Thursday, September 18, 2014

Cabaran 10 Hari

بسم الله الرحمن الرحيم

Blogger sekarang ramai yang dok buat cabaran 30 hari tu kan. Ayie tak join pun. Tapi ayie ada cabaran ayie sendiri. Cabaran 10 hari. 1 hari 1 artikel kena baca! Fuyyooo..berpinau2 mata den ni nak kene baca artikel. Artikel omputih lak tu.. aiishhh Ni ada la tugasan research untuk semester ni. Lecturer mintak sehari satu aritikel bermula 16 September hingga 25 September. Harini hari ketiga da. So 3 artikel da dok hadap.

Yang bestnya, boleh buat assigment ni partner. Senang la cket buat berdua ni kan..Harini aku baca, sok kau pulak. Tu la yang kami buat untuk 3 hari ni dan hari seterusnya. At least, kalau sorang ni sibuk sorang lagi ada untuk cover baca artikel. Pesan lecturer: "Don't Cheat!" Kami tak tipu sir, kami baca..Cuma kami divide cari artikel, hehe (Kena la smart cket kan,hik8) Tapi tak tipu ye, baca tetap baca.



Tak susah sangat nak cari artikel ni. UiTM da provide online database untuk student search artikel yang diaorang nak. Percuma! Rugi tau kalau student UiTM takmau guna. Ada baaaaaaanyaaakk sangat artikel dalam ni. Malas dengan tak malas je. Lagi 1, cari la tajuk yang bersesuaian. Yang banyak ada dalam database ni. Macam assigment ni kami pilih tajuk "Information in Social Media". In Sha Allah ada banyak pilihan dalam database ni. Caiiyyokk2! Teruskan cabaran! Gudluck! =)

1 comment:

  1. Hoho...ingatkan macam cabaran 30 hari tu. Btw goodluck!

    ReplyDelete