger laki pilihan ayie adalah Hasrul Hassan. Sebab bagi ayie dia memang mesra blogger. Ayie pernah menang segmen yang bro ni anjurkan dan sampai sekarang kalau raya ke dia mesti tak segan silu wish sama kat kita, walaupun ayie hanyalah budak blog yang baru nak menapak. Dia sangat freindly. Blogger perempuan pulak mesti la Kak Ina! Dia kan sumber inspirasi ayie. Tambah pulak ayie pernah jumpa kak ina kan. Sayang lah kak ina & anak2 solehah dia! =)

Andai kata masa boleh diputarkan, apakah perkara yang anda ingin perbetulkan dalam hidup anda?
Jujurnya ayie adalah budak nakal zaman sekolah menengah dulu T__T Bukan nakal apa, ayie suka melawan pengawas la, tak pergi prep la, solat dalam dorm la, ayie buat benda yang dilarang,huhu sadis kalau ingat balik..Nakal2 ni la yang last2 pernah jadi guru. Hambikk kau budak nakal balik akibat perbuatan ayie dulu,huhu Kalau masa boleh putar balik, ayie nak ubah tingkah laku ayie zaman sekolah menengah dulu. Silap2 boleh jadi pelajar cemerlang! muahahaha

Apakah gadget yang menjadi impian anda dan ingin dimiliki suatu hari nanti?
Erm..ayie bukanlah gila gadjet. Cuma ayie pernah nak ada hp yang besar yang puas bila on9 dan main game. Alhamdulillah, ayie baru dapat beberapa minggu lepas Lenovo A889.

Apakah kenangan yang paling berharga yang anda tidak boleh lupakan sehingga di saat ini?
Kenangan paling berharga adalah ayah ayie terselamat daripada kemalangan maut..Syukur Allah masih beri peluang untuk ayah..Klik dan Klik

Apakah barang wajib yang ada di dalam beg anda bila keluar pergi jalan-jalan/kuliah?
Antara yang wajib ialah sapu tangan. Sebab ayie jenis tangan berpeluh. Satu lagi adalah hp. Kalau lupa bawak hp mesti tak senang duduk. Rasa nak terbang balik ambik hp,huhu

Adakah anda seorang yang sukakan kucing?Kalau ada bela kucing please nyatakan nama kucing dan berapa ekor yang dibela...saja Murni nak berkenalan dengan kucing tu..hihi
Ayie bukan tak suka kucing cuma ayie alah cket dengan bulu dia. Jadi nya ayie memang tak pernah bela kucing,huhu

Haiwan apa yang anda tidak suka?
Ayie takut + geli dengan ular. Tapi pernah bergambar dengan ukar yang orang letak atas bahu tu. Tapi ayie tak sentuh la. Punya la tahan geli..hmm

Apakah tajuk lagu kegemaran anda dan nyatakan sebab mengapa lagu tersebut menjadi pilihan hati anda?
Semua lagu jiwang2 zaman 90an ayie suka dengar. Tangkap leleh ooo..huhu Antara yang ayie minat dan selalu dengar Airmata Saksi Cintaku-Lestari. Sebab ayie suka la layan jiwang dengar lagu ni..(Tengah taip ni pun dengar lagu tu,huhu)

Siapakah yang anda fikirkan di saat ni? Mohon dijawab dengan jujur ya!
Ayie tengah fikir family ayie. Ayie rindu la..Da dekat sebulan tak balik Taiping. Raya Haji minggu depan baru balik. Yeaayyy! Balik kampung ooo balik kampung =)

Fuhh..habis juga ayie jawab akhirnya,hehe Semoga ABM puas hati ye dengan jawapan2 jujur ayie..=)

Senarai Peserta MiniGiveaway #3 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..GA ayie yang ketiga tamat da semalam. Walaupun ayie tak berapa promote sebab busy tapi ada jugak sudi join. Terima Kasih semua support ayie! Sementara tunggu ayie nak umum pemenang, meh kita blogwalking dulu. Tambah kenalan, rapatkan ukhwah =)








Ni la senarai peserta yang sudi join. Ingat no masing2 tau. Kalau ada yang ayie terlepas pandang sila inform ayie ye. In Sha Allah esok ayie akan umumkan pemenang. Kepada yang sudi follow ayie terima kasih. Ayie akan balas jejak balik malam ni ye, In Sha Allah..Gudluck semua!

p/s: Siapa la yang bertuah ye..

Wednesday, September 24, 2014

MiniGiveaway #3 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

-Entry Melekat-
Alhamdulillah. Harini ayie nak lancarkan MiniGiveaway ayie yang ke 3. Ada rezeki cket ayie share la dengan member2 blog kan. Boleh rapatkan ukhwah gituu..hehe Meh tengok syarat2 nya.


Seperti sebelum ni, syaratnya mudah saja:
1) Blogger warganegara Malaysia
2) Boleh follow blog ayie. Takde sebarang paksaan
3) Buat satu entry bertajuk "MiniGiveaway #3 by Ayie Atiqah"
4) Tempek banner di atas dan backlink kan kat sini
5) Publish dan tinggalkan url korang dekat komen di bawah

Simple kan? Ayie kan suka yang simple2 ni. Mudahkan orang dan diri sendiri,hehe Banner motif haiwan sebab hadiah pun bermotif haiwan,hehe MiniGiveaway ni akan berlangsung selama 4 hari bermula harini 21 - 24 September 2014Klik untuk tengok rupa hadiah ye. Ayie mencari 4 orang pemenang. Cara ayie nak bagi hadiah:

Cabutan pertama: 1 kotak Pensel O'BON
Cabutan kedua: 1 kotak Pensel O'BON
Cabutan ketiga: Topap RM 5
Cabutan keempat: Topap RM 5

Oke? Faham kan..Alert dengan tarikh tau. Nanti tak dapat pulak hadiah kalau menang,hehe

21-24 September: MiniGiveaway berlangsung
25 September: Ayie keluarkan senarai peserta
26 September: Ayie umumkan pemenang, In Sha Allah

Jom meriahkan MiniGiveaway ayie! Ajak kawan2 join tau. Terima Kasih sudi join GA ayie yang tak seberapa ni..=)

Wordless #17 - Yang Dipuji, Yang Dikeji

بسم الله الرحمن الرحيم


Cepat2 join GA ayie. Harini last! KL!K =)

Sunday, September 21, 2014

Susah Hati Ayie

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie susah hati pagi tadi..Bukan apa, takde lagi yang join GA. Ayie post dari 8:30 pagi tapi tade yang join lagi. Ayie dok mengadu2 kat member GA kali ni takde respon,huhu Sadis tak? Dalam pukul 3 lebih baru ada yang join, sahabat ayie Anis..hehe Lepas tu baru la bertambah yang join. Setakat sekarang ni 20 orang da join. Sahabat blog pun dah bertambah. Alhamdulillah..Habis GA nanti ayie berjejak kasih ye. Sekarang busy dengan assigment lagi. Terima kasih sudi join. Jemput kawan2 join lagi ye..=)


Thursday, September 18, 2014

Cabaran 10 Hari

بسم الله الرحمن الرحيم

Blogger sekarang ramai yang dok buat cabaran 30 hari tu kan. Ayie tak join pun. Tapi ayie ada cabaran ayie sendiri. Cabaran 10 hari. 1 hari 1 artikel kena baca! Fuyyooo..berpinau2 mata den ni nak kene baca artikel. Artikel omputih lak tu.. aiishhh Ni ada la tugasan research untuk semester ni. Lecturer mintak sehari satu aritikel bermula 16 September hingga 25 September. Harini hari ketiga da. So 3 artikel da dok hadap.

Yang bestnya, boleh buat assigment ni partner. Senang la cket buat berdua ni kan..Harini aku baca, sok kau pulak. Tu la yang kami buat untuk 3 hari ni dan hari seterusnya. At least, kalau sorang ni sibuk sorang lagi ada untuk cover baca artikel. Pesan lecturer: "Don't Cheat!" Kami tak tipu sir, kami baca..Cuma kami divide cari artikel, hehe (Kena la smart cket kan,hik8) Tapi tak tipu ye, baca tetap baca.



Tak susah sangat nak cari artikel ni. UiTM da provide online database untuk student search artikel yang diaorang nak. Percuma! Rugi tau kalau student UiTM takmau guna. Ada baaaaaaanyaaakk sangat artikel dalam ni. Malas dengan tak malas je. Lagi 1, cari la tajuk yang bersesuaian. Yang banyak ada dalam database ni. Macam assigment ni kami pilih tajuk "Information in Social Media". In Sha Allah ada banyak pilihan dalam database ni. Caiiyyokk2! Teruskan cabaran! Gudluck! =)

Testimoni Advance White V'asia

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir sebulan lebih da ayie guna produk Advance White Vasia ni. Baru nak masuk botol ke 2. Hasilnya? hehehe Meh nak cerita secara peribadinya. Actually bukan lah 100% produk ni berkesan kat diri ayie. Sebabnya setakat guna sebotol, bukan effect terus 100%. Orang lain dok pakai produk K Colly tu dalam 3 bulan baru effect jelas cket demi cket.  Ayie nak bagi nasihat + tips cket.

# Makan collagen or supplement ni kena banyak minum air masak. Macam ayie, nak kata minum cket tak jugak, minum banyak pun tak jugak. Sedang2 la. Jadinya mungkin effect tu lambat cket.

# Biasanya makan collagen ni kita kena avoid minum kafein. Macam ayie pulak dalam dok avoid tu kadang terminum jugak. Apa boleh buat, da feveret, hehehe

# Ayie bukan lah hari2 makan pagi 1 scoop malam 1 scoop seperti yang diarahkan. Ayie makan sehari sekali je. Makan waktu malam sebelum tidur. Sebab pagi ayie minum jus kurma yang untuk kesihatan minda dan badan tu Qaseh Gold Adinda. Kadang tertidur macam tu je tanpa minum! hihi Mungkin ni faktor lambat dia nak berkesan

Ni la antara nasihat + tips dari ayie. Tapi setakat harini yang ayie perasan jerawat belum lagi la singgah di muka ayie. Alhamdulillah..Means yang besar yang sakit2 tu. Yang kecik secoet tu ada la cket2. Tu pun bukan kerap la. Dan bintik hitam kat hidung pun kurang jugak. Bukan la maksud takde langsung ye. Cuma berkurang. Kira ada la jugak perubahan tu kan. Cuma bab putih gebu gabas tu tak la sampai tahap tu lagi. Kalau da ayie ni memang kulit manggis, takkan terus automatik akan dapat kulit isi manggis kan, hehe

Tu la antara pendapat dan pandangan peribadi ayie selepas guna produk ni. Ni da masuk botol kedua pulak, huhu Semoga apa yang ayie share bermanfaat untuk semua =)

Wednesday, September 17, 2014

Ayie Nak Buat MiniGiveaway!

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie da laaaaamaa sangat tak buat GA kan. Bukan tak nak buat tapi tak berkesempatan + tak tau nak bagi hadiah apa. Semalam ayie jumpa la hadiah yang bagi ayie sesuai la nak bagi kan. Jadinya ayie bercadang nak buat la GA. Bila? Nanti ayie bagitau ye. Kita review hadiah dulu.



Tarraaaa! Pensel ni bukan sebarang pensel tau. Pensel ni diperbuat daripada surat khabar! Sepcial tak? Dekat belakang kotak tu pulak dia bagi sekali penanda buku. So korang dapat 2 in 1 la. Pensel dapat, penanda buku pun dapat. Yang lagi special tu pensel ni sangat la comel! Sebab apa?sebab coraknya motif haiwan. Ada 10 jenis haiwan. Yang ayie pilih ni zirafah, penyu, burung kakak tua dan harimau.


Syarikat yang perkenalkan pensel ni nama 0'BON. Kira macam "go green" jugak la pensel ni tau. 


Yang ni bagi ayie sesuai nak buat hadiah. Sebab nya dia berkotak da. Harga? Yang ni 3 RM7. Harga di pasaran nanti mungkin lagi mahal la. Ni harga promotion.


Yang ni pulak sekotak RM10. Ada 10 batang kira sebatang jatuh RM1 la. Ingat nak beli yang ni. Ramai cket pemenang GA ayie nanti. Tapi ayie berkenan yang atas tu lagi,huhu


Pen pun ada jual jgak. Pen ni mesra alam. Nak explain macam mana pun ayie tak reti,hehe

Berminat tak dengan hadiah ni? Ayie nak cari 4 orang pemenang. Tapi hadiahnya ialah:

2 kotak Pensel O'BON x 2 orang
Topap RM 5 x 2 orang

Haaa..macam mana? Berminat tak nak join? Bila? In sha Allah..selewatnya minggu depan ayie buat GA ni. Bagi ayie settle kan assigment dulu tau. Cepat ayie settle assigment cepat la ayie buat GA ni. 

Masa beli pensel ni semalam, ayie tanya kakak tu. "Kak, pensel ni se kire guane?" Kakak tu cakap, laa..orang Ganu ke..Sengeh je la, dalam hati: Bukan kak..da terbiasa dok cakap dengan member camtu,heheh

p/s:Tunggu ye..=)

Tuesday, September 16, 2014

16 September 2014 Dalam Sejarah

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni memang tersangat la sejarah! Allahuakhbar..Dugaan Allah. Nak uji hamba2 Nya. Kuat dengan tak kuat je nak hadapi. Meh nak 'berkronologi' cket cerita 16 September 2014 harini..

# Dari semalam da rancang harini nak keluar pekan Sungai Petani sebab nak bawak member (ayie namakan kak F) pergi buat spek mata baru. Sebabnya semalam keluar je dewan kuliah dia tetiba macam tak larat. Mata pinar2 katanya. Rasa pening2. Ayie soal selidik bagai rupanya da 5 tahun tak tukar spek. Ooooo..patut la sakit2 da mata tu.

# So pagi ni pergi la buat spek (walaupun sebenarnya ayie terlajak tidur, bngun lewat,hehe) Buat spek dekat focus point dalam tesco kat area Village Mall. Lepas tu kami makan kat food court. Kak F ni makan Yee Mee Sizling tu..Sama dengan ayie.

# Oke settle bab buat spek. Tengah makan member lain mesej tanya ada mana. Diaorang nak ajak main bowling kat Amanjaya Mall. Fine, ayie oke je..Da lama tak main bowling so ayie nak la join. 

# Sampai Amanjaya Mall member2 yang ajak tu tak sampai lagi. So pusing2 dulu dalam mall tu. Ada kempen derma darah. Kak F nak derma darah. Ayie cakap tak payah la sebab ayie ni naik moto je. Kang jadi apa2 macam mana ayie nak bawak balik. Kot terjatuh ke, pitam ke. Kak F kata takpa. Dia oke je. Ayie pun oke kan je la. 

# Sementara tunggu kak F derma darah ayie pusing2 mall lagi. Rupanya harini Siti Nur Haliza datang Amanjaya Mall. Ada promote barang SimplySiti. Waaaa! Teruja gila ayie nak jumpa Siti. Tak sabar. Ayie dapat salam Siti tau. Huwwaaa...excited! Haha..

Nah ayie tempek gambar sebagai bukti, hehe

# Habis kak F derma darah dia ajak tengok Siti jap. Kebetulan masa ni Siti nak balik da. So tersangat la sesak! Dan masa ni pulak ada orang seluk beg tangan kak F ambik beg duit dia! Allah. Terkedu jap. Tadi baru syiookk2 ayie dapat salam Siti. Tetiba kak F cakap beg duit akak hilang??!!! Kelam kabut kami dok cari security bagai nak buat aduan la. Tapi suggestion diaorang kena buat laporan polis. Dalam pada tu sempat lagi kami call Bank Islam nak block kad bank. Alhamdulillah, pantas diaorang. Syabas!

# Kami ambik keputusan tak jadi la main bowling. Sebab nak pergi balai lagi kan. Kami pun pergi la solat dulu. Ayie masuk surau, kak F pergi toilet. Dalam ayie dok siap2 nak solat ni tetiba ada orang bersuara, "Atiqah ada tak kat dalam surau ni? Ada tak siapa2 nama Atiqah? Kawan awak pengsan dalam toilet" Arrhhh sudah..Dugaan lain pulak Allah uji. Bergegas ayie keluar surau. Orang da angkat kak F letak kat luar toilet. Dok urut2 dia bagai. Ni mesti sebab dia derma darah tadi. Badan dia mungkin tak dapat rest secukupnya lagi. Tambah pulak sebelum tu makan mee. Bukan mee ni angin ke? ntah. Hehe..

# Kelam kabut sekali lagi nak buat macam mana ni. Kami ni datang naik moto je. Nak bawak balik macam mana. Nak kena pergi balai dulu buat laporan tu. Fikir punya fikir kami balik naik teksi. Cakap kat pakcik teksi tu nak singgah balai dulu nak buat report. Settle kes kat balai. Pakcik teksi hantar balik. Nasib tak kena caj mahal. Terima kasih pakcik.

Tu la sejarah cerita harini. Panjang lebar ayie story. Ambik la beberapa pengajaran dalam sejarah ayie harini. Buat pedoman korang di masa akan datang. Tak jadi kat diri sendiri mungkin jadi kat orang terdekat dengan kita. Siapa tahu..Esok akan melalui episod lain pulak. Nak pergi JPN buat ic, JPJ buat lesen, Bank nak buat kad baru. Allah..semoga dipermudahkan..Korang list la sendiri ye apa pengajaran cerita ayie harini. Sama2 muhasabah..

p/s: 16 September ada sejarah Malaysia, 16 September ayie sejarah pengajaran hidup

Monday, September 15, 2014

Wordless #16 - Sebab Busuk

بسم الله الرحمن الرحيم


Disebabkan bear kecik ayie ni da busuk, ayie basuh dan gantung kan dia untuk dikeringkan =P

Friday, September 12, 2014

1st Time Jumpa Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepanjang 5 bulan ayie berblog ni, ni laa kali pertama ayie face to face dengan blogger. Teruja tau! Actually da lama ayie follow satu blog ni. Dari tahun lepas lagi. Hari2 bukak baca blog dia. Sampai la awal tahun ni rasa macam teringin pulak nak ada blog sendiri. Kira macam blogger yang ayie follow ni macam sumber inspirasi gituu..hehe Tapi jujurnya, memang dia memberi inspirasi kat ayie pun. Dulu2 dok baca blog dia selalu berangan2 bila la dapat jumpa kakak manis ni. Bila la dapat main2 dengan anak2 dia. Akhirnya jadi kenyataan jugak. Alhamdulillah.. 

Ayie tak tau la kenapa bila dok baca blog kakak ni rasa macam dekat je dengan dia. Rasa macam kenal lama pulak. Ayie lama da tau kakak ni memang dok area Sungai Petani. Cuma tak tahu la rumah dia kat mana. Nak jumpa pun macam takde sebab pulak tetiba nak jumpa je kan. Segan pulak..Tapi, disebabakan kakak ni baru je lahirkan anak dia yang ketiga ada la chance ayie nak ziarah dia sekeluarga kan..hehe Apa lagi, ayie tak tunggu lama la..Terus cakap dengan kakak ni ayie cadang nak ziarah kakak dengan baby baru. 

Cari2 punya cari taman kakak ni akhirnya jumpa jugak. Allah permudahkan, Alhamdulillah.. Takde la jauh sangat pun dengan rumah ayie. Cuma ayie tak pernah pulak masuk kawasan perumahan kakak ni. Excited + debar2 nak jumpa kakak ni. Comel orangnya. Dalam pantang pun masih lagi lawa tau. Anak2 kakak ni pun comel2 + bijak2. Baby pun cooooommelll sangat. Geram! Tapi ayie tak berani la dukung baby tu, kecik lagi..kekok,hehehe 


Masa ayie nak balik boleh pulak anak kakak ni yang no2 nak ikut ayie balik tau,hehe Padahal baru je kenal. Mula2 tu dia taknak kawan ayie. Last2 berkepit pulak dengan ayie. Comel la die..Eh! Siapa kakak ni? Kakak ni ialah Kak Ina. Lemah lembut je orangnya. Untuk kak ina, semoga kak ina sekeluarga dimurahkan rezeki, dilindungi Allah selalu, dikurniakan anak2 yang bijak dan soleh solehah, Amiin..Ada rezeki boleh jumpa lagi, In Sha Allah..=)

Salam Jumaat

Tuesday, September 9, 2014

Wordless #15 - Gambar Berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم


Hampir 3 tahun bersama. Classmate. Special Mate. CINTA 

Monday, September 8, 2014

Jalan-Jalan di Perlis

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie telah pun selamat sampai di Sungai Petani Jumaat lepas..Alhamdulillah. Punya la sibuk, blog pun terabai jap la. Bukan sibuk apa, sibuk bercuti..haha orang lain da pergi kelas, ayie sibuk pergi bercuti dengan family kat Perlis, kih3 Ponteng sehari je..Tengahari Sabtu parents singgah Sungai Petani ambik ayie bawak pergi Perlis.Tujuan utama nak hantar adik ayie balik UiTM Arau. Tapi ambik kesempatan berjalan sekali la kan..

Kami tidur di Kangar Hotel. Bagi ayie oke la. Selesa. Banyak kedai2 boleh kita pergi jalan2 kat situ. Kami jelajah da keliling tu. Banyak sangat kedai tau. Kami ambik bilik super deluxe. Ada 2 double bed untk RM120. Murah kan..huhu 

Gambar dari blog Kangar Hotel
Lebih kurang macam dalam gambar ni la bilik yang kami bermalam. Malam tu kami pergi steamboat. Lama da dok idam2 nak makan stemaboat kat satu tempat ni dengan family. Famous jugak la steamboat ni. Embun Dingin Steamboat. Ni la tempatnya. Best sangat! Apa yang special nya tau, untuk seorang makan steamboat ni cuma RM10. Makan la apa saja, makan la banyak mana pun janji habis. Sangat puas hati. Harga air lain tau. Nak makan makanan lain pun ada. Memang puas hati la. Banyak tau ayie makan, huhu 


Lebih kurang macam ni la ye cara diaorang sediakan stemaboat untuk kita. Choice makanan pun banyak tau. Takdan nak kenyang lagi kawan ayah pulak belanja makan dekat Api-api Ikan Bakar. Kedai ni kat area Kuala Perlis. Tapi takde gambar la.. Rupanya ikan bakar kat sini memang terbaik la. Sedaaaaaappp sangat! Ikan manis..air asam dia pun pergghhhh Terbaik! Tambah2 orang belanja kan..haha Terima Kasih pakcik! =)

Kami ada jugak pergi ronda2 kat Kuala Perlis tu. Teringin nak naik kuda. Tapi tak tahu pulak berapa harga dia, hehe Ramai rupanya orang lepak sana malam2. Orang memancing pun ramai tau. Siang tu lepas hantar adik kami tak pergi mana pun. Cuaca tak mengizinkan. Lagipun ayah nak balik awal ke Taiping. Kalau tak boleh jalan2 ke Padang Besar dengan Wang Kelian,huhu Takpe2 lain kali pergi lagi kan..=)

p/s: Kelas da mula, lapangkan dada nak terima ilmu


Wednesday, September 3, 2014

Cerita Gajah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber: Google
Dalam sebuah kelas cikgu memulakan pengajarannya.
"Murid2, binatang apa yang bermula degan huruf G?"
Murid paling depan bangun mnenjawab.. "Gajah cikgu", lalu dia dipuji oleh cikgu tu dengan penuh bangga. "Bagus, cerdik jawapan awak."

Soalan seterusnya.."Binatang apa pula yang bermula dengan huruf D?"
Semua murid tidak dapat menjawab, lalu budak yang kena puji tadi bangun lagi. "Dua ekor gajah cikgu" Jawapan penuh konfiden. Murid2 lain dah tergelak2 sampai sakit perut. Cikgu mula marah. "Awak berdiri atas kerusi", kata cikgu.

Soalan seterusnya, "binatang apa pulak yang bermula dengan huruf M?"
Semua diam. Bila dah takdak yang menjawab, budak yang berdiri atas kerusi tadi langsung bersuara "Mungkin gajah"
"Awak pergi berdiri luar kelas", jerit cikgu yang da mula stress.

Soalan last, "binatang apa pulak yang bermual dengan huruf J?"
Macam tadi jugak. Takdak sapa berani menjawab. Lama kelas tu sunyi tetiba dari luar kelas budak tu menjawab lagi.. "Jangan-jangan gajah"

* * * * *