Saturday, June 28, 2014

Mee Udang Mak Jah

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa pernah makan Mee Udang Mak Jah angkat tangan..!hehe sejujurnya, walaupun ayie orang tempatan ayie tak pernah pergi lagi makan situ sehinggalah masa pergi buat program kat Taiping haritu. Pensyarah bawak. Tu la first time makan Mee Udang Mak Jah ni..Dengan alasannya, ayie orang tempatan so bila2 nak pergi pun boleh, sebab tu tak pernah2 pergi,haha boleh tak macam tu? Mee Udang Mak Jah ni dekat Kuala Sepetang. Kalau dari rumah ayie ada la dalam 20 minit macam tu. Dekat je tapi tak pernah pergi kan, hehe.. Masa kami sampai tu da nak maghrib da. Punya la ramai orang. Penuh meja. Mungkin diorang pun musafir macam kami,huhu Tengok menu-menu dia confirm la berasaskan udang kan..harga pulak memang begitulah harga bagi semangkuk mee udang yang famous macam Mak Jah punya ni,hehe



Ayie pilih mee udang biasa. Harga dia RM9. Memang standard harga tu la kan..Bagi ayie nak kata mee tu sedap sangat2 tu tak jugak la tapi udang dia...pergggghhh!memang terrrbaaiiikk!haa..nampak tak macam mana kualiti udang tu?memang sangat fresh, manis2, dan udang dia memang sedap. Dalam mangkuk ayie tu ayie dapat 11 ekor. Member ayie kurang cket dari ayie, hehe 


Ni member ayie punya. Nasi goreng udang rasanya. Pun cedap..banyak jugak udang dia. Harga rasanya dalam RM4.50 kot..


Walaupun kabur nak jugak tempek, buktikan..kang cakap ayie makan mee udang lain pulak,hehe


Abaikan tudung senget2 tu ye, dok depan kipas la katakan, hehe Jemput makan semua!huhu Raya nanti mai la makan mee udang sini kot nak bawak sedara mara makan-makan kan. Boleh la singgah beraya rumah ayie sekali =)

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna.."
.Salam Ramadhan-




6 comments:

  1. Omg! Udang..alahai..sedapnye makan mee udang. Pagi tadi baru je makan megi udang, hoho..ketagih pd udang tak mungkin dpt kulupakan. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyum2!cdapnye..nak rasa jugak megi udang tu =P

      Delete
  2. baru je singgah makan 2 mgu yg lepas..penangan nak pose makan siap-siap..mee goreng udang special..

    ReplyDelete