Monday, June 9, 2014

Mobile Application

بسم الله الرحمن الرحيم

Fuhh..lama ayie tak update blog kan. Apa boleh buat..tuntutan sebagai pelajar mengatasi segalanya. Ayie cuma nak update seringkas mungkin je kali ni. Ayie dapat 1 assigment ni da dekat sebulan tapi tak buat-buat jugak sebab tak reti nak buat macam mana. Assigment ni bergroup. Last-last, malam tadi habis kelas pensyarah cakap malam ni kalau boleh nak kena present da sebab nanti dia outstation. Tuddiiiaaa...kelam kabut baru nak buat. Ayie tak tidur malam tadi cuma terlelap jap sebelum subuh tadi. Sekarang memang mata panda la kan..huhu

Assigment nya ialah kena buat mobile application. Bunyi macam susah. Bila da buat rasa cam nak tampar je pipi sendiri sebab buat-buat susah sebelum ni. Padahal boleh je buat kurang dari 10 jam. Mula buat pukul 12:30 malam tadi. Pagi tadi dalam pukul 9 ciap da. Alhamdulillah.. Ok, siapa-siapa yang nak buat mobile application free boleh guna website ni, http://www.mobincube.com/. Sebenarnya banyak lagi application lain yang free boleh guna. Tapi kitorang pilih yang ni sebab agak mudah cket. 


Ni la rupa website tu. Kena login bagai baru boleh guna. Then kena la explore. Kalau tanya ayie, ayie jawab mana yang ayie tau je la kan..hehe Ayie pun baru explore malam tadi. Sebelum ni tak pernah bukak + tak pernah tahu pun..huhu


Ni pulak rupa mobile application group ayie. Kami buat tentang doa-doa harian. Ala-ala untuk kanak-kanak la. Tapi orang dewasa nak guna pun sangat di alukan. Ohya,lupa nak cakap..kami tak masuk dalam play store pun sebab kena bayar. So pakai Qr Code then download kat hp je.

Kesimpulannya, boleh je buat bukantak boleh. Sampai bila sikap tangguh kerja ni nak hilang. Aishhh..da dekat-dekat tahun akhir pun masih tak insaf ni..Parah2..=)


3 comments:

  1. Glad to have found your site. Keep up the good work! DB Product Review

    ReplyDelete
  2. Bagus juga ada mobile app camni... Memang terbaik la :))

    ReplyDelete