Friday, April 4, 2014

Fasa Perkahwinan

بسم الله الرحمن الرحيم

Eh!Kahwin pun belum pandai-pandai je nak cakap pasal kahwin kan..Takde la,ayie nak share je. Tak salah kan share info yang berguna dan peringatan untuk diri sendiri, huhu 
Orang tua-tua kata:

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) - Sentiasa diuji dengan kesempitan & kekurangan harta. Ada je yang tak cukup. Kena banyak bersabar tempuh fasa ni.

10 Tahun Perkahwinan (Fasa 2) - Allah dah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah kestabilan. Alhamdulillah..

15 Tahun Perkahwinan (Fasa 3) - Kehidupan lebih simple tapi stabil dari segala sudut

Sumber: Google

Semoga Allah memberi kemudahan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta hingga ke syurga..Amiin =)

-Salam Jumaat-

Thursday, April 3, 2014

Cerita Dinner

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap semester aktiviti yang boleh dikatakan wajib ialah dinner fakulti. Tujuan adalah untuk meraikan senior yang berada di last semester dan meraikan mereka yang dekan (untung la yang dekan tu kan, huhu) Setiap semester ada la tema-temanya. Dan untuk semester 2 dulu tema nya adalah "Color Block" tapi ayie tak pergi atas beberapa faktor (err yeke =D) Haha..abaikan. Yang pasti acara dinner memang tiap-tiap semester akan ada. Jom layan gambar.


Ni semester 1. Temanya adalah "Garden Glamarous". Baju tak kena langsung dengan tema kan. Jadi la, pakai la apa yang ada. Buat susah-susah je nak kena beli baju bagai. Pick & match je mana yang ada, huhu Semester 1 da la kena buat pesembahan. Satu kelas kena buat. Malu jangan cakap la. Bukan di bidang ayie kan..Kitorang buat flashmob.


Haa..yang ni pulak semester 3. Temanya adalah "Glittering". So kena pakai yang 'bling-bling' la kan. Ayie seperti biasa. Takde nak pakai yang vogue bagai. Just baju kurung moden yang ada 'bling-bling' gitu. Simple! Yang penting dinner kali ni ayie dapat cabutan bertuah,hehehe



Yang ni pulak semester lepas, semester 4. Temanya adalah "Corporate". Just pakai dress dengan cardigan ala-ala blazer gitu. Again, simple!. Dinner yang ni batch ayie yang handle. Memang da adat semester 4 yang akan handle dinner fakulti. Banyak pengalaman dikutip masa handle dinner ni. Ayie ditugaskan di bahagian protokol. Salah satu nya adalah iring VVIP. Gementar jugak la kan. Tapi tu la pengalaman. 

Dan untuk semester 5 ni temanya adalah "Retro". Ayie dan member-member kelas masih lagi berkira-kira nak pergi ke tak,haha Nampak tak 'ketidakikhlasan' disitu. Ampun pensyarah, kami bercadang taknak pergi..huhu Tapi akan di fikir-fikirkan lagi. Dinner bulan 5 depan kalau tak silap ayie. Apa-apa pun , setiap dinner ada kenangannya tersendiri. Ayie hargai setiap kenangan yang ada sebab takkan berulang kembali dah..Love the moment! =)

p/s: Apa yang ayie perasan, semester 1 kurus, semester 2 tembam cket, semester seterusnya tambah lagi tembam dan hasilnya, sekarang  + + + lagi tembam,huwwaa..


Wednesday, April 2, 2014

Serba Salah - MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie betul-betul serba salah. Dan tak tau nak buat macam mana..Pening jap nak fikir (macam heavy la sangat kan) Kisahnya ayie akan post hadiah-hadiah tu esok. Memandangkan esok free untuk ayie keluar sekejap, hari-hari lain ayie perlu tunaikan tuntutan sebagai pelajar..Masalahnya sampai sekarang ada SEORANG lagi yang tak serah diri. Nak buat cabut undi bagai pun rasanya macam tak sempat da. Jadi, setelah puas ayie perah otak ayie da decide..

Mana-mana peserta MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah yang paling cepat hantar details kat ayie di email ayie, ayie kira sebagai pemenang. Boleh macam tu? Jadi,jom cepat-cepat hantar email kat ayie. Siapa tahu korang salah seorang pemenang tu kan. Gudluck! =)

1- Nama penuh (bagitau sekali nombor korang dalam senarai peserta)
2- Alamat Lengkap
3- No. Telefon

hantar ke email: ayieatiqah@yahoo.com

p/s: Cepat-cepat hantar sebelum 8:30 malam ni

Cabutan Ke-2 MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ayie tunggu punya tunggu sampai ke saat ni masih ada 2 orang lagi yang tak serah diri. Seperti yang ayie bagi tau semalam, kalau tak serah diri sampai pukul 12 tengahari tadi ayie akan cabut undi lagi. Jadi undi da dicabut, pemenangnya adalah......

Keychain dari Thailand

Tahniah! buat pemenang baru. Ayie bagi tempoh sampai pukul 5 petang esok (2 April). Kalau tak serah diri ayie cabut undi lain tau..Sila bagi details korang seperti di bawah ye. Terima kasih sudi support ayie! =)

1- Nama penuh (bagitau sekali nombor korang yang kat atas tu)
2- Alamat Lengkap
3- No. Telefon
hantar ke email: ayieatiqah@yahoo.com

p/s:Harini genap 2 bulan ayie terlibat dengan dunia blog! =)

Wordless Wednesday #7 - So,What To Do?

بسم الله الرحمن الرحيم


Monday, March 31, 2014

Kisah Photoshoot

بسم الله الرحمن الرحيم

Photoshoot la sangat kan..hehe seumur hidup ayie pernah sekali je ayie terlibat dengan photoshoot bagai ni. Masa tu habis form6. Tengah tunggu result, tengah menganggur..hehe Asalnya bukan kerelaan sepenuhnya dari ayie. Sebab ayie malu..lagipun tak pandai la nak beraksi depan kamera ni. Tapi setelah dipujuk oleh mak dan yang penting PERCUMA, ayie pergi la jugak kan. Teruja!hehe..Yela,1st time kan..

Photoshoot ni dari satu syarikat produk kecantikan. Ayie tak berapa faham macam mana boleh jadi free tu sebab ni kawan mak yang deal dengan mak. Ayie ikut je la kan. Dia tangkap 15 keping gambar dengan 2 persalinan yang berbeza. Actually bukan persalinan la, cuma pakai macam coat camtu..Dan dia cuci sekeping gambar potret yang besar tu. Free! Cuma kalau nak semua gambar tu kena bayar la. Overall puas hati la sebab makeup semua diorang yang buat kan. Tinggal nak 'renyeh' depan kamera je,hehehe 


Ni la hasilnya..auta je tu. Hakikatnya ayie 'berspek' mata ye, hehe Rabun la jap masa tu sebab ayie tak pernah pakai + tak pernah ada contact lens. Takut nak pakai..huhu Apa-apa pun ia hanyalah sekadar suka-suka. Bukan untuk seberang tujuan comersial. Dalam photoshoot yang penting aurat tu mesti la terjaga. Dan satu lagi batas antara kita dengan orang yang terlibat dengan photoshoot kena la jaga jugak ye. Peringatan untuk diri sendiri..Keep smiling! =)

p/s: Ada siapa-siapa nak ajak ayie photoshoot tak? =)

Dan Pemenang MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah ialah...

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah..GA ayie telah selamat dijalankan minggu lepas. Dan harini tibalah masa untuk ayie umumkan pemenang. Bedebar tak nak tau?huhu Dan pemenangnya ialah...

-
-
-
-
-

Keychain dari Thailand x 4 
7) http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/03/minigiveaway-1-by-ayie-atiqah.html

TAHNIAH! buat semua pemenang..Bagi yang tak menang jangan sedih-sedih tau. Ada rezeki nanti ayie buat GA lagi ye. Support dari korang memang sangat awesome la! ayie sangat hargai..Ayie mintak maaf sangat sepanjang GA ni kalau ada apa-apa kekurangan dari ayie. Maafkan ayie ye..Pemenang semua boleh la bagi details korang kat email ayie tau. Ayie bagi tempoh sampai pukul 12 tengahari esok (1 April). Kalau tak serah diri ayie cabut undi lain tau..Terima kasih semua sudi support ayie! =)

1- Nama penuh (bagitau sekali nombor korang yang kat atas tu)
2- Alamat Lengkap
3- No. Telefon
hantar ke email: ayieatiqah@yahoo.com

p/s:Terima Kasih semua!