بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah syukur ayie di terima berkhidmat sebagai guru tadika di tadika yang ayie praktikal miggu lepas. Ayie bekerja baru 3 hari. Jadual bekerja ayie Isnin hingga Jumaat 8 pagi 12 tengahari. Buat permulaan ayie bekerja sampai pukul 12 dulu. Tadika ni ada transit sampai pukul 6 petang. Sabtu setiap minggu 2, 4, 5 kerja dari pukul 9 pagi hingga 1 petang. Takde la kena buat apa pun. Kemas2 tadika, cuci apa yang patut, hias apa yang patut macam tu je.
Haa.. ni aktiviti hari Jumaat. Anak² syurga ni akan solat kemudian tasmi' bacaan dekat guru². Ohyaa di tadika ni anak² panggil ayie cikgu. Ayie mengajar tiga subjek untuk pelajar 4 hingga 6 tahun, matematik, sains, dan seni. Waahh, 'kreatif' sangat ayie ni nak mengajar seni kan, hahah Tanggujawab ayie, in sha Allah ayie cuba buat sehabis baik.
Yang ni pulak pelajaran sains. Masa ni mengajar pelajar 4 tahun. Tajuknya timbul dan tenggelam. Bab sains ni ayie pening cket macam mana nak fahamkan anak² ni tentang sains dalam bahasa kanak². Siapa² ada idea ke share la dengan ayie ye.. =)
Yang ni pulak buat siang tadi. Hias tadika cket buat shapes. Anak² ni sakan dok menyanyi lagu shapes Jumaat lepas. Tu yang rasa nak buat shapes biar diaorang nampak hari². Semoga bermanfaat.. in sha Allah
Overall ayie happy di beri peluang berkhidmat sebagai guru tadika di tadika ni. Ayie memang suka kanak² dan babies. Love them so much! Ayie akan cuba berikan yang terbaik untuk anak² syurga ni. Fokus ayie nak diaorang pulang dari tadika ni ada sesuatu yang bermanfaat untuk diaorang amalkan di rumah. Biarlah anak² ni pandai membaca, mengira, dan menguasai pelajaran agama Islam dengan baik, amiin.. Mudah-mudahan in Sha Allah. Cikgu doakan yang terbaik untuk anak² syurga cikgu ni. Cikgu sayang semua! =)
wah, tahniah ayie... meh ajar budak2 ni pulak nak tak... jhahha kak ina teringin nak tahu macamana cara cikgu2 tadika mengajar...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ayie, lamanya tak singgah sini. Dah mula kerja yer. Alhamdulillah... Tahniah yer Ayie ^-^
ReplyDelete