Sunday, November 23, 2014

Cara Student Makan Untuk Jimat

بسم الله الرحمن الرحيم

(Entry ni bukanlah bertujuan untuk menunjuk dan sebagainya, hanya peringatan untuk diri sendiri bahawa pernah mengharungi detik² getir ni)



Yeah, student life sangat mencabar. Bukan senang nak face kalau tanpa kesabaran yang tinggi. Tapi ni la pengalaman yang mematangkan diri. Alhamdulillah, bersyukur masih diberikan nikmat kehidupan yang jauh lebih besar. 

Okey, menu tengahari ni. Masak nasi, stok sayur ade lagi beli haritu kat pasar malam, 3 pinggan sayur campur RM5. Dapat masak 3 kali. Haa.. Jimat da tu,huhu Buat sup sayur, tahan sampai malam. Lepastu beli sekor ikan goreng, kuah masak merah & sambal belacan (ambik lebih cket,leh makan malam nanti,tambah selera..huhu) = RM 1.50.

Jimat? Nak lagi jimat, dapat ikan kembung yang segar² 1kg RM4. Lagi puas makan. Tapi memandangkan sibuk, tak rajin pulak nak siang ikan,hehe Kadang nasi dengan telur goreng pun sodaap! Hehehe Ayie bersyukur sangat dok Kedah ni makanan masih di kira murah kalau dibandingkan dengan KL bagai. Alhamdulillah..

Apa yang nak ditekankan di sini:
#Kalau kita rasa susah, percayalah..ada orang lagi susah dari kita
#Masa duit tengah ada, TOLONG la BERJIMAT. Sebab ke depan kita tak tahu duit kita cukup tak untuk survive? Atau tetiba ada emergency, nak cekau duit mana?
#Beli ikut keperluan,bukan ikut kehendak. Kau try la buat time kau tengah terdesak, confirm kau menyesal
#Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan
#Walau susah macam mana pun, jangan lokek nak sedekah walau sekupang pun. Percayalah, walaupun cket kita tolong orang, ganjarannya besar disisi Allah. Ikhlas kerana Allah. 

-Nikmat bahagia & ketenangan itu indah-

2 comments:

  1. betul tu. Student life mmh teramat mencabar. Kalau makan sorang2, teringat plak lauk yang ibu masak kat rumah.. Huaaaaa !! T^T #homesick. Sabar2x, bulan 1 ni habislah sem satu. Boleh enjoy sebulan kat rumah .. hihi XD

    http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/11/status-h-i-t-u-s-off.html

    ReplyDelete
  2. aduh..teringat memori masa belajar dulu..memang usaha nak berjimat..tapi bila ingat balik,best pulak..

    ReplyDelete