Saturday, May 17, 2014

Taboos / Pantang Larang

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie nak tanya la kan, sesetengah pantang larang ni memang betul-betul ke ataupun sekadar nak memperingat kan je.. Kadang tu memang jadi secara kebetulan kan. Ayie selalu dengar golongan mak-mak pesan macam-macam, kau jangan buat itu, kau buat ini kang jadi tak elok nanti.. Ayie akui kadang tu memang betul jugak apa yang mak larang tu. Contohnya, mak pesan..orang cakap jangan mandi lewat malam nanti jadi apa-apa. Ayie kadang tu memang selalu mandi malam. Ada betulnya tak elok mandi malam ni. Kang dapat macam-macam penyakit pulak kan.. Dan yang terbaru ni, ayie dengar someone ni cakap sesuatu. Dalam hati betul ke apa yang dia sebut ni..Ke nak menyakat je, haha

"Abang tak nak makan tukar-tukar pinggan, nanti abang kahwin ramai"
Ayie yang terdengar ni cuma mampu berkata-kata, "errk?"
(setahu ayie kalau makan ubah-ubah tempat yang orang cakap nanti kahwin ramai,haha)

Betul eh statement kat atas tu? Tertanya-tanya pulak ayie... 


2 comments:

  1. Mungkin maksudnya pelbagai... Misalnya 'jangan nyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua' bila mak kata camtu ofkos kita tak buat dah... Mungkin mak tak nak kita melalak masa masak nanti kot2 kuar air liur masuk dalam masakan kat dapur tu. Hehe :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kan, kang tak sedap pulak masakan tu =P

      Delete