Wednesday, February 26, 2014

Baru Tahu Nak Hargai Masa

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk macam nak marah kat diri sendiri je kan,hehe yeah!minggu ni adalah minggu tersibuk untuk ayie. Tengah-tengah malam cam ni baru berkesempatan nak on lapy nak buat itu ini kan. Baru berkesempatan nak update blog, nak blogwalking..dan yang penting baru tau nak hargai masa !

Sehari dua ni sekolah tersangat la sibuk buat persiapan sebab esok, eh harini la kan..da masuk Rabu pun,hehe ada perasmian. So, memang sibuk la. Petang dekat maghrib baru balik. Then, Sabtu ni da nak balik "melbourne"..nak kemas barang lagi, settle beberapa urusan berkaitan kampus, sampai tiket nak balik pun tak beli lagi. Tu la yang di namakan baru tau nak hargai masa.

 Salah satu yang ada dalam Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara adalah Lapang sebelum Sempit. Dalam masa lapang yang ada la yang patut kita hargai masa-masa yang ada. Bila dah sempit baru kalut nak buat itu ini kan..Dan seperkara lagi sebagai hamba Allah, dalam waktu lapang ni la yang patut perbanyakkan amal. Yang penting bukan kuantiti tapi kualiti. Just remind for myself. Renung-renungkan.. =)

Sumber: Google

5 comments: