Friday, April 18, 2014

Selamat Pengantin Baru Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Di penghulu segala hari ni, sahabat ayie masa di sekolah rendah dulu akan menamatkan zaman bujang nya sebentar je lagi. Berdebar tak weh? haha Semalam dok mengusik dia nak kena salam tok kadi harini, haha Aku bangga tengok kau bahagia weh. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je sama-sama pergi sekolah dengan dia. Tup tup nak jadi laki orang da. Cepat masa berlalu. Da jadi orang da dia. Kerja pun bagus, berpangkat. Ayie tumpang gembira dengan kejayaan dia harini. 

Disebabkan ayie tak dapat hadir kenduri rumah dia minggu depan, ayie kirim hadiah dan doa je la.. Sedih jugak tak dapat datang hari bahagia member, tapi apa kan daya..Tuntutan sebagai pelajar menyebabkan ayie tak dapat balik kenduri dia. Takpe la weh..kau da jumpa kan aku semalam. Opps! bukan jumpa berdua ye. Adik ayie dengan Maisarah ada sekali tau. Jumpa pun sebab dia nak kasi kad kahwin, ayie pulak nak kasi hadiah. Lepas ni kena kurang da la bergosip dengan dia. Da jadi laki orang kan. Kang silap-silap bergaduh pulak kan. Mana boleh elak kita elakkan la ye..=)



Btw, ni la hadiah untuk member ayie tu. Hadiah biasa-biasa je. Yang penting datang dari hati, kan.. Kalau kau jumpa blog aku kau akan tahu la hadiah apa aku kasi kat kau, haha (hope so dia tak jumpa blog ayie) Tahniah sahabat! Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke syurga =)

Salam Jumaat

4 comments:

  1. kawan anis pon ramai dh dirikan masjid..hehe.. ayie bile lg??..kih3.. gurau2 je.. ^_^

    ReplyDelete