Monday, March 31, 2014

Kisah Photoshoot

بسم الله الرحمن الرحيم

Photoshoot la sangat kan..hehe seumur hidup ayie pernah sekali je ayie terlibat dengan photoshoot bagai ni. Masa tu habis form6. Tengah tunggu result, tengah menganggur..hehe Asalnya bukan kerelaan sepenuhnya dari ayie. Sebab ayie malu..lagipun tak pandai la nak beraksi depan kamera ni. Tapi setelah dipujuk oleh mak dan yang penting PERCUMA, ayie pergi la jugak kan. Teruja!hehe..Yela,1st time kan..

Photoshoot ni dari satu syarikat produk kecantikan. Ayie tak berapa faham macam mana boleh jadi free tu sebab ni kawan mak yang deal dengan mak. Ayie ikut je la kan. Dia tangkap 15 keping gambar dengan 2 persalinan yang berbeza. Actually bukan persalinan la, cuma pakai macam coat camtu..Dan dia cuci sekeping gambar potret yang besar tu. Free! Cuma kalau nak semua gambar tu kena bayar la. Overall puas hati la sebab makeup semua diorang yang buat kan. Tinggal nak 'renyeh' depan kamera je,hehehe 


Ni la hasilnya..auta je tu. Hakikatnya ayie 'berspek' mata ye, hehe Rabun la jap masa tu sebab ayie tak pernah pakai + tak pernah ada contact lens. Takut nak pakai..huhu Apa-apa pun ia hanyalah sekadar suka-suka. Bukan untuk seberang tujuan comersial. Dalam photoshoot yang penting aurat tu mesti la terjaga. Dan satu lagi batas antara kita dengan orang yang terlibat dengan photoshoot kena la jaga jugak ye. Peringatan untuk diri sendiri..Keep smiling! =)

p/s: Ada siapa-siapa nak ajak ayie photoshoot tak? =)

Dan Pemenang MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah ialah...

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah..GA ayie telah selamat dijalankan minggu lepas. Dan harini tibalah masa untuk ayie umumkan pemenang. Bedebar tak nak tau?huhu Dan pemenangnya ialah...

-
-
-
-
-

Keychain dari Thailand x 4 
7) http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

TAHNIAH! buat semua pemenang..Bagi yang tak menang jangan sedih-sedih tau. Ada rezeki nanti ayie buat GA lagi ye. Support dari korang memang sangat awesome la! ayie sangat hargai..Ayie mintak maaf sangat sepanjang GA ni kalau ada apa-apa kekurangan dari ayie. Maafkan ayie ye..Pemenang semua boleh la bagi details korang kat email ayie tau. Ayie bagi tempoh sampai pukul 12 tengahari esok (1 April). Kalau tak serah diri ayie cabut undi lain tau..Terima kasih semua sudi support ayie! =)

1- Nama penuh (bagitau sekali nombor korang yang kat atas tu)
2- Alamat Lengkap
3- No. Telefon
hantar ke email: ayieatiqah@yahoo.com

p/s:Terima Kasih semua!

Sunday, March 30, 2014

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم


Mesti ramai yang pernah baca buku ni kan ataupun pernah dengar tajuk ni kan..Buku ni lama da sebenarnya tapi ayie tak tau since bila. Ayie kenal dengan buku ni masa zaman ayie form6 tahun 2009/2010. First time baca ayie jatuh hati da dengan buku ni. Bagi la baca banyak kali pun ayie tak bosan lagi setakat ni,huhu Dan kali ni ayie baca novel ni sebagai rujukan untuk assigment ayie, Ontology of Love. Banyak input yang ayie dapat, Alhamdulillah..Korang yang belum baca kalau nak tau isi buku ni cepat-cepat pergi cari tau. Bagus pengisian dia.

-Buat pemilik cintaku-
"Dengan izin Allah seandainya telah tercatat jodoh kita, 
akan bertaut jua ikatan kita melalui sebuah ikatan yang halal iaitu nikah. 
Saat di mana lafaz aku terima nikahnya diungkapkan 
saat itulah kita akan bergelar suami isteri yang sah.
Ketahuilah bahawa aku mengagumimu bukan kerana rupamu, bukan juga kerana kepandaianmu. Tetapi aku mengagumimu kerana agamamu, 
kerana peribadimu. 
Saat kau mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran 
sugguh tenang aku mendengar setiap ayat yang dilafazkan. 
Saat kau menjadi imam kepada ahli makmum yang lain, 
terkedu aku mendengar bacaan ayat-ayat suci yang kau lafazkan. 
Sungguh jelas dan lapang dadaku mendengarnya. 
Sungguh, aku tertawan dengan keperibadianmu. 
Semoga kau terus istiqamah dan bertambah kuat imanmu. 
Aku disini hanya mampu mendoakanmu dan berusaha untuk mensolehahkan diriku. Insyaallah..Allah itu Maha Mengetahui.. "
-atiQah-

p/s:Hanya sebuah nukilan =)

Cara Cari Pemenang MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Biasa orang akan pilih pemenang pakai random.org kan..Ayie pernah tengok random.org tu macam mana rupa dia. Tapi ayie tak terasa nak guna cara tu untuk cari pemenang GA ayie. Cara yang ayie nak guna adalah cabutan undi. Macam cabut nombor bertuah tu. Ok tak? huhu Nanti someone yang ayie percaya akan cabut undi pemenang tau. Nak suruh Anis Maisarah dia jauh pulak dengan ayie, hehe Disebabkan ayie terlebih rajin ayie buat la cara cabut undi ni (macam takde assigment je kan) Siyes! ayie memang suka la buat GA ni. Pengalaman baru bagi ayie.. =)



Nantikan pemenangnya esok ye, 31 Mac. Hope semua puas hati dengan cara ayie cari pemenang ni. Gudluck semua! =)

p/s: Pergi la jalan-jalan kat blog semua peserta MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah =)

Saturday, March 29, 2014

Turnitin Tu Apa?

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah dengar tak pasal Turnitin? Siapa-siapa tak pernah dengar meh ayie nak cerita cket berdasarkan pengalaman dan apa yang ayie tau la kan. Maaf kalau ayie terbagi info salah tau.. Sebelum tu, kalau nak tengok rupa web Turnitin tu boleh kilk sini ye. Turnitin ni adalah satu web yang boleh detact plagiarism. Bahasa mudahnya, mana-mana tugasan yang pensyarah bagi then kita hantar kat web Turnitin ni dia akan detact sama ada kerja kita tu memang hasil kerja sendiri atau kita copy & paste je, haha Bagus tak web ni? Habis la siapa-siapa yang kerjanya tu asyik nak 'mengopy pasta' je kan..hik8

Ayie diperkenalkan dengan Turnitin masa ayie semester 3. Masa tu tak tau pun apa benda tu. Sekali hantar assigment tu diiiaaaa...hahaha lebih 30%! Syarat Turnitin ni kena bawah 30%. Kalau lagi rendah maknanya lagi kurang la kita buat kerja copy&paste ni. So selepas kejadian itu, dan selepas ayie mengetahui tentang kewujudan web ni ayie lebih berhati-hati dalam mengambil sebarang maklumat di internet atau di mana-mana pengkalan data. Kalau tak sia-sia je nanti pensyarah reject kerja ayie, huhu 

Dan untuk semester ni, sekali lagi pensyarah mintak hantar assigment melalui Turnitin. Behempas pulas ayie siapkan seminggu ni. Paling kritikal malam tadi ayie tak tidur langsung sampai la lepas Subuh baru tidur.Nak siapkan assigment. Tajuk yang ayie pilih adalah Ontology of Love..=)


Ni la hasilnya. Alhamdulillah.. Ayie dapat 2%. Maknanya ok la tu. Kurang plagiarism la. Masa nak hantar tu perasaan rasa macam nak ambik result. Yela, kalau lebih 30% nanti kena buat lain lagi. Kan da rugi masa kat situ.. Tips yang ayie boleh bagi, kalau nak copy&paste tu bukan tak boleh tapi janganla ambik sebijik-bijik. Kita jadikan rujukan da la. Ayat tu pandai-pandai la karang, kalih-kalih mana yang patut. Haa..tu la caranya. Siapa-siapa yang berminat nak tau lebih lagi or mana-mana students yang nak buat Turnitin ni tapi tak tau or tak reti cara macam mana, Inysaallah mana-mana yang ayie tau ayie share la kan..Insyaallah.

p/s: Jauhi 'kopi & pasta' =)

Senarai Peserta MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Fuuhh..Macam tak percaya je. Ramai jugak yang join yang bagi support kat ayie. Alhamdulillah..Ayie hargai sangat tau. Terima kasih semua yang sudi join GA ayie yang tak seberapa ni. Berikut adalah senarai peserta yang join MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah. Cabutan akan di buat berdasarkan nombor di bawah ni tau. Insyaallah 31 Mac ni ayie umumkan pemenang ye. Kita blogwalking dulu. Ayie akan follow mana-mana yang belum follow lagi tu tau.

89 http://badariahkakak007.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
10) http://shapurpleungu.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

12) http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
12) http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
13) http://chocolatefreeze.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
14) http://taiptaipkeyboard.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
15) http://edaeri.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

16) http://wafacw.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
17) http://realiticikpin.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
18) http://cikalyea.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
19) http://yangbaik.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
20) http://sayasyiera.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

21) http://duniazumal.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
22) http://eyqayushaiza.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
23) http://sitentfreezesoulgiveaway.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
24) http://exocutestories.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
25) http://meetxoxodream.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

26) http://ohmysecondblog.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
27) http://notdoktercinta.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
28) http://newhusnayusof.blogspot.com/2014/03/ga-minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
29) http://hanipahghazali.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
30) http://ceriteracintadia.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

31) http://glamorousbybellaluna.blogspot.com/2014/03/segmen-minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
32) http://wanmaruzen.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
33) http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
34) http://mummysoffya.blogspot.com/2014/03/ga-minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
35) http://kedaijahitkoo.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

36) http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
37) http://malfoy-xoxo.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
38) http://norshafikahaf.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
39) http://amielovely525.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
40) http://iamtifa.blogspot.com/2014/03/mini-giveaway-1-by-ayie-atiqah.html

41) http://nuraaisy.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
42) http://www.fatindiana.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
43) http://hye-yun.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
44) http://isyapurple.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
45) http://danianasreen78.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

46) http://thelittlekhalifah.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
47) http://akubudakcutez.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
48http://shafyqahazahar.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
49) http://beloglistaimifiqa.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
50) http://cikmiew.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

51) http://siszetty.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
52) http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
53) http://lalazarryn.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html
54 ) http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

Gudluck semua! =)
p/s: Kalau ade yang join tapi takde link dia kat atas cepat-cepat inform ayie tau

Friday, March 28, 2014

MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

-Entry Melekat-
Memulakan bicara dengan بسم الله الرحمن الرحيم..Seperti yang ayie cakap semalam, setelah tungging terbalik ayie fikir dan berkira-kira, akhirnya keputusan di buat. Ayie teruskan jugak dengan niat ayie nak buat MiniGiveaway ni. Tapi ingat tau, ia hanyalah suka-suka sekadar tambah kenalan, dan untuk menghargai sahabat blogger semua. Kalau nak tau tujuannya boleh tengok entry ayie sebelum ni. Jadi, dengan ini bermulalah MiniGiveaway ni. 


Syarat-syaratnya mudah saja :

1) Blogger warganegara Malaysia
2) Boleh follow blog ayie. Takde sebarang paksaan
3) Buat satu entry bertajuk "MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah"
4) Tempek banner di atas dan backlink kan kat sini
5) Publish dan tinggalkan url korang dekat komen di bawah

MiniGiveaway ni bermula harini 24 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014. Pemenang akan di umumkan pada 31 Mac 2014. Insyaallah..Jom ramai-ramai memeriahkan MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah! Promote tau kat rakan blogger lain =)


Potong Kuku - Ikut Sunnah Nabi

بسم الله الرحمن الرحيم


Selalu main tibai je potong kan,huhu Pernah baca da tentang cara potong kuku ni tapi tak terhafal-hafal lagi. Ni da tempek dalam blog harap dapat la ingat ye ayie..hehe Korang potong kuku belum nih? =)

Salam Jumaat

p/s: Hari last tau GA ayie, yang belum join tu cepat-cepat join ye

Thursday, March 27, 2014

Birthday Surprise!

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeah! Harini buat birthday surprise. Menjadi! Tak kantoi langsung, hehe yeesss! =)
Jom layan gambar dulu.






Nyum2! Kek ayie tempah khas. Ikut kehendak ayie la kan. Nak bentuk love, perisa vanilla. Warna purple semestinya. Design pun ayie mintak nak yang macam mana, memandangkan kedai kek tu ada pelbagai design kan. Tapi tak ingat pulak design yang ayie nak tu macam mana. Tapi yang ni siyes memang cantik dia buat. Then, mintak nak ade chocolate rice tepi-tepi tu. Overall, ayie sangat berpuas hati dengan kek ni. Rasa pun oke, kurang manis. Kena dengan tekak ayie. Yang penting kena dengan selera tuan punya birthday.. =)

Ikan siakap 3 rasa tu pun ayie tempah da kat 1 kedai yang biasa kami makan selalu. Siap mintak reserved meja lagi takut ramai orang. Menu lainnya adalah tomyam campur dan laicikang. Habis sekor tu kami makan tau. Sedaaappp! Dan kad birthday tu pulak, ayie tawaf satu taman da tapi takde jual birthday kad. Last-last ayie decide create sendiri je la. Comel pun comel (perasan kan) =)

p/s: Birthday siapa la kan.. =)

Segmen: Bloglist April 2014 By PERMATABIRU

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik banner untuk join

Tamat 31 Mac 2014 jam 12 tengahari. Gudluck! =)

Wednesday, March 26, 2014

Terharunya..

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejujurnya, memang ayie sangat terharu.. Baru sekejap tadi ayie cakap nak mintak tolong cket, datang seorang hamba Allah yang sangat baik hati ni tolong ajarkan ayie. Dia siap buat tutorial khas lagi untuk ajarkan. Ntah ke dia tengah sibuk buat hal lain ke, ada kerja lain ke tapi dia tetap sudi ajarkan ayie tau. Allah je yang mampu balas jasa baik dia. Awak betul-betul buat ayie terharu ta.. =')


Kalau nak tau ni la hamba Allah yang baik hati tolong ayie ni, Anizz Annisa. Cuba tengok dia punya kata-kata kat bawah tu "Sesungguhnya masih banyak orang di dunia yang lebih susah dari kita, maka hentikanlah segala keluhan kita dan bersyukur terhadap apa yang kita punya" Haa..agaknya sebab tu la Anizz ni sanggup wat kan tuto tu,kan.. Kalau korang nak tengok tuto yang Anizz ajar tu boleh klik sini tau. Senang je cara yang Anizz ajar ni. Mudah nak faham. Bagi yang newbie macam ayie ni boleh la tengok-tengok tuto tu tau. Dan, sekali lagi terima kasih banyak-banyak tau awak.. =)

Tarraaa..!jadi da apa yang ayie nak =)

Ayie Nak Mintak Tolong Boleh..?

بسم الله الرحمن الرحيم

Erm..eerrr..Seperti biasa, kasi ayie 'atoq' ayat sat. Erm..ayie nak mintak tolong cket ni. Cket je.. Ayie nak buat dekat kotak komen tu kita boleh reply setiap orang yang komen tu satu persatu. Tapi ayie tak pandai + tak tau pun nak buat macam mana. Jadi, ayie nak mintak tolong siapa-siapa yang tau or yang ada tutorial tu tolong ajarkan ayie jap. Ayie hargai segala tunjuk ajar korang tu dan di dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih ye.. (da macam penutup surat rasmi je, hehe) =)

Dan satu benda lagi nak cakap, it is very surprising me! Ayie memang tak jangka langsung akan ada sejumlah peserta yang bagi ayie ramai join memeriahkan MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah. Seriously di luar jangkaan ayie. Ayie hanya menjangkakan paling ramai pun mungkin dalam 20 ke 25 orang macam tu je. Sebab tu ayie bukak GA ni 5 hari. Ayie kan blogger baru. Tak sampai 2 bulan lagi b'blog. Tak sangka pulak seramai ni yang join. Huwwaaa...rasa nak menangis teharu dengan support terbaik daripada rakan blogger semua!Thanks so so so much! Ayie sangat-sangat hargai korang tau =')

Walaupun GA ni hanya biasa-biasa je, hadiah yang disediakan pun tak seberapa tapi tetap ramai sahabat blogger yang support. Hari Sabtu ni ayie akan update senarai peserta ye. Jadi boleh la blogwalking tambah kenalan sementara nak tunggu ayie umum pemenang 31 Mac nanti, kan.. Itu saja ayie nak cakap (padahal dah berjela kan, huhu) Jangan lupa tau, kalau tahu pasal tutorial tu bagitau ayie tau..Terima Kasih tau =)

Wordless Wednesday #6 - Pemaaf

بسم الله الرحمن الرحيم


Jadilah orang yang pemaaf. 
Maafkan ayie andai ada kekhilafan sepanjang b'blog ni =)

Tuesday, March 25, 2014

Hadiah MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang dijanjikan, hadiah-hadiah yang ayie sediakan adalah seperti berikut. Ayie mencari 5 orang pemenang bertuah ye. Siapakah gerangannya nanti? Sama-sama nantikan tau =)

Hadiah Misteri x 1 orang pemenang bertuah

Sumber : Google
Keychain dari Thailand x 4 orang pemenang bertuah

Jadi, nantikan siapa pemenang bertuah tu nanti ye. Bagi yang belum join tu cepat-cepat join tau. Promote sama kat rakan blogger lain ye. Nak join klik sini tau. Gudluck semua! =)

p/s: Maaf, hadiah biasa-biasa je

Khabar Duka

بسم الله الرحمن الرحيم


Photo

Allah..sayu hati dengar pengumuman malam tadi.  "With deep sadness and regret I must inform to you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean" Bergenang airmata dengar pengumuman tu..Macam mana pulak perasaan keluarga mangsa. Semoga mereka terus tabah dan redha dengan ketentuan ni. Mujur sebagai umat Islam kita telah dididik erti redha dan percaya pada rukun Iman 6, iaitu percaya pada qada' qadar. Semoga mereka kuat untuk terima takdir ini. Takziah dan Al-Fatihah..

p/s: Sama-sama nantikan sidang media dalam masa terdekat ni

Sunday, March 23, 2014

Mac Giveaway By Ckod-Ckodok

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik banner untuk join

Tarikh tamat 31 Mac 2014. Gudluck! =)

Dapat Bintang, Yeay!

بسم الله الرحمن الرحيم


Nampak x?hik8 =)
Ingat tak ayie cerita haritu ayie belajar tulisan CinaAyie dapat 3 bintang. Yeaaayyy! Teruja giler + terharu pun ada. Laoshi siap puji tulisan ayie cantik. Haha..cantik la sangat kan. Tulis pun tak berapa pandai. Ni sebagai satu pembakar semangat untuk ayie lebih tekun lagi belajar tulisan Cina. Ada banyak lagi latihan dalam buku ni nak kena belajar dan buat,huhu Takpe2, minat punya pasal kan. Satu lagi, baru ayie faham apa anak didik ayie rasa bila ayie kasi diorang bintang walaupun kadang tu seketul je ayie kasi. Seronok tak terkata dapat bintang. Tambah dengan umur dewasa ni. Bila dapat bintang excited tu rasa macam zaman sekolah dulu, hehe Agaknya anak didik ayie pun rasa apa yang ayie rasa kan..

Di kesempatan ni ayie nak mohon kemaafan andai apa saja coretan ayie di alam blog ni tidak menyenangkan siapa-siapa ke..Buat orang menyampah ke, ada terasa kan orang ke. Ayie mintak maaf ye. Eh! tapi ayie tak cakap pun ada tau, ayie just mintak maaf. Tak salahkan. Blog ayie adalah kisah peribadi ayie sedih ataupun happy. Dan ada jugak apa-apa perkongsian yang ayie rasa bermanfaat untuk semua ayie akan kongsikan. Since ayie bergelar pelajar, blog ni akan berkisar perihal life ayie sebagai pelajar la kan. Nanti da masuk alam kerjaya cerita hal kerja pulak kan. Then kahwin, jadi isteri..jadi ibu dan sebagainya kisah pun akan berkisar hal-hal tersebut la kan. Insyaallah..Ayie akan terus menulis selagi mana ia bermanfaat untuk semua dan sebagai kenang-kenangan untuk ayie kelak..Support me! =)

Segmen : Jom Blogwalking by HJ

Assalamualaikum. Peace Upon You



Klik banner untuk join

Syarat : 
  • Ada blog
  • Like fanpages  
  • Buat entry bertajuk " Segmen : Jom Blogwalking by HJ "
  • Copy paste code di blog HANA
  • Tinggalkan link entry di bahagian komen Hana.
Tamat : 30/03/2014 (last day cuti sekolah)

Nak Buat MiniGiveaway, Tapi...

بسم الله الرحمن الرحيم

Ermm..ayie tak tau nak mulakan bicara macam mana. Sat-sat nak 'atoq' ayat..Macam ni, ayie memang da lama plan nak buat MiniGiveaway . Banner pun dah 2 minggu lepas ayie design sesimple mungkin. Dan yang lagi penting hadiah pun ayie da siapkan tau. Hadiah-hadiah tu biasa-biasa je la. Tapi tu la, masalahnya sekarang ramai ke akan join nanti..??? Ayie kurang pulak self confidence bab-bab macam ni sebab ayie blogger baru. Sahabat blog pun tak cecah 100 lagi,erm... =/

Sebelum tu, biar ayie cerita dulu apa tujuannya ayie nak buat MiniGiveway ni. Pertama, tujuannya adalah untuk menghargai rakan-rakan blogger semua yang sudi bersahabat dengan ayie, bagi support kat ayie secara langsung ataupun tak. Keduanya, sambil berMiniGiveaway sambil tambah kenalanSecara tak langsung boleh rapatkan ukhwah yang sedia terjalin + boleh tambah kenalan baru. Ketiga, ayie da siapkan hadiah pun dan memang niat nak kasi kat rakan blogger. Jadi kena la kasi. 

Jadi..macam mana ye? Akan ada respon ke tak ayie nak buat MiniGivaway ni..

Sumber: Google 

Saturday, March 22, 2014

Tips Agar Disukai Orang

بسم الله الرحمن الرحيم

Tips Agar Disukai Orang
1) Berikan ucapan salam
2) Sedekahkan senyuman
3) Mudah ucapkan terima kasih
4) Tidak berkata-kata jika hati sedang marah
5) Sentiasa fikir dan cakap yang baik-baik tentang orang lain
6) Layan orang lain seperti mana kita mahu di layan
7) Fikir sebelum bercakap
8) Tidak mengkritik dan mengaibkan orang di depan orang lain
9) Menjadi pendengar yang baik
10) Simpan rahsia orang baik-baik
(Sumber sini)

Banyak lagi yang perlu perbaiki. Insyaallah, ubah mana yang patut kan..Jom sama-sama cuba amalkan! =)

Keep Smiling! =)

Friday, March 21, 2014

Sambil Berwhudu' Sambil Berdoa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.. Di penghulu segala hari ni ada cket info yang ayie nak share berkaitan wudhu'. Ayie dengar pasal Sambil Berwhudu' Sambil Berdoa ni dari zaman sekolah rendah lagi. Ustaz pernah cerita dulu. Pelan-pelan istiqamah kan diri untuk amalkan. Ayie kongsi ni secara ringkas nya la. Kalau nak yang lebih detail mungkin korang boleh klik sini atau sini. Sebelum tu maafkan ayie andai salah apa yang ayie kongsikan. Tegur dan perbetulkan lah kekhilafan ayie..=)

1) Membasuh kedua-dua pergelangan tangan
"Ya Allah, jauhkan lah tanganku ini dari perbuatan maksiat"
2) Berkumur
"Ya Allah, permudahkanlah bagiku mengucap dua kalimah syahadah ketika menghadapi sakaratulmaut"
3) Membasuh muka
(setelah niat wudhu')
"Ya Allah, berilah cahaya di wajahku"
4) Membasuh tangan hingga ke siku
"Ya Allah, bagilah aku mengambil buku amalan ku nanti dengan tangan kanan dan bukannya dengan tangan kiri"
5) Membasuh sedikit kepala
"Ya Allah, naungilah aku dengan rahmatMu"
6) Membasuh telinga
"Ya Allah, perdengarkanlah aku panggilan dari syurga dan bukannya panggilan dari neraka"
7) Membasuh kaki
(kanan)
"Ya Allah, tetapkan lah kaki ku ini ketika melangkah di atas titian sirat"
(kiri)
"Ya Allah, janganlah Kau tergelincirkan kaki ku ini ke dalam api neraka"

Selamat Beramal dan Salam Jumaat =)

Mini GA T-shirt Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik banner untuk join

Pemenang akan di umumkan pada 31 Mac 2014. Gudluck! =)

Thursday, March 20, 2014

Masuk Akhbar La.. =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Terbeliak mata tengok member post kat FB program Community Service yang ayie ceritakan sebelum ni masok paper. Teruja giler! Masuk dalam akhbar Sinar Harian. Di sebar kan jugak tentang program ayie join tu. Mana tau ada mana-mana pihak yang berminat nak kami buat program macam tu jugak kat tempat lain kan. Actually  ni bukan kali pertama program yang ayie join @ ayie dan sahabat-sahabat anjurkan di publish di media. Hujung tahun lepas kami buat program di Jitra. Program TATE'H. Satu program yang membantu anak-anak yang datang dari keluarga yang sederhana. Masuk TV9 tau. Nak tengok boleh klik sini..=)


Haa..!besar-besar ayie tempek tu. Senang nak tatap, hehe tapi tak berapa clear la gambar. Kalau tak boleh nampak ayie yang bertudung purple dengan student laki tu, hehehe Siyes cakap, rasa hilang segala lelah dengan hasil yang boleh di katakan berjaya ni. Hilang rasa penat 4 5 hari dok ulang-alik pergi beli cenderahati untuk program ni. Nak dengar cerita sadis x? Ayie pergi beli hadiah tu naik moto 2 bijik dengan member ayie. Bawak beg galas siap-siap da. Da beli hadiah bagai sumbat dalam beg galas sebab 2 raga moto tu tak muat da letak barang., huuwaa..(erm sadis ke) hehe Tapi sekarang rasa terbayar da segala letih tu. Alhamdulillah.. =)