Monday, June 13, 2016

Temuduga Guru MARA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Bulan lepas buat pertama kali nya ayie dipanggil untuk official temuduga, dalam erti kata lain temuduga kerja kontrak/tetap kerajaan. Tarikh ayie temuduga 30/5/2016 (Isnin) di ILKM Jawi, Pulau Pinang. Jawatan yang dipohon guru media. Dapat tawaran 2-3 minggu sebelum tu lagi. Dalam surat tawaran cakap seawal jam 7 pagi perlu hadir untuk sesi pendaftaran. Fikir punya fikir akhirnya ayie dan parents decide nak ambik homestay stay sana awal sehari. Jarak dari Taiping ke Jawi tak la jauh mana pun. Lebih kurang sejam je rasanya. Boleh je nak keluar awal pagi tapi fikir balik, kita tak tahu apa-apa jadi kat perjalanan nanti. So pergi awal sehari. Korang kalau nak stay homestay boleh cari kat mudah.com Mesra Homestay. Harga berpatutan. Tak jauh pun nak ke ILKM tu, dalam 5 minit je.

Oke, berbalik pada sesi interview. Ayie datang 10 minit sebelum pukul 7. No. giliran ayie 48. Ada 4 stage yang perlu calon buat. Tapi pada hari kejadian hanya 3 stage yang kami buat. Untuk Ujian Psychometric dalam sesi taklimat di beritahu kena buat ujian tu dalam bulan Jun ni. Tapi setakat ni belum ada apa-apa perkhabaran. Nanti apa-apa ayie update lain ye.

Stage 1 - Fitness Test

Yang ni kena berlari atau di panggil beep test. Cari kat youtube macam mana beep test tu. Lari ikut level dan masa yang ditetapkan. Gigih la 2-3 minggu sebelum tu dok jogging bagai. Masa hari kejadian tetap tak berapa oke jugak. Mengah + penat. Hmm redha je la part ni kan.. Tips ayie, korang kalau nak berlatih better berlatih by masa. Baru tau kemampuan diri bila ikot masa tu. Macam ayie main exercise je..

Stage 2 -  Interview

Settel fitness test terus siap-siap untuk sesi interview. Tunggu punya tunggu sampai la giliran ayie. Interview by group 5 orang. Jawab la apa yang patut bila diaorang tanya. Diaorang nak tengok keyakinan dan keupayaan kita berfikir. Think out of the box.

Stage 3 - MicroTeaching

Sesi ni sekejap je. 10 minit mengajar. Lebih tu ada la soal jawab cket dengan penilai@'pelajar'. Ayie mengajar je anggap diaorang macam students ayie. Buat la apa yang patut untuk 10 minit tu. Prepare ikut subjek yang kita akan ajar nanti. Macam guru media ni masa ayie kerja dulu kena mengajar sivik. 

Setakat ni, itu je la yang ayie boleh share. Ayie nak share berjela bagai pun ayie tak tau apa yang ayie buat sepanjang interview tu berjaya atau tak. Doakan ayie ye.. Harap sedikit sebanyak tu dapat la memberi gambaran ye. Apa-apa nanti ayie update lain tau. Gambar? hmm takde masa nak fikir bergambar masa hari kejadian. Sebab nervous tu hanya Allah yang tau..

UPDATE 

Stage 4 - Indikator Perwatakan Unggul (IPU)

Harini, (25/6/2016) da boleh start jawab ujian. Nama ujian ni Indikator Perwatakan Unggul (IPU) Member bagitau cek email semalam. Pagi semalam cek email takde apa-apa lagi. Petang nak dekat bukak puasa tu cek, Alhamdulillah dapat email minta jawab Indikator Perwatakan Unggul (IPU). Jadi, sahabat-sahabat seperjuangan ayie boleh la semak email masing-masing ye. Ujian ni mula 25/6/2016 sehingga 29/6/2016. Susah tu tak susah. Cuma "ya" atau "tidak" je. Tapi tu lah.. Berpeluh jugak la nak menjawabnya, huhu Ujian ni nak tengok kecenderungan kita. Takde betul takde salah dengan jawapan tu. In Sha Allah.. Good Luck ye semua.

UPDATE (31 OKT 2016)

Apa ayie share ni setakat info yang ayie dapat dari kawan-kawan group whatsapp. Sebenarnya, keputusan temuduga lepas mungkin/sudah pun keluar minggu lepas. Sebab apa ada 'mungkin'? Sebab ada macam-macam persoalan dan adaian. Jadi, sesiapa yang dapat emel atau mesej dari MARA tu di kira berjaya. Yang tak dapat apa-apa khabar berita ni mungkin calon simpanan ataupun sudah di anggap gagal. Khabarnya, tak ramai dari batch kita yang interview lepas dapat jawatan ni. Wallahua'alam.. 

Ada juga info mengatakan tempoh sah laku interview setahun. Jadi dalam masa setahun ni (sehingga Mac-Mei 2017) sekiranya ada MARA emel atau mesej kita, tu rezeki. Tapi jangan terlalu letak harapan yang tinggi. Just pray. Ada rezeki in sha Allah..kalau takde rezeki mungkin rezeki kita di tempat lain kan? Sekadar perkongsian. Untuk lebih tepat dan jelas, boleh la call HQ MARA terus untuk dapatkan kepastian. Ayie kongsi apa yang ayie tahu je..

Untuk korang yang dapat, tahniah! Selamat melapor diri 2 Nov 2016 ni dan selamat menjalankan tugas. Ambil peluang ni sebaik mungkin. Beribu yang mohon, tak ramai yang dapat peluang ni. Kalian bertuah! Buat kita yang tak dapat ni, jangan berputus asa. Teruskan berdoa dan berusaha. In sha Allah ada rezeki kita nanti. Rezeki tak salah alamat kan? =')

****************************************************************************

Kisah disebalik interview

Masa interview by group, salah sorang dari kami lelaki berasal dari Sabah. Nama dia Andrew. He's look nice. Tapi yang pasti laki orang la, hahah Nak dijadikan cerita, kami habis semua sesi hampir sama. Tapi dia untuk subjek lain. Kebetulan masa ayie tunggu parents ambik ayie dia ada hampir dengan ayie. And sorry Andrew, I terdengar perbualan you dalam hp dengan kawan you mungkin. And I put myself in your shoes. 

Nampak dia macam dalam kesusahan je. Nak faham nama tempat kat utara ni, nak tau kat mana patut ambik teksi, nak naik bus kat mana, or nak ambik train kat mana. Ayie fikir kalau ayie kat Sabah sorang-sorang pun mesti terkapai-kapai. Jangan kata Sabah, kalau keluar dari utara ni pun ayie tak berapa tahu jalannya macam mana. Rasa terpanggil nak tolong dia. Kami tumpang kan dia sampai stesen bus Parit Buntar. Tapi tiket bus semua pukul 8 malam ke atas. Masa tu baru pukul 5 lebih camtu. Jadi kami bawak dia balik Taiping, haha Naik bus dekat Kamunting. Nasib ada tiket pukul 6:30 petang. Kami sampai dalm pukul 6 macam tu. Settle tolong orang Sabah..=)

55 comments:

  1. Salam... Ujian psikometrik dah panggil tak ayie..

    ReplyDelete
  2. sy pon.. subjek kimia.. tp blom kan dpt msg ujian phycometric tu

    ReplyDelete
  3. Wsalam. Dah boleh jawab ujian tu. Start 25/6-29/6. Cuba cek email =)

    ReplyDelete
  4. slm..utk ujian psikomtrik tu mmg xde dpt result brp2 kan?pastu ad x grup wsup utk geng2 mac 2016?(insyirah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, xde result dapat berapa². Pasal group wasap tu ayie pun x pasti. Kalau ade bagi tau ayie same ye :)

      Delete
  5. ada x link tuk email psychometric.. sebab saya asa terima msej tapi sampai skrg belum terima email .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh cuba semak dekat sini

      https://www.interactive.jpa.gov.my/ujian/

      Delete
  6. ha.a...ye...dah buat ujian tu..ari ni last.. jom buat group wassap utk update pasal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa boleh2! awak nak create group ye? Meh email, ayie nak pm number

      Delete
    2. Ada group wasap ker?

      Delete
  7. result bile keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun ayie tak tau,hihi Tapi masa interview haritu ada la dengar orang tu cakap lepas raya. Bila tu waallahua'alam..

      Delete
  8. Kalau ada group whatsapp please add me as well. Nervous lah tak dapat apa2 info. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada InShaAllah ayie add tau, ayie pun takde apa-apa info..hihi

      Delete
  9. Tahun ni mcm xde discussion je mcm tahun2 sudah.. so mmg xtau info psl ni. Tgk website mara pun xde pape jugak..

    ReplyDelete
  10. nak join jugak grup wassap

    ReplyDelete
  11. Klu blum ada group whtspp,kte create la..nti msig2 add member..blh bncg pape dlm group 2..sbb lme gak nk thu result dy kn.

    ReplyDelete
  12. salam.. jom kta wat group wassap iv guru mara 2016.. just wassap no ni.. 0195500288 t sy add dlm group

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 6 org dlm group tu.. t sy add lg.. bg taw kawan2 yer.. in sha Allah kta semua dpermudahkn

      Delete
    2. Waa! Thanks ye create group, nt boleh war2 kn =)

      Delete
    3. boleh masukkn sy sekal tak? 0132377224.. terima kasih.. :)

      Delete
    4. Boleh masukkan sy sekali..0132054185..Hisham..

      Delete
  13. ada yang dah dapat jawapan temuduga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ty ayie atas respon...hehe...baguslah ayie buat blog ni..at least dapat juga saya tahu pekembangan temuduga MARA tu..huhu

      Delete
  14. Salam...ada yg dh dapat result interview x? Dh lame dh rase ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Belum lagi, in sha Allah between okt-dec ni. Sama2 doakan ye =)

      Delete
    2. Kt website mara ade semakan keputusan mara on boarding sesi 1/2016 yg tu bukan result interview ke? Pls sape2 yang dah dpt makluman or result bagitahu laa ye...

      Delete
    3. Bukan.yg tu untuk tindikan mara..

      Delete
  15. Replies
    1. Boleh google kalau nk tahu apa itu tindikan mara

      Delete
    2. kwn sy yg kerja guru mrsm bgtau..dia ckp result x keluar lg..satu lg perasan x,bla kita isi no ic kita pada link tu.akan keluar mcm ni 'harap maaf nama anda tiada dlm senarai temu duga'..hehee..sepatutnya msti akan kluar maaf anda tidak berjaya..

      Delete
  16. Bleh x add sy DLM group..0124434531

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.. blh x add sy dlm grup. Nama Khairul iv utk subjek ekonomi 013-468 7443

    ReplyDelete
  18. Bleyh x add sye dlm grup ..iv kos sejarah.. 016-6645162

    ReplyDelete
  19. Boleh add sy x dlm group..
    018-3581103..

    ReplyDelete
  20. Salam...ada yg dah dapat ke result mara?

    ReplyDelete
  21. salam...ada yg dah dapat result mara ke?

    ReplyDelete
  22. Result dah keluar ya sahabat semua.��.boleh semak ya.alhamdulillah syukur.moga Allah permudahkan rezeki sahabat2 semua ya

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah, iv bimbingan dan kaunseling..pmohonan bjaya tp dihantar ke mrsm kt johor adesss

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Salam. Result boleh cek di mana ye. Sampai ke hari ni still x pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Setakat ni tak pasti valid link nya. Member yang dapat semua by sms & email. Kalau nak kepastian better call pejabat Mara terus =)

      Delete
  27. Salam..sy nk tny..klu nk apply cikgu mara ni..kne ada diploma pendidikan ke?sy lepasan degree bukan dlm bidang pendidikan..boleh apply ke?terima ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Boleh. Cuba baca syarat m.

      Delete
  28. Ayie nak tanya. Selepas tarikh tutup permohonan untuk jawatan guru di mara ni. Berapa bulan dpd tempoh tarikh tutup permohonan tersebut utk keputusan panggilan temuduga keluar?

    ReplyDelete
  29. mohon pandangan kalian.. yg ada pgalaman utk interview guru pendidikan islam mara. apa kebiasaan soalan familiar.. sy search google jumpa kalian dari bidang subjek lain.. takda pula yg share psl pdidikan islam. lagi 1 utk ujian fizikal tu.. 20meter tu brp minit kiraan dia..tgk borang dia, tp x faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. -ujian fizikal ayie x pasti berapa kiraan minit, tapi setiap pusingan kiraan masa nya akan makin laju

      - interview pendidikan islam setakat yg ayie pernah berbual dengan calon tahun lepas ada hafalan surah-surah sikit, tapi bergantung pada panel masing2 la, lain2 ayie kurang pasti..good luck! =)

      Delete
  30. Tahniah kpd semua yg dapat interview guru MARA kali ni (2017). Interview bermula harini (15/8/2017) dan kalau tak silap sehingga hari ahad ni di KKTM Lenggong. Pada yang x dapat, kita senasib..huhu inshaAllah ada rezeki lain nanti.. =)

    ReplyDelete
  31. Salam. Ble kputusan intview keluar untk yg dh iv buln 8 aritu?

    ReplyDelete