Thursday, January 22, 2015

Iklan Raya Petronas 2003

بسم الله الرحمن الرحيم
video

Kalau tak boleh bukak boleh klik sini ye

Siapa ingat iklan ni? Ketupat da berapa siap? Ayam berapa ekor? Daging? Hati? Limpa? Hahah lawak la iklan ni. Ayie suka betul dengan iklan ni. Petronas selalu tak fail kalau bab iklan2 yang best ni. Terrbaikkk!!! 

Ayie baru tau sebenarnya iklan ni buat dekat Kampung Beng, Lenggong, Perak. Kampung yang ayie pergi Misi Bantuan Mangsa Banjir haritu tu. Ayie nampak la rumah yang diaorang berlakon ni. Tuan punya rumah pun ada. Makcik yang dalam sampan dengan suami dia tu tuan punya rumah la. Tapi suami makcik tu da meninggal da beberapa tahun lepas.. (AlFatihah) Ayie jumpa pelakon tu aka makcik mangsa banjir tu kan. Cakap kat dia saya teringin la nak p rumah makcik. Dia cakap apa, rumah makcik bukan ada apa.. Sungguh ka nak mai? Petang ni kita p.. Tapi sayang nya petang tu ayie da gerak balik ke tempat penginapan. Takde rezeki..


Di kejauhan tu la rumah makcik tu. Tu satu2nya rumah dia dan dia duduk sorang tau ! Dia cakap tak takot, dah biasa. Pengangkutan  dia adalah sampan. Handal tau makcik ni. 

Kampung ni banyak da orang belakon kat sini. Cerita hantu pernah. Cerita orang putih pun pernah. Mula2 dulu cita orang putih ni la yang mula buat kat Kampung Beng ni. Ana and The King. Ayie pun tak pernah tengok lagi. Katanya kapal besar masuk kampung ni. Ayah kawan ayie pun ada belakon sama. Pelakon tambahan je la..hehe Kenapa orang pilih kampung ni? Sebab kampung ni pemandangan dia sangat cantik ! Tenang je..indah je.. Sebab tu la orang pilih kampung ni. Mana diaorang tahu pun entah la. Kampung ni jauh ke dalam tau. Ada rezeki boleh la datang Kampung Beng ni =)

1 comment:

  1. yeke kampung nie?suka jugak iklan nie.. siap download lagi iklan nie..bestt..suka pemandangan dye..

    ReplyDelete