Monday, August 4, 2014

Raya 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Seminggu da beraya kan. Seminggu jugak la ayie tak mengadap blog. Raya sakan ayie ni,hehe Nak wat macam mana kan,busy..huhu Macam mana raya korang?mesti meriah kan..Raya ayie tahun ni alhamdulillah..sederhana je. Tapi tahun ni dapat la beraya ke rumah orang, keluar jalan-jalan. Kalau raya tahun lepas kami tak pergi mana pun. Tunggu tetamu je datang. Sebab ayah baru je excident 2 bulan sebelum raya tu (boleh baca sini dan sini) Sedih raya tahun lepas..Nak keluar jalan kena tunggu orang yang bawak kan. Sebab kami takde yang boleh drive,huhu Jom layan gambar raya tahun ni =)



Pagi raya macam biasa, pergi solat dulu. Dalam pukul 11 baru balik kampung. Balik Changkat Jering dulu lepas tu balik Semanggol. Dekat je pun. Balik hari je..hehe Raya pertama ni menu utama mak ayie buat bihun sup.


Si kecik Anis Maisarah ni pagi-pagi lepas solat raya dia jadi tetamu pertama da. Dengan kasut tumit tinggi dia, berlari-lari nak datang rumah ayie. Dia tak pakai tudung pun, adik ayie yang pakai kan dia shawl. Comel je dia pakai shawl. Pandai posing pulak tu =)


Raya kedua pulak balik Changkat Jering lagi. Sebab ada kenduri tahlil. Opah ayie kan baru meninggal 2 minggu sebelum raya (sini). Buat sekali tahlil untuk arwah2 mak sedara ayie. Semua ada berkumpul sama. Alhamdulillah..

Raya ketiga pulak keluarga belah mak datang beraya. Gamat la sekejap rumah ayie kan..hehe Semua adik2 mak datang walaupun tak datang serentak. Alhamdulillah..dapat jugak berkumpul sama. Mak buat bihun singapore. Habis licin..huhu Raya seterusnya kawan adik2 pulak datang. Mak masak lagi, buat bihun goreng pulak. Esok tu mak buat lontong pulak, nyum2..Raya kali ni mak rajin pulak buat makan berat2. Kata mak sebab anak2 da besar boleh tolong kat dapur..hehe



Yang ni semalam kami pergi kenduri dekat Batu Gajah. Baju ni la yang ayie jahit lace tu, hehe Tu je la kisah seminggu ayie beraya. Harini semua da mula bekerja, sekolah..Jangan malas2 ye. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

p/s: Jom sambung puasa dengan puasa 6 pulak =)

4 comments:

  1. selamat hari raya ayie..ain pun seminggu beraya tanpa internet.hehe

    ReplyDelete
  2. Seriously lawa baju yg last tu. Pandai ah jahit. Jeles! Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mna ade,ayie main tibai je jahit =P

      Delete