Thursday, September 25, 2014

Liebster Award 2

بسم الله الرحمن الرحيم


Kali ni ayie di tag oleh ABM. Thanks sudi tag ayie. Ayie akan jawab sebaik mungkin ye, huhu

Perkenalkan diri anda secara ringkas. Kalau nak tambah pun boleh
Nama ayie yang sebenar ialah Nur Atiqah dan berasal dari Taiping, Perak. Ayie anak sulung daripada 3 beradik. Ayie adalah bekas pelajar form 6 di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Masih belajar lagi dan sekarang berada di semester 6. Ayie melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Uitm Merbuk dalam jurusan pengurusan maklumat. Pernah bekerja sebagai guru KAFA dan bercita-cita untuk menjadi seoarang pendidik

Apa pendapat anda terhadap blog ABM?
Pendapat ayie la kan, blog ABM simple dan senang mata ni nak terima. Sebab apa? Sebab combination warna hitam putih tu memang kena. Apa orang cakap..em nampak menyerlah gituu,hehe

Siapakah 1 blogger perempuan dan 1 blogger lelaki yang menjadi pilihan anda?
Oke..blogger laki pilihan ayie adalah Hasrul Hassan. Sebab bagi ayie dia memang mesra blogger. Ayie pernah menang segmen yang bro ni anjurkan dan sampai sekarang kalau raya ke dia mesti tak segan silu wish sama kat kita, walaupun ayie hanyalah budak blog yang baru nak menapak. Dia sangat freindly. Blogger perempuan pulak mesti la Kak Ina! Dia kan sumber inspirasi ayie. Tambah pulak ayie pernah jumpa kak ina kan. Sayang lah kak ina & anak2 solehah dia! =)

Andai kata masa boleh diputarkan, apakah perkara yang anda ingin perbetulkan dalam hidup anda?
Jujurnya ayie adalah budak nakal zaman sekolah menengah dulu T__T Bukan nakal apa, ayie suka melawan pengawas la, tak pergi prep la, solat dalam dorm la, ayie buat benda yang dilarang,huhu sadis kalau ingat balik..Nakal2 ni la yang last2 pernah jadi guru. Hambikk kau budak nakal balik akibat perbuatan ayie dulu,huhu Kalau masa boleh putar balik, ayie nak ubah tingkah laku ayie zaman sekolah menengah dulu. Silap2 boleh jadi pelajar cemerlang! muahahaha

Apakah gadget yang menjadi impian anda dan ingin dimiliki suatu hari nanti?
Erm..ayie bukanlah gila gadjet. Cuma ayie pernah nak ada hp yang besar yang puas bila on9 dan main game. Alhamdulillah, ayie baru dapat beberapa minggu lepas Lenovo A889.

Apakah kenangan yang paling berharga yang anda tidak boleh lupakan sehingga di saat ini?
Kenangan paling berharga adalah ayah ayie terselamat daripada kemalangan maut..Syukur Allah masih beri peluang untuk ayah..Klik dan Klik

Apakah barang wajib yang ada di dalam beg anda bila keluar pergi jalan-jalan/kuliah?
Antara yang wajib ialah sapu tangan. Sebab ayie jenis tangan berpeluh. Satu lagi adalah hp. Kalau lupa bawak hp mesti tak senang duduk. Rasa nak terbang balik ambik hp,huhu

Adakah anda seorang yang sukakan kucing?Kalau ada bela kucing please nyatakan nama kucing dan berapa ekor yang dibela...saja Murni nak berkenalan dengan kucing tu..hihi
Ayie bukan tak suka kucing cuma ayie alah cket dengan bulu dia. Jadi nya ayie memang tak pernah bela kucing,huhu

Haiwan apa yang anda tidak suka?
Ayie takut + geli dengan ular. Tapi pernah bergambar dengan ukar yang orang letak atas bahu tu. Tapi ayie tak sentuh la. Punya la tahan geli..hmm

Apakah tajuk lagu kegemaran anda dan nyatakan sebab mengapa lagu tersebut menjadi pilihan hati anda?
Semua lagu jiwang2 zaman 90an ayie suka dengar. Tangkap leleh ooo..huhu Antara yang ayie minat dan selalu dengar Airmata Saksi Cintaku-Lestari. Sebab ayie suka la layan jiwang dengar lagu ni..(Tengah taip ni pun dengar lagu tu,huhu)

Siapakah yang anda fikirkan di saat ni? Mohon dijawab dengan jujur ya!
Ayie tengah fikir family ayie. Ayie rindu la..Da dekat sebulan tak balik Taiping. Raya Haji minggu depan baru balik. Yeaayyy! Balik kampung ooo balik kampung =)

Fuhh..habis juga ayie jawab akhirnya,hehe Semoga ABM puas hati ye dengan jawapan2 jujur ayie..=)

1 comment:

  1. Yeay! Sangat puas hati dengan jawapan Ayie. Thanks tau!

    ReplyDelete