بسم الله الرحمن الرحيم
Sepanjang 5 bulan ayie berblog ni, ni laa kali pertama ayie face to face dengan blogger. Teruja tau! Actually da lama ayie follow satu blog ni. Dari tahun lepas lagi. Hari2 bukak baca blog dia. Sampai la awal tahun ni rasa macam teringin pulak nak ada blog sendiri. Kira macam blogger yang ayie follow ni macam sumber inspirasi gituu..hehe Tapi jujurnya, memang dia memberi inspirasi kat ayie pun. Dulu2 dok baca blog dia selalu berangan2 bila la dapat jumpa kakak manis ni. Bila la dapat main2 dengan anak2 dia. Akhirnya jadi kenyataan jugak. Alhamdulillah..
Ayie tak tau la kenapa bila dok baca blog kakak ni rasa macam dekat je dengan dia. Rasa macam kenal lama pulak. Ayie lama da tau kakak ni memang dok area Sungai Petani. Cuma tak tahu la rumah dia kat mana. Nak jumpa pun macam takde sebab pulak tetiba nak jumpa je kan. Segan pulak..Tapi, disebabakan kakak ni baru je lahirkan anak dia yang ketiga ada la chance ayie nak ziarah dia sekeluarga kan..hehe Apa lagi, ayie tak tunggu lama la..Terus cakap dengan kakak ni ayie cadang nak ziarah kakak dengan baby baru.
Cari2 punya cari taman kakak ni akhirnya jumpa jugak. Allah permudahkan, Alhamdulillah.. Takde la jauh sangat pun dengan rumah ayie. Cuma ayie tak pernah pulak masuk kawasan perumahan kakak ni. Excited + debar2 nak jumpa kakak ni. Comel orangnya. Dalam pantang pun masih lagi lawa tau. Anak2 kakak ni pun comel2 + bijak2. Baby pun cooooommelll sangat. Geram! Tapi ayie tak berani la dukung baby tu, kecik lagi..kekok,hehehe
Masa ayie nak balik boleh pulak anak kakak ni yang no2 nak ikut ayie balik tau,hehe Padahal baru je kenal. Mula2 tu dia taknak kawan ayie. Last2 berkepit pulak dengan ayie. Comel la die..Eh! Siapa kakak ni? Kakak ni ialah Kak Ina. Lemah lembut je orangnya. Untuk kak ina, semoga kak ina sekeluarga dimurahkan rezeki, dilindungi Allah selalu, dikurniakan anak2 yang bijak dan soleh solehah, Amiin..Ada rezeki boleh jumpa lagi, In Sha Allah..=)
Salam Jumaat
oh jumpe owner intan berlian ye.. seronok ayie.. mesti comel anaknye.. :)
ReplyDeletehehe comel btl anak2 kak ina =)
DeleteSalam Jumaat Ayie... Wah, bertemu dengan owner Intan Berlian yer ^_^
ReplyDeletealhamdulillah..dpt jugak jmpa =)
Deletegigih mencari rumah ye..hehe.bgs la mcm tu...alam maya menambahkan silaturrahim..folo sini.
ReplyDeletejumpe jugak rumah akhirnya,hehehe
DeleteWahh..bestnye jumpe blogger intan berlian. :) huntungg laa dekat. :D
ReplyDeletehehe sbb dkat la leh jmpa =)
DeleteKenapa tak ambil gambar babynya.
ReplyDeleteMesti comel macam Alisya dan Aqila juga kan..
betul2,comel mcm kakak2 dia =)
DeleteWahh... best kan, dpt jumpa sesama blogger. Msti comel bby k. ina...
ReplyDeletebest2! bby coomeelll sngat!
Deleteuntungnya bila duduk berdekatan..dpt jumpa baby baru..
ReplyDeletealhamdulillah =)
DeleteWah seronoknya dpt jumpa ina... saya pun byk belajar pasal blog dr ina...
ReplyDeleteblog kak ina bnyk bg inspirasi kan
Deletebestnya jumpa baby..
ReplyDeletebest!comel lak tu =)
Deletedari segi penulisan kak ina pn dah boleh agak ramah dan lembut org nya :)
ReplyDeleteWah...pegi umah intan ye...hehe...salam kenal dik!akk dtg dr blog intan.. :)
ReplyDeleteSalam Perkenalan Ayie!
ReplyDeleteBestnya dapat jumpa blogger secara face to face :) Saya doakan semoga ikatan awak ngan kak intan akan sentiasa berhubung lagi selepas ni...
Jika sudi singgahlah ke blog saya
http://ummirdinacong.blogspot.com/
TQ