بسم الله الرحمن الرحيم
Syukur Alhamdulillah..akhirnya apa yang ayie hajati Insyaallah akan tercapai. Dengan segala penat lelah, dan pengorbanan yang telah di buat, akhirnya terasa seakan terbalas segala pengorbanan tersebut. Allah..sangat terharu. Syukur Ya Allah, semoga semuanya menjadi kenyataan. Insyaallah..Projek penerbitan ayie bersama group ayie Insyaallah akan di terbitkan. Sebuah buku yang memberi maklumat tentang bahan-bahan lama perpustakaan.
Satu semester ni bergelumang dengan projek penerbitan buku ni. Dari kumpul bahan, sediakan contents sampai la bab design. Allah..peritnya tu hanya Allah yang tahu. Tapi, Alhamdulillah syukur sebab apa yang ayie hajati Insyaallah akan tercapai. Ayie dari awal memang nak buku ni diterbitkan. Bukan sekadar assigment semata-mata. Ayie nak nampak hasil dari apa yang telah di korbankan satu semester ni. Korban duit, korban masa, korban cuti.. Terasa terbayar semuanya. Sebelum ni ayie pernah beberapa kali 'merintih ' kat blog ni sebab tak dapat balik bercuti, balik lambat, kena pergi KL dengan tergesa-gesanya..Kalau nak tau boleh baca sini, sini, dan sini.
Nak menangis rasa bila lecturer sendiri pun cakap dia nak buku ni di terbitkan. Huwwaa..terima kasih miss! Seolah-oalah memahami isi hati ni. Seolah-olah faham segala pengorbanan kami. Sekarang tengah bertungkus-lumus lagi nak hantar 'dummy' (ayie tak tau eja sebenar macam mana,hehe). Kelmarin dah hantar 1st proof. Alhamdulillah da hampir 80% kata lecturer. Insyallah urusan penerbitan akan dibuat awal semester depan. Nak dapat kan evaluation dari lecturer lain dulu, nak dapat kan ISBN lagi. Jauh lagi perjalanan, tapi sekurangnya terasa hilang da cket lelah tu..
Ni la muka depan buku yang kami buat. Tajuknya, Marginalisasi: Menyingkap Bahan Perpustakaan. Jenuh kami dok perah otak fikir tajuk ni tau..huhu
Ni antara rupa isi kandungan buku
Rupa belakang buku. Maaf lah, gambar tak cantik mana..hp biasa je,huu
Doakan semoga semuanya berjalan lancar, Insyaallah..=)
Salam Ramadhan
hebat..good job
ReplyDeleteAlhamdulillah..=)
DeleteTahniah Ayie. :) ape2 pun berusaha.. Masih jauh lagi tu perjalanan. Hehe
ReplyDeleteTerima kasih, Insyaallah..kena usaha lagi ni =)
Deletetahniah ayie..bestnye dapat hasilkan sesuatu yang bermanfaat kan
ReplyDelete