Saturday, July 5, 2014

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, ayie di kurniakan sahabat-sahabat blogger yang tak kedekut ilmu. Ade jugak yang sudi bagi perhatian dekat entry ayie sebelum ni. Terima kasih ye, ayie sangat-sangat hargai. Ayie free nanti ayie godek2 ye. Ayie ada jumpa satu note ni berkenaan kenapa rezeki susah nak masuk..Untuk peringatan diri ayie sendiri dan untuk semua jugak la..Antara sebabnya: 

1) Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2) Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3) Berkira untuk bersedekah walaupun RM1
4) Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
5) Riak bila bersedekah
6) Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7) Tidak/kurang beristighfar
8) Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Tu la antara beberapa sebab susah rezeki nak masuk..Jadi sempena bulam Ramadhan yang mulia ni sama-sama kita ubah mana-mana perangai yang ada tersenarai kat atas ni ye. Rezeki tu milik Allah. Dia yang berhak memberi rezeki tu. Jadi pohon dan pinta lah denganNya, Allah S.W.T.. Insyaallah. Selamat berpuasa! =)

Sumber:Google

4 comments:

  1. betul tu..jangan rasa terbeban nak hulurkan duit untuk orang lain. kita memberi, allah ganti yg lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl2, Insyaallah..Allah kasi berlipat ganda lagi =)

      Delete
  2. Org yg susah nk dpt rezeki ni sebab dia tak rajin bersedekah. Kekadang org nak pinjam duit pun dia kedekut. Btw nice sharing.

    ReplyDelete