Tuesday, September 16, 2014

16 September 2014 Dalam Sejarah

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni memang tersangat la sejarah! Allahuakhbar..Dugaan Allah. Nak uji hamba2 Nya. Kuat dengan tak kuat je nak hadapi. Meh nak 'berkronologi' cket cerita 16 September 2014 harini..

# Dari semalam da rancang harini nak keluar pekan Sungai Petani sebab nak bawak member (ayie namakan kak F) pergi buat spek mata baru. Sebabnya semalam keluar je dewan kuliah dia tetiba macam tak larat. Mata pinar2 katanya. Rasa pening2. Ayie soal selidik bagai rupanya da 5 tahun tak tukar spek. Ooooo..patut la sakit2 da mata tu.

# So pagi ni pergi la buat spek (walaupun sebenarnya ayie terlajak tidur, bngun lewat,hehe) Buat spek dekat focus point dalam tesco kat area Village Mall. Lepas tu kami makan kat food court. Kak F ni makan Yee Mee Sizling tu..Sama dengan ayie.

# Oke settle bab buat spek. Tengah makan member lain mesej tanya ada mana. Diaorang nak ajak main bowling kat Amanjaya Mall. Fine, ayie oke je..Da lama tak main bowling so ayie nak la join. 

# Sampai Amanjaya Mall member2 yang ajak tu tak sampai lagi. So pusing2 dulu dalam mall tu. Ada kempen derma darah. Kak F nak derma darah. Ayie cakap tak payah la sebab ayie ni naik moto je. Kang jadi apa2 macam mana ayie nak bawak balik. Kot terjatuh ke, pitam ke. Kak F kata takpa. Dia oke je. Ayie pun oke kan je la. 

# Sementara tunggu kak F derma darah ayie pusing2 mall lagi. Rupanya harini Siti Nur Haliza datang Amanjaya Mall. Ada promote barang SimplySiti. Waaaa! Teruja gila ayie nak jumpa Siti. Tak sabar. Ayie dapat salam Siti tau. Huwwaaa...excited! Haha..

Nah ayie tempek gambar sebagai bukti, hehe

# Habis kak F derma darah dia ajak tengok Siti jap. Kebetulan masa ni Siti nak balik da. So tersangat la sesak! Dan masa ni pulak ada orang seluk beg tangan kak F ambik beg duit dia! Allah. Terkedu jap. Tadi baru syiookk2 ayie dapat salam Siti. Tetiba kak F cakap beg duit akak hilang??!!! Kelam kabut kami dok cari security bagai nak buat aduan la. Tapi suggestion diaorang kena buat laporan polis. Dalam pada tu sempat lagi kami call Bank Islam nak block kad bank. Alhamdulillah, pantas diaorang. Syabas!

# Kami ambik keputusan tak jadi la main bowling. Sebab nak pergi balai lagi kan. Kami pun pergi la solat dulu. Ayie masuk surau, kak F pergi toilet. Dalam ayie dok siap2 nak solat ni tetiba ada orang bersuara, "Atiqah ada tak kat dalam surau ni? Ada tak siapa2 nama Atiqah? Kawan awak pengsan dalam toilet" Arrhhh sudah..Dugaan lain pulak Allah uji. Bergegas ayie keluar surau. Orang da angkat kak F letak kat luar toilet. Dok urut2 dia bagai. Ni mesti sebab dia derma darah tadi. Badan dia mungkin tak dapat rest secukupnya lagi. Tambah pulak sebelum tu makan mee. Bukan mee ni angin ke? ntah. Hehe..

# Kelam kabut sekali lagi nak buat macam mana ni. Kami ni datang naik moto je. Nak bawak balik macam mana. Nak kena pergi balai dulu buat laporan tu. Fikir punya fikir kami balik naik teksi. Cakap kat pakcik teksi tu nak singgah balai dulu nak buat report. Settle kes kat balai. Pakcik teksi hantar balik. Nasib tak kena caj mahal. Terima kasih pakcik.

Tu la sejarah cerita harini. Panjang lebar ayie story. Ambik la beberapa pengajaran dalam sejarah ayie harini. Buat pedoman korang di masa akan datang. Tak jadi kat diri sendiri mungkin jadi kat orang terdekat dengan kita. Siapa tahu..Esok akan melalui episod lain pulak. Nak pergi JPN buat ic, JPJ buat lesen, Bank nak buat kad baru. Allah..semoga dipermudahkan..Korang list la sendiri ye apa pengajaran cerita ayie harini. Sama2 muhasabah..

p/s: 16 September ada sejarah Malaysia, 16 September ayie sejarah pengajaran hidup

4 comments:

  1. macam2 dugaan kan ayie.. kesian kak F duit hilang.. org sekarang suke main seluk2 beg org..ishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tak takut dose la diaorang ni..hmm

      Delete
  2. Tekanan kut sampai pengsan, dompet dahlah ilang, baru derma darah. Alamatnye tekanan darah rendah la dtg. Mujur ade teksi. Kalau tak bermalamlah kat situ. Yg main bowling tu tak jd dtg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diaorang ade dtg, nasib ade diaorang..kalo tak t'kang2 la ayie sorg2 nak handle smlam,hehe

      Delete