بسم الله الرحمن الرحيم
Salam, hye!
Sedar tak sedar 6 bulan dah ayie berkhidmat dengan tadika ni. Macam-macam pengalaman ada. Bukan senang ayie nak tackle hati anak-anak tadika ni masa awal-awal dulu. Sampai sekarang pun masih ada beberapa hal yang bagi ayie masih gagal ayie buat. Anak-anak dah terbiasa 4 bulan dengan cikgu sebelum ni, tetiba nak dapat pulak cikgu baru. Mesti diaorang pun ambik masa nak sesuai kan diri kan.. Antara beberapa cara yang ayie buat dan bagi ayie cara ni berjaya buat ayie tackle hati anak-anak 4 tahun di bawah jagaan ayie.
1) Pujian
Jangan kata kanak-kanak, kita yang dewasa ni pun suka pujian kan? Masa ayie awal-awal pegang kelas ni dulu, sorang anak soleh ni memang tak mau buat kerja apa langsung. Tapi ayie dapat detect dia suka mewarna dan dia mewarna cantik. Cantik bagi tahap umur 4 tahun la. Warna tak keluar garisan. Pandai warna ikut objek. Contoh nya daun hijau, awan biru. Jadi nya ayie try puji dia. Selalu puji. Cakap dia pandai buat kerja, dia mewarna cantik. Sampai satu tahap dia dah suka buat kerja.
Alhamdulillah. Bagi ayie ni satu kejayaan. Bukan dia sorang je ayie puji ye, setiap anak-anak yang elok perangai, rajin buat kerja semua ayie puji. Kira macam nak rangsang diaorang supaya lebih rajin dan mahu buat kerja. Lagi satu nak bagi diaorang keyakinan yang dioarang pandai buat kerja, kerja diaorang cantik. Tapi yang masalah sekarang ni, anak soleh ni pandai da menjawab. Bila ayie puji "Pandainya Muhammad buat kerja.." Tau dia balas apa? "Saya memang pandai pun!" T__T <takpe lah nak..asalkan awak mahu buat kerja, awak memang pandai sayang>
2) 10 Markah
Anak-anak ni memang suka dapat markah banyak. Padahal tak wujud pun 10 markah tu. Maksud ayie takde tertera pun 10 markah tu dekat whiteboard ke mana ke. Sekadar ayie sebut di bibir je. Contohnya, salah sorang anak soleh atau solehah ni boleh hafaz dengan baik surah terpilih. Ayie just sebut, "10 markah untuk Nur!" Ataupun diaorang boleh jawab soalan dengan betul, ayie bagi 10 markah. Sekadar sebut saja, tu pun da boleh buat anak-anak ni jeling rakan sebelah sebagai tanda "aku dapat 10 markah weh" hahah Kelakar tengok gelagat diaorang ni
3) Carta Bintang
Ni contoh carta bintang anak-anak 4 tahun ayie. Awal-awal dulu ayie jenuh perah otak. Apa la nak buat nak ambik hati anak-anak ni bagi seronok belajar dengan ayie. Masa Ramadhan lepas datang idea ni. Jadi nya kita pi la kedai cari bahan apa yang sesuai nak buat carta ni. Ayie beli kertas hitam tu jenis yang keras. Tak tau la nama apa kertas jenis tu. Soft-board kot. Lepas tu beli kertas warna sikit nak hias-hias. Asalnya nak letak gambar diaorang dekat setiap column tu tapi anak-anak pemalu pulak nak bergambar sorang-sorang. Jadinya letak gambar mana yang sporting tu je la..hehe
Bintang ni diaorang dapat bila diaorang behave, dengar cakap cikgu, rajin buat kerja, baca surah dengan tertib, lebih kurang gitu laa.. Diaorang sendiri yang akan tampal bintang tu. Sebab tu diaorang sangat excited bila tiba masa nak dapat bintang. Carta ni special sikit. Bukan hari-hari anak-anak akan dapat bintang. Mungkin seminggu atau 2 minggu sekali. Sebab ayie tak nak anak-anak cepat bosan kalau selalu sangat dapat bintang. Nanti anak-anak rasa macam senang-senang nya boleh dapat bintang. Alhamdulillah cara ni pun berjaya tackle hati anak-anak ni.
4) Markah Berkumpulan
Sesekali ayie kena mengajar 6 tahun. 6 tahun ni lagi banyak ragam. Maklum la diaorang da 'senior', hihi Jadi cara nak bagi diaorang duduk diam atau dengar cakap ayie bahagi diaorang 2 kumpulan. Pilih sendiri nama kumpulan. Masa diaorang pilih nama ni, ayie dalam hati cakap, takde nama lain ke nak oii.. Tapi takpe lah, cikgu ikutkan saja. Kumpulan yang behave, boleh jawab soalan, cikgu tambah markah. Yang mana tak behave, tak dengar cakap potong 1 markah. Banyak jugak manfaat dari cara ni tau.
Antaranya, selit matematik. Bila tambah atau kena tolak markah kita suruh anak-anak ni kira. Secara tak langsung dapat jugak belajar math kan. Kemudian, sifat kerjasama. Anak-anak ni akan tegur ahli kumpulan dia supaya duduk diam, atau dengar cakap cikgu supaya markah diaorang tak hilang. Anak-anak akan lebih bersemangat nak buat yang terbaik sebab boleh dapat markah banyak.
5) Video
Zaman teknologi ni macam-macam ada kan. Antara yang ayie buat bawak laptop bukak cerita atau video pelajaran. Alhamdulillah cara ni berjaya ayie tackle hati anak-anak 4 tahun. Diaorang memang sangat excited bila ayie bawak beg laptop. Padahal belum tentu dalam beg tu ada laptop, hahah Anak-anak cakap apa, "cikgu, belajar tak seronok, tengok video seronok!" Padahal diaorang tak tau, video tu pun cikgu selit jgak pelajaran, hihih Video ni pun bukan setiap hari ayie tunjuk. Seminggu sekali atau dua kali je sebab tak nak anak-anak cepat bosan.
6) Penghargaan
Penghargaan ni tak semestinya dalam bentuk material. Kita melayan anak-anak bercerita pun diaorang dah suka. Layan kan saja cerita diaorang pergi zoo, ayah beli kan mainan baru, opah rotan tak dengar cakap. Diaorang akan sangat appreciate bila cikgu dengar segala cerita dan 'masalah' diaorang tu. Tergambar keceriaan kat wajah diaorang tu bila dapat bercerita. Sesekali ayie reward jugak diaorang dengan material tapi tak selalu. Ayie tak nak biasakan sangat. Lagi satu, anak-anak tadika ni ramai. Rasa tak adil pulak kalau 4 tahun je dapat sesuatu.
Ni saja lah sedikit sebanyak yang ayie kongsikan. Kerja dengan tadika ni kena extra kreatif sikit. Hari-hari kalau boleh nak dedah benda baru dengan anak-anak. Sebab tu kalau sesuatu benda ayie tak buat hari-hari. Tak nak diaorang jemu. In sha Allah mana yang baik tu boleh ambik sebagai rujukan. Kalau ada cara lain share la dengan ayie tau. In sha Allah sama-sama kita berikan yang terbaik untk anak-anak =)
Menarik perkongsian ni... Boleh diaplikasikan..
ReplyDeleteIn sha Allah, sama2 kita buat yang tetbaik kan =)
Delete