Saturday, April 5, 2014

Bertukar Status

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak dua menjak ni sorang sorang member ayie tunang la, kawin la..Harini member sekolah rendah kahwin. Minggu lepas classmate tunang. Minggu depan member baik sekolah rendah pulak akan tamatkan zaman bujang dia. Aiishh..semua pakat berubah status ni. Tapi satu kenduri pun ayie tak dapat hadiri. Adehh..sorry korang. Kekangan masa dan ayie jauh di perantauan menyebabkan ayie tak dapat datang majlis korang. Ayie kirim doa je la ye.. Semoga korang bahagia dan siap sedia dengan status dan tanggungjawab baru. 

Cakap soal tunang ni ayie  secara peribadi ada prinsip dan kehendak ayie sendiri. Tapi tu la, nak kena fahamkan parents ayie dulu dengan pendapat peribadi ayie ni. Bagi kehendak ayie, tunang tak perlu kot nak buat majlis besar-besar sampai berkhemah bagai. Sampai nak jemput semua jiran sekeliling. Bagi ayie cukup keluarga terdekat je yang tau pertunangan ayie. Lagi bagus kalau ayie dapat buat kat kampung kat rumah tok ayie. Sah-sah memang betul-betul keluarga terdekat je yang tau. Ayie bukan apa..masa tunang ni la banyak cabaran dan dugaannya. Kalau tak pelihara betul-betul macam-macam boleh jadi.Sebab tu jalan yang ayie pilih adalah untuk merahsiakan pertunangan. Setahu ayie, Rasulullah s.a.w pun menganjurkan macam tu. Rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan (maaf kalau salah)

Tapi terpulang lah dengan kehendak masing-masing. Tu hanya pendapat peribadi ayie je. Jangan marah ye..huhu Ayie sendiri pun belum pernah alami semua tu. Akan datang tak tau apa yang akan jadi. Tu hanya perancangan ayie. Tapi tu la..cakap soal status ni kan, cuba baca sini. Wallahua'lam..


p/s: Again, cerita kahwin lagi =D

15 comments:

  1. personally,sye mmg sokong psal rhsia prtunangan,hbahkan prkhwinan tu..sbaiknya bgitu

    ReplyDelete
  2. Bertunang ni kalau ikut saya faham ... dia macam chop lah... contohnya saya tak cukup duit lagi nak kenduri untuk kahwin mungkin amik masa 6 bulan ke setahun... tapi saya dah berkenan sangat dah kat Ayie ni... dan kalau boleh tak nak orang lain masuk... so saya sure suruh mak saya masuk meminang (bertunang). Bila dah bertunang, maka dah sapa tak boleh kacau... ehehehe... tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2!setuju..mcam chop la, orang lain takleh usik la..tapi nak chop pn kena la sungguh2 chop kan..tak baik main kan perasaan kan.. ^_^

      Delete
    2. Serious ke tak chop tu tengok bawak mak bapak ke tak lah kan... kalau setakat chop gitu tak ada insuran mana boleh hahahaha

      Delete
  3. Hai. Blogwalking ^^

    Jemput join
    http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

    Hadiah: BAP cap, Produk Herbalife, Bawal Rose, Shawl Sugarscarf, Topup, Sabun Collagen dan banyak lagi !!!

    ReplyDelete
  4. setuju..sederhana itu indah juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..yg penting hubungan halal nanti..=)

      Delete
  5. elok buat kecik2 sudah la.. x perlu smpai ada pelamin and si lelaki pun siap bertanjak... bukan cemburu.. tp nak elak fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..ayie pn bkan cmburu..cuma rasa macam cket over..^_^

      Delete