بسم الله الرحمن الرحيم
Semalam 12 Ogos ramai yang dapat keputusan universiti kan? Lepasan STPM dengan matrikulasi yang dapat tawaran U tu TAHNIAH ye. Yang tak dapat tu jangan kecewa ye..Meh ayie nak cerita cket. Suatu ketika dulu, tahun 2011 ayie jugak senasib dengan sahabat2 ayie yang tak dapat U. Kami tak dapat sambung mana2 pun. Kecewa jangan cakap la. Rayuan pun masih tak dapt jugak. Ayie pernah cerita cket pasal ni sebelum ni
Tapi tu la, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk ayie dan sahabat2 lain. Sahabat2 ayie ada yang da bekerja walaupun tak dapat U. Mungkin berkat kesabaran diaorang kan. Alhamdulillah..Ayie pulak,In Sha Allah da berada di tahun akhir da di UiTM Merbok, Kedah dalam kursus Pengurusan Perpustakaan. Nampak kan aturan Allah..Walaupun ayie lewat 1 semester dari sahabat yang lain tapi ayie berjaya jugak sambung degree. Memang mula tu ayie tersangat la frust. Sampai tak rasa nak belajar da. Tapi atas permintaan parents ayie turutkan jugak. Lepas tu baru la datang sendiri minat nak sambung belajar lagi, Alhamdulillah..
Sekarang, terasa nak sambung belajar lebih lagi. Tapi tu la..tengok pada keadaan dan kewangan. Ada rezeki In Sha Allah..yang penting nak bahagiakan mak ayah dulu, In Sha Allah.. Buat adik2 yang tak berjaya masuk U tu, jangan putus asa tau. Dan jangan putus doa dan harap dengan Allah S.W.T. Mohonlah denganNya, Allah perancang yang Maha Hebat. Jangan putus asa ye..Kalau tak silap ayie, UiTM ada lagi intake kedua untuk kemasukan Februari tahun depan. Adik2 try la apply ye mungkin bulan 10 atau 11 nanti ada bukak untuk kemasukan kedua ni..Adik2 alert tau dengan tarikh2 penting nanti. Gudluck adik-adik! Tahniah sekali lagi untuk semua adik2 yang berjaya masuk U. Jaga diri baik2 ye..=)
Sumber: Google |
Bagus entri ni. Khas buat semua yg bakal menjadi "student" kembali. 5 bintang tk entri nih. Huhu
ReplyDeletehehe 5 bintang jugak untuk ana chomel! =)
Delete