Monday, January 26, 2015

Kedai Nasi RM3 Di Matang, Perak

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini nak share salah satu tempat makanan yang best di Taiping, Perak ni. Apa yang best? Selain Mee Udang Mak Jah, di Matang jugak ada tempat makanan best. Nasi RM3 ! Untuk makan tengahari ye. Sekepala hanya RM3. Waaa... Berbaloi tak? Dah agak lama bukak. Ayie je baru pergi semalam. Mak ayah 3 kali da pergi. Huhu sadis tak? Minggu lepas nak pergi da, tapi bila call kedai cakap da habis. Padahal baru pukul 11:45 macam tu. Haa nampak tak? Betapa hebatnya penangan nasi tenghari RM3 ni.



Kalau tak silap ayie, menu wajib dia ikan goreng dan sambal belacan + timun. Kalau silap maaf la ye, maklum la baru pertama kali pergi, heheh Then nasi dan air tu wajib la jugak. 
Untuk semalam, ada 7 lauk! Waaa bayangkan la.. Meh nak list apa lauk nya:

1) Sambal belacan + timun
2) Ikan goreng
3) Masak lemak keladi
4) Gulai ikan masin + nenas
5) Ayam masak cabai
6) Masak lemak labu + pucuk salang
7) Asam pedas tempoyak ikan

Amacam? Menarik tak menu dia? Menu dia berubah-ubah ye. Bukan sama la tiap2 hari. Semua sedap2. Ayie meratah lauk je lebih. Hirup sakan asam pedas tempoyak tu. Nyum2! Terliurnya..Air pn sedap la. Air ape ntah. Tembikai susu rasanya. Tapi sedap la. Sambal belacan dia siapa yang tak tahan pedas tu jangan gatal2 makan banyak ea. Sebab pedas betul.. Ayie tak tahan yang ni. Nanti perut meragam, huhu


Ayie cadangkan sebelum pergi better korang call dulu la.Takut ramai dan makanan da habis. Macam tadi mak da call. Cakap untuk 3 orang makan. So datang tu bagitau je da call tadi 3 orang makan. Dan makanan pun akan sampai beberapa minit kemudian. Nyummyy! So korang2 yang berdekatan tu mai la Gerai Kak Midah Nasi Campur. Nak bawak rombongan cik kiah sekali pun boleh. Tapi call la dulu ye..muahaha Selamat menjamu selera =)

4 comments:

  1. uish..murah tu..lauk pula sedap-sedap belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo mai Taiping singgah la kedai ni :)

      Delete
  2. Kat Taiping ada dua gerai jamu lauk RM4.00. Di Matang RM3.00. Only @ Taiping ...

    ReplyDelete