Thursday, March 20, 2014

Jom Breakfast!

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam tadi ada program di kampus. Ceramah yang bertajuk Munajat Taubat. Ustaz cakap jangan tidur lepas Subuh nanti malaikat rahmat tak datang. So, harini dengan bahagia je tercongok depan laptop (insaf jap) hehe..Tapi tu la kan, life sebagai student ni kadang jadual tak menentu. Kadang 4 5 pagi baru nak tidur. Tak tidur langsung pun pernah tau.. Malam siapkan assigment sampai la ke Subuh, then sambung lagi. Petang baru cover tidur balik. Ni pun bakal menghadapi lagi bila di hujung-hujung semester nanti, huuwwaa...

Sumber: Google
Bercakap soal makan, ayie akui memang jadual makan ayie sangat tak menentu dan sangat-sangat la tak elok kan. Sarapan tu jangan cakap la. Selalu nya sarapan, lunch dan minum petang di sekalikan je. Lagi dasyat kadang tu dengan dinner sekali di satukan. Seharian tak makan, malam baru makan. Kalau orang lain mungkin dah longlai dan boleh pengsan ni. Tapi ayie da terbiasa dek kerana kesibukan. Apa boleh buat kan..Lagi hebat kalau ayie busy sangat makan tolak tepi, kerja tu pentingkan dulu. Sangat tidak sihat aktiviti ini. Jangan contohi ye,hehe Ayie nak share cket kenapa pentingnya sarapan pagi. Peringatan untuk diri sendiri. Moga-moga lepas ni rajin nak gagah kan diri bersarapan, huhu 

Mengapa sarapan pagi itu penting?
1) Mengurangkan berat badan
2) Menambah tenaga
3) Menjaga kesihatan jantung
4) Meningkatkan sistem imunisasi
5) Meningkatkan Konsentrasi
(Sumber Sini)

p/s: Korang sarapan apa pagi ni? Ayie sarapan roti canai, nyum2! =)

5 comments:

  1. tak pnah terlepas bfast.. tp badan mcm ni jugak... hehehe ..

    alahai comel nyerr makanan tu.. x smpai hati nk makan

    ReplyDelete
  2. hehe..bagus la awak bfast,
    xpe2..plan2 exercise =)

    ReplyDelete
  3. alaa..syira slalu malas nak breakfast

    ReplyDelete
  4. same la ayie ni pun, tak sempat + malas..hehe

    ReplyDelete