Friday, July 18, 2014

MH17 Pula...

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah..bermacam ujian Allah berikan untuk kita. Tahun ni saja negara di gemparkan dengan musibah yang besar. Kehilangan MH370 masih menjadi misteri, diikuti masalah di Sabah, dan sekarang MH17 pula yang khabarnya ditembak. Allah..besar ujian Allah beri ni. Dalam masa yang sama Gaza terus-terus di serang. Dunia semakin diberi ujian besar oleh Allah S.W.T. Mungkin sebagai peringatan, mungkin juga sebagai balasan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Semoga keluarga mangsa terus bersabar dan menerima ujian ini dengan redha. Allah sentiasa ada bersama mereka. Teruskan berdoa untuk penumpang-penumpang MH370, MH17, Sabah dan jangan lupa untuk rakyat Gaza. Alfatihah..


Salam Jumaat 

2 comments:

  1. Ini je cara Allah nak kita kembali pd-Nya. Mudah mudahan takde lg tragedi meragut nyawa.. Allahu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..teruskan perbaiki amalan kita, Insyaallah..

      Delete