Saturday, March 1, 2014

Genap Sebulan

بسم الله الرحمن الرحيم

1 Mac 2014. Genap sebulan da ayie melibatkan diri dalam dunia blog ni. Mula-mula dulu yup, memang ada rasa jugak la nak putus asa. Sebab apa? Sebab ayie tak tau apa-apa langsung pasal dunia blog ni. Nak buat account google pun gagap-gagap lagi. Tak de siapa yang guide dari mula buat account. Semua ayie godek-godek google je. Da siap buat account da create blog, satu hal pulak..Macam mana nak buat blog yang comel-comel cket,ermm buntu jap. Baca tutorial ada yang cam susah cket nak faham. Mula da rasa tak payah ada blog. Tapi dalam hati nak sangat..Hentam je la kan. Janji nampak agak kemas tu ok la. Baru lagi kan..

Then, bila da buat ragu-ragu pulak nak publish blog. Tertanya-tanya ada ke orang nak kawan dengan aku nih..Tak de pulak mana-mana member yang kenal yang ada blog ni. Ermm..sekali lagi, rasa tak nak ada blog. Tapi dalam tak nak tu still lagi cuba. Yang buat ayie terbuka hati nak ada blog ni sebab ayie selalu baca orang. Kira silent reader la kan. Macam best je. Blog yang selalu ayie bukak adalah blog IntanBerlian. Hampir setiap hari ayie bukak blog tu sejak dari tahun lepas lagi. Tu yang makin terasa nak ada blog jugak, huhu 

Bila da publish tak reti pulak nak letak follower. Aduhh..sekali lagi rasa tak nak ada blog. Sebab tak pandai segala benda dunia blog ni. Then, cuba-cuba tanya dengan beberapa blogger lain antaranya Syira Lokman. Lepas tu baru la mula mengaktifkan diri dengan blog ni. Boleh la cket-cket. Perkenalkan diri bagai, join segmen dengan giveaway. Dapat la tambah rakan-rakan. Dalam sebulan berblog ni dapat la sahabat blog 53 orang. Bagi ayie ok la tu. 

Ayie puas hati sebab akhirnya dapat jugak ada blog sendiri walaupun pada awalnya merangkak-rangkak takde siapa guide lagi. Ayie nak ucap kan terima kasih banyak-banyak kepada semua blogger-blogger yang support ayie secara langsung ataupun tak. Ayie hargai sangat-sangat. Dan satu lagi yang buat ayie terharu dengan dunia blog ni, sahabat-sahabat blog ni tak lokek nak kongsi ilmu, dan yang penting tak sombong. Thanks semua..! =)


7 comments:

  1. best kan kawan2 kat blog..semuanye byk bantu kite.. :)

    ReplyDelete
  2. Eh ayie baru sebulan ye buat blog ni? Nampak cam blogger otai je. Hehe :)

    ReplyDelete
  3. anizz::kan2..kawan-kawan blog banyak bantu =)

    Zumal::otai?baru lagi la..hehe

    ReplyDelete
  4. tahniah..ain 6 bulan baru dapat tambah sampai 90 follower sebab jarang promote..Ayie boleh kejar lagi ni.hehe..

    ReplyDelete