Tuesday, July 22, 2014

Sampul Duit Raya-Homemade

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang setiap tahun mak akan minatk ayie buat sampul duit raya. Dari zaman sekolah menengah lagi, ni la kerja ayie setiap kali nak raya terutamanya. Ayie tak tau kenapa mak suka yang buat sendiri ni. Agaknya lebih jimat kot..ke sama je eh. Tapi yang bestnye corak sampul kita cantik2 la. Macam-macam design corak ada. Tapi tu la, ayie tak pernah pulak ambik gambar sampul-sampul yang ayie pernah buat tu, huhu


Bahan-bahan dia simple je. Pembalut hadiah, gam, gunting, pen dan sampul contoh yang kita nak tekap nanti. Terpulang la nak yang besar ke kecik ke, lebar ke pendek ke..Mak ayie suka yang pendek tapi lebar. Memang ayie selalu dok buat saiz tu je. Pembalut hadiah tu pulak ayie beli dekat kedai RM2. 4 keping RM2. Murah kan..jimat da kat situ,hehe


Ni la rupa sampul contoh yang kita nak tekap nanti tu. Lagi bagus kalau sampul contoh ni kita buat dari kertas yang keras macam kad kahwin yang da tak guna tu ke..Tahan cket, boleh pakai berulang-ulang.


Lepas tu kita mula lukis ikut contoh sampul tu. Tekap-tekap je..(betul eh orang panggil tekap?ayie main sebut je) Lepas tu gunting..Sekeping kertas pembalut hadiah ni boleh dapat dalam 15-16 keping sampul duit raya. Depands dengan size sampul kita la.


Lepas tu kita mula la gam2 ye..Lipat hujung tu ke dalam. Yang bawah tu biar ke luar. Yang atas tu pulak jangan gatal2 letak gam sekali ye. Kang nak letak duit raya celah mana,haha =)


Oke, da pun ciap..Senang je kan. Janji kena rajin la. Ayie paling malas nak gunting, leceh..huhu

p/s: Walaupun sibuk dengan persiapan raya, jangan lupa untuk terus beribadat di 10 Ramadhan terakhir ni..



10 comments:

  1. Baru nak pening kepala nak carik sampul duit raya utk anak buah 23 org tuh. Adik deret2 16 org. Perghh perghh.. Sib baik terbaca blog Ayie. Hik3

    Thanks sayang~

    ReplyDelete
  2. nice sharing..sampul sekarang nk beli pun makin mahal harganya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..agak mahal la..nk pkai pulak bnyak

      Delete
  3. wahh..baru tau macam nie buatnye..terbaekk la.. :)

    ReplyDelete
  4. cantiknyer... nk buat x susah pun.. tp malas.. huhuhu..
    tangan org yg kretif ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..yg ni simple je,yg simple rajin cket ayie nk wt..hehe

      Delete
  5. Mesti banyak nak bagi duit raya nie...

    ReplyDelete