بسم الله الرحمن الرحيم
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar
Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia
Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka
"Bersyukurlah dengan apa yang diberikan Allah untuk kita. Nikmat Allah itu sangat luas dan banyak. Syukuri segala nikmatNya"
-Salam Jumaat-
Allah swt sentiasa memberikan yang terbaik untuk umatnya..Kita sebagai umatnya haruslah bersangka baik setiap dugaan yang diterima
ReplyDeletebetul2..Allah da aturkan yg terbaik untk kita =)
DeleteBersyukur dgn apa yang ada. Allah sebaik-baik perancangan..
ReplyDeleteAlhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya =)
Delete